Sahabat Tanpa Suara

Tak Terjangkau Dek Akalku...

Wednesday, November 12, 2014


Assalamualaikum...

Sehebat manakah ujian yang anda pernah alami dalam hidup ini...? Pernahkah anda kehilangan insan yang anda amat kasihi...? Atau anda pernah diuji dengan kehilangan atau kerosakan harta benda yang sangat bernilai bagi anda...? Pasti juga antara kita pernah diuji dengan musibah, kemalangan mahupun bencana alam...? Tidak kurang pula yang diuji dengan penyakit yang teruk, terlantar berbulan-bulan malah ada yang bertahun lamanya... Well, aku pasti sebagai manusia biasa kita dah rasai 'bahagian' masing-masing...

Seseorang pernah berkata pada aku: "Ujian Allah bukan setakat datang dalam bentuk kepayahan, kemalangan atau kesakitan, ianya juga datang dalam bentuk kesenangan, kejayaan dan kemewahan..." Aku agak sinikal dengan kenyataan tersebut pada waktu itu... "Apahal kesenangan dikatakan sebagai ujian...? Bukankah itu satu bentuk nikmat...?" Aku tinggalkan soalan itu untuk korang fikir-fikirkan...

Berat atau ringan sesuatu ujian itu bagi aku adalah satu perkara yang subjektif... Bagi aku takde seorang pun yang boleh berkata "akulah insan yang paling malang"; atau "ujian aku ni paling teruk berbanding korang" atau "aduh takde siapa lagi yang kena lebih teruk dari aku ni..." Hakikatnya, ingatlah jika anda rasa anda telah diuji dengan sebegitu teruk, ada lagi insan lain yang diuji dengan lebih dasyat dari anda... Bak kata pepatah cina: disebalik gunung yang tinggi ada lagi gunung lain yang lebih tinggi... Wah siap pepatah cina tuh...

Satu perkara yang perlu diingati lebih-lebih lagi sebagai seorang yang bertaraf hamba seperti kita ini, ingatlah yang sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya dengan kadar yang melebihi kemampuan seseorang itu... Selalu kita mendengar ketika kita ditimpa bencana atau kesusahan adalah betapa adanya rahmat dibalik segala kepayahan itu... Sering juga kita diingatkan yang kita hanyalah makhluk yang serba kekurangan dan tidak tahu apa-apa, apa yang kita rasakan baik tidak semestinya baik bagi kita dan begitu jugalah sebaliknya...

Berbalik kepada kepada kisah ujian tadi... Sebagaimana yang aku tulis dalam post sebelum ini, tahun ini memang tahun edan... Beberapa benda yang sememangnya tak pernah terfikir akan berlaku telah berlaku kepada aku... Allah Maha Besar, hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya... Aku pernah terbayang perkara-perkara dasyat yang boleh berlaku kepada aku, tapi perkara ini memang tak pernah aku terfikirkan, sememangnya tak terjangkau dek akalku, yang aku akan diuji sehebat ini... Ya, ujian ini merupakan yang terhebat pernah ku hadapi sepanjang umur hidupku, aku diuji dengan penyakit... Penyakit yang pasti menjadi igauan ngeri kepada pengidapnya... Penyakit itu penyakit kanser...

3 comments:

Unknown November 12, 2014 at 11:30 PM  

Assalamualaikum..

simpati akak pada kamu..betul setiap org ada bahagian masing2..setiap org pasti ada ujian yg Allah berikan..namun Allah menguji hambaNya ikut kemampuannya....setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati..jangan putus asa dan menyerah pada takdir semata..In Sya Allah pasti ada jalannya.

Ngah,  November 13, 2014 at 8:02 AM  

Bertabahlah. Ujian ini membuatkan kita lebih dekat dengan Allah. Tambahnilai untuk iman masing-masing.

paridah April 28, 2015 at 3:57 PM  

BERSABAR DGN UJIANNYA...SEDANG MEMBELEK SEMUA CATATAN CIKGU ...UNTUK MENGHASILKAN SEBUAH CERPEN...TQ

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP