Flashback Part 9: Dunia Hanya Pinjaman...
Tuesday, August 11, 2015
Assalamualaikum...
Bagi sesiapa yang ketinggalan kisah-kisah sebelum ini bolehlah tengok Part 1 - Part 8 disini>>
Bagi sesiapa yang ketinggalan kisah-kisah sebelum ini bolehlah tengok Part 1 - Part 8 disini>>
Dunia ini hanya pinjaman; hidup insan tak kekal lama...
Dunia ini hanya pinjaman; hidup insan tak kekal lama...
Cari ilmu isikan dada, bekal ilmu di hari muka...
Cari ilmu isikan dada, bekal ilmu di hari muka...
Cari ilmu isikan dada, bekal ilmu di hari muka...
Cari ilmu isikan dada, bekal ilmu di hari muka...
Cewah biasa dengar tak lagu tu..? Haa tu memang lagu zaman-zaman mak aku dulu, dari oltimer Hail Amir dengan Uji Rasyid... Indeed, bait-bait lagu tersebut amat benar sekali... Dunia ini hanyalah pinjaman, segala isinya adalah pinjaman... Apa yang kita ada hari ini adalah pinjaman... Harta benda, anak pinak, kesihatan dan kesejahteraan hatta nyawa kita pun pinjaman dariNYA... Tiba masanya segala-galanya harus dipulangkan...
Dalam bahagian ke 8 Flashback yang lepas aku telah menceritakan bagaimana akhirnya aku memulangkan 'suara' aku kepada MAHA PENCIPTA... Bukan kerana aku tidak memerlukannya lagi namun atas dasar kanser yang telah membiak di dalamnya... Ya, positively thinking aku suka untuk berfikiran yang DIA ada perancangan yang lain yang aku tidak tahu berkaitan dengan hal ini, atas dasar seorang hamba yang jahil dan tidak mengetahui apa-apa... Atau it just simply satu bentuk hukuman ke atas aku; atas apa-apa dosa yang pernah aku lakukan sebelum ini... Tapi either way, aku sudah mula belajar untuk menerima hakikat, suka atau tidak, mahu atau tidak; aku harus REDHO...
Mari aku ceritakan secara ringkasnya apa yang berlaku kepada aku sepanjang 15 jam di dalam dewan bedah... Setelah dibius dan dipastikan yang aku sudah tidak sedarkan diri, leher aku dikelar 180 darjah dari hujung kiri ke hujung kanan, lalu ianya disiat ke paras muka... Keseluruhan pita suara aku bersama-sama dengan halkum dan organ-organ yang berkaitan dikeluarkan, panjang keseluruhanya lebih kurang 10cm... Korang boleh bayangkan panjang 10cm tu...? Erm bayangkanlah sendiri... Kulit leherku yang tersiat itu kemudiannya dilipat kembali dan dijahit untuk mencantumkannya semula...
Namun ianya tidak berakhir disitu... Bahagian seterusnya ini agak teknikal (rujuk gambarajah di atas), baca betul-betul dan hadamkan... Manusia normal seperti korang semua dan aku (sebelum pembedahan) bernafas melalui hidung/ mulut, disalurkan kepada paru-paru melalui rongga trachea... Sementara itu kita makan/ minum melalui mulut, melepasi rongga oesophagus terus ke perut... Pita suara/ larynx bertindak sebagai 'divider' yang membahagikan udara masuk ke rongga trachea dan makanan/ minuman harus masuk ke perut melalui rongga oesophagus... Dalam kes aku, apabila pita suara dikeluarkan secara automatik saluran pernafasan aku yang normal tidak dapat berfungsi lagi... Apa yang dilakukan untuk membolehkan aku bernafas semula adalah dengan membuat satu 'bypass' dari paru-paru aku ke satu lubang yang ditebuk dibawah leher yang disiat tadi... Maka untuk tujuan itu, leher aku ditebuk sebesar duit syiling 20 sen dan ianya kekal 'ternganga' buat selama hayat yang aku ada... Lubang yang dipanggil sebagai stoma tersebut kini menggantikan fungsi hidung aku untuk menghirup udara yang dipinjamkan olehNYA di dunia yang fana ini...
Well, itulah 2 perkara utama yang dilakukan oleh doktor-doktor di dalam dewan bedah... Kedengarannya mungkin agak simple tapi ianya melibatkan sesuatu organ yang major maka penelitian yang tinggi amat-amat diperlukan... Sebab itu pembedahan tersebut memakan masa melebihi setengah hari... Itulah penerangan dari Dr Mawaddah, doktor pakar otorhinolaryngology yang mengetuai team pembedahan tersebut... Menurut Dr Mawaddah lagi, syukur juga kerana tiada sebarang komplikasi yang berlaku sepanjang pembedahan, dan apa yang patut lebih disyukuri adalah sel-sel kanser masih terkawal dan tidak merebak ke organ-organ lain yang berhampiran...
Sudah tentu aku tidak menyedari semua itu, aku berada di'alam' lain pada ketika itu... Jujurnya tiada apa yang dapat aku ingat... Semuanya gelap sahaja, sebaik bius mula berkesan ke atas aku hinggalah aku mencelikkan mata 15 jam kemudiannya... Perkara pertama yang aku sedari sebaik sahaja aku mencelikkan mata adalah rasa sakit di bahagian tulang tongkin aku... Kepala aku agak pinar dan pandangan aku masih kabur...
Dalam keadaan 'mamai' itu aku mendengar nama aku dipanggil beberapa kali, aku tahu itu adalah panggilan dari jururawat namun aku rasa terlalu lemah untuk menjawab... Aku dapat merasakan ada genggaman erat di tangan kanan aku... Aku kenal sangat tangan yang mengenggam itu, aku memberi respon dengan mengerak-gerakkan tangan aku... Aku pejam mata dan terlelap semula...
Kali kedua aku tersedar, kali ini aku merasakan lebih 'segar'... Tangan aku masih dalam genggaman seseorang... Siapa lagi kan...? Mesti korang semua pun boleh teka siapa... Aku mencari wajah itu, dia tersenyum kepada aku... Alhamdulillah, aku hidup lagi...
"Encik Shamsul... Encik Shamsul sudah sedar ye...? Ok Encik Shamsul dah selesai operate ye... Alhamdulillah semuanya ok..."
Aku hanya mendengar suara jururawat tetapi aku tak cam langsung mukanya... Mata aku hanya terpaku memandang orang yang menggengam tanganku itu... Senyumannya betul-betul membuat aku lega... Aku tak mau memikirkan apa-apa lagi buat masa ini...
Jururawat itu kemudian menyambung:
"Encik Shamsul, encik sekarang dalam PACU (Post Anaesthesia Care Unit) ye... Nampak macam encik dah ok ni... Sekejap lagi kami akan tolak encik balik ke wad ye..."
Seketika kemudian, aku ditolak oleh jururawat yang bertugas keluar dari bilik PACU tersebut... Diluar bilik itu barulah aku nampak muka-muka yang lain... Mak aku, abah, Kak Long, Kak Ngah dan beberapa saudara terdekat... Aku lihat masing-masing mengalirkan air mata... Aku terharu juga, tapi aku sedikit hairan; tiada setitis pun air mata yang keluar dari mata aku... Kerana aku tidak rasa sedih, aku rasa LEGA, aku rasa RELEASE, aku rasa BERSYUKUR...
Aku sempat memberi isyarat kepada mereka semua agar jangan menangis, kemudian aku terus dimasukkan ke dalam wad... Aku kira malam telah lewat kerana di dalam wad aku sedari semua pesakit telah tidur... Kesemua ahli keluarga aku pun tidak dibenarkan masuk lagi kecuali seorang sahaja... Siapalah lagi yang aku nak harapkan untuk menjaga aku dalam keadaan begini melainkan dia...
Aku memandang wajah dia, aku renung matanya dalam-dalam... Aku ingin menyatakan kepadanya terima kasih tapi of coz, tidak terluah... Kerana aku kini secara rasminya sudah tidak mempunyai 'suara'... Namun aku kira dia memahami...
"Abang... Abang jangan fikir apa-apa dah ye... Abang tidur je... Ayang ada kat sini, ayang takkan ke mana-mana..."
Efek bius sememangnya masih ada, lalu aku tertidur semula...

***** Enf of Part 9 *****
p/s: Korang pernah tengok apa itu 'kanser'..? Bagaimana rupanya 'kanser' tu..? Nah, ekslusif untuk korang aku kongsikan gambar 'kanser' pita suara... Yang telah memusnahkan organ pita suara aku... Perhatikan dalam bulatan kuning itu... Dan perhatikan panjang keseluruhan organ yang telah dikeluarkan... Ngeri tak...? Ok kalau ngeri jangan tengok lama-lama, nanti korang tak lalu nak makan nanti korang salahkan aku pulak... Huhuhu...
Read more...