Nak Kemana Lepas ni...?
Tuesday, June 28, 2011
Memang aku ni ketinggalan keretapi betul...! Baru pagi tadi aku dengar pasal berita ni... Padahal berita dah keluar 2 hari lepas... Ini petikannya:
Subjek Vokasional di sekolah dimansuhkan mulai tahun depan
2011/06/26
KULIM: Mata pelajaran vokasional (MPV) akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.
"Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).
"PAV ini dikhususkan untuk pelajar peringkat Tingkatan 1 hingga 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat," katanya.
Baca selanjutnya>>
Persoalannya kemana hala tuju aku dan rakan-rakan selepas ini...? Bertukar opsyen ke...? Ditukarkan mengikut kemana subjek itu dipindahkan ke...? Diberhentikan dengan PENCEN PENUH ke...??? Kalau diberi pilihan, aku dengan berat hati nak pilih pilihan yang ketiga tu jer... Huk huk...
Apa-apa pun aku cuma mampu berdoa yang terbaik jelah untuk kami ini. Kelek ke hulu, ke hululah kami; kelek ke hilir, ke hilirlah kami... Nak buat macamana, SYMP...!
Gambar ihsan dari smkdhtk-panitiampv.blogspot. Antara pengurusan bengkel yang TERBAYEK yang pernah aku tengok. Cikgu dia ni satu kelas dengan aku masa di maktab dulu... Syteady bro, way to go...! Memang layaklah ko jadi Pentaksir Kebangsaan... Bengkel aku...? Jangan tanya, cicir bertiang tiang... Hu hu...
13 comments:
mengajar kat sekolah perempuan.. best :-)
Dasar selalu berubah-ubah, bimbang yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...
keh setuju supaya aliran vokasional dikhususkan di kolej kemahiran, dan bukan di sekolah macam sekarang. bukan apa, dok memikir pasal budok2 hok yang masuk pusat kemahiran lepas spm, dengan syarat masuk tak perlu ada kredit pun spm, cukup dengn lulus saja.. maknanya, serupa tak payah pergi sekolah lah 5 tahun teh.. so, eloklah terus je tingkatan 1 masuk kolej vokasional ni.
dalam di lema lah gamaknya erk....pindah ke sekolah teknik lah erk....
Jangan bimbang, adala mekanisma penyelesaiannya nanti....symp, ikut je!
Perubahan dasar pasti akan ada yg tertekan dan ada yg gembira bertepuk tangan...
naik pangkat kot aok pasni..heheh..
Opsyen yg ke-3 tu semer org nak..hahaha x daya koi..muda2 dh nk pencen yek..
insyaAllah..ada la tu.. sabar ye menunggu.. :)
Perancangan baru dari kerajaan ker?
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
happy 2nd anniversery
Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr... terputus hubungan tapi dah jumpa balik lahhh...
eeemmm aku bekas pelajar vokasional merasakan ianya satu kebimbangan takut plak yang di kejar tak dapat yang di kendung berciciran... vokasional banyak melahirkan tenaga mahir untuk industri tau...
singgah sini. xtau nak komen apa sebab bukan bidang. hehe
Jadi kenangan je la vokasional nampok gayenye
dah baca lama berita ni..
ada pro n kontra nya..
harap dilaksanakan sebaik mungkin
Post a Comment