Sahabat Tanpa Suara

Belasungkawa...

Friday, February 13, 2015

Assalamualaikum...



Sebenarnya aku dah schedulekan 1 entry lain pada pagi ini tetapi perkhabaran ini membuat aku menundakan entry tersebut... Just aku nak turut sama dalam perkhabaran sedih ini... Pastinya semua telah maklum yang tok guru kesayangan kita Tuan Guru Nik Aziz telah pun meninggal dunia malam semalam... Aku tengok dalam bloglist aku pun dah penuh entry berkenaan pemergian beliau...

Aku tak berniat nak menulis panjang berkenaan ini... Tiada apa pun yang aku nak ulas... Sekadar berkongsi kesedihan bersama anda semua... Sebenarnya aku ada pernah menulis 1 entry berkaitan beliau, boleh baca disini>>... Dan mungkin kalau masih ada yang tidak tahu, aku pun baru juga tahu rupa-rupanya Tok Guru selama ini mengidap penyakit kanser prostat... Hermmmm...

Semoga beliau tenang bersemadi disana, mengadap Sang Pencipta... Secara peribadi aku merasakan biarlah Tok Guru 'berehat', cukuplah perjuangan beliau di atas muka bumi ini... Semoga perjuangan beliau tidak terhenti disini, sesungguhnya perjuangan memartabatkan agama tidak harus ada titik noktahnya...

Al Fatihah...

14 comments:

insan marhaen February 13, 2015 at 9:16 AM  

Ya.. kita redhailah pemergiannya walaupun berasa bahawa perjuangan menegakkan agama di Malaysia ini maasih memerlukan kepimpinannya.

p/s: dah singgah jenguk link itu dan tinggal komen.

eMMe February 13, 2015 at 9:53 AM  

Salam Jumaat yg barakah En Sham, Salam Takziah buat keluarga TGNA dan AlFatihah buat Arwah TGNA yg kita sayang, moga syurga tempatnya...

eima February 13, 2015 at 11:16 AM  

takziah kpd semua ....semoga arwah ditempatkan disamping org beriman ...

ewanthology February 13, 2015 at 11:40 AM  

Alfatihah. ..semoga rohnya dicucuri rahmat.

Kakzakie Purvit February 13, 2015 at 1:42 PM  

Allah berikan rehat yg panjang buat TGNA setelah menjalani lelah panjang dlm memperjuangkan Islam. Biarpun jasad bersemadi tapi tazkirahnya masih berlegar utk terus dijadikan panduan semua..

Kakzakie Purvit February 13, 2015 at 1:45 PM  

Kakak rasa kakak pernah baca kisah link yg Sham berikan di atas lama dulu.

aizamia3 February 13, 2015 at 2:25 PM  

Takziah kepada keluarga terdekat dan sanak saudara Datuk Nik Aziz Nik Mat. Semoga roh Tok Guru Nik Aziz dicucuri rahmat Allah S.W.T.

Ana Jingga February 13, 2015 at 5:20 PM  

redhailah kepergiannya bertemu maha Pencipta dan Damailah disana disisi hambaNya yang beramal soleh,Amin.

Najib Ariyan Ali Basha February 16, 2015 at 8:49 PM  

Al-Fatihah untuk Allahyarham TG NIk Aziz Nik Mat

drshikinzainal @ ekin February 19, 2015 at 1:55 AM  

Insyaallah. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan hambamu yang beriman, Ya Allah.
http://drshikinzainal.blogspot.com/2015/02/sebak-melihat-pemergian-tok-guru-datuk.html

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP