Sahabat Tanpa Suara

Bangunan Pusat Bumi

Tuesday, June 29, 2010

Tahukah anda bangunan apakah yang berkedudukan tepat-tepat di tengah-tengah pusat bumi kita ini? Kedudukan tersebut adalah pada garisan lintang 19,25,21 darjah (latitude) di bahagian utara dan garisan bujur 46,49,39 darjah (longitude) di bahagian timur. Bangunan tersebut adalah bangunan Kaabah yang terletak di Kota Suci Mekah.

Kota Mekah terletak di bahagian barat negara Arab Saudi iaitu 600km dari sebelah selatan kota Madidah dan lebih kurang 200km sebelah timur laut kota Jeddah.Kotanya merupakan lembah sempit yang dikelilingi gunung ganang dengan bagunan Kaabah sebagai pusatnya. Bagi umat Islam kota Mekah adalah kota suci kerana di dalamnya terletak Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi tanda kebesaran Illahi.

Kedudukan kota Mekah sebagaiman yang disebutkan tadi adalah hasil kajian seorang proffesor dari Mesir yang bernama Prof. Hosien Kamal El Din Ibrahim. Beliau terkenal dengan menerbitkan banyak artikel-artikel sains di dalam bidang kejuruteraan awam. Beliau turut mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. untuk itu beliau telah melukis satu peta dunia yang baru yang dapat menunjukkan arah Mekah dari kota lain di seluruh dunia dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah spherical triangle.

Hasil kajian ini diakui benar dan diisytiharkan oleh The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center yang berpusat di Kaherah Mesir.

Read more...

Lawak Hari Ini

Saturday, June 26, 2010

Seorang CEO syarikat korporat sedang menemuduga 4 orang calon yang telah disenarai pendek untuk jawatan Pengurus Besar syarikat berkenaan...katanya:"berikan saya perkara yang paling LAJU dan huraikan kenapa anda katakan demikian..."
Calon pertama dengan penuh gaya berkata:"KELIPAN MATA Tuan,kerana kita tak pernah sempat mengira selaju mana kita berkelip mata..."
Calon kedua membangkang dengan berkata:"bagi saya FIKIRAN lah yang paling laju Tuan kerana fikiranlah yang sampai dulu sebelum kita berkelip mata..."
Calon ketiga dengan lantang menjawab:"NYALAAN LAMPU lah yang paling laju Tuan...lampu akan menyala dahulu sebelum sempat kita berfikir dan berkelip mata..."
Calon keempat dengan gaya rileks menjawab:"setelah menimbangkan ketiga-tiga jawapan calon tadi,saya terpaksa mengatakan yang paling laju adalah CIRIT!!!"
"Cis berani kamu mempermainkan saya!!!tapi takpe,saya ingin dengar penerangan kamu..."kata CEO tersebut dengan berang...
"Macam ni Tuan, malam tadi saya ada rasa sakit perut mungkin kerana tersalah makan pada siang harinya...tengah malam tadi saya terjaga disebabkan perut saya terlalu merengat...dalam SEKELIP MATA sahaja,tanpa saya sempat BERFIKIR apa-apa dan tak sempat pun MENYALAKAN LAMPU terus...BURRRRR dia keluar Tuan..."
CEO tersebut tercengang dan dalam terpaksa dia mengatakan:"you are hired..."

Read more...

Cuti yang memenatkan...yet, menyeronokkan...

Tuesday, June 15, 2010

Cuti penggal persekolahan merupakan antara masa-masa yang paling ditunggu-tunggu oleh bukan sahaja budak-budak sekolah; malah cikgu-cikgu diorang juga. Cikgu-cikgu lain aku tak tahulah, tapi bagi aku inilah masanya yang aku betul-betul free. Jadi masa inilah masing-masing buat plan nak ke sana sini bersama keluarga masing-masing. Aku tak terlepas, sama jugak merancang macam-macam plan. Kebetulan orang rumah aku kini dah bergelar cikgu juga, so takde problem untuk kitorang nak kemana-mana pun. Dalam post ini aku nak share serba sedikit tentang trip kitorang yang memenatkan, yet menyeronokkan.

Minggu pertama aku naik Cameron Highlands. Benda ni memang takde dalam perancangan pun, adhoc je. Aku dengar dari member sekolah lama yang jalan Bertam-Sg Koyan dan buka, so saje je nak try. Memang betul, jalannya dah siap cuma ada dua kawasan yang lagi yang belum bertar dan agak berbahaya. Tapi bawa keta kereta slow-slow lah, bukan nak rushing ke mana-mana pun. Masa perjalanan memang singkat. Walaupun aku bawa steady je, tak lebih 80 km/jam, kitorang tetap sampai dalam masa tak lebih 3 jam.




Minggu ini juga kitorang pergi melawat Muzium Negara, yang ini pun main secara adhoc je. Tiba-tibanya orang rumak aku 'mengidam' nak menengok pameran kubur dan keranda di Muzium Negara. Pelik betul taste anak ke-2 aku dalam perut ni. Tapi takpela aku ikutkan aje.







Minggu kedua kitorang ke kuantan pulak. Menginap di apartment Abg Long (tq Abg Long, Abg Long=abang kepada Abg Zaidi). Siangnya kitorang menghabiskan masa dengan main air! Wah boleh tahan la Gambang Water Park ni. Memanglah tak segempak Sunway Lagoon, tapi boleh lah. Budak-budak layan semacam je...




Next trip, minggu yang sama kitorang ke Kuala Gandah, Lanchang. Tempat pemuliharaan gajah. Ingat nak join gajah mandi, makan semua. Tapi malangnya terlambat, gajah-gajah semua dah masuk kandang daa. Yang sempat bergambar dengan rusa dan beruang je.



Read more...

PTK datang lagi...

Wednesday, June 9, 2010

Yeaah tu dia...yang ditunggu2 sudah mari.(ada ke yang menunggu PTK?):P bsok menjawabla kita dalam dewan. aku masuk kali dah 4 kali menjawab. taraf nak bosan pun adala. mujur jawab 1 ketas je lagi...
kali ini aku jawab ketas umum je.(skang dipanggil sebagai ketas Generik).untuk ketas 2 aku dah lepas 4. hua hua terer gak aku kan . kali ke2 jawab dah dapat 4...
ini ada 1 link aku nak syer ngan korang semua yang TERbaca blog ni.http://www.teachersrock.net/index.htm.cuba masuk bahagia tutorial & kuiz ada contoh2 soalan yang boleh dijawab. ni kira latihan ala2 last minit la...
ok pe2hal pun aku nak ucapkan SALAMAT dan VERY2 good luck untuk semua yang bakal menjawab besok. jawabla dengan penuh semangat dan keyakinan. bukan sikit2 naik tu ooi...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP