Sahabat Tanpa Suara

Showing posts with label Mekah Al-Mukkaramah. Show all posts
Showing posts with label Mekah Al-Mukkaramah. Show all posts

Binaan Kaabah II

Friday, November 5, 2010

Di luar binaan Kaabah terdapat beberapa binaan atau struktur yang wajib diketahui oleh ummat Islam terutamanya yang bakal bergelar jemaah Haji.

1. Hajar Aswad: Hajar Aswad merupakan batu yang berwarna hitam kemerah-merahan. Ianya berbentuk bujur seperti telur dan terdapat bintik-bintik merah dan kuning bekas pecahan. Di sekelilingnya diikat dengan pita perak sepanjang 30cm. Ruang di antara Rukun Aswad dengan pintu Kaabah dipanggil sebagai Multazam.

2. Multazam: Multazam merupakan tempat yang bermulanya tawaf mengelilingi Kaabah. Disunatkan berdoa serta meletakkan pipi, dada, lengan serta tapak tangan disini.

3. Mizab Rahmah: Terdapat sebuah pancur air di bahagian dinding di sebelah barat laut bahagian atas Kaabah. Fungsinya adalah untuk mengalirkan air hujan ke satu tembok yang berbentuk bulan sabit. Sultan Abdul Majid (1839-1861) telah menggantikan pancur ini dengan saluran yang dibuat dari emas pada tahun 1273H. Ianya kekal sehingga ke hari ini.

4. Al-Haatim: Di hadapan Mizab terdapat sebuah tembok melengkung yang dinamakan sebagai Al-Haatim. Tembok tersebut melengkung dan berbentuk seperti bentuk bulan sabit. Kedua-dua hujungnya mengarah ke sudut Kaabah di sebelah timur dan barat.


5. Hijir Ismail: Halaman di antara Al-Haatim dan Kaabah dinamakan sebagai Al-Hijr ataupun Hijir Ismail. Ada pendapat mengatakan bahawa makam Nabi Ismail A.S dan ibunya Siti Hajar terletak di kawasan ini.


6. Maqam Ibrahim: Maqam Ibrahim diiktiraf sebagai sebahagian daripada Kaabah. Ia sebenarnya merupakan tempat pijakannya di atas sebuah batu ketika Baginda membangunkan binaan Kaabah buat pertama kalinya. Maqam Ibrahim dilindungi oleh lapisan dinding kristal. Dinding kristal itu pula dilindungi oleh rangka besi dan kaca tebal. Di dalamnya terdapat bekas sepasang tapak kaki Baginda di atas sebuah batu. Sesungguhnya kesan tersebut membuktikan lagi akan kekuasaan Allah S.W.T.

Read more...

Binaan Kaabah I

Saturday, October 2, 2010


Kaabah merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia bagi mengerjakan ibadat solat yang telah diwajibkan ke atas mereka. Bangunan Kabaah sebenarnya merupakan sebuah struktur batu yang berbentuk kiub dan ditutupi dengan kain baldu berwarna hitam. Bangunan Kabaah terletak betul-betul di tengah-tengah Masjidil Haram.

Kaabah berbentuk kiub dengan batu yang diperbuat dari marmar setebal 25 cm. Tinggi Kaabah adalah 15 m. Panjang di sebelah utara dari penjuru ke penjuru adalah 9.92 m, di sebelah barat adalah sepanjang 12.15 m, sebelah selatan sepanjang 6.5 m dan di sebelah timurnya sepanjang 11.85 m. Keempat-empat sudut bangunan Kaabah mempunyai nama yang tersendiri. Sudut-sudut ini telah dinamakan dengan rukun-rukun mengikut arah masing-masing:

1. Sudut sebelah utara: Rukun Iraqi (arah Iraq atau Mesopotamia)
2. Susut selatan: Rukun Yamani (arah Yamin)
3. Sudut barat: Rukun Syami (arah Syam atau Suriah)
4. Sudut timur: Rukun Aswad (arah Hajar Aswad atau batu hitam)

Pintu Kaabah terletak di sebelah utara. Ketinggiannya 2 m dari lantai dan lebarnya 1.7 m. Pintu tersebut telah diperbuat pada 1399 H dan menelan belanja 13, 420 Riyal dan menggunakan emas seberat 280 kg.Ianya disaluti dengan emas dan perak. Ada tangga yang boleh dibawa ke pintunya seperti tangga mimbar masjid tetapi tidak akan ditinggalkan dengan tetap. Tangga tersebut dibina daripada kayu yang dilapiskan dengan perak yang telah dihadiahkan oleh seorang raja Islam dari India. Tangga tersebut hanya akan diletakkan di hadapan pitu Kaabah apabila pintunya perlu dibuka sahaja. Pintu Kaabah akan dibuka apabila ada penziarah rasmi dan pertemuan besar yang diadakan tidak lebih dari 15 kali setahun. Bahagian dalam Kaabah akan dibersihkan dengan menggunakan air zam-zam oleh Khadimul Haramain atau pun wakilnya. Manakala dinding Kaabah akan dibersihkan dengan penyapu khas yang diperbuat daripada daun tamar dan direnjis dengan bau-bauan.

Gambar dari HALAQAH

Keterangan gambar:

1. Hajarul Aswad
2. Pintu Kaabah
3. Mizab atau Pancur Emas
4. Syazarwan (konkrit kaki kaabah)
5. Hijir Ismail
6. Multazam
7. Maqam Nabi Ibrahim a.s.
8. Rukun (penjuru) Hajarul Aswad
9. Rukun (penjuru)Yamani
10. Rukun (penjuru) Syami
11. Rukun Iraqi
12. Kiswah Kaabah
13. Garis Mula Tawaf

Read more...

Sejarah Mekah

Saturday, August 28, 2010

1. Pendudukan Mekah Pada Zaman Nabi Adam
Menurut riwayat pendudukan kota Mekah telah bermula sejak zaman nabi Adam lagi. Pedudukan kota Mekah adalah betul-betul selaras dengan kedudukan Baitul Makmur iaitu pusat tawaf para malaikat bagi mengEsakan Allah. Pada ketika Allah ingin menjadikan nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi, para malaikat mempertikaikan keputusan Allah. Allah lalu berfirman :"Sesungguhnya Aku mengetatahui apa yang kamu tidak mengetahui!" Malaikat merasa amat takut dengan jawapan Allah yang tegas itu lalu bertaubat, untuk membuktikan ketaatan mereka para malaikat telah mengelilingi Arasy Allah sambil bertasbih mengEsakan Allah. Oleh kerana Arasy Allah itu terlalu luas, Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun telah meringan beban para malaikat dengan mencipta sebuah binaan yang lebih kecil dipanggil sebagai Baitul Makmur. Sejak itu para malaikat pun melakukan tawaf di sekeliling Baitul Makmur. Ketika nabi Adam mendiami kota Mekah Allah telah pemerintahkannya untuk membina sebuah binaan yang seakan-akan Baitul Makmur. Binaan itu adalah Kaabah yang berkedudukan selaras dengan Baitul Makmur di Arasy Allah. Sejak itu Allah memerintahkan nabi Adam dan kaum keluarganya untuk bertawaf mengelilingi Kaabah bagi mengEsakan Allah S.W.T.

Gambaran Kota Mekah pada zaman purba


2. Pendudukan Mekah Pada Zaman Nabi Ibrahim
Sebelum nabi Ibrahim menduduki Mekah, sekitar kawasan tersebut hanyalah terdiri dari tanah yang gersang dan kering kontang. Pada ketika Baginda bersama dengan anaknya nabi Ismail mendirikan semula Kaabah, datanglah kabilah Jurhum untuk tinggal bersama-sama mereka di kota Mekah dan bersama-sama membangunkan kota Mekah itu. Nabi Ismail telah bernikah dengan seorang wanita dari kabilah Jurhum dan telah dilantik menjadi pemerintah Mekah. Baginda telah memerintah Mekah sehinggalah kepada anak cucu Baginda. Setelah lebih 2 abad memerintah Mekah, kabilah Jurhum telah melarat dan sesat dengan kemaksiatan yang mereka lakukan. Dengan takdir Allah mereka telah dikalahkan oleh kabilah khuza'lah dalam peperangan. Sejak itu kabilah Khuza'lah telah mengambil alih pemerintahan Mekah dan kembali memakmurkannya. Namun kabilah Khuza'lah ini jugalah yang bertanggungjawab membawa masuk berhala ke dalam Kaabah dan memesongkan ajaran nabi Ibrahim. Setelah sekian lama memerintah Mekah, tampuk pemerintahan Mekah telah bertukar kepada Qusai Bin Kilab dari keturunan Quraisy. Pemerintahan kaum Quraisy berterusan sehinggalah kepada datuk Rasulullah S.A.W iaitu Abdul Mutalib.

Mekah pada kuru ke 18


3. Pendudukan Mekah Selepas Baginda Rasulullah S.A.W
Nabi Muhammad S.A.W telah menawan kota Mekah dari kaum Musyrikin pada tahun ke 8 Hijrah. Pada ketika itu kaum Muslimin telah memusnahkan kesemua 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Sejak itu juga kota Mekah telh berfungsi sebagai kota suci umat Islam di seluruh dunia hinggalah ke hari ini. Pada Zaman Khalifah Umar Al-Khatab, berlakunya perubahan yang ketara terhadap kota suci ini. Khalifah Umar telah membeli kawasan di sekitar Kabaah dan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan masjid bagi keselesaan umat Islam yang datang beribadat di kota tersebut yang bilangannya meningkat saban tahun. Sehingga ke hari ini pemerintah kota Mekah berada di tangan pemerintah Arab Saudi. Perubahan demi perubahan telah dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi bagi membesarkan lagi sekitar kawasan kota paling suci umat Islam di seluruh dunia ini.

Mekah 2010


Gambaran Kota Mekah pada masa akan datang

Read more...

Nama Lain Bagi Makkah

Monday, July 19, 2010

Selain nama Makkah Al Mukkaramah, kota suci bagi umat islam ini juga dipanggil dengan pelbagai gelaran yang lain. Di dalam al-Quran ada menyebut sekurang-kurangnya 11 kali dengan gelaran-gelaran yang berlainan termasuk nama 'Makkah' itu sendiri. Manakala sesetengah pendapat ada juga mengatakan yang Makkah turut mempunyai 30 nama yang berlainan. Nama-nama yang dipetik dari al-Quran adalah seperti:

1. Bakkah (surah Ali-Imran ayat 96)
Bakkah membawa maksud memecah atau mencarik. Terdapat empat pendapat berkenaan nama Bakkah ini iaitu:
i. Nama kepada seluruh Tanah Haram
ii. Nama kepada tapak Kaabah
iii. Nama kepada Kaabah dan Masjidil Haram
iv. Nama tempat di antara 2 bukit di sekeliling Kaabah

2. Ummul Qura (surah Al-An'am ayat 92 dan surah Asy-Syura ayat 7)
Ummul Qura bermaksud 'Perkampungan Tua'. Dinamakan 'Perkampungan Tua' kerana ianya merupakan kota yang paling lama sejak dari zaman Nabi Adam A.S lagi.

3. Al-Balad (surah Ibrahim ayat 35 dan surah Al-Balad ayat 1-2)
Al-Balad bermaksud negeri.

4. Al-Balad al-Amin (surah Al-Tin ayat)
Ertinya negeri yang aman. Riwayat mengatakan yang Makkah merupakan kota yang aman bahkan pada zaman Jahiliyah lagi pun. Orang-orang Arab akan menyebut 'al-Amin' jika sesuatu itu dapat memberi keamanan.

5. Al-Baldah (surah Al-Naml ayat 91)
Al-Baldah juga membawa maksud negeri manakala dalam ayat di atas Al-Baldah merujuk kepada Makkah.

6. Haraman Aamina (surah Al-Qasas ayat 57)
Ertinya Tanah Haram yang aman. Sejak dahulu lagi Makkah menjadi tempat perlindungan bagi orang-orang yang takut dan berlindung di dalamnya.

7. Waad Ghairu Dzii Zar'in (surah Ibrahim ayat 37)
Bermaksud lembah yang gersang. Ini merujuk kepada keadaan Makkah semasa Nabi Ibrahim A.S meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Ismail.

8. Ma'aad (surah Al-Qasas ayat 85)
Erti Ma'aad adalah kembali. Ia menceritakan kisah kembalinya Rasulullah dari Madidah setelah peristiwa Hijrah.

9. Qaryah (surah Muhammad ayat 13)
Maksudnya negeri atau apung. Didalam ayat tersebut 'negerimu' yang dimaksudkan adalah Makkah.

10. Al-Masjidil Al-Haram
Dimaksudkan dengan merujuk kepada beberapa tempat iaitu Kaabah, Masjidil Haram dan sekitarnya, Seluruh Makkah ataupun seluruh Tanah Suci.

11. Makkah
Erti Makkah yang sebenarnya adalah membinasakan atau mengurangkan. Ini bermaksud Makkah mengurang atau menghapuskan dosa orang-orang yang datang kepadanya. Manakala orang yang melakukan kezaliman akan dibinasakan di sana.

Wallahua'lam bisawab...

Read more...

Keistimewaan Mekah Al Mukkaramah...

Sunday, July 4, 2010


15 keistimewaan Mekah Al-Mukkaramah


1. Tempat asal dibangunkan Baitullah (Rumah Allah) sejak dari zaman Nabi Adam A.S.
2. Tempat kelahiran Nabi Junjungan Muhammad S.A.W.
3. Tempat diwajibkan seluruh umat Islam untuk dijadikan destinasi beribadat bagi melengkapkan Rukun Islam yang ke-5.
4. Tempat dimana Allah haramkan sebarang pertumpahan darah di atas buminya.
5. Tempat dimana berkumpulnya manusia tanpa ada sebarang perbezaan darjat, bangsa mahupun keturunan.
6. Tempat yang mustajab doanya.
7. Tempat untuk dihapuskan segala-gala dosanya bagi manusia yang terpilih.
8. Tempat dimana Allah mensyariatkan manusia bertwaf mengelilingi Kaabah.
9. Tempat yang tiada masjid lain dimuka bumi ini dimana beribadat didalamnya mendapat pahala yang berlipat berkali ganda.
10. Tempat berkumpulnya seluruh umat Islam dari seluruh pelusuk muka bumi, baik yang dari dekat mahupun jauh.
11. Tempat yang dilarang Allah untuk menghadap atau membelakanginya ketika membuang hajat.
12. Tempat dimana Allah mengharamkan sebarang jenis senjata untuk dibawa masuk ke dalamnya termasuk larangan keatas orang kafir untuk memasukinya.
13. Tempat dimana Allah memberikan balasan terus kepada yang berniat jahat walaupun belum melakukannya. Sedang jika melakukan kebaikan akan terus mendapat pahala yang berlipat kali ganda.
14. Tempat yang dijadikan kiblat untuk beribadat kepada seluruh umat Islam di seluruh pelusuk bumi.
15. Tempat yang dijaga sentiasa oleh para Malaikat sehinggakan Dajjal sekalipun tidak diizikan Allah mampu memasukinya.

Wallahualam...

Read more...

Bangunan Pusat Bumi

Tuesday, June 29, 2010

Tahukah anda bangunan apakah yang berkedudukan tepat-tepat di tengah-tengah pusat bumi kita ini? Kedudukan tersebut adalah pada garisan lintang 19,25,21 darjah (latitude) di bahagian utara dan garisan bujur 46,49,39 darjah (longitude) di bahagian timur. Bangunan tersebut adalah bangunan Kaabah yang terletak di Kota Suci Mekah.

Kota Mekah terletak di bahagian barat negara Arab Saudi iaitu 600km dari sebelah selatan kota Madidah dan lebih kurang 200km sebelah timur laut kota Jeddah.Kotanya merupakan lembah sempit yang dikelilingi gunung ganang dengan bagunan Kaabah sebagai pusatnya. Bagi umat Islam kota Mekah adalah kota suci kerana di dalamnya terletak Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi tanda kebesaran Illahi.

Kedudukan kota Mekah sebagaiman yang disebutkan tadi adalah hasil kajian seorang proffesor dari Mesir yang bernama Prof. Hosien Kamal El Din Ibrahim. Beliau terkenal dengan menerbitkan banyak artikel-artikel sains di dalam bidang kejuruteraan awam. Beliau turut mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. untuk itu beliau telah melukis satu peta dunia yang baru yang dapat menunjukkan arah Mekah dari kota lain di seluruh dunia dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah spherical triangle.

Hasil kajian ini diakui benar dan diisytiharkan oleh The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center yang berpusat di Kaherah Mesir.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP