Semoga Tiada Sebarang Aral...
Thursday, March 10, 2011
Kelmarin aku ronda-ronda Taman Bentong Makmur, kawasan perumahan yang memang aku dan isteri idamkan untuk memiliki sebuah kediaman di sini. Beberapa bulan lepas aku ada ke pejabat pemaju untuk bertanya fasa terbaru pembinaan yang kini dalam lebih kurang 30% siap. Malangnya harga yang disebut terlalu mahal buat kami. Bayangkan teres 2 tingkat berkeluasan 22' x 80', 4 bilik tidur dan 3 bilik air berharga sekitar RM280k! Tak mampulah weh...
Sedang kami meronda di fasa kedua terbaru yang siap sepenuhnya kira-kira 3-4 tahun lalu kami terjumpa signboard berikut:
"FOR SALE MR CHEE 016$#@%^&*"
Apa lagi, aku terus mencapai telefon dan bercakap dengan MR CHEE. Dipendekkan cerita, dia meletakkan harga rumah tersebut RM185k... Berikut sedikit maklumat berkenaan rumah tersebut:
Jenis rumah: Teres 2 tingkat. 4 bilik tidur, 3 bilik air.
Keluasan: 20' x 70'.
Menurut tuan rumah lagi, dia tidak pernah pun menduduki rumah tersebut. Dia hanya sempat menyewakannya kepada seorang polis berkeluarga berketurunan Melayu. Polis tersebut hanya mendiami rumah tersebut kira-kira 6 bulan sahaja sebelum dia ditukarkan ke daerah lain. Menurut tuan rumah lagi dia ingin menjual rumah tersebut kerana dia kini bekerja dan menetap di KL dan mungkin akan membeli rumah di sana. Semalam aku sempat meninjau ke dalam rumah (kunci rumah dipegang oleh adiknya yang tinggal di kejiranan yang sama). Memang betul apa yang dikatakannya. Rumah tersebut memang seolah-olah tidak berpenghuni langsung. Dindingnya putih bersih tiada sebarang kotoran. Memang cukup memuaskan hati...
Antara sebab lain yang membuatkan aku dan isteri betul-betul berminat adalah:
1. Kawasan perumahan tersebut mempunyai nilai pasaran yang baik dan berpotensi untuk masa hadapan kerana kedudukannya yang tidak jauh dari Pusat Bandar Satelit Bentong.
2. Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan mampu milik bagi kami. Anggaran kami memang ingin mencari yang dibawah RM200k.
3. Kedudukan perumahan tersebut di tengah-tengah antara rumah orang tua aku dan rumah mertua aku. Kira fairlah untuk aku suami isteri kan... ;P
Baru sebentar tadi aku appoint seorang lawyer yang direkemankan oleh seorang rakan guru yang juga ada membeli rumah baru-baru ini. Setelah berbincangkan serba sedikit, kami menetapkan esok, selepas Jumaat akan diadakan pertemuan antara aku, tuan rumah dan lawyer. Segala-galanya akan dibincangkan esok termasuk harga sebenar jualan, deposit, pinjaman aku dan sebagainya... So, wish me good luck for tomorrow ok, semoga esok tiada sebarang aral...
40 comments:
molek le dah siap, bule masuk terus... raya sakan tahun ni
Insyaalah....kalo betul arahnya...
cemomoi:harap2 gitu ler weh...
Cikgu Jang:Paling penting dapat kurangkan reganya...
salam sham
semoga berhasil untuk miliki rumah idaman.
azani:TK bro...akan ku usahakan sebaik mungkin...
ibu_suri ada juga minta pindah/beli rumah baru. IM kata...cukup le berhutang samapai takat ni. letihhh..
semoga menjadi kenyataan hasrat yg murni ni, insyaallah!
IM:ini pun ada can hutang sampai dapat cucu ni...huhu...
Dinas:masinlah mulut awak tu...moga kata2 menjadi kenyataan...trimas...
nak memiliki 'rumah pertamaku' ke ni..haha..apepon semoga berjaya dengan ape yg diidamkan tu..jgn lepaskan peluang yg terhidang..
wow murah! kat KL ni takde dah rumah mcm tu murah..
prince:begitulah hajatnya bro...
Astina:jangan dibandinglah dengan KL dik...macamanalah nak idup kat kl kan...
agak murah gak tu..pelaburan yg bijak beli rumah ni..
sHAM--
HARGANYA BERPATUTAN...
rasanya amat sesuai kamu sklrg pindah dan beli rumah tu...
waa seronoknya ummi dengar, ummi doakan Syam berjaya memiliki rumah tu..
salam Sham..
moga Allah permudahkan
urusan anda..ermmm..molek di beli
bila ada kemampuan nih..nilai rumah di jangka naik lagi 20% lepas nih
Assalamualaikum Sham
moga Allah permudahkan segala urusan utk memiliki rumah itu
ps:kalau kenduri jgn lupa ajak kami...he he
Wassalam
murah tu... jgn dilepaskan..kat bangi ni RM185k dapat apartment je kot...
salam kenal, mekasih sudi datang dan folow blog gua...
hmm nak beli umah ek? family gua layan beli ngan auctioners, check kat internet... kat area tempat gua ni (nilai) penah gak gua survey corner lot saiz lebih kurang rumah cina ni dah bleh dapat rm 120 k, 4 bilik tidur, 3 bilik air :)
cantik tu..semoga berjaya sham
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setiap keluarga, setiap orang selalu mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. sebuah yang dibangun dengan hasil kerja, dari semua jerih payah yang telah dilakukan serta pengorbanan-perngorbanan yang harus dijalani. Terutama bagi yang merantau jauh dari kampung halaman dan harus hidup di tanah rantau.
semoga impian akan menjadi kenyataan...amin
eeemmm kalau ikut hati memang membuak-buk keinginan ni...
dah rezeki depan mata sambar cepat jgn terlambat
setiap tahun harga rumah meningkat...
slmt berurusan
Bentung Makmur tu area mana ye???
kt tmpt sy pn mahal sgt2 rumah nie..bygkan rumah setingkat 3 bilik dh RM120K...rumah camtu dh jejak RM200K.
ttp xrugi beli rumah cz harganya sntiasa naik melambung2...
Semoga impian akan segera menjadi kenyataan. InsyaAllah. :)
ok la tu...moga dprmudahkn sgalanya olehNya...
sy pon t.sabar gak nih nk msuk rmh baru ;P
Bagus la sham kalau itu idaman dan sepakat suami-isteri dah setuju. Moga dipermudahkan...
nak tunggu bile lagi, sok-esok regenye naik lagiii.
Ande peluang sambor je la.
Cantik dah tu... Memang murah bg padlie.. kat banting xde harga tu..
Semoga semua urusan berjalan lancar.. :)
Entry terbaru padlie: Bumi kita
good luck sham..insyaallah ada rezeki tak ke mana
alhamdulillah...
tahniah utk cikgu sham sekeluarga...
kecik ke besar ke murah ke mahal ke asalkan kita bahagia dok dalam tu...
rumahku syurgaku :)
dah sgt murah harga tu..kalau kat KL, x dpt dah harga tu..
semoga semuanya berjalan lancar, dan dipermudahkan urusan jual beli tu..
patut la ramai yang tinggal bawah jambatan..hmmm
Bagus beli rumah masa muda. Harga rumah makin mencanak naik. cklah beli rumah pada tahun 1989. 95,000 utk semi-D setingkat. Tanah 85'x35'. Jadi, bayaran bulanan taklah semahal mana. Harga semasa sekarang....fuhhh, lumayan juga. Memang tak ada rumah SemiD bawah 200,000 sekarang. Itu tanah di kawasan Majlis Perbandaran.....kalau di Bandar besar lain, lagi tinggi...
Semoga urusan pembelian dimudahkan...demi keselesaan keluargamu.
Eh silap. 1998!!
***1989 masih tahun 2 di UM.
Gud luck!
Camana cikgu, dah dapat ke rumah ni? Agak murah. teres 2 tingkat. Besor pula tu tengok dari gambor.
2015.. harga rumah teres setingkat pun boleh cecah RM200 ribu.. (tgk kawasan).. fuh.. lap peluh kejap..
Post a Comment