Sahabat Tanpa Suara

Rumahku Syurgaku: Part 1...

Thursday, January 26, 2012


Antara sebab aku 'berehat' lama dari menulis blog tempoh hari adalah atas urusan-urusan pembelian rumah... Sebelum ini aku pernah membuat posting berkenaan pembelian rumah... Syukur Alhamdulillah segala-galanya selesai menjelang bulan Julai tahun lepas. Walaupun ada sedikit kontroversi yang tercetus antara aku dan tuan rumah asal, namun segala-galanya berjalan dengan lancar juga akhirnya...

Aku bercadang untuk melakukan serba sedikit pengubahsuaian terhadap rumah tersebut dan bercadang untuk berhari raya di rumah baru, yang kita semua sambut pada Ogos tahun lepas. Namun hasrat tersebut tidak kesampaian. Sebenarnya itulah punca tercetusnya perbalahan antara aku dan tuan rumah asal rumah tersebut... Memang aku cukup baran dengan dia kerana cuba melengah-lengahkan penyerahan kunci, padahal urusan pinjaman aku telah selesai sepenuhnya dan gaji aku pun sudah dipotong untuk bayaran rumah... Hingga timbul ugutan untuk aku memecahkan grill rumah tersebut barulah dia bersetuju untuk menyerahkan semua kunci-kunci rumah. Pelikkan, aku mengugut untuk memecah rumah yang telah rasmi menjadi milik aku..!!??? WTH...

Tak kisahla tu, yang penting urusan pinjaman aku selesai, proses pertukaran nama berjalan lancar dan aku dapat juga memiliki semua kunci-kunci rumah tersebut. Walaupun tak dapat berhari raya di rumah baru tahun lepas tetapi aku memujuk hati dengan berkata "Insayalah tahun depan (2012) bolehlah beraya sakan di rumah baru"...

Walaupun segala urusan selesai pada bulan Julai, namun aku mengambil masa yang agak lama untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Semua gara-gara nak save budget. Maklumlah modal pun ciput je. Kalau modal banyak sudah pasti aku serahkan kepada satu kepala kontraktor, sebut je nak macam mana, lepas tu keluar duit, pasti beres segala-galanya... Tapi apa yang aku buat adalah dengan membuat pengubahsuaian secara runcit-runcitan. Aku membeli barang-barang dan mengupah pekerja. Dengan cara ini, aku dapat mengawal budget aku sendiri. Dalam masa yang sama dapat memantau kerja-kerja supaya ianya benar-benar mengikut citarasa aku...

Alhamdulillah rumah tersebut sedia untuk diduduki menjelang Oktober tahun lepas... Sehingga ke hari ini dah hampir 3 bulan lebih aku mendiami 'syurga' ini. Syok woo duduk rumah sendiri... Maklum ler dah lama betul duduk dengan mertua, baru sekarang berpeluang untuk duduk sendiri... Yeahhh aku bebas...!

Oh ye lupa nak cerita, aku membeli rumah tersebut dengan harga RM180k. Aku membuat pinjaman sebanyak RM200k selama 30 tahun (perghhh memang sampai ke pencenla aku berhutang)... Lebihan RM20k aku peruntukkan untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan memenuhkan dalam rumah dengan perabot dan perkakasan. Tapi RM20k ternyata tidak mencukupi, sehingga ke hari ini masih terdapat serba sedikit 'kelompongan' dalam rumah aku tapi yang nyata perbelanjaan keseluruhan aku sudah mencecah RM30k...! Takpelah, pelan-pelan kayuh kata orang... Insyallah satu hari besok penuh dan lengkap juga rumah aku ni; mengikuti cita rasa aku dan sudah semestinya pemilik bersama rumah ini- siapa lagi kalau bukan MEM BESAR, bini aku ler...


Tarrraaa... Kaler hijau gitu... Cat sendiri ni tau... Sejuk je mata memandang... Dok gitu...????

P/S: Nak tahu kemana jahanamnya duit aku RM30k...? Lepas ni kita cerita slow-slow...

25 comments:

Deru Ombak January 27, 2012 at 12:07 AM  

Waaa Sham... Cantik kale ijau..
Home sweet home.

insan marhaen January 27, 2012 at 1:04 AM  

rumah baru mesti gaya hidup baru. warna hijau warna islam!

cikguNae January 27, 2012 at 8:35 AM  

Salam,

Wah! seronoknya dah berjaya capai satu lagi impian... cantik warna hijau tu

Saya pun sedang mencari rumah untuk aset sendiri

Terima kasih atas kunjungan.

ckLah @xiiinam January 27, 2012 at 8:37 AM  

Tahniah dah dapat rumah! Banyak cabaran dalam proses membeli...moga berbalas dgn kebahagiaan sepanjang menghuninya!

khaifaiz January 27, 2012 at 8:47 AM  

tahniah.... cantik rupa paras rumah tu...

atuk January 27, 2012 at 9:51 AM  

Assalamualaikum Sham

Alhamdulillah
Syukur
Tahniah

kena buat kenduri kesyukuran nanti tu ....

Unknown January 27, 2012 at 11:39 AM  

assalam, tentu best dapat duduk rumah baru....

Saddila January 27, 2012 at 4:33 PM  

sabar jelah dgn org yang cmm tu -__-
yeayy dah cantik . hijau. i like :)) kehkeh

sud@is January 27, 2012 at 5:06 PM  

rumah baru semangat baru
tambah berkat buat la kenduri
kenduri naik rumah baru
semoga ceria isi penghuni

thniah...

Si Single January 27, 2012 at 5:48 PM  

hasil berkat sabar tunggu rumah baru pasti puas ati punye..:)
follow sini balik

IMANSHAH January 27, 2012 at 10:08 PM  

aku memang ingat hang komen semalam, pasai tu aku buat entri jangan monyet

kasihredha January 27, 2012 at 11:01 PM  

cantikk..suka
rumah akak pun hijau gak..
tp dah pudar

faiz January 28, 2012 at 12:02 AM  

ada rumah sendiri mmg best...

sekadar satu coretan January 28, 2012 at 6:04 AM  

Cantik...suka kaler tu mmg sejuk jer mt memandangnya...

aku budak klang January 28, 2012 at 10:14 AM  

cantik...terutamanya pagar tu..minat gial aku....

Dr K January 28, 2012 at 2:39 PM  

Tahniah bro..RumahKu SyurgaKu konsepnya kan...

Pelan pelan kayuh...
Sebab renovation satu hal, dan isi barang2 dlm tu satu hal....

Tahniah sekali lagi..

Hairun Azmi January 29, 2012 at 11:03 PM  

Nice color...

Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog


http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

Unknown January 30, 2012 at 9:10 AM  

santeknya umah.....wah, atok pun plan nak beli sebijik tahun ni....

sitinaminah02 January 30, 2012 at 9:20 AM  

cantik la kaler ijau. seronokkan dpt dok rumah sendiri. alhamdulillah~~

shameel Iskandar January 30, 2012 at 11:05 AM  

Tahniah sham sbb dah ada rumah sendiri. Saya belum lagi beli or bina rumah sbb rancang nak bina rumah bila dah pindah ke kelantan.

Mek Rose January 30, 2012 at 1:09 PM  

cantikla ijau ni..suka suka!

Unknown January 31, 2012 at 5:56 AM  

Alhamdullillah, akhirnya dapat juga rumah idaman :)

Mmg bebas berada di rumah sendiri... selesa & privacy... cantik rumah color hijau tu... hijau pucuk pisang... mmg sedap mata memandang :)

example010 October 24, 2013 at 4:06 PM  

wah, cantiknye kaler hijau camni.. ni cat jnama pe n ape kaler code die bang..

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP