Subuh Bersama Nik Aziz
Tuesday, February 8, 2011
Mula-mula sekali aku harap tiada yang 'panas' apabila membaca tajuk entry di atas. Aku tahu sekarang ni tengah hangat isu-isu berkaitan dengan tokoh di atas. Tak kiralah yang positif ke mahupun yang negatif. Harapan aku entry ini tidak dibaca dari sudut politik, kerana aku bukan penulis blog politik. Apa yang aku tulis berdasarkan apa yang aku lihat dan rasai.
Jumaat lepas aku berada di Kelantan (Kelantan lagi...jangan marah haa...). Aku mengambil kesempatan tersebut untuk bertemu dengan seorang tokoh yang aku kagumi sejak sekian lama. Subuh itu aku bersama abang-abang ipar dan big bos aku ke Masjid Pulau Melaka. Kami sampai lebih kurang jam 5:30 pagi. Aku sangkakan masih awal tetapi rupa-rupanya parking sudah hampir penuh. Aku mengambil air sembahyang lalu menunaikan solat tahiyatul masjid. Usai solat aku meninjau sekeliling, keluasan masjid agak sederhana. Ku kira boleh menampung maksimum 300 - 400 jemaah sahaja dalam satu-satu masa (pada pandangan aku sahaja).
Subuh masuk jam 6:14 pagi. Ketika azan dilaungkan seluruh ruang masjid telah dipenuhi jemaah. Wah dasyat jugak ni, jarang aku berjemaah subuh dengan sebegini ramai jemaah. Namun kelibat yang ditunggu tak muncul-muncul.Aku menjadi agak kecewa. "Mungkin bukan rezeki aku kali ini" getus hati kecil aku. Selang 15 minit bilal melaungkan qamat, hem memang tak dapatlah aku berimamkan Nik Aziz nampaknya.
Takbiratul ihram diangkat dan suara imam betul-betul membuat aku tersentak. Macam biasa dengar suara ni dalam tv. Bacaan Al-Fatihah bergema. Suara Imam garau, serak-serak basah. Sah, aku sedang berimamkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat! Besar sungguh rasanya hati aku. Ayat Lazim dibaca, tanpa alunan berlagu yang mendayu-dayu, namun dari suaranya terpancar aura yang kurasa menusuk ke kalbu. Aku rasakan ini antara solat aku yang paling khusyuk pernah aku alami....
Selesai solat dan zikir, beliau memberikan tazkirah. Aku tak dapat petik keseluruhan tazkirah tersebut tetapi ini 3 kesimpulan mengikut pemahaman aku:
1. Semua manusia adalah sama di sisi Allah S.W.T tanpa mengira pangkat, darjat mahupun keturunan. Yang membezakan kita sesama manusia hanyalah ketaqwaan kepada Yang Maha Esa.
2. Semua manusia tanpa mengira kaum atau sebarang fahaman yang dianuti semasa di dunia ini akan disoal dengan soalan yang sama di Padang Mahsyar kelak. Jawapan yang diterima pula hanya satu yakni sebagaimana yang diajar oleh Baginda Rasulullah S.A.W.
3. Hanya SATU undang-undang yang diperlukan di muka bumi ini iaitu UNDANG-UNDANG AL-QURAN. Sebagai hambaNya kita WAJIB melaksanakan undang-undang tersebut.
Nah siapa yang berani menyangkal kenyataan tersebut...? Takbir...!
Selesai tazkirah ku kira berpeluanglah aku untuk bersalaman dengan beliau. Rupa-rupanya sudah berbaris bapa-bapa bersama bayi-bayi mereka yang baru lahir. Tujuannya untuk bercukur jambul bayi-bayi mereka. Ku kira ada dalam belasan bayi juga yang menunggu giliran masing-masing. Hem tak respek lagi ke, nak bercukur jambul anak pun boleh minta Menteri Besar buat, tanpa perlu buat appointment pun...
Aku meninggalkan Masjid Pulau Melaka bersama 'tuannya' setelah aku pasti aku tidak akan dapat bersalaman dengan beliau. Insyallah di lain hari, jika diizinkan Allah, ingin sekali aku bersalaman dan mengucup tangannya, seorang hamba Allah yang bernama Nik Aziz Nik Mat.
P/S: Maaf ku pinta kepada rakan-rakan yang mengirimkan salam mereka kepada TGNA, kerana aku sendiri pun tidak berkesampatan untuk bersalaman dengan beliau.
P/S 2: Sedangkan berimamkan TGNA pun sudah sedemikian rasanya. Bagaimana pula jika berpeluang berimamkan Syeikh Abdul Rahman as-Sudais, imam Masjidil Haram...
35 comments:
السلم عليكم ورحمة الله
Ya undang-undang sudah disediakan untuk kita semua, kita cuma melaksanakan sahaja...
w'salam ustaz
setuju 100%...
Seronoknya dapat berjemaaah dengan Tok Guru...
Apa itu Skim Cepat Kaya ?
miecyber:ia memang seronok...tp frust gak tak dapat face to face...
wah mesti seronokkan..dpt solat same2 dgn to guru kite tu..
kesampaian juga nak berimamkan tok guru ya..
salam..
TGNA bukan sahaja
di kagumi lawan dan
teman malah orang barat
cuma tidak di gembar-gemburkan
media tempatan..
Sham.. sangat menarik. Tahniah.
salam, semasa belajar di Maktab Perguruan Kota Bharu biasalah dengar kuliah Tuan Guru di Pulau Melaka dan kuliah Jumaat...sekarang ini setahun sekali pun payah.
Assalamualaikum,
Takbir!!!!
Allah maha besar, Maha Agung, Maha Suci dan Maha segalanya!
Salam sham,
Syukur Alhamdulillah tercapai hajat. Org yg beriman tidak pernah menunjukkan kebolehannya tapi yg berakal akan tahu menilainya....
assalamualaikum..
yg baik kita amek ia sbg ilmu..yg tak baik kita tinggalkan..jgn pandang orgnya, pandanglah ilmunya....
saya juga teringin bersua muka dengan beliau....
Salam...
Tingin gak nak berimamkan SAR Al Sudais...syahdu dgr alunan bacaan beliau...Aritu baca dlm blog sape ntah,dia bfast kat Kelate terserempak ngn TGNA makan nasik bgkus..
Saya dari dulu lagi teringin nak ke masjid pulau melaka nih..asyik baca dlm internet aja....
Best kan kalau MAJORITI masjid di malaysia penuh macam tu, tak payah waktu Subuh la, at least waktu Mghrib & Isyaq....tapi selalunya hanya 2-3 saf aje....:(
tersentuh bc bile time subuh dipenuhi jemaah..biasanya time subuh la plg x ramai..pengalaman yg penuh bermakna tu..teringin jugak nak jmpe face 2 face dgn TGNA..
assalam,
mulia sungguh TGNA ni..walaupun dia sorg menteri besar tapi dia tidak gunakan darjatnya tu..hidup cara sederhana aje...tak perlu nak sediakn kapet merah.
annoraini:seronok+terharu+bersyukur...
nora:Alhamdulillah...
zulkbo:tu yang menyedihkan..media kita tak bebas...
mohamad:terima kasih cikgu...
abhamz:Insyallah ada rezeki ble berjumpa lagi...
humairi:ALLAHUAKBAR..!
kakazie:betul3x...banyak lagi kehebatan 'orang tua' tu yang tidak diketahui umum sebenarnya...
sahromnasrudin:w'salam bro...tepat sekali kata2mu wahai sobat...
Alimaz:Insyallah ada rezeki ketemu jua...
Cik SHiNJU:tu yang buat koi respek tu...hidup dia teramatlah sederhananya...
Daddy Ziyyad:perlu ada imam yang sehebat TGNA di setiap masjidlah baru boleh penuh sentiasa kot...;P
d_LA:Kalau ke kelantan jangan lupa ke Masjid Pulau Melaka.Insyallah beliau akan ada disana...
zue:kita nak pemimpin yang sederhana sebegini atau yang kaya raya hidup mewah giler2...?
memang ramai yg mengkagumi TGNA!
cekwa:malangnya ramai juga yang mencemuh,menghina,memperkecil2kannya,menggelarnya dgn nama2 yg kita sendiri tak sanggup nak dengar...
Bertuahnya, dapat solat berimamkan beliau.
beruntunglah dapat berimamkan TGNA.
Saya ni dapat tonton ceramahnya secara live masa PRU pun dah rasa besar hati...
Bila hasrat hati akhirnya termakbul, indahnya rasa hati..
Terkesan di hati ketika membaca entry ni lebih-lebih lagi ketika beliau telah pergi buat selama-lamanya..
Post a Comment