3D Art Gallery...
Wednesday, March 25, 2015
Assalamualaikum...
Apa...? PD lagi...? Bukan baru-baru ni dah ronda sana ke...? Haa inilah akibatnya jika trip pertama tu tiada kepuasan, so kenalah repeat balik, kih3... Tapi kali ini aku datang dengan bala tentera yang lebih besar... Serangan utama kami adalah ke 3D Art Gallery, Lukut Port Dickson...
Ini serba sedikit maklumat berkenaan 3D Art Gallery ni, bagi sesiapa yang berminat dan masih belum berkesempatan ke sana, aku strongly suggest untuk ke sana... Lebih-lebih lagi yang ada anak-anak kecil tu... Sebenarnya untuk merekalah yang seronoknya... Bagi aku untuk orang dewasa takdelah apa-apa yang menyeronokkan sangat pun... Cuma agak kagum jugalah dengan lukisan-lukisan 3D yang terdapat disana... Dan pastinya kita akan seronok bila melihat anak-anak seronok kan, barulah beronok-ronok namanya...
3D Art Gallery ini terletaknya di Lukut Port Dicson... Bagi mereka yang dah biasa ke PD memang takde masalah rasanya... Tapi kalau tak biasa boleh ikut guide mudah ini... Kalau korang ikut hiway Seremban PD (yang kena tol RM3.20 tu), sebelum sampai ke simpang PD sila ambil exit Lukut... Lepas masuk susur tu akan ada traffic light, kalau merah sila berhenti, kalau hijau bolehlah ambil simpang ke kanan...
Jalan terus dan kira-kira dalam 10-15 minit korang akan nampak pasaraya besar Giant di sebelah kiri... Terus masuk simpang kiri tersebut, jangan singgah ke Giant kerana itu bukan agenda anda ok... Stick to the plan...
Jalan terus, bersebelahan dengan pasaraya Giant tersebut anda akan melihat sebuah hotel 3 bintang... The Guest and Spa Hotel... Nice hotel ni, hotel baru rasanya... Disinilah aku menginap dalam trip aku sebelum ini...
Anda dah sampai pun... Betul-betul di hadapan hotel tersebutlah terletaknya 3D Art Gallery ini... Tak susah kan...? Ianya berada dalam bangunan rumah kedai 3 tingkat... Tempat ni tak sibuk pun, parking pun tiada masalah...
Harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak RM20 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak... Kanak-kanak dibawah ketinggian 90cm adalah percuma... Bersebelahan dengan kaunter tiket ada disediakan tempat mengukur ketinggian... Sebelum beli tiket, sebut nama aku... Insha Allah diorang tak kenal dan anda tidak akan mendapat apa-apa diskaun... Kuang3...
Satu pesanan aku sebelum korang ke sana: tak perlulah pakai kasut atau selipar yang cantik dan mahal-mahal... Kerana di dalam sana, tidak dibenarkan untuk memakai sebarang kasut atau selipar... Tetapi jangan risau kerana ada disediakan tempat menyimpan kasut dangan bayaran RM2 sahaja...
Aktiviti utama di sana...? Apa lagi, ambil gambar ajelah... Selain merasa kagum dan seronok dengan seni lukisan 3D yang disediakan... Aku tak berapa pasti tapi aku agak ada tidak kurang dari 50 jenis lukisan yang terdapat di sana...
Well korang dah tengok antara sebahagian dari lukisan-lukisan 3D yang ada di sana kan... So macamana...? Berminat...? Kalau berminat bolehlah masukkan lawatan ke 3D Art Gallery sebagai satu dari agenda lawatan anda ke PD nanti ye... Harap posting ini dapat sedikit sebanyak membantu...
19 comments:
bestnye...rietta mmg suka sgt 3D art museum...sangat menarik...kreatif dorg....next target rietta adalah di Penang...harapnye sempat la kesana dalam sebulan dua nie...
wah..seronok tengok pics!
blm penah pegi muzium 3D. Yg dekat pun ada rupanya..
Mcm2 aksi ada ye :-)
teringin nak pi tempat macam ni..lom dapat pi lagi :-((
Akan masuk dalam list berjalan-jalan kami nanti.. ;)
Mahu jugak berkunjung....tkasih tuk info..
Dah lama kak ana tak ke PD,Sham..good sharing nnt bolehlah ke sini.sebelum ni pernah ke muzium Lukut tu.
sy mmg suka lukisan 3D... lbh2 lg kalu diorg lukis ats permukaan jalan...ke'real'an tu betul2 terasa ;-)
pandai anak2 mengayakkannya..
menjadi semua...
anak2 memang seronok sangat ketempat2 mcm tu,kan.
Okje dah sampai dah Sham.....jenuh okje anak beranak bergaya tau.....tp tulah..... dah katanya kayu kayu jugaklah hasilnya hihi....
Berbanding diJB ni tiket agak mahal sikit (RM30). Tapi tentang kena buka kasut sama. Tpi di JB ni foc tak ada bayaran. Anak-anak Sham nampak memang ceria betul Pandai pulak ye merke bergaya utk dptkan posisi yg nampak real.
Uiks..aku xtau pun kat PD ada benda ni..hahahaha
baru baca entry kak zakie pasal tempat yg sama kt jb,baru tahu kt PD ada.Tahun lepas pegi PD boring gila taktau nak p mana.dah terlambat tahu sbb entah bila pulak nak ke PD.Tahun lepas tu pergi pun sbb konvo adik.hehe
Mmg bagus bawa anak2 ketempat camni..btw, foto yg ke 2 tuagak menarik lah
oh...baru tahu kat PD pun ada ye...angah hanya pernah pergi yg kat Shah Alam je..
Gambar yang nombor 2 n 3 tu macam gayat jer tengok...macam betul2...
Salam...
menarik tempat tu....
erm.....
leh masukkan dalam diari saye ni...
Post a Comment