Takziah Vs Tahniah... Kolot Vs Terbuka...
Tuesday, December 2, 2014
Assalamualaikum...
Bila kita ditimpa sebarang kesusahan, kesakitan atau sebarang musibah pastinya kita akan menerima pelbagai ucapan takziah dan simpati dari saudara mara dan rakan-rakan, betul...? Ucapan-ucapan tersebut menunjukkan yang mereka-mereka mengambil berat dan bersimpati dengan nasib kita... Menunjukkan yang mereka sayangkan kita... Apabila mendengar ucapan-ucapan ini pastinya kita merasa sedikit lega dan beban kesakitan atau kesusahan itu pastinya terasa sedikit ringan...
Bagaimana pula jika ada yang tiba-tiba mengucapkan tahniah diatas musibah yang melanda kita itu...? Ei gilo ke apo...? Orang sakit ni tetiba pulak ko bagi ucapan tahniah...! Pernah korang terima ucapan sebegitu...? Tahniah kerana anda dipilih olehNya...! Allah nak bagi anda pahala, Allah nak mengangkat darjat anda, anda adalah wira so on so on... Ooo gitu puloks... Aku tak pastilah adakah ini trend ucapan kepada orang-orang sakit sekarang ini... Almaklum aku tak pernah ditimpa penyakit besar sebelum-sebelum ini... Dan stail aku pula bila jumpa orang sakit memang ucapan takziah jela yang aku ucap... Banyak bersabarlah, tumpang simpatilah, kami merasai kesakitan anda bla bla...
Tapi kali ini bila aku 'mendedahkan' penyakit aku, banyak pulak aku mendapat ucapan-ucapan sedemikian... Well agak berlainan perasaannya bila mendengar ucapan-ucapan sebegitu... Lebih memotivasikan dan lebih memberikan kita semangat untuk terus berjuang melawan penyakit... Betul, jujur aku katakan memang lebih best mendengar ucapan-ucapan sedemikian...
***********************************
Sekarang ini aku tengok orang semakin terbuka pemikirannya... Kalau dulu ramai orang menyembunyikan penyakit mereka, atau musibah yang melanda, kerana salah satu faktornya adalah mereka takut tanggapan orang ramai terhadap mereka... Kalau dulu-dulu, bila orang ditimpa penyakit/ musibah mesti ada mulut-mulut longkang yang mengata:
"hah tula, kan dah kena balasan Tuhan... ni dia ni dulu mesti selalu buat kerja jahat ni..! Mesti selalu menganiaya orang ni...!"
Tak pun mesti ada yang mengata:
"Ni tak lain ni mesti saka orang tua dia ngacau la tuh... Orang tua ni ni 'membela' dulu nih... Kan dah kena ke dia pulak ni...!"
Ei apa daa... Kata-kata tu semua macam nak menidakkan takdir Illahi pulak kan... Memanglah kadang-kadang Allah tu bayar 'cash' pada orang yang berbuat jahat di dunia ni tapi kita janganlah main pukul rata jer... Asal kena penyakit/ musibah jer pasti sebab balasan tuhan... Apa daa... Lagi pun siapalah kita untuk menilai dan menghukum orang, kan...? Janganlah kita ambil alih kerja Tuhan pulak...
Tapi itu cerita dulu-dulu kot, sekarang ni apa yang aku tengok dan apa yang aku rasai; penerimaan orang-orang disekeliling aku ok jer... Saudara-mara, rakan-rakan, jiran tetangga still macam biasa-biasa ajer... Takde pun pandangan pelik mahupun jelik yang aku terima... Aku tak nafikan mungkin masih ada lagi orang-orang yang berfikiran kolot dan negatif seperti yang aku mention tadi tapi yang berfikiran terbuka dan positif itu lebih ramai sebenarnya... Keadaan sebegini pastinya sedikit sebanyak mendorong orang-orang yang berpenyakit (seperti aku) selesa untuk 'mendedahkan' diri dan tidak menyorok atau memerap di rumah sahaja, semata-mata takutkan tanggapan orang ramai kepada kami...
Trend ini adalah trend yang baik aku rasa... Barulah nampak macam pemikiran orang-orang maju kan...? Dan lebih penting pemikiran orang-orang yang mempercayai Qada dan Qadar Allah...
Trend ini adalah trend yang baik aku rasa... Barulah nampak macam pemikiran orang-orang maju kan...? Dan lebih penting pemikiran orang-orang yang mempercayai Qada dan Qadar Allah...
Read more...









