Flashback Part 6: Cemas di Mid Valley
Tuesday, March 31, 2015
Assalamualaikum...
Bagi sesiapa yang ketinggalan kisah-kisah sebelum ini bolehlah tengok Part 1 - Part 5 disini>>
**********
Sudah genap sebulan kini aku menangguhkan rawatan radioterapi dan kemoterapi... Alhamdulillah, aku sangat-sangat bersyukur dengan perkembangan terkini aku... Rawatan alternatif yang aku jalani kini nampaknya seperti memberi hasil yang positif... Lebih lega lagi apabila pemeriksaan dengan doktor 2 minggu lepas juga menghasilkan keputusan yang agak melegakan... Menurut pemerhatian doktor, sungguhpun ketumbuhan di tekak aku itu tidak mengecut, tetapi sekurang-kurangnya ia tidak membesar...
Selain hasil dari rawatan alternatif yang aku jalani sekarang ini, satu lagi faktor yang aku rasa 'membantutkan' pembesaran ketumbuhan tersebut adalah cara pemakanan aku... Semenjak dikenal pasti sebagai pesakit kanser, aku telah menghentikan pengambilan makanan-makanan yang berisiko... Terutamanya makanan fast food, junk food dan yang sewaktu dengannya... Malah kini aku sudah tidak ambil daging, lembu mahu pun ayam... Sumber protein aku kini hanyalah dari ikan, itu pun dengan masakan kukus atau singgang sahaja, selebihnya adalah sayur-sayuran dan buah-buahan...
Satu lagi yang aku sentiasa syukuri adalah aku tidak merasa sebarang kesakitan, direct dari ketumbuhan tersebut atau pun indirect... Kecuali sedikit 'healing crisis' akibat pengambilan supplement dari kaedah alternatif yang aku amalkan sekarang ini... Namun menurut pencipta supplement tersebut ianya adalah perkara biasa dan lama-kelamaan 'healing crisis' tersebut akan turut hilang, bersama-sama dengan ketumbuhan tersebut...
Hubungan aku dengan Sang Pencipta juga aku rasakan semakin 'rapat'... MengadapNya di sepertiga malam, bermunajat kepadaNya, berzikir memujiNya, memohon keampunanNya; ternyata memberikan aku kekuatan dalaman, ketenangan, kelazatan... Sesuatu yang tak pernah lagi aku alami selama ini... Sebab itu aku kadangkala merasakan betapa untungnya juga aku ditimpa penyakit ini...
Satu perkara yang agak ketara yang dapat dilihat pada fizikal aku kini adalah penurunan berat badan aku... Ramai yang menegur aku kelihatan lebih kurus, ye itu aku akui... Namun ianya tidak merungsingkan aku, malah sedikit menggembirakan... Berat badan dan fizikal aku kini kembali pada keadaan aku di zaman bujang dahulu... Dengan ketinggiaan 172cm dan berat 65kg, BMInya cukup sempurna... Kalau orang pompuan ni pastinya sangat-sangat teruja kan...? Sweet and solid, hehehe...
Aku tidak terlalu runsing berkenaan berat badan yang menurun ini, mungkin kerana aku telah menerima hakikat yang aku memang berpeyakit... Dan hakikatnya juga pesakit kanser seperti aku memang akan kehilangan berat badan mereka, lebih-lebih lagi dalam kes aku kini yang telah berhenti makan sebarang jenis daging, merah mahupun putih...
Kehidupan seharian aku...? Baik-baik sahaja, tiada yang membebankan... Aku kini dalam cuti barah selama 2 tahun... Seperti mana yang aku pernah ceritakan sebelum ini, memang aku tidak bercadang untuk menghabiskannya sekali gus... Jika ada rezeki aku pulih sepenuhnya dalam masa terdekat ini; hasil dari rawatan alternatif ini, pasti aku akan terus sambung kerja... Jadi dengan banyaknya masa yang terluang ini aku juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan aku...
Kini rutin aku adalah seperti seorang suri rumah sepenuh masa... Kerja utama aku adalah menghantar dan menjemput anak-anak ke sekolah, pergi ke pasar, memasak dan mengemas rumah... Selain itu boleh kata setiap hari kini aku ada masa untuk melawat orang tua aku, yang mana ini merupakan satu perkara yang amat membahagiakan aku juga...
Aku juga kini lebih kerap keluar berjalan, bersama keluarga kecil aku tentunya... Boleh kata setiap hujung minggu aku akan membawa mereka keluar... Paling tidak ke shopping-shopping kompleks sekitar KL... Memang menjadi kegemaran aku dari dulu adalah berjalan-jalan di shopping-shopping kompleks, window shopping sambil melihat pelbagai telatah dan kerenah manusia... Yang sentiasa sibuk ke hulu ke hilir dengan tujuan masing-masing... Aku seronok tengok semua itu, semua kesibukan itu, ianya membuatkan aku terasa 'hidup'...
Dan kebiasaannya aku akan bermalam di KL sahaja... Memang pada ketika ini perbelanjaan aku agak boros... Duit laju je keluar dari poket, takde dah aku rasa nak berjimat-jimat sangat dah... Duit bukan boleh bawa ke kubur pun, itu yang sentiasa bermain dalam fikiran aku... Buatnya sampai ajal aku dalam masa terdekat ni, aku tak naklah kempunan pulak kan... Huhuhu...
Pendek kata aku rasa selesa, tenang dan bahagia... Kanser yang 'bersarang' dalam tekak aku tak pernah membebankan aku... Aku masih dapat merasai kenikmatan hidup, malah kadang kala aku rasa lebih bahagia daripada sebelum ini...
22/10/2014... Aku akan ingati tarikh ini, mungkin bagi kebanyakan orang lain terutamanya yang beragama Hindu akan mengingati tarikh ini sebagai hari perayaan Diwali mereka, tetapi tarikh ini melekat dalam kepala hotak aku kerana pada hari inilah sesuatu berlaku kepada aku dan renteten dari itu memaksa aku untuk mengambil satu keputusan yang drastik; yang akhirnya merubah kejadian anatomi aku, buat selama-lamanya...
Minggu ini adalah minggu cuti Deepavali, aku telah merancang satu percutian yang agak panjang bersama isteri dan anak-anak... Rancangannya malam pertama di KL, kedua ke Port Dicson dan seterusnya ke Melaka, dan kalau keadaan mengizinkan teringin aku lajak terus sampai ke JB... Jarang benar aku merancang percutian selama dan sejauh ini...
Malam pertama, sesudah check in hotel kami keluar semula... Destinasinya Mid Valley Megamall, salah satu tempat feveret kami sekeluarga... Selalu kami ke sini, tempatnya besar dan luas... Kedainya banyak, bermacam jenis barangan dan jenama ada untuk belian mahupun sekadar untuk menjamu mata sahaja... Malam itu aku membeli beberapa helai pakaian, untuk aku, wife dan anak-anak... Semua dapat bahagian masing-masing... Dan juga sepasang beg travel jenama Crocodile, berwarna ungu... Banyak juga aku berhabis hari ini, mungkin paling banyak dalam satu hari selama ini...
Usai membeli belah, makan dan sebagainya kami bergerak pulang ke hotel... Aku agak kepenatan, tetapi dek kerana gembira, kepenatan itu tidak terasa... Kini aku faham kenapa orang pompuan suka bershopping, ianya betul-betul buat kita gembira kan, lupa segala kesedihan dan sebarang masalah yang ada... Cumanya bila terkenang budget yang dah burst, terus datang masalah lain pulak... Huhu...
Setiba di parking kereta aku memasukkan semua barangan ke dalam bonet kereta, satu persatu... Pada ketika itulah aku mula terasa semacam 'something wrong' dengan pernafasan aku... Aku tarik nafas panjang-panjang, terasa KOSONG...! ALLAHU AKBAR...! Bagaimana aku nak definasikan kosong itu...? Rasanya seperti kita menarik nafas tetapi tiada oksigen yang masuk, sebaliknya hanya udara kosong semata-mata... Beberapa ketika itu aku tercungap-cungap, peluh dingin mula aku rasa di atas dahi, kaki aku merasa kebas, sejuk secara tiba-tiba, lutut aku terasa longgar, lemah... ALLAHU AKBAR...! PANIK MENYERANG...!!!
Seumur hidup aku tak pernah aku merasa secemas ini...! Adakah ajal aku sudah sampai...? Beginikah rasanya berhadapan dengan malaikat maut...? Aku masukkan beg yang terakhir ke dalam bonet kereta... Terus masuk ke dalam kereta, tutup pintu, aku memandang isteri aku...
"Ayang, abang rasa tak boleh nak bernafas... Abang rasa macam nak matila... Abang tak nak mati lagi... Tak nak kat Mid Valley ni...!!!"
"Abang... Tenang bang, rileks... Abang penat kot, banyak jalan tadi kot... Abang bawa bersandar dulu, tarik nafas pelan-pelan..."
Aku menurunkan seat aku separuh baring, cuba bertenang... Aku menarik nafas panjang, perlahan-lahan... Isteri aku mengurut-ngurut dada aku... Aku nampak mulutnya terkumat-kamit, aku tak dengar pula apa yang dibacanya... Buat beberapa ketika masih terasa kosong, tapi aku masih bernyawa... Aku pejam mata, istighfar, mengucap... Alhamdulillah mulut aku lancar lagi untuk mengucap...
Ternyata ajal aku masih belum sampai, dalam beberapa ketika aku dapat kembali bernafas seperti biasa... Allahu akbar, apa ke bendalah tadi tu...? Apakah puncanya...? Setelah tenang kami kembali ke hotel untuk bermalam... Aku berbincang dengan isteri dan kami mengambil keputusan untuk membatalkan percutian panjang kami... Dia yang beria-ria meminta kami untuk balik ke rumah... Takde makna katanya nak bercuti, jalan jauh-jauh tapi dalam hati bimbang sepanjang masa...
Isnin berikutnya adalah appointment dengan doktor... Sepanjang tempoh menunggu appointment tersebut beberapa kali juga aku diserang sesak nafas seperti yang berlaku di Mid Valley... Namun Alhamdulillah aku berjaya menghadapinya dengan tenang... Syukur juga serangan tersebut tidak lama dan tidak pernah berpanjangan... Paling lama pun dalam 2-3 minit sahaja... Tapi hati aku tetap risau, apalah agaknya yang tidak kena ni...? Mungkin hanya Dr Mawaddah yang boleh jawab nanti... Harap-harap beliau ada jawapannya...
***** Tamat Part 6 *****
Petikan Part 7: Alternatif Yang Gagal...
"Saya minta maaf cikgu, tapi apa yang saya boleh katakan disini, nampaknya rawatan alternatif yang cikgu amalkan tu tak mendatangkan hasil yang baik... Malah jika dilihat dari skop tadi, tumor dah semakin membesar... Sudah semakin hampir menutupi saluran pernafasan cikgu... Saya yakin itulah puncanya cikgu mengalami kesesakan nafas dalam beberapa hari ini..."
Penjelasan Dr Mawaddah jelas: rawatan alternatif yang aku pilih sebelum ini telah gagal untuk mengecutkan ketumbuhan di dalam tekak aku ini... Bukan sahaja ianya tidak mengecut malah ianya telah semakin membesar... Wow, memang mengecewakan... 2 minggu lepas segala-galanya kelihatan begitu sempurna sekali, dan hari ini...? Nampaknya sekali lagi aku KECEWA... Sekali lagi aku usaha aku GAGAL... Di manalah silapnya usaha aku kali ini...?
So, apa langkah aku seterusnya...? Patutkah aku putus asa sahaja...? Pasghah...? Berseghah...?
Aku akan ceritakan selanjutnya dalan Part 7 nanti ye... Stay tune...
24 comments:
asalamualaikum sham....entri kali nie berbagai rasa di hati nie...semoga sham skuarga terus tabah dan kuat...
Sangat mendebarkan kakak untuk membaca setiap patah perkataan yg Sham titipkan di sini.
Harap kakak tak tertinggal next N3 dan tetap doa kakak juga mengharap yg +ve.
even kalau hilang tiket parking sy da menggelupur inikan pula situasi mcm tu... x dpt sy nk gmbr kn..
barangkali Dia mahu kita terus berusaha dan positif dgn apa yg dilalui. insya allah berkat kesabaran dan kesungguhan pasti ada jln nyer...insya allah
lama tak berkunjung di sini..
alhamdulillah hari ini Allah gerakkan hati untuk baca entry Sham..
bersabar Sham dengan ujian Allah ini.
Ayah saya juga diuji dengan kanser darah hingga hampir2 hilang peti suaranya (2000)
alhamdulillah..setelah 4 kali kimo (sepatutnya 6 kali) dia sihat kembali dan meneruskan kehidupannya.
setahu saya dia tak pernah menjalani rawatan tradisional.
di usia 74 tahun, dia buat apa yg masa muda dulu tidak berkesempatan. bulan 7 ni in sha Allah, dia akan ke India.
in sha Allah...Sham sentiasa +ve kan diri. jgn terlalu fikirkan yg bukan2.
doa saya mengiringi Sham...amin
Berdebar-debar membaca kisah di MidValley tu.. rasa saya pun turut sesak nafas dibuatnya..
Syukur wife Sham tak panik..
Dan Alhamdulillah takde yang teruk berlaku ketika tu..
Moga atas usaha yang dibuat akan membuahkan hasil..
Assalammualaikum Sham,berdebar2 jgk kak nurul baca perkataan demi perkataan....
semoga sham cpt sembuh.
Alhamdulillah Sham dengan perkembangan ketika ini, kak ana berdoa agar sham dan keluarga terus diberikanNya kekuatan terus tabah dalam menempuhi ujian ini, ada hikmah yang semakin Sham temui kini.. Assalamualaikum ..
Mungkin x boleh buat kerja berat lagi kot...thats y sesak nafas
Semoga kamu terus tabah kawan...Jgn putus asa...Jika telah dikatakan setiap penyakit ada penawar..CARI..stay strong Ok kawan...
salam kenal,,
Alhamdulillah sham masih sihat walaupun ada penyakit yang org lain tak boleh nampak,, sebagai penjawat awam memang ada kelebihan bila di sahkan kanser,, iaitu boleh bercuti selama dua tahun tanpa di tolak gaji,,
harap sham gunakan cuti sebaik mungkin kerana tak tahu di kemudian hari mungkin perlu cuti yang lebih banyak lagi,,
semoga sham sentiasa tabah dan sabar denga ujian Allah,, teringat rakan sejawatan di opis yang serupa penyakitnya iaitu kanser tekak sampai tiada suara lagi,, kini beliau dah bersara pilihan untuk berehat sepenuh masa setelah cuti barahnya habis,,
Semoga sham akan terus bertahan...kurangkan kerja2 berat...
semoga terus tabah dan jangan putus asa
http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/cara-bagi-kucing-makan-di-kedai-makan.html
semoga terus tabah dan terus sembuh....
Jom exchange link...saya telah masukkan anda dalam bloglist saya. tqvm.
Bleh bro...tqvm...
Salam kenal..kak zai tak tahu nak cakap apa. Cuma doakan semoga sham kuatkan semangat dan cepat sembuh seperti sedia kala.
Salam kenal..kak zai tak tahu nak cakap apa. Cuma doakan semoga sham kuatkan semangat dan cepat sembuh seperti sedia kala.
saya doakan moga awak tabah, cepat sembuh dan terus bertahan melawan penyakit ni..insha Allah
Semoga sham terus bersabar...tiap yang berlaku ada hikmahnya..
Semoga cepat sembuh & jangan berhenti berdoa sebab Doa tu salah satu penawar jugak :)
moga segalanya makin baik sahja...bertuah punya isteri yang memahami...klu rietta di tempat dia..mungkin rietta lebih panik dr itu...pokok pngkal kata cikgu rietta dlu...jangan putus asa...cuba dan terus mencuba...
subhanallah...sebak dada..
saya cadangkan saudara sham buat rawatan alternatif perubatan Islam seperti darus syifa ... saya sendiri , wpun tiada penyakit sebegitu , tapi saya amalkan bacan ayat quran utk rawatan kanser kemudian tiupkan ke air mineral utk diminum ... ada juga supplement yg dikatakan berkesan utk pelbagai penyakit termasuk kanser . ianya vivix dari shaklee ... ada baiknya mencuba ... selebihnya berserah pada Allah juga . selagi kita berusaha , pasti ada hasilnya , insha Allah .
nooo dont give up.. you can do this..
Post a Comment