Sahabat Tanpa Suara

Antara 2 Pilihan...

Tuesday, November 25, 2014

Assalamualaikum...

ALLAH menjadi seluruh isi dunia dengan berpasang-pasang atau berlawanan di antara satu sama lain... Jantan pasangannya betina, siang lawannya malam, uda berpasangan dengan dara, derita lawannya bahagia... Dan juga yang lain-lainnya... Sebagai manusia kita sentiasa diberi pilihan untuk memilih, pilihlah mengikut IMAN dan secara bijaksana... Jadi tolonglah, kalau dah dilahirkan sebagai jantan tu, kenapa pula nak memilih pasangan yang selain dari betina... Aduyai bukankah kes naya tu...

Tapi bukan itu yang aku nak cerita dalam entri ini... Apa yang aku nak kongsikan adalah peluang kita sebagai manusia untuk memilih antara 2 perkara: DERITA atau BAHAGIA... Apabila kita diuji dengan musibah, penyakit atau sebarang bencana, kita sering memilih untuk merasa DERITA... Betul...? Maaflah jika aku tersalah, tetapi ini adalah apa yang aku sering rasakan; sebelum-sebelum ini... Namun, sejak ditimpa perkara yang 'dasyat' pada aku ini, aku cuba untuk menukar mindset aku... Dibantu dengan pembacaan kisah-kisah motivasi, sedikit demi sedikit aku rasa aku dapat mengubahnya...

Ye, BAHAGIA dalam DERITA itu sememangnya WUJUD... Ianya ada jika kita mencarinya... Telah banyak contoh-contoh yang ada... Dan kini aku mula merasainya... Bukan nak kata aku ni hebat, aku pun tak berapa percaya aku boleh merasai begini... Tetapi setakat ini Alhamdulillah, aku rasa 'best'... At least aku tak rasai 'derita'... Walaupun pada zahirnya terlihat 'kecacatan' pada tubuh badan aku ini...

Satu perkara yang paling penting bagi aku untuk menuju ke arah mindset itu adalah dengan berfikiran: bahagia itu adalah satu perkara yang sangat subjektif... Ianya bukan rigid atau tetap... Contohnya ada duit bahagia, miskin itu derita, cantik bahagia, cacat hodoh derita bla bla... Semuanya terletak pada pemikiran kita sebenarnya, dan apa yang kita lakukan dengan hidup kita...

Satu perkara lagi yang aku rasa lebih penting adalah: mendekatkan lagi diri kepadaNYA... Sekali lagi bukan aku nak riak ke apa, tetapi ini adalah satu KEAJAIBAN yang aku dapat rasakan dan aku benar-benar ingin kongsikan bersama... Ada orang cakap, bila dah kena bala baru nak ingat tuhan, aku katakan, well kita manusia biasa, memang alpa itu sentiasa ada dalam diri kita... Tapi at least kita tidak terus alpa, salah satu sebab ALLAH menguji kita adalah supaya kita kembali ingat kepadaNYA... Dok gitu...?

Perkukuhkan perkara WAJIB, tambahkan amalan-amalan SUNAT, bacalah kalamNYA... Basahkan lidah dengan zikir memujiNYA... Sujudlah kepadaNYA, pada ketika orang lain nyenyak tidur, dan mintalah kepadaNYA seperti seorang bayi yang menagih susu dari ibunya... Dan at the end, YAKINlah, hanya DIA yang mampu memberi kebahagian... Jika itu yang dikehendakiNYA... Aku ada merasainya... Aku harap aku terus menikmatinya... Dan aku doakan anda juga dapat merasai, sebagaimana yang aku rasai...


8 comments:

Unknown November 25, 2014 at 2:43 PM  

yup.. aku pilih bahagia.. walau ramai yang kata itu derita.. Bahagia mereka tidak semestinya bahagia kita.. La Tahzan... Allah kan ada...

ewanthology November 25, 2014 at 6:01 PM  

hakikat bro, selalunya apabila ditimpa dugaan baru kita ingat Tuhan... bila dah senang leka dan lupa..saya juga begitu....

dan bacaan bacaan kisah keagamaan dan motivasi lah yang mampu membuatkan kita tidak terus terleka diwaktu senang.

Jueliza Jamani November 26, 2014 at 4:53 PM  

Terima kasih follow.. kita follow balik.. #699

FarahFerraDotCom November 26, 2014 at 10:01 PM  

Mmg sangat memberikan motivasi.. setuju dgn pndpt awak..kena sentiasa positif dan redha..pasti ada hikmah disebalik semua nie kan..be strong ya! =D

Time Traveller November 27, 2014 at 8:00 AM  

Thanks share benda yang bagus saya nak baca pagi2 nie.. sebagai orang islam kita ada redha tawakal dan lain2 lagi .. Moga apa yg terjadi kdng2 tu kita dapat ambil hikmah nya :D

Salam kenal juga dari saya :D

http://timetravelafif.blogspot.com/2014/11/jordan-part-3-amman-citadel-and-roman.html

dear anies November 27, 2014 at 10:38 AM  

positif n redha..bkn utk diri sendiri tp jg utk org disekeliling

#703

Tie HT November 27, 2014 at 3:56 PM  

kita usahakan pilih bahagia walau dalam derita, banyakkan istigfar..insha Allah hati jadi tenang..

Najib Ariyan Ali Basha November 28, 2014 at 6:24 AM  

ditimpa perkara dahsyat? apa perkara dahsyat tu? best juga kalau boleh dengar cerita...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP