Tahini...
Wednesday, March 4, 2015
Assalamualaikum...
Pernah dengar TAHINI...? Jujurnya, aku pun baru tau... Korang tak tau...? Takpe, tunggu, ni aku nak ceritalah ni...
Semenjak berpenyakit kritikal ni, antara perkara yang aku sering 'gugel' dan gali-gali maklumat adalah berkenaan amalan pemakanan sihat... Kerana terjadinya penyakit-penyakit merbahaya ini, antara punca utamanya adalah dari amalan-amalan pemakanan yang tidak sihat dan berdasarkan maklumat-maklumat yang digali selama ini aku membuat kesimpulan yang untuk menyembuhkan atau mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya ini, caranya adalah melalui pemakanan yang sihat juga...
Dalam entri yang lepas-lepas aku dah cerita yang aku sekarang dalam proses untuk memperbaiki amalan pemakanan aku... Antara kaedah pemakanan yang sihat adalah dengan memperbanyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, itu yang aku panggil Diet Orang Utan tu... Tapi bukanlah maksudnya kita kena makan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja, yang paling penting kita perlu tahu apa itu piramid makanan dan dari situlah kita olah apa yang patut kita makan dan apa yang kita patut tidak makan...
Berbalik kepada tahini tadi, bukan sesuatu yang rare sangat sebenarnya... Tahini sebenarnya hanyalah hasil kisar bijian bijan atau bahasa omputihnya sesame seeds... Ye bijan, yang mak kita selalu buat kueh bom tu... Ermmm tetiba pulak teringat kueh bom mak aku, feveret Kak Ngah aku tu...
Antara campuran yang boleh kita campur kisar di dalamnya termasuklah bawang putih, minyak zaitun, air perahan lemon atau pun air putih sahaja... Aku dah buat, sonang bobonar... Meh tengok niha...
So basically tahini ini adalah sos kisar bijian bijan... Untuk apa dan bagaimana cara makan atau hidangannya...? Ok kebiasaanya tahini akan dijadikan sebagai:
- dressing untuk sebarang bentuk salad sayur-sayuran, lebih sedap dicampur dengan minyak zaitun, perahan lemon atau cuka buah...
- perisa tambahan untuk sayuran yang digoreng...
- bahan utama untuk resepi hummus (nanti bila aku buat benda alah ni aku buat 1 entri)...
- pengganti mayonis untuk semua resepi yang melibatkan mayonis...
Apa pula kelebihan tahini ni...? Nah senarainya:
- kaya dengan sumber mineral seperti phosphorus, lecithin, magnesium dan zat besi...
- kaya dengan vitamin E dan pelbagai jenis vitamin lagi termasuk vitamin B1, B2, B3, B5 dan B15...
- membantu proses nyahtoksin dari dalam badan...
- membantu sistem pencernaan...
- menggalakkan proses pertumbuhan sel-sel baru...
- mencantikkan kulit dan menguatkan otot...
- kandungan mineral yang bersifat alkali, membantu meneutralkan asid dalam badan...
- sumber protein yang sangat baik...
Cara-cara nak buat, semudah mengorek hidung:
1. Dapatkan bijian bijan di kedai mamak berhampiran... In my case aku guna yang organik, al maklumlah orang berpenyakit... Mahal sikitla dari yang biasa...
2.Bagi yang kurang gemar rasa mentah, boleh panggang dulu diatas kuali... Bab ni aku kurang mahir sikit, terpulanglah pada korang nak semasak mana...
3. Masa untuk mengisar... Sebaiknya kisarlah guna pengisar khas untuk bijirin, barulah boleh dapat hasil yang betul-betul fine dan halus...
4. Waktu kisar ini bolehlah dicampur sekali dengan 1-2 ulas bawah putih, lebih kurang 2 sudu teh minyak zaitun, garam secukup rasa dan sedikit air, bergantung tahap kecairan yang korang mau...
5. Done... Nampak aku punya testur tu kurang memuaskan... Walaupun dah agak lama dikisar tapi nampak masih belum cukup fine sebenarnya sebab aku guna pengisar biasa ajer... Tapi sebagai percubaan pertama aku kira ok sesangat dah... Rasa dia, ermmm sejujurnya ini bukanlah selera tekak aku tapi, aku kira bolehlah... Hee3...
13 comments:
Oh... kakak nak cubalah Sham. Hari itu kakak buat kuih bingka pandan suruh anak beli bijan sebungkus kecil sekali balik dia beli sebungkus besar macam Sham punya tu (tapi kakak punya bukan organik). Jadi bolehlah kakak nak cuba jadikan dressing utk salad. Sedap tak sedap tolak tepi dulu daripada banyak tu bertahun rasanya kalau nak habiskan utk buat kuih bom atau bingka..
Kira ni resepi baru buat kakak. Thanks Sham.
Yeah thats my sis...torai dulu jangan tak torai...kikiki...
terima kasih info..baru tahu makna tahini ...
kalau yan tak tertelan tu sham...kalau bingka bubuh bijan memang laju je ..huhu
oter la sket resepi tu... tambahlah perahan lemon, masukkan madu... baru la balance masam masin manis..... yang sihat memang selalunya tak berapa sedap... worth trying...
Akan di terai sebagai ganti mayonis dalam sandwich. Mana tahu tak sedap ditekak orang sedap pulak di tekak saya kannnn!
tahini nama dia... hmmm... pelik sikit saya dengar hahahaha... tapi bagus jugak kalau dapat buat sendiri... yakin itu yang terbersih dan terbaik untuk kesihatan... kalau makan yg di luar tu belum tentu lagi 100% selamat
makanan yang sihat ini memang tak pernah seiring dengan tekak kita.
Macam nak buat amal ibadat juga, cukup malas...
tak pernah dengar le saya, saya tahu makan jer.
kali pertama dengar tahini ni...resepi baru ni...boleh di cuba nanti...
Ohh gitu ghupenya........Tengok rupa mcm oat hihi.... Sedap ke tak sedap belasah ajeh Sham....
Cam oat la pulak, Cikna kalau sanggai bijan mesti hangit,huhuu.....;-/
Sye pun pertama kali rasa tahini ni brand healthy paradise, pahit juga rasanya, rasa macam peanut butter tawar. nasib baik beli yg hulled. Sebab nak makan sihat je kan sekarang, mmg rasa tak kena tekak den jugak. Huhuhuhu
Arwah mak deduluuuuuuu kalau ada orang pergi mekah mesti kirim halwa tahiniah,skrg saya pulak dah ketagih, cek2 rupanya ini je resepi asas dia herrmmm ��
Post a Comment