Sahabat Tanpa Suara

3 Pilihan...

Tuesday, March 10, 2015


Assalamualaikum...

Secara anatominya aku sekarang berbeza dengan kalian-kalian semua... Secara fizikalnya beberapa fungsi organ aku dan 'geng' yang senasib dengan aku tidak akan sama dengan kalian-kalian semua yang normal... Ye, kami tidak lagi mampu bernafas melalui 2 lubang hidung dan mulut seperti kalian... Kami tidak lagi dapat bertutur seperti kalian yang menggunakan pita suara... Kami juga tidak lagi boleh menghidu secara spontan seperti kalian... 

Well itu adalah nasib kami, itulah kekurangan kami sekarang ini... Bukan aku mohon simpati, tetapi sekadar ingin berkongsi... Namun semua itu insha Allah, tidak akan menjadi penghalang kami untuk terus menikmati hidup ini...  

Secara peribadinya, aku rasa aku sudah berjaya melepasi fasa kesedihan dan kehampaan... Aku kini dalam fasa pemulihan dan pembelajaran... Secara fizikalnya semua luka-luka akibat pembedahan kini sudah pulih... Kecuali parut dileher yang masih agak jelas kelihatan, tapi aku rileks je... Kalau sesiapa tanya boleh je aku jawap nanti: kesan kena tetak masa aku jadi pailang geng double7 dulu... Ngeh3... 

Aku juga kini masih dalam fasa pembelajaran... Walaupun aku kira aku telah lulus dalam belajar menerima 'kekurangan' aku ini, tapi banyak lagi yang aku belum kuasai... Aku masih belajar bagaimana untuk menangani masalah selsema, aku masih belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan masyarakat sekeliling, aku masih belajar untuk adapt dengan keadaan sekeliling aku...

Dan paling ketara kini aku sedang giat belajar dan berlatih untuk bertutur semula... Ye, aku sedang berlatih untuk bercakap semula... Sebenarnya terdapat 3 kaedah untuk aku dan 'geng' senasib aku untuk bertutur semula... Meh sini aku cerita serba sedikit 3 pilihan yang kami ada itu:

1. Esophagus Speech:

Satu teknik yang terbaik, namun paling sukar untuk dipraktik... Tekniknya adalah dengan 'menarik' angin dari dalam perut, simpan di bahagian belakang tekak dan lepaskan bersama-sama dengan pertuturan... Pada peringkat awal kebiasaan seseorang itu hanya mampu melafazkan satu atau dua patah perkataan sahaja dalam satu-satu sela nafas... Tapi bila dah mahir, nah boleh tengok macam dalam video bawah ni... Ni dah level-level oldtimer dah ni... Untuk makluman teknik inilah yang sedang aku praktikkan sekarang ini... Pencapaiannya...? Hermmm tak sampai 10% dari apa yang korang tengok dalam video tu... Huhuhu...



2. Tracheoesophageal Puncture atau TEP

Ini adalah kaedah yang menjadi pilihan paling popular setakat ini... Kerana ianya tidak memerlukan sebarang kemahiran yang tinggi utuk dipraktikkan... Pada dasarnya satu alat yang dipanggil Tracheoesophageal Puncture atau TEP akan dimasukkan kedalam lubang stoma (lubang pernafasan yang disambung terus ke paru-paru)... Fungsi TEP tersebut adalah sebagai 1-way valve, ianya akan menarik udara dari paru-paru, mengalirkannya ke bahagian tekak dan melepaskannya bersama-sama dengan pertuturan... Kelebihan teknik ini adalah ianya tidak perlukan latihan yang banyak atau kemahiran yang tinggi, iannya agak mudah untuk dipraktikkan... 

Cumanya kaedah ini ada kelemahannya sendiri iaitu perlu ditukarkan setiap 1-2 tahun, setiap pertukaran akan melibatkan pembedahan dan kos... Selain itu pengguna juga harus menanggung risiko kebocoran, malah ada juga kes dimana pengguna tertelan TEP tersebut...! Gulp... Tapi kata doktor ianya tidaklah merbahaya kerana TEP tersebut biasanya akan keluar bersama dengan najis bila kita 'melabur'... 

Untuk makluman juga aku telah pun dijadualkan untuk menjalani pembedahan memasukkan TEP ini pada bulan Mei nanti... Namun aku masih belum memuktamadkan keputusan aku, semuanya bergantung pada progress esophagus speech yang sedang aku praktis sekarang ini...

Sumber: google image

3. Electrolarynx

Yeah ini pilihan yang ketiga, juga merupakan pilihan yang agak popular... Ianya juga mudah untuk dipraktikkan dan tiada pula sebarang pembedahan atau maintenance seperti pemasangan TEP... Kos yang terlibat hanya sekali iaitu untuk pembelian alat yang dipanggil electrolarynx tersebut... Nak tau kaedahnya...? Pernah tengok cerita Ong Bak, alah cerita action Thailand lakonan Tony Jaa tu... Perasan tak bagaimana ketua gangster tu bercakap...? Macam robot kan...? Huhuhu gitulah kekdahnya... 

Mula-mula tengok cerita tu memang agak kelakar tengok ketua gangster tu tapi pada ketika itu aku tak tahu apa-apa langsung berkenaan 'menatang alah' tu... Mana tau rupa-rupanya ianya bakal berkait rapat dengan kehidupan aku... Huhuhu...


Sumber: google image

Namun ini adalah pilihan aku yang terakhir... Doa-doakan aku berjaya dengan pilihan pertama aku, atau paling tidak dengan pilihan yang kedua kelak...



20 comments:

idzwa kamaruddin March 10, 2015 at 10:18 AM  

semoga dipermudahkan semua nyer..

saya doakan en.sham berjaya dalam mana-mana kaedah sekali pun..selamat berjuang ye..

Ngah,  March 10, 2015 at 10:59 AM  

kekalkan semangat juang yang tinggi... insha Allah Allah bantu...

tasekM March 10, 2015 at 11:52 AM  

aku ambik sikit kekuatan dan semangat ko sham...



.

Khai♥Rin : anies March 10, 2015 at 2:51 PM  

harap2 semuanya dipermudahkan..aminnnn

insan marhaen March 10, 2015 at 8:52 PM  

Saya pernah tengok cara 3.

Memang ini pertama kali saya ber'sahabat' dengan orang yang mempunyai masaalah peti suara. Tak dapat bayangkan 'kepayahan' bila tak boleh bersuara seperti normal.

Apapun, tabahlah. Mahu tidak mahu, kehidupan ini perlu ditempuh. Allah turunkan ujian kepada insanNya kerana sayang. Dengan ujian yang turun buatkan insanNyaa akan semakin dekat denganNya...

insan marhaen March 10, 2015 at 8:53 PM  

Maaf, saya pernah tengok seorang lelaki yang hebat namanya di dunia menggunakan cara 2.

iryanty ahamad March 11, 2015 at 12:20 PM  

semoga terus kuat semangat dah dapat bertutur kmbali...amin

Deanna Morni March 11, 2015 at 1:09 PM  

smoga diprmudahkan segala urusan yer :)

done follow back hihih

nOe suhaimi March 11, 2015 at 1:28 PM  

cuma org2 yg terpilih sahaja yang diberi ujian olehNYA..dan dengan ujian ini, ianya mendekatkan Sham padaNYA...

Teruskan berusaha dan teruskan semangat...masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan walaupun banyak kekurangan...

Moga sham berjaya dengan cara pertama tu..

kakyon March 11, 2015 at 3:26 PM  

Semuga tabah dan dipermudahkan segalanya.
setiap masaalah ada penyelesaian nya..insyaAllah dgn izin Allah jua..

sud@is March 11, 2015 at 4:12 PM  

Saya doakan en Sham dipermudahkan segala urusan , semoga Alllah beri kekuatan yang hebat pada en Sham . Sesungguhnya ujian Allah pada hambanya mengikut ketentuanNYA.

Semoga kita tabah menghadapinya...saya pun diuji dengan penyakit yang kronik juga Sekarang ni Alhamdulillah.

sud@is March 11, 2015 at 4:12 PM  

Saya doakan en Sham dipermudahkan segala urusan , semoga Alllah beri kekuatan yang hebat pada en Sham . Sesungguhnya ujian Allah pada hambanya mengikut ketentuanNYA.

Semoga kita tabah menghadapinya...saya pun diuji dengan penyakit yang kronik juga Sekarang ni Alhamdulillah.

hainom OKje March 11, 2015 at 5:13 PM  

Kuatnya semangat awak Syam....moga awak terus tabah.... berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Percayalah Allah sedang aturkan sesuatu yg baik untuk awak

Najib Ariyan March 12, 2015 at 5:31 PM  

doa saya Sham akan pulih sepenuh nya... usaha ini semakin menampakkan hasil kan... gigih lah berusaha lagi... kami sama sama berdoa...

abuikhwan March 13, 2015 at 11:27 PM  

Assalamualaikum, salam ukhwah fillah.

Mudah-mudahan diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Jangan berhenti berusaha dan berdoa...

Nick Nashram March 15, 2015 at 11:03 AM  

semoga tabah dengan ujian ni bro..hope everything is going well..kongsi je dengan readers apa2 masalah..kami bantu setakat yg mampu.

Dzul March 15, 2015 at 11:14 AM  

Insha Allah sham..ko boleh berjaya dengan pilihan pertama ko. Ayah aku sekarang kanser pankreas stage 4. bru juga tahu. dia masih lagi dalam fasa depressi..kami anak beranak cuba membantu mana yang patut.

Cikna March 16, 2015 at 11:39 AM  

Semoga dipermudahkan segalanya.... Bangkit & berjuanglah utk diri sendiri & keluarga.....;-)

Kira Sakura March 19, 2015 at 2:47 PM  

saya tetap doakan moga awak berjaya dengan mana2 kaedah. mana tau yang 10peratus nanti tu akan naik naik dan naik lagi kan. moga dipermudah amin

Kayu Manis March 27, 2015 at 12:10 PM  

yang penting doa usaha berterusan dn semangat yg gitu...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP