Sahabat Tanpa Suara

Terapi Air: Penawar Kanser...

Thursday, January 15, 2015

Assalamualaikum...

Dari pencarian aku di internet banyak juga aku terbaca tulisan atau perbincangan mengenai terapi air ini... Hanya dengan meminum air dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang terdapat di pasaran ketika ini... Dari sekecil-kecil anak penyakit sehinggalah kepada sebesar-besar ibu penyakit... Termasuklah penyakit maut seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, diabetes malah kanser sekali pun...

Terapi yang dikatakan berasal dari Jepun ini didakwa amat berkesan terhadap pelbagai jenis penyakit kerana fungsinya terhadap sekurang-kurangnya 5 perkara ini:

1. Mengimbangi Sistem Limfa, supaya setiap kelenjar dalam tubuh dapat berfungsi dengan sempurna. Mengimbangi kadar cecair dalam badan dan menentang sebarang jangkitan...

2. Air yang mencukupi dalam badan dapat membantu membersihkan sistem kolon dan membantu menyerap nutrisi dengan lebih baik...

3. Meningkatkan kadar pertumbuhan sel-sel dan tisu-tisu baru dalam badan...

4. Membantu masalah obes dengan meningkatkan kadar metabolisme seseorang dan

5. Mencantikkan kulit dengan menjadi agen menyah toksid dari dalam badan...

Nah, ini bukan aku yang cakap tapi pengamal-pengamal terapi tu yang cakap... Tapi bila difikir-fikirkan memang agak logik memandangkan peri pentingnya air itu kepada tubuh manusia... Tahukan anda yang 70% dari tubuh kita ini adalah dari cecair...? Manakala otak kita ini pula 85% daripadanya adalah terbentuk dari cecair... Cuba bayangkan jika tubuh kita ini kekurangan air... Sudah pasti pelbagai penyakit yang boleh datang menyerang... Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan kekurangan air dalam badan adalah seperti asma, diabetes, penyakit batu karang, haid tidak menentu, pelbagai jenis kanser seperti leukemia, kanser payu dara, kanser usus, sembelit, migrain dan pelbagai lagi... Uiii banyaknya... Syerrremmm tuh...

Namun untuk mengamalkan terapi air ini bukan dengan minum sembarangan sahaja... Ada juga tata caranya... Cara-caranya adalah:

  • Sebaik sahaja bangun dari tidur, sebelum anda berbuat apa-apa termasuk mengosok gigi; minumlah air sebanyak 4 gelas (1.5 liter)...
  • Sesudah itu barulah bersihkan mulut dan gigi anda...
  • Jangan mengambil sebarang makan atau minuman untuk sarapan selama 45 minit...
  • Selepas bersarapan, jangan minum apa-apa selama 2 jam...
  • Itu sahaja...
Manfaatnya...? Dikatakan dapat menyembuhkan penyakit-penyakit berikut dengan mengamalkannya selama tempoh-tempoh tertentu, seperti:

  • Tekanan darah tinggi - 30 hari
  • Diabetes - 30 hari
  • Gastrik - 10 hari
  • Sembelit 10 hari
  • Kanser 180
  • Penyakit-penyakit lain: akan sembuh dengan amalan yang berterusan...
Berani cuba...? Well apa yang nak ditakutkan, sudahla tidak perlu mengeluarkan sebarang belanja tambahan malah boleh dikatakan sifar risiko... Tidak rugi untuk mencuba, kan...

p/s: Tidak disyorkan kepada mereka-mereka yang mempunyai masalah seperti paru-paru berair dan seumpamanya... Sebarang penyakit yang berlarutan semestinya perlu dirujuk kepada hospital terlebih dahulu...


10 comments:

ewanthology January 16, 2015 at 10:29 AM  

Perkara yg menyihatkan ni mmg susah nak ikut..hehe

reenapple January 16, 2015 at 11:55 AM  

Aku selalu minum air sejurus bangun tidur tapi masih kekurangan air. Haha.

insan marhaen January 17, 2015 at 1:52 PM  

tuan dah cuba minum 4 gelas air sebaik saja bangun tidur sebelum mandi?

saya dah cuba... senak perut!

zarul farhana January 18, 2015 at 12:44 AM  

balik rumah kurang minum air kosong..asyik air manis ja

Sham January 18, 2015 at 7:55 AM  

He3...jujurnya sy pn xleh abiskan 4 gelas sekali minum...

eMMe January 21, 2015 at 2:57 PM  

badan kite.. kene la jaga kesihatan.. nnt dah sakit, baru sedar kan.. baru la nak jaga kesihatan...takpe..stp penyakit pasti ade penawarnya...

Unknown January 24, 2015 at 12:03 AM  

part minum air selepas 2 jam sarapan payah skit..huhu
tengah berusaha..

arzmoha January 24, 2015 at 8:54 AM  

perkongsian yang baik sham

cuba dapatkan air zam zam sham.

SalbiahM January 27, 2015 at 10:49 AM  

menarik gak ni..memang selalu amalkan minum air segelas sebaik saja bangun pagi.tapi tulah, tak sampai 10 minit dah menonong cari kopi.acane..hehe

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP