Sahabat Tanpa Suara

Flashback Part 7: Alternatif Yang Gagal

Friday, May 15, 2015

Assalamualaikum...


Bagi sesiapa yang ketinggalan kisah-kisah sebelum ini bolehlah tengok Part 1 - Part 6 disini>>

**********


Kini seminggu telah berlalu semenjak 'serangan' di Mid valley... Sepanjang tempoh tersebut ada juga sesekali aku merasa sesak nafas seperti mana yang aku alami ketika di Mid Valley tempoh hari, tetapi aku dapat bertenang dan Alhamdulillah sangat-sangat pernafasan aku akan kembali normal dalam tempoh 2-3 minit kemudiannya... Isnin berikutnya adalah hari pertemuan dengan Dr Mawaddah, sudah pastinya pada hari tersebut segala-galanya akan terjawab...

Tiba hari yang dinanti, Dr Mawaddah menjalankan tugas pemeriksaannya seperti hari-hari sebelum ini... Selesai prosedur skopnya dia memandang ke arah aku dengan muka yang agak 'ketat'... Well, its not a suprise for me, aku dah agak mesti ada something wrong punya...

"Saya minta maaf cikgu, tapi apa yang saya boleh katakan disini, nampaknya rawatan alternatif yang cikgu amalkan tu tak mendatangkan hasil yang baik... Malah jika dilihat dari skop tadi, tumor dah semakin membesar... Sudah semakin hampir menutupi saluran pernafasan cikgu... Saya yakin itulah puncanya cikgu mengalami kesesakan nafas dalam beberapa hari ini..."

Penerangan Dr Mawaddah ringkas, tapi jelas: rawatan alternatif yang aku pilih sebelum ini telah gagal untuk mengecutkan ketumbuhan di dalam tekak aku ini... Bukan sahaja ianya tidak mengecut malah ianya telah semakin membesar... Wow, memang mengecewakan... 2 minggu lepas segala-galanya kelihatan begitu sempurna sekali, dan hari ini...? Nampaknya sekali lagi aku KECEWA... Sekali lagi aku usaha aku GAGAL... Di manalah silapnya usaha aku kali ini...?

Aduyai baru seminggu dua yang lepas keyakinan aku begitu tinggi, top of the world... Aku yakin sangat usaha alternatif aku ini akan berhasil, sehingga aku sanggup untuk menangguhkan rawatan radioterapi dan kemoterapi yang disyorkan oleh doktor kepada aku... Sekarang ini nampaknya ketumbuhan itu semakin membesar, dan risiko untuknya membahayakan nyawa aku semakin besar... Dimanakah silap aku kali ini...? Kenapa usaha aku ini gagal...? Aku tiada jawapannya... Hanya DIA yang Maha Mengetahui...

Terbayang-bayang di mata aku betapa yakin si pencipta supplement tersebut mengatakan kepada aku yang supplementnya itu mampu mengubati kanser aku... Aku tak bercadang untuk kondem produk tersebut, bukan di ruangan ini... Lagi pun aku yang membuat pilihan tersebut, walau pun pilihan itu didorong oleh keyakinan yang ditunjukkan oleh si penciptanya... Jikalau aku betul-betul berniat untuk kondem produk tersebut sudah pasti aku sebarkan secukup-cukupnya berkenaan produk tersebut... Namun biarlah ianya aku simpan sahaja... Bagi aku mungkin rezeki aku tiada untuk pulih dari kanser melalui supplement tersebut... Walau pun dalam testimoninya memang terdapat kes-kes yang kanser yang telah berjaya dipulihkannya... 



Ye, aku tahu semua testimoni-testimoni tersebut boleh sahaja direka-reka... Ianya tiada sebarang sandaran dari segi penyelidikan saintifik langsung... Malah jika hendak dipertikaikan si penciptanya juga boleh... Gelaran 'doktor' yang dipakainya pun seperti sesuatu yang agak mencurigakan... Jadi mungkinkah aku salah seorang mangsa supplement scams yang berlambak-lambak di pasaran sekarang...? Yang melalui testimoni-testimoninya mampu mengubati bermacam-macam jenis penyakit...? Aku tak tahu, to be honest buat masa sekarang aku malas nak ambil tahu... Aku lebih suka memikirkan yang rezeki aku tiada untuk sembuh melalui supplement tersebut... Aku lebih suka memikirkan yang ALLAH ada menyediakan perancangan yang lain untuk aku...

Kecewa...? Ye sudah tentu, tentunya aku kecewa dengan kegagalan supplement tersebut... Namun aku positif, aku yakin kegagalan ini bukan satu penamat... Semangat aku untuk terus bertarung tidak pudar, tidak sedikit pun, malah semakin berkobar-kobar... Timbul satu kegeraman dalam hati aku: 

"Jaga kau kanser yang *%$#@#... Mungkin kali ini aku gagal, tapi bersedialah kau untuk fight yang seterusnya... Tunggu next round...!"

Kekadang aku naik pelik dari mana datangnya semangat melawan itu... Tapi aku percaya ianya adalah hasil dari satu lagi rawatan alternatif yang aku sedang ikhtiarkan... Aku rasa ini adalah hasil aku berjaga malam mengadapNYA... Hasil aku tak putus-putus mengadu kepadaNYA... Hasil aku tanpa rasa putus asa meminta kepadaNYA... Aku syukuri sangat-sangat kerana DIA telah membekalkan aku dengan semangat ini... Semangat untuk terus berjuang... Ye pusingan awal ini aku telah tewas, namun aku harus mengatur langkah untuk pusingan seterusnya...

Perbincangan dengan doktor diteruskan... Strategi harus diatur untuk langkah seterusnya... Dan kini Dr Mawaddah menuntut janji yang pernah aku katakan padanya sebelum aku meminta untuk menundakan rawatan dengannya dahulu:

"Ok cikgu, seperti yang cikgu janji dengan saya sebelum ini, kalau usaha alternatif ini gagal cikgu akan bersetuju untuk menjalani rawatan moden kan...? Jadi saya nak kepastian dari cikgu ni, yang mana satu cikgu pilih, kemo atau pembedahan...?"

"Dan saya juga minta maaf juga cikgu, kali ini saya tidak akan membenarkan cikgu menangguhkan lagi apa-apa rawatan... Sebagai seorang doktor, saya tidak sanggup menanggung risiko... Dan sebagai pesakit yang menanggungnya saya juga amat-amat cadangkan agar cikgu jangan lagi mengambil sebarang risiko untuk menangguhkan sebarang rawatan..."

Kali ini nada beliau tegas...

"Saya bukan nak menakut-nakutkan cikgu, tetapi saya memang ada rekod kes pesakit yang 'terkorban' kerana melengah-lengahkan rawatan... So saya minta sangat-sangat agar cikgu segera membuat keputusan..."

Aku bertanya:

"Kalau doktor di tempat saya, apa pilihan doktor...?"

Dr Mawaddah menjawab:

"Baik cikgu biar saya berterus terang sahaja... Dengan saiz ketumbuhan yang kita dapat lihat ini, saya tak berapa yakin rawatan kemoterapi bersama radioterapi dapat memusnahkan keseluruhan sel-sel kanser... Mungkin boleh tapi berdasarkan pengalaman saya sel-sel yang tidak dimusnahkan secara keseluruhan, boleh sahaja datang kembali pada bila-bila masa pada masa akan datang... Dan kebiasaannya ia akan datang dengan serangan yang lebih agresif... Jadi kalau saya, pilihan saya jelas..."

Aku tidak terus membuat keputusan... Aku minta doktor memberi aku sedikit sahaja lagi masa untuk aku betul-betul membulatkan keputusan yang bakal aku ambil... Giler korang, ingat perkara kecik-kecik ke ni...? Melibatkan nyawa tu... Dr Mawaddah membenarkan aku balik dengan syarat: 

"Tolong berikan jawapan cikgu dalam tempoh seminggu ye... Sebabnya saya perlu membuat tempahan untuk bilik bedah dan beberapa prosedur lain... Perkara-perkara itu pun memakan masa juga nanti..."

Balik ke rumah tiada lain yang aku buat... Cari maklumat, google, korek info-info yang berkaitan dengan pembedahan pembuangan pita suara, atau dalam bahasa Inggerisnya Total Laryngectomy... Oh ye, aku sebenarnya telah pun membuat keputusan: aku akan buang ketumbuhan tersebut... Nyah kau dari tubuhku ini, walau pun ianya bermakna aku terpaksa mengorbankan pita suara aku... Dan ini juga bermakna aku tidak akan dapat bersuara seperti biasa lagi, sehingga ke akhir hayat aku...!

Keputusan tersebut sudah tentulah bukan dari aku seorang sahaja tetapi setelah puas berbincang dengan caretaker utama aku, siapa lagi kalau bukan wife aku... Ahli keluarga aku, mak abah, Kak Long, Kak Ngah dan adik aku... Turut aku pinta pandangan adalah dari rakan-rakan yang datang bertandang... Namun yang paling utama aku terlebih dahulu bertanya kepada DIA yang Maha Esa... Melalui istikharah aku sentiasa dapat bayangan yang pembedahan bakal merupakan keputusan yang terbaik yang perlu aku lakukan...

Tidak ketinggalan aku juga mencari maklumat-maklumat berkaitan dengan kehidupan pasca pembedahan... Aku tengok youtube bagaimana keadaan pesakit-pesakit kanser yang serupa dengan aku setelah dibedah, bagaimana kehidupan mereka setelah menjalani pembedahan tersebut, bagaimana mereka menjalani rehibilitasi untuk bersuara semula, pilihan-pilihan yang mereka ada untuk kembali bersuara... Beza, memang berbeza sama sekali... Namun itulah kehidupan yang bakal aku jalani kelak...

Panggilan telefon pun dibuat, menyatakan persetujuan untuk menjalani pembedahan tersebut... Akhirnya tarikh yang diberikan adalah 30 Oktober 2014... Itulah tarikhnya yang akan menjadi satu tarikh penting yang bakal merubah kehidupan aku buat selama-lamanya, atau pun lebih elok dikatakan sehingga ke akhir hayat aku...

Aku tak tahu apa yang ALLAH rancang untuk aku selepas dari tarikh itu... Yang aku pasti aku tidak akan berhenti mengharap... Mengharapkan yang terbaik dariNYA, mengharapkan 'pelangi' dariNYA, insha ALLAH...



***** End of Part 7 *****

Petikan Part 8: Ku Pulangkan (15 Jam Bertarung Maut)...

Aku kini di dalam bilik pembedahan... Debaran sudah hampir tiada... Suka aku bayangkan situasi aku seperti seorang anggota unit pemusnah bom... Cuba bayangkan, ketika mendapat panggilan untuk memusnah bom, pemusnah bom tersebut pastinya berdebar-debar untuk melaksanakan tugasnya... Sebaik tiba di tempat kejadian pasti debaran semakin kencang... Dia melangkah menuju ke tempat bom tersebut, dada berdebar-debar dup dap dup dap... 50 meter dari tempat bom diletakkan, hanya ALLAH yang tahu debarannya bagaimana... 10 meter dari tempat bom, kemuncak debaran, pastinya jantung rasa nak gugur dengan debaran tersebut... 

Sebaik tiba di tempat kejadian, debaran tersebut sudah sampai ke klimaks; makanya tiada lagi debaran yang menggegarkan jantung... Semuanya sudah di depan mata, apa lagi yang nak didebarkan, apa yang perlu dilakukan hanyalah: samada untuk berhadapan/ musnahkan bom tersebut dengan sebaik mungkin, atau terus membiarkan debaran menguasai diri dan membiarkan bom tersebut memusnahkan dirinya... 

Well begitulah metaforanya aku di dalam bilik bedah tersebut... Tiada lagi debaran... Aku menghela nafas panjang-panjang... Ini detik-detik terakhir aku bernafas sebagai seorang manusia yang normal... Namun, ku pasrah, ku akur... 786 Alhamdulillah syukur...

Bagaimana keputusan pembedahan aku...? Ada sebarang komplikasi tak yang berlaku...? Tunggu dalam kisah berikutnya: Flashback Part 8: Ku Pulangkan (15 Jam Bertarung Maut)... 

23 comments:

dear anies May 15, 2015 at 3:29 PM  

kalau sy... sy x dpt nk byg kan keadaannya...

Ujie Othman May 15, 2015 at 4:01 PM  

Ya Allah..begitu terkesan membaca catatan ni. Walaupun cuma flash back.

Eye_nee May 15, 2015 at 5:11 PM  

Flash Back..tak kisah lah...janji dpt baca...

iryantyismail May 16, 2015 at 12:45 AM  

tak dapat yan nak bayangkan jika yan ditempat.sham..sambunganya cepat sikitlah sham sambung.

paridah May 16, 2015 at 4:29 PM  

pengalaman yg xmudah utk dilalui namun Allah mempermudahkannya.

Hana May 16, 2015 at 9:17 PM  

Terasa hana di tempat tersebut.huhu

insan marhaen May 17, 2015 at 1:45 AM  

suspen menanti next episode...

Puan Kutu May 17, 2015 at 7:40 PM  

apalagi pilihan yg ada cikgu..sesungguhnya perancangan Allah itu terbaik buat kita

Bunda_nora May 18, 2015 at 9:26 AM  

Tuhan telah memilih Sham untuk melalui semua dugaan ini...mesti ada hikmah yang tersembunyi yang terbaik untuk Sham...

Allahuakbar..

Bunda_nora May 18, 2015 at 9:34 AM  

SELAMAT HARI GURU untuk Sham dan seangkatan dengan nya..

AtieYusof May 18, 2015 at 12:24 PM  

ya Allah, tabahnya cikgu...

Khir Khalid May 18, 2015 at 12:34 PM  

Assalam.. cikgu seorang insan yg cukup tabah, tak taulah saya bagaimana klu diri ini berhadapan dgn situasi spt ini. Pernah buat minor surgery dulu disebabkan bengkak kecil di bahagian dahi pun dah stress.. semoga Allah memberi segala jln kebaikan buat cikgu... aamiin.

Ana Jingga May 18, 2015 at 5:26 PM  

Sham teruskan ketabahan, lakukan yang terbaik buat Sham.Kak ana akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk sham terus menempuhi ujian ini.Kita disuruhNya berusaha dan berdoa..In Shaa Allah.

zarul farhana May 18, 2015 at 10:48 PM  

ya allah.. besarnya ujian Allah pada ckgu..

makchaq May 19, 2015 at 1:42 AM  

Terima kasih Sham singgah blog makchaq dan follow.

Makchaq mai sini teruih baca semua part...

Takziah kerana sham hilang suara, tapi tahniah kerana buat pilihan utk pembedahan walaupun terpaksa korbankan suara..

Tapi.. apa yang paling boleh dipuji....pandainya Sham menulis & dari tulisan dpt rasa sham sangat positif
orangnya...

Makchaq doakan moga dipeenudahkan semua irusan sham sekeluarga...

cheq da May 19, 2015 at 8:06 AM  

Terima kasih sham sbb sudi follow blog cheq da...kisah yg tragis..mahu mrngikuti semua part di sini
Semoga terus tabah dan byk kan berdoa...
Selamat Hari Guru..

Fidah Shah May 19, 2015 at 9:30 PM  

Semoga diberi ketabahan dalam apa jua situasi.
Dan semiga segala urusan dipermudahkan. Aamiin

Unknown May 20, 2015 at 1:06 PM  

done folo back @811

tq singgah di blog

aizamia3 May 20, 2015 at 3:56 PM  

Terkesan di hati.. membayangkan orang yang kita sayang bertarung nyaa..
Menunggu part seterusnya..

Gee Lion May 20, 2015 at 9:56 PM  

Jika tidak membaca komen, saya ingatkan ini sekadar cerpen. Rupanya kisah benar ye Sham?

Keadaan kita lebih kurang, cuma saya tidaklah sampai ke tahap kanser. Ketumbuhan yg saya kira biasa, tapi boleh jadi bahaya.

Berkata tentang suplemen, jangan percaya. Apatah lagi yg jenis ada rangkaian-rangkaian di bawahnya. Master, anak buah, mak, nenek, moyang.. semuanya nak kaut untung semata.. Wadah dan intipati sebenar suplemen itu hilang dalam dunia perniagaan.

lelamaisara May 23, 2015 at 8:53 AM  

Ya Allah terkesan baca ni....
semoga dipermudahkan segala urusan Tuan...

SalbiahM May 25, 2015 at 9:36 AM  

pendapat peribadi saya, supplement ni berkesan untuk mencegah, tapi untuk mengubat jarang sekali berjaya.

menunggu part 8 ;)

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP