Sahabat Tanpa Suara

Laryngeal Cancer

Friday, November 28, 2014


Assalamualaikum...

Semenjak aku 'mendedahkan' penyakit aku ini, agak ramai juga rakan dan kenalan yang bertanya apa itu laryngeal cancer... Ramai yang tidak tahu sebenarnya, dan tidak kurang juga yang memberi respon: "Ooo ada juga kanser macam tu ek...?"

Ye, kanser ni terdapat berbagai-bagai jenis... Cuma bila tak melibatkan kita, kita tak pernah pun nak ambil tahu... Aku sebelum ni pun mana ada ambil tahu berkenaan benda-benda ni... Sekali kena, haa amik ko...! Hu hu hu...

Sebenarnya laryngeal cancer ini satu jenis kanser yang agak rare lagi di negara kita ini... Bukan bermakna tiada, ada tapi agak terpencil... Satu lagi yang jarang berlaku adalah kepada yang berumur di bawah 40an... Ketika di hospital, kalangan doktor yang merawat aku biasanya agak terkejut bila aku memberitahu yang aku masih lagi 30an... Sedangkan mengikut pengalaman mereka kebiasaanya yang diserang kanser ini adalah mereka-mereka yang berumur 50 tahun ke atas... Well nasib badan nak buat camana kan...

Tapi aku bukan orang termuda yang diserang... Ada satu kes yang paling rare berlaku di Perak, ini diberitahu oleh nurse yang merawat luka pembedahan aku... Katanya ketika berkursus di Perak dia pernah diberitahu yang pesakit termuda bagi laryngeal cancer yang direkodkan di Malaysia adalah seorang pelajar berumur 15 tahun...! Allahu akbar...! Apalah nasib budak tu kan...

So, korang nak tahu tak apa itu laryngeal cancer...? Haa mai sini che nak habaq mai... Laryngeal Cancer atau dalam bahasa melayunya adalah Kanser Pita Suara... Ianya satu ketumbuhan yang membesar dan menggangu bahagian pita suara... Namun di pita suara pula, benda #@$#@ (kanser tula) ini boleh berada samada di bahagian atas, bawah atau betul-betul tumbuh di pita suara... Dalam kes aku ni, ia tumbuh dan membesar betul-betul di pita suara aku... Kalau korang tengok gambarajah yang aku attach tu korang boleh nampak pita suara kita ni berbentuk V... Dalam kes aku ketumbuhan telah dikesan di bahagian yang ditanda dengan garisan putih putus-putus tu...


Simtom-simtomnya...?

Ok simtom utama bagi laryngeal cancer ini adalah serak suara melebihi 2 minggu... Kesukaran untuk menelan makanan pepejal dan pada peringkat advance pesakit akan mengalami kesukaran bernafas... Dalam kes aku ni sebenarnya suara aku dah serak hampir 1 tahun tapi buat selamba je... Sebabnya aku tidak merasa sebarang kesakitan... Aku makan pun laju je, takde rasa apa-apa pun... Cuma apabila selepas disahkan yang aku mengidap kanser tersebut barulah aku mula merasakan yang terdapat seperti ketulan di dalam tekak aku, terutamanya ketika menelan makanan pepejal... Kemuncak pada penyakit aku ini adalah kira-kira seminggu sebelum aku membuat keputusan untuk dibedah... Ada beberapa ketika aku merasakan aku sukar untuk bernafas, walaupun ketika aku melakukan akiviti- aktiviti harian yang biasa... Kelekaan aku untuk mengambil berat berkenaan penyakit aku pada peringkat awal adalah satu kesilapan yang aku rasakan yang paling besar... So pada sesiapa yang terbaca ni tolonglah, tolong jangan ambil ringan tentang kesihatan diri...

Punca-puncanya...?

Ok punca utama laryngeal kanser adalah TOBACCO dan ALKOHOL... Tapi of coz lah aku ni bukan kaki togak... Pehpalih bak kata orang Pahang ni... Tak pernah seumur hidup aku menyentuh air kencing setan tu.. Maka aku mengdianostikkan punca utama aku terkena penyakit ini adalah disebabkan tabiat merokok aku yang bermula dari bangku sekolah lagi... So adik-adik abam abam yang merokok tu sekali lagi aku ingatkan; dari lubuk hatiku yang paling dalam dan ikhlas: BERHENTI sajalah... Bagi yang baru nak mencuba tu: TAK USAHLAH... Memanglah tak semua yang merokok tu kena tapi risiko tu tetap ada... Tapi kalau ada sesiapa yang sanggup menanggung risiko itu, SILAKANLAH... At least besok-besok bertambah lagi orang yang senasib dengan aku... Kih3... Selain dari dua punca di atas terdapat juga punca-punca lain seperti faktor pemakanan dan faktor usia...

Oklah itu saje yang aku dapat kongsikan serba sedikit berkenaan dengan laryngeal cancer ni... Penerangan serba ringkas mengikut pemahaman aku... Bagi yang nak tahu lebih lanjut korang boleh search lagi di google... Tapi aku suggest korang semak di cancerreasearchuk... Di situ korang boleh selidik lagi dengan lebih detail... Aku harap sharing aku kali ni sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada sesiapa yang berkaitan... Last sekali pesanan aku, jaga-jaga kesihatan semua... Penyakit hari ini tak kenal siapa mangsanya, berapa umurnya, dari mana latar belakangnya... Dan paling utama selalulah berdoa kepadaNYA agar kita semua selalu dalam lindunganNYA... Aminnn ya rabbal alamin...

18 comments:

Ujie Othman November 28, 2014 at 12:26 PM  

takziah bro, terima kasih sudi berkongsi cerita. Awak nampak tabah melaluinya. Moga penyakit awak boleh pulih..insya Allah.

Azian Elias November 28, 2014 at 2:11 PM  

salam kenal..

syafakallah.. semoga ALLAH tetap kan iman dan teguh kan hati dalam menempuh hidup... thanks for sharing the info too..

risau kat hubby akak yang merokok dan susah nak berhenti ni.. :-(

AzianKhalil November 28, 2014 at 8:44 PM  

Semoga Allah sembuhkan penyakit kamu...
Dah dekat sebulan sakit tekak ni...dok telan strepsil je nih...seram pula dengar...

dear anies November 29, 2014 at 1:34 PM  

SYAFAKALLAH...MUDAH2AN AKAN TEMUI JALAN SEMBUHNYA..AMINN

drshikinzainal @ ekin November 29, 2014 at 6:31 PM  

Follower #708.
Thanks sudi follow saya.
Keep in touch.
drshikinzainal.blogspot.com

Puan Kutu November 30, 2014 at 5:34 AM  

itulahkan bila tak kena batang hidung sendiri n insan2 terdekat kita tak pernah ambil tahu..ambik mudah tentang kesihatan diri juga.

sy amik poengajaran dari kisah awak..semoga sembuh..tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha dan berserah..:)

Puan Kutu November 30, 2014 at 5:34 AM  

itulahkan bila tak kena batang hidung sendiri n insan2 terdekat kita tak pernah ambil tahu..ambik mudah tentang kesihatan diri juga.

sy amik poengajaran dari kisah awak..semoga sembuh..tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha dan berserah..:)

Puan Kutu November 30, 2014 at 5:34 AM  
This comment has been removed by the author.
Puan Kutu November 30, 2014 at 5:34 AM  

itulahkan bila tak kena batang hidung sendiri n insan2 terdekat kita tak pernah ambil tahu..ambik mudah tentang kesihatan diri juga.

sy amik poengajaran dari kisah awak..semoga sembuh..tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha dan berserah..:)

cEro November 30, 2014 at 9:33 PM  

Terima kasih bro sebab sudi dan berani kongsi cerita....
Byk pengajaran dan ilmu boleh dapat dr cerita bro ni...
Be strong!
Aku dapat rasa pasti perit bagi mereka yg melaluinya...

Azghen November 30, 2014 at 9:40 PM  

Katakan tak nak pada merokok! Hehehe! stay strong & keep figthing Sham. Btw, thanks for following. Salam kenal;)

Kakzakie Purvit December 1, 2014 at 8:56 AM  

Satu penerangan dan nasihat baik buat semua. Kakak sedih walaupun Sham cuba memberikan penerangan secara santai...

Moga ada kesembuhan..

sud@is December 1, 2014 at 10:05 PM  

Tq Sham, perkngsian info kakak doakan smga diberikn kekuatan dn ketabahan pd mu dik insyaallah ada kesembuhannya, syukur kerna dpt dkenalpasti awal

kakrose December 2, 2014 at 4:53 AM  

Syafakallah..
dalam keadaan sakit boleh lagi Sham berkongsi info.semuga insan di luar sana berhentidari merokok..
Ky doakan semga Sham cepat semboh..insyaAllah..

aRz MoHa December 9, 2014 at 10:33 AM  

Semoga Sham berada dalam rahmat Allah.

Sham menyedarkan orang lain tentang bahayanya merokok.

Sepatutnya Umat Islam tak sentuh rokok setelah keluarkan fatwa mengenai haramnya rokok kerana memudharatkan kesihatan.

Ia perancangan terhebat yahudi untuk merosakkan kesihatan.

Teruskan sham menyedarkan orang lain.

Farrah MF December 25, 2014 at 10:34 AM  

Baru tahu mengenai kanser pita suara ni. Seperti yg Sham katalah, bila tak kena kat kita,..kita kurang ambil tahu.

Saya doakan Sham sembuh sepenuhnya. Allah tak akan uji sesuatu yg di luar batas mampu kita.

Psst! Dah jadi Sahabat Tanpa Suara :)

Mama Kembar Tiga January 4, 2015 at 10:59 AM  

thank u sbb sudi berkongsi cerita, moga ramai yg akan ambik iktibar dr pengalaman u

Unknown December 28, 2015 at 11:06 AM  

Sy juga baru diagnos ada kanser ini.. boleh tuan kongsikan kpd sy pantang larangnya...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP