Sahabat Tanpa Suara

Selamat Jalan Sahabat...

Saturday, March 12, 2011

Hari Jumaat baru ini merupakan hari sedih buat semua warga sekolah aku. Salah seorang guru telah pergi selama-lamanya, dipanggil untuk mengadap Illahi. Guru tersebut merupakan antara guru senior yang aku hormati, cikgu Halim Anuar Bin Isa...

Lebih kurang jam 10.45 malam Jumaat, seorang guru sedang melaksanakan tugas-tugas keguruan, menanda kertas soalan peperiksaan. Tiba-tiba dadanya diserang sakit yang amat, terasa seperti dicucuk-cucuk. Dia rebah tidak sedarkan diri. Tanpa melengahkan masa, anak-anaknya mengejarkannya ke hospital namun disahkan telah meninggal dunia dalam perjalanan... Arwah meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak. Umur arwah baru mencecah 46 tahun ini...

Begitulah lebih kurang cerita yang berlaku menurut isteri dan anak-anak arwah. Sesampai di sekolah pada pagi Jumaat itu, terus aku menuju ke rumah arwah bersama-sama beberapa rakan guru yang lain, yang tak berkesempatan melawatnya di hospital malam sebelumnya. Terbujur kaku jenazah arwah di tengah rumah. Betul-betul sedih aku rasa...

Bercerita sikit berkenaan arwah, arwah sememangnya dikenali sebagai seorang yang panas baran dan kepala angin. Dalam daerah tempat kami mengajar ni, dikatakan hanya 3 buah sekolah menengah sahaja yang arwah tak sempat masuk. Semuanya gara-gara masalah dengan pentadbir ler... Bukan sekali-kali aku nak memburukkan arwah, cuma terkenang sikapnya yang paling benci dengan hipokrasi dan birokrasi. Arwah seorang yang straight to the point, kalau dia tak suka dia akan sound direct. Mungkin itu antara sebab arwah kurang diminati oleh pentadbiran. Tapi itu semua cerita masa mudanya.

"Dah tua-tua ni, aku pun dah slow dah. Sekarang ni aku buat kerja aku je. Masuk kelas ngajor, pastikan budak dapat apa yang kita ajar, pastikan mereka lulus dalam peperiksaan..." Itu antara kata-kata yang sering diucapkan oleh arwah.

Namun sikap arwah terhadap pelajar berlainan sama sekali. Arwah sangat-sangat rapat dengan pelajar. Ini terbukti dengan kehadiran bekas-bekas pelajar arwah. Dari hospital, ke rumah arwah, sehinggalah ke tanah perkuburan; dipenuhi dengan bekas-bekas pelajar. Pelajar di sekolah juga ramai ke rumah arwah pagi itu, 2 trip bas sekolah... Teringat juga aku yang arwah pernah hampir bergaduh dengan seorang guru disiplin yang menuduh pelajarnya tanpa bukti yang kukuh. Nasib baik dia tak tinjunya cikgu tu... Bang Halim, Bang Halim...

Satu yang aku terkilan adalah perbualan terakhir aku dengan arwah melalui telefon. Pada hari Isnin minggu yang sama, aku bertugas sebagai guru membuat jadual relief (jadual ganti) bagi guru-guru yang tidak hadir ke sekolah, samada yang bercuti mahu pun keluar sekolah untuk kursus-kursus atau seumpamanya. Aku meletakkan nama arwah sebagai guru ganti pada hari tersebut. Arwah menghubungi aku melalui telefon:

"Hai bro... Dah 2 minggu berturut-turut ni aku dapat relief ni... Relief ni kau bagilah cikgu-cikgu muda tu bebanyak sikit... Cikgu tua macam aku ni bagilah rileks sikit bro..."

"Ok, ok Bang Halim, awak punya pasal minggu dengan aku jamin awak tak dapat relief..."

Terbukti kata-kata aku tepat sekali. Itulah merupakan kelas reliefnya yang terakhir, yang sempat aku bagi padanya... Mulai minggu depan dia dah tak perlu masuk ke kelas relief lagi... Malah dia dah tak perlu ke sekolah lagi... Kerana dia bakal menempuh suatu kehidupan yang lain, di ALAM BARZAKH...

Semoga roh arwah dicucuri rahmat... Ditempatkan bersama-sama orang yang beriman... Selamat jalan Bang Halim...

43 comments:

mak encik | SZ March 12, 2011 at 11:32 PM  

alfatihah utk allahyarham ...

sedih...
sekarang panggilan Ilahi tak mengira usia ...sama2 lah kita bersiap sedia ...

ainnoraini March 12, 2011 at 11:59 PM  

alfatihah....

semoga rohnye dipermudahkan segala urusannye disane nnt...insya allah...

sayunye bile bace mlm2 ni...pergi takkan kembali lagi...

Afzainizam March 13, 2011 at 12:03 AM  

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.

ummiross March 13, 2011 at 12:17 AM  

berita sedih ni Sham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman, al fatihah

faiz March 13, 2011 at 12:26 AM  

al-fahihah kepada allayarham..mmg mati tak kenal usia

ckLah @xiiinam March 13, 2011 at 12:39 AM  

Al Fatihah....


***Banyak ciri dan sifat aruah yang sama dengan ckLah...dalam tugas, berdasarkan cerita cikgu.

Nizam Awang Brahim March 13, 2011 at 12:44 AM  

Moge rohnye di tempatkan di kalangan orang yang beriman....Al-Fatihah...

zulkbo March 13, 2011 at 2:47 AM  

salam Sham..
Semoga roh arwah dicucuri rahmat..
Al-Fatihah..kematian adalah pasti..

Prince Halilintar March 13, 2011 at 7:33 AM  

innalillah...Allah lebih menyayanginya dari kite..

Acik Erna March 13, 2011 at 8:26 AM  

Alfatihah buat arwah dan takziah buat keluarganya..

Sham March 13, 2011 at 8:28 AM  

delarocha:al-fatihah...

Sham March 13, 2011 at 8:31 AM  

sz:itu yang selalu berdebar2 jugak tu...banyak lagi urusan duniawi yg tak beres...;P

Sham March 13, 2011 at 8:32 AM  

ainnoraini:meneruskan perjalanan yang pasti...

Sham March 13, 2011 at 8:33 AM  

Afzainizam:sodakallahulazim...

Sham March 13, 2011 at 8:33 AM  

ummiross:sedih ummi...antara sahabat baik juga tu...

Sham March 13, 2011 at 8:35 AM  

faiz:tulah...ramai gak dah member meninggal muda ni...

Sham March 13, 2011 at 8:35 AM  

ckLah:dihormati dan disayangi oleh pelajar = tidak disenangi pentadbir...?

Sham March 13, 2011 at 8:50 AM  

JD:mudah-mudahan begitula...

Sham March 13, 2011 at 8:50 AM  

zulkbo:ya kematian itu pasti...yang dah pergi,pergi...kita ni yang berdebar2 menanti...

Sham March 13, 2011 at 8:51 AM  

Prince:dah sampai ajalnya...

Sham March 13, 2011 at 8:51 AM  

kak erna:al-fatihah...

ahmad humairi March 13, 2011 at 9:17 AM  

al-fatihah buat arwah, kita bakal menyusulinya, pasti.

Sham March 13, 2011 at 9:40 AM  

humairi:pasti bro...cuma risau sebab persediaan belum cukup...

hentian March 13, 2011 at 10:16 AM  

giliran dia di alfatehah. kita?

Sham March 13, 2011 at 10:19 AM  

IM:kita tunggu nombor naik...persediaan tak cukup lagi nie...huk huk...

sud@is March 13, 2011 at 11:25 AM  

semua orang sedang menunggu saat itu....

Sham March 13, 2011 at 12:35 PM  

abu luqman:amin ya rabbal alamin...

Cikgu Tie March 13, 2011 at 2:41 PM  

Dia kini semakin jauh...
Tinggallah kita yang semakin dekat.
Semoga Allah memberkatinya.

terokai seni March 13, 2011 at 10:01 PM  

innalillah semoga Allah merahmati beliau

untungnya seorang guru bila pergi telahpun terlaksana satu daripada hadis tentang amalan yang akan dibawa ke kubur. selama mana diamalkan oleh orang yang menerima ilmunya, guru tu akan dapat pahala yang berterusan

Dinas Aldi March 13, 2011 at 10:13 PM  

Innalillah..Al-Fatihah buat beliau..

Dr K March 14, 2011 at 12:17 AM  

Al Fatihah..

Kata kata terakhir dgn Bang Halim tu memang akan diingat sampai bila bila kan..

Fadzli Amir March 14, 2011 at 10:45 AM  

Alfatihah...selalunya bila dah tiada kita akan rasa kehilangan yg amat....moga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yang soleh...

MamaYatie March 14, 2011 at 1:38 PM  

Al-fatihah tuk arwah, semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yg soleh...

tumpang sedey..

Afzainizam March 15, 2011 at 2:28 AM  

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

alfatihah .....

Seri Kandi Tanah Jauhar March 15, 2011 at 12:33 PM  

Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yang beriman... Amin.

BEiB March 19, 2011 at 8:10 PM  

alfatihah...
kita belum tahu di mana dan bagaimana...

Nur March 21, 2011 at 6:42 PM  

Al-Fatihah pada arwah kawan cikgu.
Ramai yang meninggal muda sekarang.

aizamia3 February 17, 2015 at 2:19 PM  

Al-Fatihah buat arwah.
Bahagian kita tak tahu macam mana pulak nanti.

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP