Diet Orang Utan...
Wednesday, February 4, 2015
Assalamualaikum...
Manusia perlu makan untuk kelangsungan hidup... Manusia memang suka makan, manusia tertarik kepada makan-makanan, kalau tak percaya buka fb kawan-kawan korang... Paling tidak mesti ada satu dua pos pasal makanan... Korang pun mesti ada kan..? Hehee jangan tipu... Ada pulak tu yang hari-hari update pasal makan, dah macam expert makanan dah... Ada pulak yang buat blog pasal makanan, glamer lagi, traffic beribu-ribu masuk setiap hari...
Show dalam tv pun orang boleh buat pasal makanan... Rating tinggi memanjang, kalau tidak takkan semua stesyen-stesyen tv ada program masakan masing-masing... Ada stesyen tv yang buat pulak pertandingan masak-masak, berlumba-lumba orang nak masuk... Dah menang jadi pulak celebriti, terkenal satu negara, bila mulut kuat pulak celoteh bertambah-tambah meletopnya... Pastu ada pulak lagi rancangan pasal makan-makan... Yang ini lagi best, siapa dapat jadi hos dia memang 'makan tak sudah'... Serata tempat diorang redah, dari restoran-restoran terhebat sampailah ke warong-warong tepi jalan... Punyalah kita suka pasal makanan ni... Begitulah kuatnya pengaruh makanan pada kita...
Satu masa dulu aku suka sangat makan-makan ni... Boleh kata semua jenis makanan aku bedal... Dari makanan mamak bawa ke western, aku xde pantang... Pantang aku satu je, pantang nampak... Asal teringin je order... Aku mungkin kedekut dari segi perbelanjaan benda-benda lain tapi kalu pasal makanan biasanya memang aku pejam sebelah mata... Tapi make surelah poket ada isi dulu kan... Nanti tak pasal-pasal pulak kena cuci pinggan, kes naya gitu bai... Sungguhpun begitu aku tiada masalah obesiti, kolestrol mungkin agak tinggi tapi biasanya terkawal... Aku tiada masalah diabetes, kandungan gula dalam badan aku terkawal, tekanan darah sentiasa menunjukkan bacaan yang cantik, sentiasa dalam range yang selamat...
Tapi tanpa diduga, aku tiba-tiba disahkan sebagai pesakit kanser... Fuh banyak benda yang berubah dalam hidup aku... Sudah pasti yang paling banyak mengalami perubahan adalah amalan pemakanan aku... Aku sudah tidak boleh lagi mengamalkan gaya pemakanan lama aku... Aku dah tak boleh ikut sedap hati nak membedal apa sahaja... Aku dah tak boleh main pantang nampak aje, malah perlu berpantang dengan erti kata berpantang yang sebenar-benarnya pantang... Ye, jika aku ingin kekal sihat atau ingin mengawal sel-sel kanser dalam badan aku ini dari terus 'bermaharajalela', nak tak nak aku kena berpantang...
Sebelum ini aku sudah pernah menulis entri berkaitan pemakanan sihat ini, ok hari ini aku nak share sikit lagi... Secara umumnya makanan-makanan yang 'bahaya' kepada pesakit-pesakit kanser adalah protein dari haiwan... Ini termasuklah ikan, ayam dan daging... Hei bukankah itu semua lauk asasi semua manusia...? Well sad but true, itu pantang yang utama... Selain itu...? Gula putih, susu dan semua produk tenusu termasuklah kek, pastri, biskut, cookies, aiskrim dan seumpamnya... Semua jenis makanan segera dari pakcik KFC dan makcik Mekdi... Semua jenis makanan tin termasuk buah-buahan dalam tin, sardin, kari segera dan seumpamanya... Hermmm apa lagi, ada lagi cuma buat masa ini, ini sahaja yang aku senaraikan dulu...
Bila tengok semua list tu mesti syereeemmm je kan... So apa pulak yang kita nak makan...? Nah disinilah lahirnya satu diet yang aku namakan diet orang utan... Ini merupakan diet yang benar-benar selamat: buah-buahan dan sayur-sayuran... Sebenarnya aku dapat diet ni dari seorang sahabat yang berkongsi pengalamannya dalam group fb yang aku join beberapa bulan yang lepas... Beliau kini di tahap 4 breast cancer, namun menolak untuk semua rawatan moden dan kini berikhtar mengubati sendiri penyakit kansernya dengan mengamalkan pemakanan sihat sahaja... Impressive bukan...? Aku doakan beliau berjaya, dari sudut hati aku yang paling ikhlas... Aku nakkk sangat tengok beliau berjaya, supaya aku boleh canangkan kepada seluruh dunia yang perubatan moden bukanlah satu-satunya cara untuk mengubati penyakit kanser...
Kembali kepada aku, aku masih dalam peringkat beginner... Jujur aku katakan aku ni bukanlah seorang yang kuat berpantang... Huhuhu... Buat masa sekarang aku masih lagi mengambil beberapa makanan yang 'terlarang' seperti ayam dan ikan... Malah kadangkala 'terbeli' juga aku aiskrim dan biskut-biskutan... Cuma setakat ni aku 'berperang' untuk mengambilnya dalam kuantiti yang sangat-sangat minima... Dalam masa yang sama aku sedang memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan aku... Memang, buat permulaan terasa sangat-sangat akan kekurangan nikmatnya dalam pemakanan, hilang sedapnya, hilang thrillnya...
Namun sedikit demi sedikit aku cuba, aku cuba untuk meninggikan imaginasi, mempelbagaikan cara pengambilan... Belajar, belajar semula dengan mencari, mencuba resepi-resepi baru... Akhirnya sedikit demi sedikit tekak aku mula menerima, menerima seadanya... Dan kini aku teringat kata-kata seorang sahabat pada suatu ketika dulu, seorang yang aku anggap 'tiada taste' dalam pemakanan:
"Ala Sham apa nak hairan sangat dengan lauk-pauk masakan yang sedap-sedap tu... Paling kuat rasa dia sampai ke tekak je Sham... Lepas dari tekak dia masuk perut, dalam perut tu semuanya sama je Sham... Jadi tahik belaka...."
Kini aku setuju... Juki, aku setuju dengan hang...
15 comments:
Betullah kalau kawan Sham tu boleh berjaya kenapa tidak Sham. Tapi betul mengawal pemakanan termasuk berpantang bukan mudah. Teringat kena berpantang masa bersalin yg cuma beberapa bulan pun rasanya Masya-Allah...
Kuatkan tekad kakak pun doakan moga diberi kekuatan utk cekal melawan..
bab bab berpantang makan ni mmg susah... dari kecik dah bedal makanan mcm tu, tetiba je nak kena elakkan pulak,.. azab betul nak menahan nafsu dr mkn makanan yg dah selalu dan terbiasa makan.
good luck bro.
Berhenti makan sebelum kenyang :)
Saya ssh nak pantang..semua pantang nampak jer..hehehe..
Ssh mmg ssh nak pantang nie tp hati kene cekal dan kuat..be strong aight!..tq coz follow..done follow jugak to xingat yg ke berapa..hihihi
semoga sihat kembali seperti dulu, berpantanglah untuk kesihatan diri.... mmg susah tak di nafikan... kalau susah sgt berpuasa ... haahahaha itu stail akak.. nak kurus punya pasal... segala diet mak nenek akak try atkin le... carbo le... tapi asik cheat aje... last sekali akak posa... baru berdisplin sket.... nak kurus bkn nak cantik tapi risau dengan kesihatan diri akak ni....
yg tak sakit pun kena beringat ni. Thanks sharing..jadi bersemangat gak nak jaga pemakanan ni.
Nak jaga kesihatan ni memang kena berpantang. Tapi yang ni yang ramai fail. Nak berpantang ni perlukan disiplin dan ketahanan mental yang tinggi.
saya pon mcm tu gak.. pantang nampk makanan... semua teringin.. asal ada ja restoran ka tempat makan baru ka famous ka saya akan terjah.. huhu...
:-)) sejak tak der geraham dah tak brapa nak makan kekacang..daging2..biskut2...
yan pun pantang nampak juga dulu :-P
Ketika dalam pantang bersalin, ye.. saya memang jaga pemakanan demi anak.. tak sampai hati nak makan ikut nafsu.. lepas tu pantang nampak.. hehehe..
salam sham kuatkan iman. Cuba untuk teruskan diet oran utan. Penyakit memang datang dari perut jika tidak dijaga dengan baik.
sham sekarang pun ramai yang cuba untuk elak dari makan nasi sedang nasi adalah makanan asasi. Diet Atkins
terasa pula bab update makanan. baru ja update entry pasal makanan
Dari apa yang aku nampak makanan yang sihat lagi mahal dari yang tidak. Ini alasan aku la..hahaha
En Sham, makan lah makanan yg berkhasiat... yg sihat..utk badan kite juga.. pantang lah.. kalo boleh pantang... cam saya ni, tak pantang betol2 waktu bersalin dulu..dah dpt sakit lutut, rasa usia skrg ni cam usia mak2 kite..mak2 pun kuat tau..
Saya doakan En Sham, sihat2 sentiasa...
haha.. saya mengamalkan diet. tapi setiap kali nak slim mesti dah hari raya.. terus membesar balik..
Post a Comment