Flashback Part 3: 2 Weeks of Sorrow...
Monday, December 22, 2014
Assalamualaikum...
Herm nampaknya dah masuk part 3 dah cerita aku ni... Kalau ada sesiapa yang terlepas part 1 dan part 2 boleh tengok balik kat sini ye: Part 1: Bermulanya Sebuah Tragedi dan Part 2: OMG... OMG...
**********
Dr Vijay menasihati aku agar segera menjalani pembedahan biopsi... Ini untuk memastikan ketumbuhan jenis apakah yang sedang membesar di peti suara aku itu... Dia tidak mengatakannya ia ketumbuhan kanser tetapi kalau mengikut gaya percakapannya, bunyinya agak urgent... Dia memberi aku pilihan, samada untuk membuat pembedahan di hospital kerajaan ataupun di hospitalnya sahaja... Setelah berbincang dengan isteri, kami membuat keputusan untuk ke hospital kerajaan... Sasaran kami adalah Hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Selayang... Oh ye, dalam masa ini tiada sesiapa yang tahu berkenaan hal ini termasuklah kedua orang tua aku, adik beradik, saudara mara dan sahabat handai... Sengaja aku rahsiakan, masih terlalu awal untuk mendedahkannya... Aku taknak menimbulkan suasana sedih dan panik lebih-lebih lagi dikalangan keluarga aku...
27 Ogos 2014, aku dan isteri bergerak ke Kuala Lumpur... Sasaran kami Hospital Besar KL tetapi aku lupa bagaimana kami boleh end up ke Hospital Selayang... Di Hospital Selayang kami membuat temujanji untuk bertemu pakar ENT... Malang, hari tersebut kami tidak dapat berjumpa dengan pakar tetapi kami hanya diberikan 1 temujanji baru untuk minggu hadapannya... Kami faham, bila melihat barisan pesakit yang sedang menunggu giliran... Itu pun entah berapa lama dah diorang menunggu giliran... Well hospital kerajaan, what do you expect kan...? No offence, bukan aku menghina tau, tapi aku faham yang hospital kerajaan memang kekurangan pakar jika nak dibandingkan dengan jumlah pesakit yang ada...
Aku dan isteri memang tak sanggup untuk menunggu ke minggu hadapan... Maka kami bercadang untuk ke Pusat Perubatan Universiti, ye kami bercadang untuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)... Tapi sekali lagi kami tidak ke sana sebaliknya kami end up di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)...
Di PPUKM sekali lagi kami dikecewakan dengan hasil yang sama... Untuk berjumpa doktor pakar kami harus menunggu dalam tempoh seminggu juga... Aduyai macamana ni... Namun nurse di situ memberi pula kami pilihan:
"Tapi kalau encik tak nak tunggu encik boleh naik ke tingkat 7... Di situ kami ada klinik swasta... Memang any time encik boleh berjumpa dengan pakar di sana..."
Pulok, begitu rupanya... Patutlah sebelum ni aku pernah diberitahu yang PPUKM ini adalah sebuah hospital semi kerajaan... Ooo maksudnya di hospital tersebut ada bahagian yang dibiayai oleh kerajaan dan dalam masa yang sama hospital tersebut turut menjalankan perkhidmatan kesihatan secara swasta... Oklah what the hal, terlanjur dah sampai... Kami pun menuju ke tingkat 7... Herm takde tunggu-tunggu turn pun... Sama je macam di Hospital Sentosa tempoh hari, daftar je terus dapat jumpa doktor...
Di sana aku dipertemukan dengan Profesor Dato' Dr Abdullah Sani (yang mana selepas ini aku menganggapnya sebagai hero aku dan aku punya life saviour)... Prof merupakan seorang yang santai... Nampak tak serius pada permulaanya dan kata-katanya sedikit sinis... Prosedur yang aku jalani di sana hampir sama dengan yang aku jalani di Hospital Sentosa... Memang itulah pun prosedurnya... Scope and watch, dan keputusannya...? Ye sama seperti di Hospital Sentosa juga... Terdapat ketumbuhan di pita suara dan seperti juga Doktor Vijay, Prof Sani tidak mahu mengatakan yang ianya adalah ketumbuhan kanser atau pun tidak, melainkan selepas dipastikan melalui pembedahan biopsi...
Maka, jadual pun diatur untuk pembedahan biopsi... Sekali lagi kami diberi pilihan samada untuk menjalani pembedahan di klinik swasta (yang casnya lebih mahal dari Hospital Sentosa kerana menggunakan teknologi yang lebih terkini dan canggih) atau pun di bahagian kerajaan, yang mana aku perlu menunggu giliran dalam masa seminggu dua juga... Tapi ketentuan ALLAH itu tak mungkin dapat diduga oleh manusia biasa, atau mungkin juga rezeki aku murah di PPUKM ni, hasil dari usahanya Prof Sani dapat mengatur jadual pembedahan seawal hari Jumaat berikutnya iaitu 2 hari selepas aku berjumpa dengannya... Lagi penting, pembedahan itu adalah melalui bahagian hospital kerajaan, bermakna pembayarannya adalah melalui GL kerajaan... Alhamdulillah... Hebat gak Prof Sani ni kan, berjaya dia mempercepatkan prosedur untuk aku... Haa itulah salah satu sebab aku anggap dia hero...
Sebenarnya pembedahan biopsi bukanlah satu pembedahan yang besar... Malah risikonya pun tidak terlalu merunsingkan... Cuma dalam kes aku sebab ianya melibatkan bahagian sensitif iaitu tekak, maka aku perlu juga untuk 'dipengsankan'... Aku tak bercadang untuk bercerita panjang berkenaan pembedahan biopsi ini kerana kalau nak cerita nanti kena tambah satu entri lagi pulak... Hee3... So kita skip jela ye... Usai pembedahan aku perlu bermalam 1 malam di hospital... Keputusan pula hanya akan diketahui selepas 2 minggu... Setelah semalaman di hospital aku dibenarkan pulang...
Sekembali aku ke rumah fikiran aku mulai runsing... Kalau sebelum-sebelum ini aku masih bersikap acuh tak acuh, percaya tak percaya je, kini aku dah mulai merasakan 'sesuatu'... Walaupun aku sering cuba untuk menafikan, tetapi semakin aku cuba menafikan semakin aku terasa... Herm memang betullah kanser ni kot... Aduhhh betulkah ini...? Betulkah DIA nak uji aku sebegini...? Aku ni muda lagi, kalau betul aku kanser bagaimana dengan anak-anak aku yang masih kecil, kesianlah kepada isteri aku... Bagaimana pula kedua orang tua aku, mesti diorang sedih giler... Bagaimana pula aku nak mengadap rakan-rakan, masyarakat sekekeling... Arghhh...!
Tempoh menunggu keputusan selama 2 minggu pula terasa amat-amat panjang... Longest weeks in my entire life... Sepanjang masa menunggu keputusan itu juga fikiran aku sering berserabut... Aku mula berfikir yang bukan-bukan, makin lama aku rasa aku menanti keputusan, makin merapu benda-benda yang aku fikirkan... Kemuncaknya pada suatu malam stress aku MELETUS...! Ibarat timing bomb yang meletup... KEBABOMMM...!
Agak peribadi untuk aku ceritakan sebab musababnya tetapi aku tidak malu untuk menceritakan yang pada malam tersebut aku menangis teresak-esak, macam budak kecil... Seumur hidup aku dan seingat aku ini kali kedua aku menangis sekuat ini... Kali pertama ketika dilibas oleh abah aku dengan getah paip sebab memecahkan cermin tingkap jiran (arghh itu cerita lama, jangan tanyalah macam mana boleh jadi)... Itupun ketika aku masih sekolah rendah... Aku memang tak boleh terima hakikat ini...! Macam-macam persoalan bermain: Kenapa aku...? Apa dosa aku...? Apa yang telah aku buat...? Aku bukan orang jahat...! Aku bukan minum arak...! Aku tak pernah menganiaya orang...! Kenapa...???!!! Kenapa???!!!...
Macam-macam persoalan mula timbul dalam otak aku... Pertikaian demi pertikaian... Malah sampai ke tahap aku dah nak menyalahkan takdir pulak... Bila teringat ke malam itu aku sering beristighfar panjang... Moga ALLAH ampunkan dosa-dosa aku... Moga ALLAH terus berikan aku kekuatan dan kesabaran... Kekuatan untuk menahan sakit-sakit yang datang... Serta kesabaran untuk aku terus memohon kehadratNYA...
Namun malam itu juga stress aku mengendur... Malam itu aku dipujuk oleh seorang teman sejati, seorang yang pernah berjanji untuk bersama-sama dengan aku dalam susah dan senang, seorang yang telah terbukti kesetiaannya kepada aku... Malam itu aku tertidur dalam tangisan yang teresak-esak... Namun merasa selesa kerana aku rasa 'selamat' dalam pelukannya... Dia tidak perlu berkata panjang... Hanya beberapa patah ayat, bersama dengan tindakannya berjaya 'menyelamatkan' aku... Memberi aku satu semangat baru... Membuat aku terasa ingin berjuang... Ye aku akan berjuang... Aku akan bangkit... Apa jua keputusannya... Apa jua ujiannya... Aku akan bersedia... Aku akan lawan... Aku tidak akan takut... Aku tidak akan gentar... Kerana aku tau... Kali ini aku tidak akan keseorangan... Dan akhirnya, aku terlelap...
***** End of Part 3 *****
Petikan Part 4: Ketenangan Dalam Kesukaran...
Kita minta setangkai bunga indah,
ALLAH berikan kaktus berduri...
Kita minta kupu-kupu ALLAH berikan ulat...
Kita marah, kita sedih dan kita kecewa...
Tetapi tak lama kemudian kaktus berbunga indah,
dan ulat menjadi kupu-kupu yang cantik...
ALLAH Maha Besar... ALLAH Maha Mengetahui...
p/s: Ye bukan senang untuk aku menerima kenyataan ini, tetapi Alhamdulillah... Aku rasa aku dapat menghadapinya... Dan aku rasa aku dapat menghadapi ia dengan jayanya, at least setakat ke hari ini... Aku sentiasa berharap agar aku terus diberi kekuatan dan kesabaran... So jangan lupa ye untuk terus folow kalau nak tahu bagaimana aku kaunter dengan keadaan yang paling sukar yang pernah aku hadapi dalam seumur hidup aku ini... Jumpa lagi dalam Part 4: Ketenangan Dalam Kesukaran....
14 comments:
Membaca luahan hati ini sambil rasa nak tau lg.
Ujian dtg menguji kesabaran hambaNya
Semoga Sham tabah menghadapi dugaan yer...
Bila Syam berjuang, sebenarnya Syam bukan berjuang seorang, semangat untuk hidup yang Syam tonjolkan memberikan seribu harapan untuk saya dan orang diluar sana untuk tabah dan sama2 berjuang bangkit dari ketakutan. Tidak kira walau ia berada dalam kategori drama hidup yang mana..pokoknya kita harus berjuang.Jangan tewas sebelum waktu..
Bapak kagum dengan semangat dan ketabahan Syam berjuang untuk sembuh daripada penyakit kanser tersebut.
Bapak doakan semoga Syam sembuh sepenuhnya. Bapak ada sepupu lelaki yang kena kanser prostat stage 3. alhamdulillah sudah lebih 6 tahun berlalu, dia sembuh dan dikurnia 2 anak yg comel...
Akak kagum dgn ketabahan syam....moga Allah permudahkan segalanya. Xsabar nk baca kisah seterusnya.
Salam Abg Sham,
first time ana datang sini. terus baca Part 3 ni. blm baca lagi part 1& 2. sebak ana baca segala yg abg sham kongsi ni. Allahuakbar...
ana-mizu.blogspot.com
sy speechless!!
Tabah nye T__T bca dri awal tetiba eh! dah habissss cepat2 ek smbung entry ni bab 4 ;p
Salam ukhwah..done follow back..
Rasa cam baca cerpin pulak...tuhan menguji kita berlainan cara..nanti ada masa akak dtg baca part 1 & 2..:)
memang bila diduga dengan ujian seberat ni mana ada manusia yg tak stress.kita manusia biasa,banyak kelemahan..
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman yang di lalui ....
semoga tabah hadapi ujian Allah..
U are strong person!
terdiam sejenak baca entry ni.. tapi yg latest entry bro saya baca dulu... baru saya tgk yg older post... Bro, u mesti kuat!
Post a Comment