Sahabat Tanpa Suara

Apabila Diam Itu Lebih Baik...

Monday, November 17, 2014


Assalamualaikum...

Hari ini masuk hari ke-17 aku dalam keadaaan 'tanpa suara'... Secara jujurnya aku dapat menerima keadaan ini dengan baik sekali... Walaupun jangkaannya ini merupakan tempoh yang paling sukar yang akan dihadapi oleh seseorang 'laryngectomee' namun dengan sokongan orang-orang disekeliling aku, aku rasa amat selesa...

Paling aku hargai siapa lagi kalau bukan isteri aku... Sepanjang tempoh ini dia menjaga aku tanpa banyak kerenah... Banyak tugas-tugas aku dia ambil alih sehinggakan dia mengambil cuti separuh gaji untuk menjaga aku... Terharu aku weh... Katanya pengalaman paling berharga baginya setakat ini adalah dia mula mempelajari kata-kata melalui gerak bibir... Katanya lagi lepas ini dia boleh apply kerja sebagai 'spy' dalam pasukan polis... Yelah dah boleh baca gerak bibir orang, bukan kerja senang woo... Itu aku rasakan agak lucu... Ngeh3...

Begitu juga dengan adik beradik dan kedua orang tua aku... Mereka nampaknya dapat menerima aku tak ubah seperti sebelum-sebelum ini... Ibarat tiada kekurangan pada aku pun... Tapi apabila memerhati jauh ke dalam anak mata orang tua aku, aku tau mereka sebenarnya amat berdukacita... Ye aku tahu, kalau boleh mereka sanggup untuk bertukar kedudukan untuk aku...Well seperti yang aku katakan sebelum ini; setiap orang ada 'bahagian' mereka masing-masing... Ini bahagian aku dan ini adalah 'destiny' aku... No regret...

Cuma apa yang aku agak terkilan adalah ketidakupayaan aku untuk melayan kerenah anak-anak, terutamanya si Shahmin... Maklumlah orang baru masuk sekolah macam-macam persoalan yang dia ajukan kepada aku... Kerja rumah dialah, kenapa benda ni macam inilah, kenapa benda itu macam itulah... Macam-macam... Yang aku mampu buat hanya tersenyum dan pointing finger pada mama dia... Herm rileks juga macam ni kan...

Namun agak menghairankan juga sejak keadaan aku begini aku rasa ketiga-tiga anak aku ni agak kurang kedegilannya... Kalau sebelum ni nak suruh mereka berbuat sesuatu kadang-kadang sampai perlu menjerit tetapi sekarang ni ada masanya aku hanya mengerling sahaja, mereka macam dah faham-faham je nak buat apa... Pelik juga aku tapi bila mengenangkan itulah kuasa Allah, apa yang nak dipelikkannya... "Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"... Kata-kata Allah tu, takkan tak percaya kan...

Esok adalah perjumpaan pertama aku dengan doktor sejak aku keluar dari hospital... Esok juga kami akan berbincang beberapa perkara termasuk berkenaan dengan rehabilitasi suara aku... Untuk makluman korang semua, aku tidak akan 'tanpa suara' selama-lamanya... Sama seperti laryngectomee yang lain kami mempunyai beberapa pilihan untuk dipertimbangkan dan setiap pilihan itu ada pro dan kon masing-masing... Mungkin dalam entry yang akan datang aku akan ceritakan berkenaan dengan pilihan-pilihan tersebut...

Berkenaan dengan rehabilitasi suara ini juga, menurut doktor yang merawat aku ni dia sedang merancang satu 'projek' untuk aku... Mungkin projek ini melibatkan pembelajaran hingga ke luar negara, Insha Allah.... Setakat ini katanya aku memenuhi semua kriteria-kriteria yang diperlukan... Nah nampak, bukankah rezeki terpijak namanya tu... Tapi aku taknaklah terlalu teruja sangat, tak jadi nanti frust pulak... Namun kalau ianya benar-benar terjadi, pasti aku akan kongsikan disini... So doa-doakanlah projek tu berjaya ek...

#pray4me... ;-)

6 comments:

Farah Waheda Wahid November 17, 2014 at 5:17 PM  

actions speaks louder than words... kadang-kadang tak perlu nak banyak cakap sangat pun... diam dan perhati jer...

AMIIZAA@Mieja November 17, 2014 at 5:54 PM  

salams kenal dari kak mieja, terima kasih kerana sudi singgah diblog akak.

menitis baca blog sham, kak mieja doakan semoga sham cepat sihat dan sentiasa dalam lindungannya....amin...amin....



Akupenghibur.com November 17, 2014 at 6:14 PM  

perilakuan kita menggambarkan segalanya

mak encik | SZ November 18, 2014 at 4:15 AM  

Allahuakbarrrrr!
cikgu sham!!!! sahabat blogger lama...
keep fighting cikgu sham!

(tiada perkataan nak gambarkan perasaan sekarang ... huwaaaa)

Sidratul Muntaha November 18, 2014 at 11:21 AM  

semoga cepat sembuh dan..
anak2 mmg akan baik bila orang tuanya gering

kem salam kat mem..
cakap kat dia kami salute

Unknown December 2, 2014 at 11:53 PM  

Kte pn xtau nk susun ayt best cm SHAM. wlu pn dh tau crite sbnr, ttp nk baca & ttp mengalir air mata. Hargai insan2 yg syg SHAM. Ank2 jd cmtu..... rahsia ade pd mama 😆

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP