Ayat Motivasi
Friday, November 14, 2014
Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ni aku suka baca ayat-ayat motivasi... Lebih-lebih lagi ayat-ayat motivasi yang islamik, yang mengatakan tentang erti kehidupan, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Sang Pencipta... Yela sejak ditimpa penyakit nilah pun... Masa sihat dulu semua baca sekali lalu jer... Tak melekat pun dalam otak... Kalau dalam whatsapp pun laju jer scroll bila terjumpa ayat-ayat motivasi ni... he3...
Tapi sekarang ni aku suka baca, malah tercari-cari... Ye, kerana ianya banyak membantu... Membantu aku untuk berjuang... Berjuang melawan kesakitan... Berjuang melawan maut... Bukanlah pulak nak melawan kerja Allah, ajal dan maut memanglah ketentuanNya... Tapi kita kan disuruh untuk berusaha... Berpantang maut sebelum ajal, kan...?
Salah satu 'beban' pesakit seperti aku ini adalah uncertainty tentang adakah aku telah benar-benar telah bebas dari penyakit ini atau tidak... Sungguhpun aku telah dibedah, sebahagian anggota badan aku telah 'dibuang', laporan makmal pula mengatakan yang semua sel-sel kanser telah berjaya dikeluarkan; namun ianya tidak dapat memadamkan kesangsian... Kerana sememangnya tiada sebarang jaminan, malah seseorang yang telah melepasi 'tahap bahaya' iaitu 5 tahun sekalipun, masih tidak ada sebarang jaminan yang sel-sel kanser itu tidak akan kembali menyerang mereka... Ianya ibarat satu mimpi ngeri yang berpanjangan... Arghhh agak tertekan bila memikirkannya...
Kemudian aku terfikir, mungkin hasil dari pembacaan ayat-ayat motivasi yang sering aku jumpa dalam group-group whatsapp, telegram malah FB pun; apakah kemungkinan paling teruk yang akan aku lalui jika benar ianya kembali menyerang...? What is the worst case scenario...? Bukankah MATI...? Yesss dah tentu, MATI... Itulah pengakhiran bagi segala-galanya...
Jadi kalau pengakhirannya adalah MATI, apa yang kita perlu takutkan...? Bukankah kita sebagai seorang manusia kita WAJIB merasai MATI...? Bukankah pula sebagai seorang MUSLIM kita diajar yang kehidupan di dunia ini hanyalah SEMENTARA...? Bukankah dalam agama ISLAM terang-terang menyatakan tentang hari AKHIRAT, SYURGA dan NERAKA...? Jadi apa yang perlu kita takut akan MATI itu...?
Apa yang perlu kita takutkan bukanlah MATI itu sebenarnya... Tetapi apa yang perlu kita takutkan adalah BEKALAN kita untuk 'HARI-HARI' selepas MATI itu... Nikmatilah kehidupan di dunia ini dan sediakanlah BEKALAN yang secukupnya untuk ke 'sana'...
p/s: pesanan untuk diri sendiri dan saudara seagama...
9 comments:
Demi Allah... hampir menitis air mata saya bila baca entri ni. Ya Allah... tabahnya diri anda menghadapi semua dugaan ini. Saya... betul betul sedih... saya tak boleh nak bantu apa apa tapi saya akan doa untuk awak supaya terus sihat Sham. saya kagum dengan semangat awak untuk terus hidup dan menulis blog. Saya doakan semoga Allah beri anda syurga dan merahmati hidup awak dunia dan akhirat. Aminnn....
assalamualaikum bro, lama tak nampak dalam dunia blog, rupa2 nya ada dugaan yang melanda bro. saya doakan segala galanya dipermudahkan untuk bro. semoga kembali sihat dan terus ceria mengharungi kehidupan.
bercakap mengenai 'bekalan' di Sana... selagi masih bernyawa selagi itu masih terus belum terlambat untuk mengumpulnya. ayuh kita kumpul bekalan untuk ke Sana bersama sama.
Sham akak masih ingat..patutlah lama tak berblog.
Allahurabbi..besarnya dugaan, moga Sham terus tabah ye, tiap yang Allah datangkan pasti ada hikmahnya. Akak doakan agar Sham mendapat kesembuhan sepenuhnya, insyaAllah.
2 minggu lepas baru selesai hadiri talk ttg cancer bersama dgn seorg cancer survivor,she survived lps mnjalani operation dan chemo. I understand u bro, teruskan perjuangan, semangat dari keluarga dan org trdekat penting, dan paling penting. Selalu ingat Allah.
Syukur kakak dipertemukan kembali dgn Syam.
Seorang pejuang yg kental tidak pernah akan takut mati. Kerana pejuang yg benar adalah yg mengenal apa itu kebenaran bukan kemenangan Sham... Ingat bagaimana nabi Musa berjuang hingga akhirnya bila lebih rela mati kerana tahu perjuangannya melalui jalan sukar tapi baginda rasulullah pula meneruskan perjuangan sehingga 13 tahun baru umat Islam benar-benar menjadi umat yg berjaya di Madinah. Rasulullah juga berjuang. Bukan setahun dua sehingga baginda terpaksa berhijrah dari Mekah ke Madinah. Namun bekal yg ada adalah KEBENARAN yg mahu diperjuangkan.
So... kakak percaya Syam sebagai umat Muhammad seperti kakak juga kita berusaha, berjuang, berdoa moga ada satu kemenangan. Kalau pun kita gagal tapi kita telah menerima satu KEBENARAN yg telah Allah tuliskan.
Salam ziarah dan follow ... menarik artikel ni... terima kasih :)
Assalam....
Hari ini Bunda BW ke blog Teacher Basariah..tergerak hati ini untuk BW dan berkenalan dengan orang sini....
Sedikit sebak dihati ini membaca kisah anakanda Sham...apa yang boleh bunda katakan disini hanya bersabar...
Ujian Allah kepada setiap insanNya tak sama...sekiranya Dia beri kita sesuatu ujian itu ini bermakna Dia mahu kita lebih dekat denganNya...
Semoga anakanda Sham tabah...
Salam ukhuwah dari Bunda...
Alhamdulillah Allah sayang sangat kat anda
Terima kasih sudi singgah ke Teratak Bunda...
Sekiranya sudi sila ke link ini...saja untuk sama2 kita berkongsi..
http://norazis2908.blogspot.com/2014/10/pesakit-kanser-endometrium.html
Post a Comment