Lari La Wei...
Monday, January 30, 2012
Sejak dari zaman persekolahan, aku memang mempunyai kecenderungan dan minat dalam sukan olahraga. Ketika di sekolah menengah, aku merupakan pemenang regular dalam acara lari pecut dan lompatan, iaitu lompat jauh ataupun lompat tinggi... Cuma nasib dan bakat aku menyerlah setakat tahap sekolah sahaja. Apabila bertanding di peringkat daerah, memang aku tak ada nasib... Samada kecundang kepada peserta yang lebih hebat, ataupun terjatuh ketika mendahului, ataupun mengalami kecederaan...
Namun satu-satunya acara olahraga yang memang aku tak boleh blah adalah acara larian jarak jauh. Memang aku minta maaf bebanyak pada cikgu-cikgu. Somputtt... Takleh nak lari jauh-jauh pun. Paling jauh aku berlari dalam acara 4x400 meter jer... Itupun banyak bergantung pada 3 kawan-kawan yang lain...
Setiap tahun Kejohanan Merentas Desa sekolah seperti menjadi mimpi ngeri bagi aku. Memang setiap tahun aku tak pernah menamatkan larian seperti yang termaktub dalam peta laluan. Setiap tahun pasti aku akan 'melencong' dari laluan sebenar... Pernah ketika aku di tingkatan 4, aku siap lepak kedai mamak, pekena teh tarik dengan roti canai sekeping baru balik sekolah... Padahal pada tahun tersebut aku telah dilantik sebagai Ketua Rumah (Merah). Kaw-kaw punya aku kena kutuk dengan Ketua-ketua Rumah lain. Siap dengan cikgu-cikgu bengang dengan aku... Tapi biasalah hero, kalah mula-mula jer... Dalam Kejohanan Olahraga tahun tu, aku pulun terus emas dalam 100 dan 200 meter...! Har har har (ketawa riak!)...
Itu merupakan kisah 15-20 tahun yang lalu... Tapi hari ini aku 'terpaksa' berlari. Berlari kerana ingin mengeluarkan peluh. Berlari kerana ianya merupakan antara aktiviti yang boleh aku lakukan untuk mengeluarkan peluh secara PERCUMA... Tapi kenapa pulak aku perlu berlari...? Ini puncanya:
Sebulan yang lepas aku menjalani pemeriksaan kesihatan. Kepala aku sakit berdenyut-denyut, aku cepat merasa letih dan kadangkala sakit-sakit sendi... Apa lagi, ambil darah lagi ler... Benci...! Hasil pemeriksaan:
- Tekanan darah : Ok.
- ECG : Ok
- Kencing manis : Sedikit tinggi tapi masih terkawal.
- Kolestrol : .... Melebihi yang sepatutnya... ALAMAK...
Kata doktor: "you should lowered your cholesterol level or else in the next three month you will be commit to drugs...!"
Alamak...! Aku baru 35la bai... Takkan nak kena komit dengan ubat-ubatan kot... So aku takde pilihan lain melainkan... BERLARI....
Woops dah dekat pukul 6 dah, masa dah time... Kena angkat kaki dulu... Nak larila ni wei...!
Nike yang menjadi peneman aku sepanjang 'pelarian' aku...
22 comments:
larik cikgu...cepat..heheh
Heheh.. Lepas lari minum teh O panas.. Makanlah oats..
X sedap, tapi kena makan jugak.. Percayalah ckp akak. Jgn degil ye Cikgu..
Selamat berlari, dik Sham!
faiz:jomla lari sekali...ada berani...?
deru ombak:
dah try la kak...saya nak tapi tekak ni taknak..hu huu...
dinas:
kolestol punya pasal la nie...!
Koi pun kene berlari juge rasenye.Berat makin naik ni....
saya pon da start lari sejak dua minggu ni sbb risaukan kesihatan diri bila da tua... skrg bru 20, tapi kena start jaga....
tak suka acara lari..
tapi selalu kene lari..sbb badan ringan je dulu..
asal cikgu suh lari je, nangis.. hahahaha..
dulu waktu sekolah suka main netball...tp skrg dah tak larat nak jogging...just jalan kaki ajer
saya pun kadang fikir kena bersukan balik. lama sangat dah tak bersukan secara aktif. takut jugak karang bergantung dengan ubat untuk berada dalam keadaan yg sihat.
jogging salah satu caranya. semoga terus sihat cikgu.. ;)
bila usia meningkat..tiada pilihan utk mengekalkan kesihatan.. bersenam..paling mudah..jogging..aku pun mcm tu bro..aku pakai brooks glycerin
Sallam Sham.
Lari jangan tak lari. Tak per, semuanya masih dalam kawalan tu.
Salam ziarah, ya bersukan itu satu kemestian untuk mengamalkan cara hidup yang sihat.
Hahaha...tergelak sy baca entry ni...jgn marah ye Sham*
Teringat ofis mate dulu, die pun kolestrol tinggi w/pun umur baru 30 thn... selalu sakit kepala... treatment selain jogging & bersenam, die jg pemakanan...mkn rebus2 je...w/out minyak @ fat.... kecian lak tgk die...lepas tu berpuasa... mmg turun kolestrol die... alhamdullillah, maybe u also can do the same thing :)
Eat health & stay health!
oooo bang.. tika masanya kite sedar kite adelah umur naik sikit.. takpe sikitt jer.. sikit.. ilek2 yer bang...
Kolestrol paling jahat sebab tak nampak. Kakak pun bimbang juga, nak pergi check jugalah sham...
lari banyak sikit biar bakar semua lemak :D
http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/oh-welli-know-you-are-such-damn.html
lepas ni boleh le kita lawan2 lumba lari....ABK pun kalau bab lari jarak jauh paling jauh pun 4X200 itu pun tercungap2 gile....
Merentas desa.
Seingat saya sepanjang belajar di sekolah rendah saya pernah ikut sekali manakala di sekolah menengah pula juga sekali. Itu pun tidak berlari tetapi berjalan sahingga ke destinasi. Saya dan rakan-rakan siap dijerit kerana terlalu lambat untuk sampai. Hehe...
Salam ukhuwwah di sini, tuan.
DEN PUN DAH LAMO X BERLARI...HUHU
kasut baru nampakkk
Post a Comment