Aku Model...?
Sunday, December 28, 2014
Haa ni satu lagi hal yang tak terjangkau dek akalku... Tak pernah terlintas dek pemikiran, dalam hidup aku ni yang aku akan ditemuramah oleh sebuah majalah kesihatan... Kisah aku akan dimuatkan di dalam majalah tersebut, untuk dibaca oleh umum...Then ada posing-posing pulak ala-ala model... Waa memang macam tak cayaaa jer... Mungkin bagi sesetengah orang akan berfikir, hekeleh kecoh pe mamat ni, macam besor sangat halnya... Hey mungkin bagi korang benda kecik, tapi bagi aku this is a big deal okey... Hee3...
Alkisahnya Jumaat lepas aku berada di Alamanda Putrajaya, untuk cover up tulisan yang diselitkan dalam segmen 'Jurnal Kehidupan' sebuah majalah kesihatan: I-Sihat, tulisan wartawan eksekutif majalah tersebut, Noreen Ahmad Tajuddin... Katanya akan dikeluarkan dalam edisi Februari 2015... Puncanya apabila wartawan tersebut, Ms Noreen 'terbabas' masuk kedalam blog aku dan terbaca kisah-kisah di dalamnya... Katanya kisah yang aku tulis berkaitan dengan penyakit aku ini agak memberi inspirasi dan dia merasakan aku patut berkongsi dengan pembaca-pembaca majalahnya...
Well, memang aku tiada sebarang masalah untuk berkongsi, malah ia menjadi satu kebanggaan kepada aku... Dahlah ada yang berminat membaca, malah nak dikongsikan pulak dalam sebuah majalah kesihatan... Kecik tapak tangan stadium Bukit Jalil ku tadahkan... Lebih-lebih lagi kalau kisah-kisah yang aku tulis tu dapat memberi inspirasi atau pun pengajaran kepada sesiapa yang berkenaan... Lagilah banggo pakcik... Kwa3...
Apa yang aku lalui sepanjang 'sesi fotografi' di Alamanda memang akan menjadi kenangan kepada aku... Walaupun hujan renyai-renyai ketika itu, penggambaran tetap diteruskan kerana menurut Ms Noreen artikel tersebut nak taknak perlu disiapkan pada hari tersebut juga memandangkan dia ingin mengejar dateline... Well aku memang takde masalah, lebih-lebih lagi tengah excited kan, apa ada hal...?
Sesi fotografi berjalan selama sejam lebih jugak aku agak... Seingat aku Ms Noreen ada memberitahu yang cerita aku ni dalam lebih kurang 3-4 mukasurat sahaja, tapi dia punya shoot, amboi aku rasa ada dekat-dekat 50-60 shoot jugak la kot... Yela diorang mesti nak pilih shoot yang terbaik kan... Ermmm entah macam manalah rupa aku bila keluar majalah nanti kan...
Har har har... Poyo tak mamat tuh...
Satu perkara yang agak memalukan bagi aku pada masa itu adalah pandangan orang yang lalu lalang... Bagi sesiapa yang biasa dengan Alamanda, sesi fotoshoot ini dijalankan di kawasan pintu masuk ke Kenny Rogers, kawasan yang banyak pokok buluh tu... Kan ramai orang yang lalu lalang kawasan itu... Apalah pandangan diorang pada aku kan, mesti diorang cakap poyo giler mamat ni... Tapi korang jangan tak percaya pulak, ada jugalah orang yang teruja tengok sesi fotoshoot tu... Siap berpalinglah 2-3 kali... Ada yang senyum, ada yang macam tercengang... Cuma mungkin sebab hujan jer, kalau tak aku rasa ramai jugak yang berkurumun... Hee3...
Ok, itulah serba sedikit pengalaman aku dengan majalah ni... Pesan aku pada korang, jangan lupa pada pertengahan Januari 2015 lagi, pergilah ke kedai-kedai buku, tengok-tengokanlah majalah I-Sihat edisi Februari 2015 kalau nak tahu apa kisah aku dengan majalah tersebut... Tapi kalau bukan nak tau kisah aku pun, cari jugalah, cuba beli dan baca... Banyak info berkaitan dengan kesihatan dalam majalah tersebut... Memanglah majalah tersebut tidak seglamer majalah URTV ke, Media Hiburan ke apa benda ke, tapi yang aku pasti info-info dalam majalah tersebut adalah jauhhhh lebih baik dan bermanfaat daripada sekadar info-info hiburan dan artis-artis...
21 comments:
klu tak silap saya, bro x bleh bercakap lagi kan, so mcm mana sesi perkongsian pengalaman kepada wartawan tersebut berlaku? bro kena tulis atas kertas ke ?
Wahhh! mahal pengalaman yang dapat tu:))
ewanthology: tak banyak bicara...hanya fotoshoot...maklumat dia dh byk dapat dari blog...
Azghen: yup pengalaman petama tu...harap2 pasni ada lg yg bminat nak interview...hee3...
Jariah yg tak semua org boleh buat ni Sham. Kakak rasa article yg akan tersiar kelak dpt membuka banyak mata dan menjadi iktibar ramai.
Harap-harap kakak tak lupa dan dpt peluang membeli/baca I-Sihat Feb 2015.
Bukan senang dapat peluang macam tu.. sekurang-kurangnya orang yang tak tahu jadi tau (macam saya)
salam kenal
#730
http://www.coretanhatiibu.com
i follow
salam kenal Sham..wah wah berphoto shoot siap..famous lah ni=)
60 shoot banyak jugak tu..inshaAllah akn dapatkan i sihat mag akan dtg..
salam kenal ... Allah itu maha adil . disebalik kedukaan ada kegembiraan ... redha dgn apa yg Allah takdirkan ... putrajaya jer . dah dekat dgn umah tu ... mungkin i-sihat manjadi pembuka jln kapada kebaikan lainnya ...
heheheh... poyo ja mamat tu hihi...
byk gak dia shoot... tahniah la siap masuk majalah lagi
thniah satu penghargaan tu Sham
Wah...tahniah abang Sham...cemburu saya abang Sham masuk majalah. Hahaha. Saya tak pernah beli majalah I Sihat dan tak pernah nampak pun. Takpe...nanti bulan Februari saya akan cari sebab nak tengok abang Sham dalam majalah tu. hihi
bestnya pengalaman ni... kalau saya lah... belum berani nak tampilkan blog dan diri yg tak sepertinya dalam majalah.... hahahaha
selamat tahun baru
Tahniah sham.Harap ky tak terlepas membeli I-sihat feb nanti
Terima kasih sudi ke Teratak Bunda...
Assalamualaikum
SELAMAT TAHUN BARU 2015
Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...
ada hikmah disebalik semua tu sham....akak tumpang bangga.....suami akak mmg pelanggan tegar i-sihat....xsabar nk tunggu kluaran trbaru...nk boleh gebang2 dgn en suami yg akak kenal sham...ha3x....kenal diangin lalu tapi boleh tumpang glemer.....
uisyhhh bnyknye photo shoot blh keras bibir nk senyum, btw kita nanti i-sihat k,....*_^
wah stailolah bro Sham posing..hehehe
untunglah dapat juga masuk majallah buat kenangan anak cucu.
wartawan tu tak terjah blog saya ka?
wow bestnye.. Bro, u org yg bertuah laa.. tgk tu gaya model pun ada, hehehee...
Post a Comment