Sahabat Tanpa Suara

Anak...

Monday, February 9, 2015


Assalamualaikum...

Sepanjang beberapa bulan aku bergelar sura rumah sepenuh masa ni ada beberapa perkara yang aku perasan berkenaan dengan budak-budak ni... Bukanlah bermakna selama hari ini aku tak pernah cakna terhadap pembesaran anak-anak yang berdua sebelum ini cumanya kali ini bersama-sama dengan Syafi ni aku yang menguruskannya dari pagi sehingga ke lewat petang... Biasanya pada waktu petang baru aku serahkan shift penjagaan pada mamanya... Aku tahu perkara tersebut memang lumrah bagi budak-budak kecil yang akalnya masih belum sempurna, cuma kadang-kadang aku terfikir mengapa itu yang mereka 'pilih' untuk dilakukan... Aku yakin bukan anak aku sahaja yang sedemikian, anak-anak korang macamana...? Ini antara perkara-perkara yang agak 'memeningkan' aku:

1. Mereka cenderung untuk membahayakan diri sendiri, contoh:
  • pantang jumpa benda atas lantai, pasti benda itu end up kat dalam mulut dia... Antara benda yang aku pernah korek keluar dari dalam mulut dia adalah duit siling, guli, tayar lori mainan... Kadang-kadang tu dengan lori-lori sekali ada dalam mulut dia...! Fuh bahayo...
  • mereka tertarik kepada peralatan tajam, aku betul-betul tak faham benda ni... Cuba letak dua benda dihadapan mereka, mainan dengan pisau, agak-agak mana yang diorang capai dulu... Pilihan anak aku, aku dah tahu... Acer teka... Huhuhu...
  • bermain-main di tangga... Ini masalah bagi mereka yang berumah 2 tingkat... Cer bagitau sikit kat mana feveret port mainan anak-anak korang...? Seluas-luas ruang tamu itu masih belum memadai untuk menarik minat dia untuk stay lama main kat situ... Ada apa kat tangga tu yang menarik sangat bagi dia, aku pun tak paham... Sekarang ni aku ada pasang adan, cuma kadangkala apabila abang dan kakaknya naik ke bilik mereka dan lupa menutup adan tersebut, pasti si Syafi akan mengikut mereka ke atas... Yang bestnya dia naik turun nak sama laju je dengan abang dan kakaknya... Haiii tak padan dengan kecik budak ni...!
2. Mereka cenderung untuk menguji kesabaran tahap dewa kita, contoh:
  • Setiap pagi selepas mengantar abangnya Shahmin ke sekolah, aku akan balik ke rumah bersama Syafi... Memberinya susu dan kemudian dia akan tidur semula... Sebaik dia bangun biasanya dia akan bermain-main dahulu... Kemudian baru aku mandikan dia, dandan dia, touch up dia... Dia pun bersih, comel dan wangi... Lepas tu agak-agak apa jadi...? Dia beyakkk...! Arghhhh...
  • Sebelum solat kita dah 'pesan' kat dia: ayah nak solat ye, adik main kat tepi ni ye, ada mainan ni ye, jangan kacau ayah nak solat ye... Ok dia ralik main dengan mainan-mainan dia kita pun solat... Tengah-tengah solat masa kita nak sujud, cer teka siapa terpacul depan muka kita...? Lepas tu sejadah akan terus jadi port mainan dia... Astaghfirullah...
  • Time makan dia kena ada kerusi sendiri, kerusi kanak-kanak tulah, ok fine itu takde hal lah... Cuma kebelakangan ni dia dah tak nak makan bersuap... Dia nak ada pinggan sendiri, cawan sendiri, makan pun nak sendiri... Hermm nanti aku nak ajar dia kemas sendiri-sendiri... Tak daya dah ayah ni, tiap kali ko makan minum sendiri mesti 'banjir' dapur tu ko kerjakan...!
Well itu semua sebahagian dari pe'el anak aku, Syafi namanya... Stress, ye memang stress, menjaga budak-budak ni memang stress...  Tapi ianya segera hilang apabila kita dapat melihat senyumannya, gelak tawanya, keletahnya... Bila kita acah dia tergelak, kita agah lagi mengilai-gilai dia... Bila kita kejar dia lari, terkedek-kedek dia berlari, cute sangat kita tengok... Bila kita terkenangkannya kita pun akan senyum sendiri... Semua keletah-keletah itu memadamkan stress yang ada, menukarkannya kepada satu perasaan bahagia, sememangnya tak terucap dengan kata-kata... Aku ingat lagi ketika aku bekerja dahulu, antara perkara yang aku tuju dahulu sebaik sampai ke rumah apabila pulang dari kerja adalah anak-anak... Melihat keletah mereka dapat sahaja menghilangkan keletihan... Sungguh...

Sesungguhnya anak-anak itu merupakan antara anugerah ALLAH, anugerah yang tak terhingga nikmatnya... Selain dari itu aku juga dapat merasakan yang anak-anak juga merupakan ujian dari ALLAH sebenarnya... Untuk menguji sejauh mana kesabaran kita dalam membesarkan mereka, mendidik mereka, menjadikan mereka insan yang berguna- di dunia dan pastinya di akhirat kelak...

Seorang sahabat yang aku anggap bijak, pernah menasihati aku pada ketika aku dalam kesakitan dahulu, dia mengingatkan aku antara perkara yang menjadi BEKAL untuk kita 'diSANA' kelak adalah doa dari anak yang soleh... Maka tanyanya:"Sejauh manakah kau sudah menyediakan anak yang soleh itu...?"

12 comments:

Ujie Othman February 9, 2015 at 11:54 AM  

itulah racun, itulah madu! walaupun blm ada anak, tapi mmg dah pening kepala tengok gelagat anak2 sedara. Apapun, sume tu sementara je. Nanti mesti rindu gelagat nakal mereka.

iryantyismail February 9, 2015 at 11:59 AM  

syukur alhamdulilah beruntung punya anak..berbanding yan yang masih belum ada zuriat..hanya menumpang kasih pada anak tiri dan anak orang...

aizamia3 February 9, 2015 at 12:02 PM  

Hehehe.. baca entry ni sambil tersenyum mengiyakan.. ;) bila dorang dah besar, rasa rindu dengan keletah dorang masa kecik.

Bunda_nora February 9, 2015 at 12:24 PM  

Salam sham apa kabar...sham sehat ke?...

Biasalah sham budak2 seusia 6 ke bawah ni.ereka belum cukup akal nak bezakan yang baik buruk ..atau bahaya..

Namun dalam masa yang sama mereka kreatif ingin mencuba sesuatu...apa lagi hal yang kita tegah dan larang sngat tu lah yang mereka nak buat jugak...

Mereka juga nak tarik perhatian kita lah tu..itu maknanya anak2 yang normal dan bijak...

Kita sebagai orang tua kenalah selalu beritahu mereka agar tak buat atau main benda2 yang merbahayakan diri..

insan marhaen February 9, 2015 at 12:32 PM  

sebab itu saya angkat ibu jari kepada guru-guru yang boleh mengajar dan kawal murid di kelas.

saya angkat tangan awal-awal...

jaga anak kecil letih fizikal tapi jaga anak dewasa letih rohani...

AMIIZAA@Mieja February 9, 2015 at 12:35 PM  

salams sham

fasa yg sangat mencabar dan banyak kenangan dalam membesarkan anak2 kecil seawal usia syafi:)

dah besar esok lain pulak cara dan rentaknya....:)

eMMe February 9, 2015 at 2:30 PM  

Same.. anak saya pun En Sham, twin suke main kt tangga, padahal byk n belambak mainan dia... tapi.. so far, mmg elakkan twin dari main permainan yg tajam n boleh ancam keselamatan mereka... masukkan makanan yg jatuh di lantai ke dlm mulut, tu biasa.. tapi selalu la tegur, bgtau, jgn kutip makanan jatuh itu...

kalau la suami ku gaji besar, saya jadi surirumah, hahaha..mane tau dia leh bagi gaji saya lebih dari gaji hakiki saya, hahahahaa~

mmg bertabah la dgn budak2 ni...

eima February 9, 2015 at 4:02 PM  

besh kan jg anak enSham .... itu la yg kami ibu2 ni rasa ....
wlupun selalunye hangin je lbh sbb suka sepah dr mkn tp kite ttp nk bg jg die mkn sendrik ....

ewanthology February 9, 2015 at 11:00 PM  

sejak ada anak ni saya lebih memahami apa ertinya kesabaran.

Kakzakie Purvit February 10, 2015 at 11:13 AM  

Entri yg bagaikan terapi buat kakak bila membacanya. Rindu saat anak-anak kecik macam anak-anak sham. Seronok walau ada letihnya. Anak kakak semua dah remaja..

Mendidik anak semampu boleh moga bila kita di alam sana anak-anak mampu mendoakan kebahagiaan kita. Itu yg wajib dan tak boleh tidak..

sweetie February 23, 2015 at 1:20 PM  

Benar Sham, membesarkan anak-anak memerlukan kesabaran yg tinggi... tapi percayalah, apabila mereka dah dewasa nanti kita akan kembali rindukan saat-saat ketika mereka masih kecil. Saya sudah melaluinya...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP