Sahabat Tanpa Suara

Flashback Part 5: Moden Atau Alternatif...

Tuesday, February 17, 2015

Assalamualaikum...

Bagi sesiapa yang ketinggalan kisah-kisah sebelum ini bolehlah tengok Part 1 - Part 4 disini>>

**********

Allah Maha Besar, Allah Maha Agung... Allah tidak 'memakbulkan' doa aku agar aku negatif kanser... Tetapi Allah memberi aku ketenangan, dan yang pastinya Allah telah 'menarik' aku untuk lebih dekat kepadaNya... Terima kasih Allah, terima kasih kerana telah memilih aku... Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar...


Maka akhirnya SAH sudah... Sahlah yang aku kini adalah seorang pesakit kanser: kanser pita suara, tahap 3... T3N0 untuk lebih tepatnya, T3 bermakna ketumbuhan berada dalam saiz yang agak besar (T1 paling kecil dan T4 paling besar), manakala N0 menunjukkan yang tiada perebakan sel-sel kanser yang telah berlaku, bermakna kanser hanya terfokus dibahagian pita suara sahaja... Itu satu berita yang baik sebenarnya... Bermakna doktor boleh menumpukan rawatan pada satu bahagian sahaja iaitu bahagian pita suara...

Penerimaan aku...? Hermmm Alhamdulillah, cukup bersedia dari segi fizikal dan mental... Dalam Part 4 sebelum ini pun aku dah bercerita panjang lebar bagaimana aku menghadapi situasi tersebut... Ye aku redha, dan aku serahkan segala 'untung nasib' aku hanya padaNYA... Namun pastinya DIA tidak ingin aku hanya berserah semata-mata... Sudah pasti aku kena berusaha, aku perlu berusaha untuk mengubati penyakit ini... Walaupun secara tradisinya kanser sering dikaitkan dengan kematian... Huh itu yang biasanya kita gerun bila mendengar kanser kan... Namun sebenarnya banyak juga kisah-kisah kejayaan pesakit kanser ini... Ramai juga yang telah pulih sebenarnya, dapat bebas dari kanser... Ada yang melalui rawatan moden di hospital-hospital, ada pula yang berjaya melalui rawatan-rawatan alternatif, samada melalui perubatan, pemakanan dan juga secara spiritual...

Kini aku harus membuat keputusan, apa yang hendak aku pilih... Untuk perawatan moden doktor telah memberi aku pilihan... Samada melalui pembedahan atau pun rejim radioterapi sebanyak 35 kali, 5 kali seminggu selama 7 minggu... Bersama dengan kemoterapi sebanyak 7 kali iaitu sekali setiap minggu... Dalam dunia perawatan moden memang 2 pilihan inilah sahaja tawaran yang ada untuk kanser... 

Mari kita bercerita tentang set pakej radioterapi bersama kemoterapi dahulu... Rawatan ini telah diakui oleh semua pakar-pakar rawatan moden sebagai rawatan yang paling berkesan untuk merawat kanser... Ianya memang sangat-sangat berkesan untuk membunuh sel-sel kanser yang terdapat dalam badan seseorang pesakit itu, namun malangnya, dalam masa yang sama ia membunuh juga sel-sel yang baik... Maka terhasillah kesan-kesan sampingan seperti keguguran rambut, kulit melecur, kuku mati dan bertukar menjadi kehitam-hitaman, hilang selera makan, berat badan menyusut, pening, loya, sakit sendi, sakit urat, letih, lemah bla bla bla... Perghhhh banyakkk tu...

Sumber: google image

Bukan aku nak membongak tau, ini memang apa yang pakar onkologi sendiri bagitau aku... Tapi dengan cara yang baiklah dia cakap... Dan kesan-kesan sampingan itu pula berbeza sebenarnya mengikut individu... Ada yang teruk dan ada yang tak terkesan langsung, ikut nasib memasingla kan... Peratus kejayaan pula bergantung kepada tahap kanser sebenarnya... Pada tahap aku ini kejayaan atau pun dipanggil sebagai 5 years survival adalah 50-60% sahaja... Maknanya dalam 10 orang pesakit kanser pita suara seperti aku ini, hanya 5 atau 6 orang sahaja yang mampu survive untuk tempoh 5 tahun atau lebih... Fuh memang menggerunkan bukan...?

Satu lagi pilihan dari doktor adalah menerusi pembedahan... Doktor kelihatannya cenderung ke arah ini, kerana menurutnya selain ianya hampir tiada kesan sampingan seperti pakej radioterapi dan kemoterapi; malah melalui pembedahan mereka lebih yakin yang kanser tersebut dapat dibuang sepenuhnya... Jadi kemungkinan untuk kanser itu kembali menyerang adalah sangat-sangat minimum... Namun ada sesuatu yang aku perlu korbankan: peti suara... Bermakna aku akan kehilangan peti suara iaitu SUARA aku buat selama-lamanya..! Wau nice... Nice sangat... 

Pada ketika itu aku tak sanggup untuk kehilangan suara, tidak sama sekali... Maka aku mengambil keputusan untuk memilih rawatan radioterapi dan kemoterapi... Namun aku tidak terus menjalani rawatan, al maklumlah hospital kerajaan, aku harus menunggu giliran... Ramai sebenarnya di hadapan aku, aku harus menunggu kira-kira 4 minggu atau sebulan juga untuk menjalani rawatan tersebut... Jadinya ia memberi aku masa, masa untuk mempertimbangkan rawatan alternatif...

Maka pencarian untuk rawatan alternatif pun bermula... Banyak sebenarnya rawatan alternatif yang aku jumpa, melalui rakan-rakan, saudara mara dan yang paling banyak melalui seorang pakcik ni: siapa lagi kalau bukan pakcik google... Banyak, banyak sangat sebenarnya tapi terlalu banyak pilihan pun kadangkala memeningkan juga... Dan dalam masa yang singkat ini sudah tentu aku tidak mampu untuk mencuba kesemua yang aku jumpa... Jadi aku harus membuat pilihan, pilihan yang TERBAIK...

Sebagai seorang muslim pasti pilihan utama kita adalah perawatan Islam, betul...? Waima apa jenis penyakit pun kita pasti ingin mencuba kaedah perubatan ini... Maka itulah kaedah perubatan alternatif pertama yang aku cuba dalam merawat penyakit kanser aku ini... Ada baiknya aku terus sebut ajelah namanya supaya korang semua tidak tertanya-tanya, aku mencuba rawatan Islam di Pusat Perubatan Al Hidayah milik Tuan Hj Ustaz Lokman... Pasti ramai yang tau kan, ala yang kliniknya di Setiawangsa tu...


Sebenarnya sudah agak lama aku mengenali Tn Hj Lokman ni, sejak dia berubat di rumahnya di Bukit Antarabangsa lagi kira-kira 10 tahun lepas... Pada ketika itu aku hanya menghantar ibu aku untuk berubat ke sana... Ye untuk ibu aku sahaja ketika itu manakala aku, herm masa tu sihat walafiat tiada sebarang sakit, makanya tiada keperluan aku rasa untuk berubat... Sementelah lagi masa tu sikap aku agak sinikal terhadap kaedah perubatan yang dibawa Tn Hj Lokman ni... Err tak perlulah cerita panjang lebar berkenaan hal tu... Yang pasti dan nyatanya sekarang aku ingin mencuba kaedah perawatan tersebut...

Selain daripada berubat dengan Tn Hj Lokman, aku ada mencuba satu lagi rawatan, melalui pemakanan... Pemakanan supplement, yang aku tau melalui kenalan... Menurut testimoninya memang banyak kejayaan, biasalah testimoni mestilah lapor yang baik- baik saja kan... Tapi bukan sebab testimoninya sahaja yang mendorong aku untuk memilih produk tersebut... Sebenarnya aku telah berjumpa sendiri dengan pencipta produk tersebut di ibu pejabatnya... Berbincang, bertanyakan soalan, berprovokasi hingga aku rasa betul-betul yakin barulah aku membuat keputusan untuk memilih produk tersebut...

Oh ye, lupa aku nak mention, sebenarnya selain bertanya pendapat rakan-rakan, keluarga dan semestinya wife aku; satu lagi tempat rujukan yang 'mendorong' aku untuk memilih kedua-dua kaedah rawatan yang aku sebut tadi adalah melalui Solat Istikharah... Jujur aku katakan bahawa ini merupakan kali pertama aku membuat satu keputusan yang besar dalam hidup aku dan aku bertanya kepadaNYA... Allah, kenapalah sekarang baru aku terfikir nak buat semua ini...? Jahilnyalah aku selama ini kan... Aku akui hasilnya sangat-sangat meyakinkan, tidak pernah aku merasa seyakin ini dalam memutuskan sebarang keputusan yang besar selama ini... So meh aku selit sikit-sikit pendakwahan: jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, rasa serba salah, tak tahu nak buat pilihan; pergilah bertanya kepadaNYA... Insha Allah anda akan menjumpai jawapannya... Insha Allah anda akan ditunjukkan jalan...

Ok berbalik kepada supplement yang aku pilih tadi, aku mendapat sokongan dari semua pihak, wife, adik beradik, ibu bapa dan rakan-rakan... Aku mencuba dengan penuh yakin, penuh istiqomah, penuh harapan... Walaupun ianya mempunyai sedikit kesan sampingan yang dinamakan sebagai 'healing crisis' seperti pening-pening, selsema, rasa nak demam dan sebagainya, namun menurut penciptanya itu merupakan perkara biasa, badan kita sedang bereaksi dengan supplement tersebut... Aku gagahkan juga untuk meneruskan pemakanan, kerana aku percaya, aku yakin... Insha Allah, insha Allah aku akan sembuh tanpa sebarang rawatan moden... 

2 minggu berlalu, kalau mengikut jadual 2 minggu lagi sepatutnya aku akan menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi, kecut perut aku setiap kali memikirkannya... Dalam masa yang sama aku semakin 'serasi' dengan supplement yang aku makan... 'Healing crisis' semakin berkurangan, aku akui tubuh aku rasa lebih segar berbanding sebelum ini... Sementara itu rawatan Islam bersama Tn Hj Lokman tetap juga aku teruskan, secara spiritualnya aku memang terkesan, aku tidak akan sesekali menafikan perkara tersebut... Dengan rawatan Islam ini juga aku dapat merasakan hubungan aku dengan Sang Pencipta semakin rapat... Ketenangan betul-betul dapat aku rasakan...

Temujanji dengan doktor juga menunjukkan perkembangan yang baik... Dari pemerhatian doktor melalui scope, ketumbuhan berada dalam keadaan yang sama pada ketika ia 'ditemui'... Aku rasakan yang itu merupakan satu petunjuk yang baik... Memang harapan aku supaya ketumbuhan itu mengecut tetapi dengan keadaannya yang tidak membesar itu, sudah menjadi satu kelegaan yang amat-amat bagi aku, wife dan keluarga... Aku benar-benar yakin yang aku boleh sembuh... Insha allah, of course dengan izin Allah...

Aku sangat yakin yang aku dapat pulih dari penyakit ini tanpa melalui rawatan moden yang hospital cadangkan... Aku sangat yakin sehingga aku berhubung dengan pihak hospital untuk menangguhkan rawatan radioterapi dan kemoterapi yang telah dijadualkan untuk aku... Pada mulanya pihak hospital agak keberatan untuk membenarkan penangguhan tersebut, tetapi aku dapat meyakinkan mereka yang aku masih mampu 'bertahan'... Akhirnya mereka membenarkan aku menangguhkan rawatan dan jadual disusun semula... Aku berjaya menangguhkan rawatan selama 1 bulan lagi...

Memang aku rasakan aku mampu bertahan, segala-galanya kelihatan begitu baik, berjalan dengan lancar sekali... Sehinggalah

***** End of Part 5 *****

Petikan Part 6: Cemas di Mid Valley...

"Aku tarik nafas panjang-panjang, terasa KOSONG...! ALLAHU AKBAR...! Bagaimana aku nak definasikan kosong itu...? Rasanya seperti kita menarik nafas tetapi tiada oksigen yang masuk, sebaliknya hanya udara kosong semata-mata... Beberapa ketika itu aku tercungap-cungap, peluh dingin mula aku rasa di atas dahi, kaki aku merasa kebas, sejuk secara tiba-tiba, lutut aku terasa longgar, lemah... ALLAHU AKBAR...! PANIK MENYERANG...!!!

Seumur hidup aku tak pernah aku merasa secemas ini...! Adakah ajal aku sudah sampai...? Beginikah rasanya berhadapan dengan malaikat maut...? Aku masukkan beg yang terakhir ke dalam bonet kereta... Terus masuk kedalam, tutup pintu, aku memandang isteri aku...

"Ayang, abang rasa tak boleh nak bernafas... Abang rasa macam nak matila... Abang tak nak mati lagi... Tak nak kat Mid Valley ni...!!!"

Apa yang akan terjadi seterusnya...? Terus mengikutinya dalam Part 6: Cemas di Mid Valley...






21 comments:

iryantyismail February 17, 2015 at 9:04 AM  

ya Allah...
berat ujian yang sham tanggung...semoga sham diberi kekuatan untuk menghadapinya...amin...part 6 plz

aizamia3 February 17, 2015 at 2:09 PM  

Tiap apa yang kita usahakan bukan dengan mudah kita berjaya mendapatkankannya, pasti akan ada halangan2 sebelum kita berjaya.

Berdebar-debar menantikan part 6 itu.

eMMe February 17, 2015 at 4:21 PM  

En Sham, camner kesihatan anda ketika ini, harap Allah memeliharamu... mase me sukar utk hamil, Me ade 2 pilihan, modern, atau alternatif, me pilih raw. alternatif.. di mana, tiada rasa sakit sepanjang rawatan... Alhamdulillah.. doa me Allah makbulkan.. tapiii.. me bersalin, tiada pilihan, kene operate, hurm... so, En Sham, kite ikhtiarlah selagi ade daya dan mampu, InshaAllah.. ade yg terbaik utk En Sham...

Unknown February 18, 2015 at 10:04 AM  

salam kenal...wanie singgah balas kunjungan... Allahu..beratnya ujian..moga en.sham tabah,dan sentiasa berdoa yang terbaik dariNya..yang pasti,bukan calang-calang orang yang Allah pilih untuk diuji seberat ini..moga en.sham dipermudahkan untuk pulih..insyaAllah...

εïзmmyHazaεïз February 18, 2015 at 11:54 AM  

Bulu rome naik dari perenggan pertama hingga akhir.. Allahuakbar.. Saudara sham insan terpilih utk di uji olehNYA. Semoga tabah...inshaAllah..

lovesports February 18, 2015 at 4:29 PM  
This comment has been removed by a blog administrator.
Jari Manis February 19, 2015 at 10:37 PM  

Assalam Sham...terima kasih kerana datang berkunjung di blog JM..so ini kunjungan balas dan follower #789

Apabila baca permkongsian ini hanya mamapu berdoa agar rawatan bersama Utstaz Lokman dan mkn supplement itu memberi kesan yang positive. JM sokong 100% tindakan menangguhkan proses kemotrapi tu..apa2 bersabar ye dgn dugaan tu dan part 6 tu mmg cemas..x sabar nk tahu kisah lanjut

ada masa akan baca part 1 - part 4 utk tahu punca sebenar

Bunda_nora February 20, 2015 at 3:39 AM  

Salam sham ...
semoga dipermudahkan segala urusan, dan semoga sham diberi ketabahan dan kekuatan dalam menempuh ujian Allah ini...aamiin.

Boleh BUNDA tahu apa supplement yang sham ambil tu?

Najib Ariyan Ali Basha February 21, 2015 at 7:12 AM  

Bila kita susah dan kepayahan baru lah kita meminta pertolongan dariNYa... itu bagus sebenarnya... mungkin kesusahan dan kepayan itu memang didatangkan sebab kita lupa kepada Nya selama ini dan kerana kasih sayang Nya lah kita menghadap untuk dianugerahkan nikmat iaitu menyerahkan hati dengan bersungguh2 kepadaNya... Allah uji manusia bukan kerana benci tapi kerana sayang...

dan Insyallah Allah juga yang akan pulihkan Sham...

sweetie February 23, 2015 at 1:38 PM  

Saya bukan sapa-sapa apalagi doktor yang boleh memberi nasihat tentang perubatan...sekadar sahabat blog yang cuma boleh berkata, 'sabar menempuh ujianNYA. Saya turut mendoakan agar Sham kembali sihat seperti sediakala... InsyaAllah!

dear anies February 23, 2015 at 2:25 PM  

ujian dan kesusahan itu adalah tanda kita akan semakin hampir dengan-Nya. jangan berhenti atau berputus harap....

Dunia Zumal February 23, 2015 at 5:31 PM  

Moga Sham kembali sembuh ya... Insha Allah segala usaha Sham berbuahkan hasil...

TukangKebun February 24, 2015 at 2:15 AM  

InsyaAllah ikhtiar yang dilakukan dalam pelbagai bentuk ada yang terbaik untuk saudara Sham.

Shahrul Yusof February 24, 2015 at 4:41 PM  

Allahurabbi. Amat besar sekali dugaan yang perlu ditanggung oleh Sham.

Amat tersentuh hati apabila melihat Encik Sham masih lagi kelihatan tabah menghadapi ujian ini.

XYZ February 24, 2015 at 10:16 PM  

pertama kali singgah... kagum dengan manusia cekal....

smoga bakal terima kesembuhan.... berkat kesabaran dan kecekalan anda...

=)

hasliynda umairah beauty February 25, 2015 at 11:02 AM  

semoga cepat sembuh...
Allah memberi ujian pada kita sebab
sygkan umatnya..
redha&tabah menghadapinya..

reza al-razi February 27, 2015 at 1:10 AM  

Ujian tanda Allah beri perhatian-Nya pada kita.. Semoga cepat sembuh..

BaTiK_PiNk March 5, 2015 at 12:28 PM  

Allahuakhbar...rupanya En Sham adalah orang yang sama saya baca kisahnya dalam majalah iSihat tempohari.....thanks sudi jengah blog saya.....inshaAllah, kita sama-sama usaha untuk rawat penyakit masing-masing dengan izinNya...amin ya rabbal alamin!

OKje March 11, 2015 at 5:28 PM  

Awak ni mmg psndai menulislah Sham buat novellah jual...hihi...

Syukur kerana kita masih sedar Allah sentiasa bersama kita.

indahshop August 4, 2016 at 2:57 PM  

Harga teh daun belalai gajah ini sementara sahaja tau.
.
Kualiti sama dengan yang ternama dan harga kami juga hanya sementara.
.
CEPAT DAPATKANNYA!!!
.
=======================
Harga teh daun belalai gajah :-
=======================
.
20 sachet RM16.00
50 sachet RM40.00
100 sachet RM80.00
Postage RM7.00 (S/M), RM10.00(S/S)
=======================
WhatsApp +01136100913
Message +01136100913

https://www.facebook.com/Teh-daun-belalai-gajah-murah-641463596006275/

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP