Sahabat Tanpa Suara

Aku Suri Rumah...

Tuesday, January 27, 2015


Assalamualaikum...

Sape suri rumah sepenuh masa kat sini angkat tangannnn... Haa mesti ramai yang angkat... Aku memang tau ramai rakan-rakan blogger aku dalam ni yang menjadi suri rumah sepenuh masa... Guess what, kita sama ler... Kenapa...? Tak percaya ke...? Hee memang betul, sekarang ini memang aku kategorikan aku sendiri sebagai seorang suri rumah sepenuh masa...

Ada rakan yang mengatakan SURI rumah tu untuk si isteri, kalau suami maka gelarannya adalah SURA rumah... What ever, takde hal lah apa pun gelarannya yang penting aku sekarang ini memang duduk rumah dan membuat kerja-kerja rumah sahaja... Jaga anak, memasak, mengemas rumah bla bla... Seronok...? Teruja...? Penat...? Hermmm ada belaka, meh aku nak cerita ni...

Aku kini sedang dalam cuti sakit, cuti barah namanya... Untuk makluman korang kakitangan kerajaan yang disahkan mengidap penyakit berat seperti kanser layak untuk memohon cuti sakit selama 2 tahun... Ye 2 tahun, cuti dengan gaji penuh, boleh diambil penuh 2 tahun berturut-turut, atau pun runcit-runcit; bergantung kepada keperluan dan tahap penyakit seseorang...

Bagi penyakit aku ni aku tak bercadang untuk mengambil 2 tahun berterusan... Ini kerana penyakit kanser ini sering dikaitkan dengan relapse, maksudnya walaupun telah menjalani pembedahan untuk membuang kanser tersebut namun risiko untuk kanser itu kembali tetap ada... Nauzubillah aku memang minta-minta sangat semoga perkara itu tidak terjadi... Tapi ini case terjadi juga bolehlah diulang-ulang cuti sakit tersebut sehingga penuh 2 tahun...

Ramai rakan yang bertanya termasuk bos aku sendiri, bila agak-agaknya aku 'sihat' untuk bekerja kembali... Aku katakan begini- jika diikutkan tubuh badan memang aku sudah bersedia untuk kembali bertugas... Cuma yang menjadi masalahnya, aku adalah guru dan SUARA merupakan aset utama seorang guru, jika aku tidak 'mempunyai' SUARA bagaimana aku nak mengajar...? Setuju...? Jadi nak tak nak aku kena juga 'pulihkan' suara aku dulu baru fikirkan pasal kerja kembali...

Tapi nanti ada pula yang cakap makan gaji buta ke, tak fikir masa depan pelajar, tak bertanggungjawab ke apa... Aku pula akan jawab macam ini: tiada istilah gaji buta, itu merupakan kelayakan bagi seseorang penjawat awam... Kalau kerajaan taknak bagi gaji buta kerajaan tak akan bagi kelayakan tersebut... Manakala untuk masa depan pelajar pula aku nak kata begini: ramai lagi guru boleh ambil alih tugas aku, para pentadbir, pegawai-pegawai pelajaran yang berkenaan dah tau kes aku ini so mereka-merekalah yang patut mengambil tindakan yang sewajarnya... Dan akhir sekali bagi aku cukuplah 10 tahun aku 'memikirkan' pasal pelajar, buat masa sekarang ni elok kalau aku 'memikirkan' masalah aku dahulu... Boleh...?

Bos aku mencadangkan aku untuk dimasukkan ke dalam kumpulan jawatan 'pool'... Korang tau apa itu 'pool'...? Takpe next time je aku cerita... Aku pun memang ada mempertimbangkan perkara tersebut... Aku tak bercadang menjadi 'biawak hidup' yang menjadi bebanan orang lain... Aku tahu menilai diri aku sendiri, jika aku rasa layak aku akan perjuangkan untuk kerja-kerja biasa, dan jika aku merasakan aku gagal pastinya aku akan memilih untuk di'pool'kan... Cuma aku harap ianya adalah merupakan pilihan yang terakhir...

Lor aku sebenarnya nak cerita pasal suri rumah dah tercerita pasal bab kerja pulak... Ok kita balik ke cerita asal... So buat masa ini aku adalah suri rumah sepenuh masa, tapi dengan gred D44, gaji penuh elaun penuh woo, fuh jangan jeles naa... Heeheehee... Jujur aku katakan, aku gumbira dengan situasi sekarang... Orang penyakit macam aku ni memang kena bergumbira selalu, tak boleh stress-stress... Walaupun kadang kala kerja-kerja di rumah pun ada gak stressnya... Dan aku kini amat memahami kenapa mak-mak kita dulu selalu berleter, penat gak kerja ni woo...! Kena pulak kalau dapat anak-anak yang lasak... Perghhh kita kemas dia kecah, kita kemas dia kecah... Tengok contoh budak niha... Huhuhu...


Tapi takpelah lepas dia kecahkan, dia tolong kita pulak... Tolong menyibuk... Heeheehee...


Sedikit tentang rutin harian aku kini:


Selepas subuh aku akan menyiapkan si Shahmin dengan si Iman untuk ke sekolah... Mandikan mereka, pakaikan mereka... Kemudian aku akan menghantar Shahmin ke sekolah manakala Iman akan mengikut mama kerana tadika perpaduannya berhampiran dengan sekolah mama... Si Syafi...? Dialah co-pilot aku sekarang, mana-mana aku pergi dia mesti follow... Cuma kadang-kadang aku akan menghantarnya ke rumah atuk neneknya... Yelah bagilah orang tua tu melepaskan rindu diorang gak kan...

Then aku akan balik ke rumah... 'Berperang' kejap dengan Syafi, mandikan dia, bagi dia nyut-nyut then biasanya dia akan tidur... Masa itulah aku buat kerja-kerja sendiri... Jumpa sekejap dengan DIA pada waktu dhuha, minta dimurahkan rezeki (amalan yang aku baru buat selepas sakit, semua orang patut buat ni, seronok sebenarnya)... Selepas itu kembali duniawi; gosip-gosip dalam group whatsapp, tengok-tengok fb, blogwalking usha-usha member-member blogger...

Masuk tengahari biasalah apa lagikan ke dapurlah kita... Kalau dulu memang dapur Kak Ina lah yang aku tuju, lauk tunjuk-tunjuk, tak pun nasi ayam Pak Hamid... Tapi sekarang aku prefer masakan sendiri... Lebih-lebih lagi aku sekarang sedang mencuba diet baru: diet orang utan... Haa pelik kan nama dia... Nanti aku cerita, aku banyak belajar diet ni dari seorang otai dalam group fb yang aku join, group geng-geng cancer survival... 

Selesai memasak ala kadar, aku akan mengambil Shahmin dari sekolah... Bagi dia makan then hantar semula ke KAFA... Iman akan balik bersama dengan mamanya... Masa ni dapatlah aku bermanja-manja sikit dengan mama... Makan sama-sama, berborak satu hala: mama jer bercerita, aku tukang angguk dan senyum sahaja... Petang ambil pula Shahmin dari KAFA, kalau ada masa aku bawa diorang pusing-pusing... Kadang-kadang singgah ke taman, tapi biasanya kami redah taman-taman perumahan... Suka tengok rumah-rumah orang, ambil idea untuk buat rumah sendiri...

Selepas Mahgrib aku akan ke dapur semula, eh kejap kenapa mama tak masak ek...? Ooo masa ni mama tengah sibuk, dia ambil alih tugas aku sebelum ini; menyemak home work Shahmin dan Iman, pastikan budak 2 orang tu siap kerja masing-masing... Lagi-lagi Shahmin, dia baru naik kelas tu, nak maintain kelas pandai kena rajin buat kerja woo... Heeheehee...

Selesai makan malam bagi chancelah budak berdua tu tengok kartun sekejap tapi aku akan pastikan kedua-duanya lelap sebelum pukul 930... Baru-baru ni si Iman boleh pulak minta bed time story... Eh mana pulak budak ni belajar pasal bed time story ni...? Macamanalah ayah nak bagi bed time story ni nak oi... Tapi ada volunteer rupanya, si Shahmin menawarkan diri untuk membaca... Sampailah kedua-duanya lelap... Manakala Syafi pula akan lelap dengan nyut nyut mamanya... 

Aku, sebelum tidur biasanya akan layan movie tapi sekarang aku memang dah tak boleh berjaga lama, paling lewat pukul 11 biasa aku dah padam... Ada rezeki berjumpa lagi DIA di 1/3 malam, mohon keampunan, mohon diterima taubat, mohon kasih sayangNYA (juga amalan yang aku baru nak berjinak-jinak dan aku juga strongly rekemen semua orang buat, sangat-sangat seronok)... Maaf bukan aku nak menunjuk ye, aku nak mengajak... Amalan baik ni kita kena ajak orang lain buat sekali... Saling ingat mengingat kan... ;-)

Well itulah serba sedikit rutin harian aku sekarang, go round and round- 5 hari seminggu... Bagi yang sukakan 'advanture' pasti agak bosan dengan kerja-kerja sebegini... Jadi memang aku setuju sangat-sangat dan stongly rekemen sangat-sangat kepada suami-suami diluar sana: hujung-hujung minggu tu bawaklah wife dan anak-anak keluar rumah... Buatlah apa sahaja untuk menggumbirakan si ibu dan anak... Banyak jasa-jasa suri rumah pada kita sebenarnya, cuma kadangkala kita tak sedar...

Dan last advise dari aku, tak kiralah apa pun yang kita lakukan: nikmatilah hidup ini... Kerana hidup ini umpama aiskrim, jadi nikmatilah ia sebelum ianya kecairan...

20 comments:

SalbiahM January 27, 2015 at 10:36 AM  

wow...macam tu rupanya.tapi abang Sham beruntung jugak sebab dapat cuti bergaji sampai 2 tahun.boleh ambil masa ni untuk rehatkan diri dan spend quality time dengn family.saya doakan abang Sham cepat sembuh dan boleh kembali mengajar.

eMMe January 27, 2015 at 11:01 AM  

En Sham, ape yg saya dpt saya berikan, hanya sepotong doa, agar En Sham diberikan kesihatan yg baik, dlm membesarkan anak2 serta bahagia di samping isteri.. itu la tugas suri/sura rumah, baru kite tahu kan camne stressnye keje di rumah, bukan stress keje kt opis je... tapi mmg akan ade stress je, cume, saya taknak saya stress cuti berpantang nnt, heee~ rehat elok2 En Sham, semangat skit, kalo cuti sakit bergaji ni.. tapi kalo sakit cam En Sham, InshaAllah takde efect utk uruskan umah tangga kan...

ewanthology January 27, 2015 at 11:22 AM  

Mmg penat buat keje rumah ni... baru vacuum n mop umah dah sakit2 badan, itu buat seminggu sekali, kalau setiap hari?? Fuhhhhh

eima January 27, 2015 at 12:28 PM  

semoga cepat sihat ... klu mr sham rasa dah tak boleh kembali mengajar ..mungkin berminat untuk berkhidmat di Kementerian ....
tak perlukan suara yang tinggi tp buah pikiran yag hebat sahaja ....

aizamia3 January 27, 2015 at 1:11 PM  

Last saya merasa cuti bergaji penuh, tahun 2012.. walau hanya 3 bulan tapi anak2 paling gembira sebab tiap hari saya ada kat rumah uruskan dorang. Bila saya start kerja semua, nampak sedih muka dorang tapi nak buat macam mana, belum masanya untuk saya bertukar status kepada surirumah sepenuh masa..

Shahrul Yusof January 27, 2015 at 1:52 PM  

Semoga cepat sembuh.

Apapun, tugasan menguruskan rumah adalah tanggungjawab seisi rumah dan bukan terletak pada seseorang itu sahaja, baik isteri mahupun suami. Kira Encik Sham ni bagus jugaklah mau buat kerja-kerja rumah. Kat Malaysia ni, tipikalnya orang lelaki memang jarang nak rajinkan diri buat kerja-kerja house chores ni.

Najib Ariyan Ali Basha January 27, 2015 at 9:25 PM  

baru baru memang nampak macam susah kerja2 rumah tu... nanti dah lama2 biasa lah tu...

tapi nasihat yg akhir tu memang bagus... nasihat untuk kita semua... nikmatilah sebelum hilang

Kakzakie Purvit January 28, 2015 at 8:43 AM  

Mengharungi kehidupan yg penuh dengan aktiviti bermanfaat ada ganjaran menanti dihujungnya. Keceriaan dan kegembiraan di dunia dan yg pasti saham utk di akhirat kelak.

Syabas Syam... kakak kagum dgn kekuatan mental dan fizikal Sham dlm melayari kehidupan yg penuh ujian. Calang-calang org akan berendam air mata.

Moga terus kuat-kuat-tabah-sembuh dan ceria.

Ema Minami January 28, 2015 at 1:32 PM  

semoga en sham cepat sembuh seperti sedia kala...ameen..salam kenal...jemputlah ke blog saya...hehe

Ema Minami January 28, 2015 at 1:32 PM  

semoga en sham cepat sembuh seperti sedia kala...ameen..salam kenal...jemputlah ke blog saya...hehe

Sheila Salim January 28, 2015 at 2:58 PM  

Assalamualaikum ..salam perkenalan. thanks sudi singgah blog sheila. sheila follow sini ya. panjang gak rutin harian.. semoga sihat2 selalu ya.. jaga kesihatan baik2..

zarul farhana January 28, 2015 at 4:16 PM  

bagus tu.. kita saling memperingati..bukn nk menunjuk..tapi melalui penceritaan kisah2 mcm ni..baru kita tersedar...

Ayu January 28, 2015 at 11:49 PM  

Tetiba kembang kempis idung,bangga jadi surirumah lepas baca entry nieh, hihi.Thanks Sham!Salute juga la ngan u,bro!:)

Btw,smoga sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan inshaallah.

Ana Jingga January 29, 2015 at 10:51 PM  

salam ukhwah Sham, terpaku juga di laman ini seketika membaca coretan Sham, anggap ini suatu ujian yang ada hikmah disebaliknya nanti, bersangka baik denganNya dan In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan. Samalah ibu atau ayah kita tetap menjalankan amanah dgn sebaik mungkin,kak ana singgah dan follow disini #755

Anonymous,  February 3, 2015 at 4:51 PM  

i sihat membawa sy ke sini..ske bace tulisan en.sham..semoga cepat sembuh ye =)

DHAGI February 15, 2015 at 12:35 PM  

Itu la salah 1 kelebihan kalau kerja goverment.semoga cepat sembuh sham.xpenting apa org kata.yg penting ko sihat dulu bru kerja ok.

Unknown October 13, 2015 at 4:29 PM  

Ingin cari side income RM 100 - 1000 sehari? whatsapp 0192696479 untuk details

mek lah June 29, 2017 at 10:30 AM  

Assalamualaikum, apa khabar en sham sekrg ni?

safiah adibah November 20, 2017 at 5:04 PM  

Semoga diberi kesembuhan untuk encik sham..aminnn...

Eita Pengedar Vivix Shaklee October 2, 2018 at 6:58 PM  

memang banyak kerja kalau duduk rumah ni..semoga Encik Sham cepat sembuh

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP