Sahabat Tanpa Suara

Makan... Makan... Makan...

Monday, December 8, 2014


Assalamualaikum...

Jumaat lepas aku menghadiri satu ceramah kesihatan yang dianjurkan oleh National Cancer Society Malaysia... Berkenaan dengan pemakanan secara sihat... Bertempat di pejabatnya di Kampung Baru KL, ceramah yang dianggarkan berlangsung selama 2 jam setengah berlarutan lebih dari 3 jam memandangkan terlalu banyak persoalan yang ditimbulkan oleh para peserta... Tapi mujur penceramah dia steady, layan je semua pertanyaan dari para peserta... Untuk makluman sebenarnya ini merupakan julung-julung kali aku menghadiri apa-apa program dari mana-mana NGO, kalau sebelum ini memang tak lah... Tapi yela sekarang ini kan dah ada kepentingan... So kena pergi jugak, nak ambil mana-mana info yang berkaitan...

Info yang disediakan pula memang bukan perkara yang remeh... Malahan ianya merupakan sesuatu yang crucial, lebih-lebih lagi kepada yang berpenyakit seperti aku ni... Tapi sebenarnya info-info sebegini bukan untuk yang berpenyakit seperti aku sahaja tetapi ia sepatutnya untuk semua orang... Kecil, besar, tua, muda, sakit, sihat... Sepanjang ceramah tersebut aku amat tertarik dengan satu contoh yang diberi oleh penceramah... Secara anologinya seseorang manusia itu melalui proses seperti ini:

Lahir - sakit - membesar - sakit - tua - sakit - mati...

Tetapi sebenarnya dengan kaedah pemakanan yang BETUL, proses tersebut boleh jadi seperti ini sahaja:

Lahir - membesar - tua - mati...

Of cozlah sakit biasa-biasa macam demam-demam pening-pening tu memang tak boleh nak elaklah tetapi yang menjadi kerusingannya pada hari ini TERLALU banyak penyakit-penyakit berat dan kronik yang menyerang manusia... Aku tak dapat nak kongsikan semua yang aku dapat pada hari tersebut... Terlalu banyak dan terlalu detail untuk dihuraikan... Just aku nak share serba sedikit yang aku  rasa agak penting dan sebenarnya agak mengejutkan aku:


1. Kita telah ditipu, masih ditipu dan akan terus ditipu...

Ulasan: Siapa yang menipu kita selama ini...? Sudah tentunya para kapitalis barat yang menjadikan penyakit dan ubat sebagai sumber perniagaan utama mereka... Tahukah anda industri perubatan menjana pendapatan berbilion dolar setahun... Billion tahu, bukan million, ribu juta tu... Hakikatnya, merekalah yang 'mencipta' penyakit dan mereka jugalah yang mengeluarkan penawarnya dan menjadikan manusia addicted dan terikat dengan ubat-ubatan yang dijual oleh mereka...

2.  MANUSIA adalah satu-satunya 'haiwan' yang terus minum susu walaupun telah 'putus susu'...

Ulasan: Hakikatnya manusia sudah tidak perlukan susu selepas 'putus susu' dengan ibu masing-masing... Namun kita sering disogokkan dengan iklan-iklan susu yang berlebihan yang mengatakan susu memberikan tahap kesihatan yang terbaik... Tahukah anda mengikut statistik WHO negara yang paling ramai rakyatnya mengidap penyakit osteoporosis adalah negara Finland dan New Zealand...? New Zealand...? Huh...

3. SEMUA tepung yang diproses adalah sangat-sangat tidak selamat untuk dimakan...

Ulasan: Semua tepung dipasaran melalui beberapa siri proses yang menjadikan ianya merupai rupanya seperti sekarang... Antara proses yang paling tidak selamat ialah proses 'bleaching' iaitu proses untuk memutihkan tepung... Aduyai macamana ni, dahla makanan feveret aku cengkodok... Hu3...

4. Kawal insulin dan anda akan mengawal kesihatan anda... Kawal emosi dan anda akan mempunyai hayat yang lebih panjang...

Ulasan: Gula adalah IBU kepada segala jenis penyakit, teman rapatnya adalah susu... Ironinya kedua-dua bahan ini didapati dalam hampir SEMUA makanan yang ada dalam muka bumi ini... Pengambilan gula yang berlebihan akan memaksa pengeluaran insulin yang berlebihan... Pengeluaran insulin yang berlebihan dalam badanlah yang bakal mengundang PELBAGAI jenis penyakit... Mengawal emosi dapat menghalang tekanan yang berlebihan kepada manusia... Tekanan yang berlebihan juga boleh mengundang PELBAGAI jenis penyakit... Tahukah anda salah satu punca kepada penyakit KANSER adalah TEKANAN emosi...?

5. Organik yang 'terlebih' organik bukan sahaja tidak meningkatkan tahap kesihatan malah memudaratkan...

Ulasan: Ini agak teknikal, ianya memerlukan pemahaman yang lebih dalam... Entah aku pun agak konfius sebenarnya... Begini menurut penceramah, sebagai contoh kita makan haiwan yang diternak secara organik... Secara amnya kita makan haiwan tersebut sebagai sumber protein dan omega 6... Haiwan tersebut dikatakan diternak secara organik kerana diberi makan dengan makanan-makanan organik dimana makanan organik yang dimakan oleh haiwan tersebut kaya dengan omega 6... Ye badan manusia memerlukan omega 6 tetapi nampaknya apabila kita makan haiwan organik yang diberi makan dengan makanan organik, nampaknya badan kita telah menerima sumber omega 6 sebanyak 2 kali ganda dari biasa... Dan, ianya mmmemang tidak selamat... Hei yenna dei... very confusing la... 

Banyak lagi perkara yang dibentangkan oleh penceramah... Terlalu banyak hingga kadang-kadang ianya amat mengelirukan aku... Kalau nak diikutkan memang terlalu banyak 'benda' yang kita tidak boleh makan... Nampak sangat dunia ni dah tak selamatnya... Hu3...

Tapi di pengakhirannya aku membuat 1 kesimpulan... Mudah sahaja sebenarnya... Daripada apa yang dibentangkan oleh penceramah, segala suggestion yang disarankan oleh penceramah tersebut aku tengok ada satu similariti dengan apa yang kita sepatutnya telah lama amalkan... Bagi aku, kita BACK TO BASIC... Apa yang telah agama kita ajar tentang pemakanan ni...? Apa yang Nabi kita telah pesan tentang makan...? Apa amalan pemakanan Baginda...? Itulah sebenarnya sebaik-baik amalan pemakanan... Dok gitu...?

Dan bukankah ALLAH juga telah berfirman dalam Surah Al-A'raf ayat 31 yang bermaksud:

" ... makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya ALLAH tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas... "

p/s: pesanan sebenarnya untuk mengingatkan aku sendiri yang selama ini kadangkala agak keterlaluan dalam bab-bab makan ni...


17 comments:

ngah,  December 8, 2014 at 11:11 AM  

masa untuk berubah........

Anda Mampu Melakukannya.....

yoorinmelacolea December 8, 2014 at 12:20 PM  

lagi lagi malaysian food.. adeh... x menahannnn

delaila rossa,  December 8, 2014 at 12:58 PM  

Masa untuk "KITA" berubah....KITA mampu mengubahnya...mmg ssh nk nk berubah..yg msh belum dianugerahkan ujian spt ini adalah org pertama kena berubah...

Sham December 8, 2014 at 1:03 PM  

Ngah: eden torai...

yoorin: tau tak menurut pceramah antara makanan yg sihat adalah makanan india...?kerana ianya rendah lemak dan kaya rempah ratus...

Kakzakie Purvit December 8, 2014 at 1:26 PM  

Bila Sham katakan tentang susu memang dah banyak kakak google tentang susu yg sebenarnya. Tapi kakak ni dah dimomok dari kecik sehingga tua ni kalau tak ada susu macam tak lengkap. Dari dulu susu Nespray kakak minum masa kecik dulu baru 3 ringgit lebih sikit kakak rasa sampai sekarang kakak masih juga minum susu. Omega yg merah tu harganya lebih 40 ringgit bayangkan... tapi hakikatnya bukanlah baik mana pun. Sekadar nak sedapkan tekak dan badan aje. Tapi risikonya tetap tinggi.

Betullah pemakanan rasulullah juga yg terbaik patut kita ikut.

AMIIZAA@Mieja December 8, 2014 at 3:21 PM  

salams sham,

bila akak baca terus takut .....tepung...emmmm lepas nie kita makan asas aja kot..pisnag rebus, ubi rebus, semua yg rebus2 tak melinatkan tepung...gula...susu...huhuhuhu

Najib Ariyan Ali Basha December 8, 2014 at 9:31 PM  

satu cerita yg saya pernah dengar merujuk kepada gamabr petama entry ni...

seorang doktor aka tabin Yahudi datang ke Madinah ketika zaman Umar Al-Khattab dan buka klinik, tapi takder seorang pun datang merawat. Dia tanya kepada Umar (walau dia raja besar tapi senang je nak jumpa dia), tiadakah orang sakit di Madinah? Jawab Umar... tiada kerana kami mengamal kan satu perubatan yg sangat berkesan... ditanya Yahudi tersebut... apa kah itu? Jawab Umar... kami makan apabila lapar dan kami berhenti sebelum kenyang...

Najib Ariyan Ali Basha December 8, 2014 at 9:32 PM  

satu cerita yg saya pernah dengar merujuk kepada gamabr pertama entry ni...

seorang doktor aka tabib Yahudi datang ke Madinah ketika zaman Umar Al-Khattab dan buka klinik, tapi takder seorang pun datang merawat. Dia tanya kepada Umar (walau dia raja besar tapi senang je nak jumpa dia), tiadakah orang sakit di Madinah? Jawab Umar... tiada kerana kami mengamal kan satu perubatan yg sangat berkesan... ditanya Yahudi tersebut... apa kah itu? Jawab Umar... kami makan apabila lapar dan kami berhenti sebelum kenyang...

drshikinzainal @ ekin December 8, 2014 at 9:52 PM  

Betul. Orang yang stress lebih berisiko menghidap pelbagai penyakit.

drshikinzainal @ ekin December 8, 2014 at 9:54 PM  

Biasanya waktu ceramah dah ditetapkan kuota soalan kalau nampak macam dah lebih masa. Hehe..
drshikinzainal.blogspot.com

insan marhaen December 9, 2014 at 2:31 AM  

tk kerana masih ingat dan singgah blog IM.

kita makan kerana dunia bukan kerana akhirat...

dunia - makan selagi hidup.

akhirat - makan sekadar untuk hidup.

aRz MoHa December 9, 2014 at 10:24 AM  

terima kasih atas perkongsian sham.

Salam perkenalan. pertama kali singgah sini

wow artikel yang menarik.

Setelah membaca jadi betullah apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah itu adlaah yang terbaik.

Anak kecil kita perlu diajar dengan pemakanan yang diamalkan Rasullullah.

Unknown December 12, 2014 at 10:29 PM  

Tq share info yg sgt bermanfaat ni

QasehnyaRania December 14, 2014 at 9:55 AM  

alahai bab tepung tu mcm mna.
nak buat cekodok pisang goreng roti semuanya guna tepung.. huhuhu

sama sama beringat..
perkongsian yg menarik
salam kenal ye dri saya.maap lambat blas jejak.nway tenkiu singgah blog saya
i follow :)

Hanis Amanina December 14, 2014 at 3:44 PM  

makanan malaysia banyak guna minyak, santan etc. tu yg kurang elok tapi itu jugak lah yg bagi makanan sedap, yg kena dgn lidah kita T_T

nak berubah memang ambil masa, sikit2 tapi konsisten :) go go! jom sama2!

hanisamanina.com

OKje December 19, 2014 at 7:13 AM  

Tulah....mcm mcm menda dah tak boleh makan la ni, mak jadi konfius pulak dah huhu....

Setuju ngan awak Syam....ikut makanan Rasulullah jer....insyaallah selamat tp masalahntya ingin gak makan KFC ek....hihi

zarul farhana December 30, 2014 at 10:23 AM  

bagusnya info ni... tapi rasa mcm nk tahu lebih lanjut la.. menarik ni.. byk yg kita tak tahu...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP