Sahabat Tanpa Suara

Showing posts with label Rumahku Syurgaku.... Show all posts
Showing posts with label Rumahku Syurgaku.... Show all posts

Aku Bunuh Kau...!

Friday, February 3, 2012


Aku dah tak tahan... Kesabaran aku ada batasnya... Sebelum ini aku halau kau dengan cara yang baik... Kau buat bodo...! Hilang sekejap, esok lusa kau datang balik...! Kau tahu tak yang kehadiran kau adalah amat-amat tidak dialukan... Malah membuatkan aku sekeluarga hidup dalam ketakutan... Seolah-olah berada dalam mimpi ngeri yang sering menghantui hidup...!

Subuh tadi kemarahan aku sudah sampai ke kemuncaknya. Dalam aku tengah 'mamai' menuju ke bilik air, kau landing betul-betul depan aku. Terkesima aku seketika, panik...! Mujur aku dapat mententeramkan diri... Aku sergah kau, tapi kau macam biasa, buat muka selamba jer... Malah kau usha pula aku dengan muka kau yang tanpa perasaan tu... Kau betul-betul mencabar kejantanan aku... Siap kau kali ni...!

Aku cuba mencari 'senjata', tiada yang sesuai di sekitar aku. Yang ada kain pengelap kaki... Bolehlah, keras juga tu... Aku hayut sekuat hati... PELEPAPPP!!! Mengelupur kau disitu, terputus 2... Ekor kau mengeletek... Kau sendiri mengeletek...! Perghhh meremang bulu roma aku. Tetiba timbul rasa belas dalam hati aku. Tapi tetiba juga aku mendengar bisikan: "SHOW NO MERCY...!" Serentak itu PELEPAPPP sekali lagi... Kau senyap, kaku di ceruk dinding...! Puas hati aku...

Tapi aku yakin esok lusa akan datang pulak sedara mara, puak kedarak kau yang sama spesis dengan kau akan untuk mengganggu aku dan keluarga aku lagi. Well, ini mesej yang aku nak sampaikan: "Selepas ini percayalah, aku akan lebih bersedia...! Just bring it...!"

/
/
/
/
/
/
/
/
/



Inilah rupa mangsa 'pembunuhan' pertama di rumah baru aku ini...
Sumber gambar: Sini>>

Agak-agaknya apalah hukum aku membunuh cicak tu kan... Ni sedikit potongan hadis yang aku jumpa:

Didalam “al Mu’jam al Ausath” milik Thabrani dari hadits Aisyah berkata,”Aku mendengar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa yang membunuh cicak maka Allah akan menghapuskan tujuh kesalahan atasnya.

Satu lagi hadis:

Didalam shahih Muslim, Sunan Abu Daud dan Jami’ at Tirmidzi dari Abu Hurairoh berkata : Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa membunuh cicak maka pada awal pukulannya baginya ini dan itu satu kebaikan. Barangsiapa yang membunuhnya dalam pukulan kedua maka baginya ini dan itu satu kebaikan yang berbeda dengan yang pertama. Jika dia membunuhnya pada pukulan ketiga maka baginya ini dan itu kebaikan yang berbeza dengan yang kedua.

Sumber hadis: Sini>>

P/S: Ni pengakuan gentle dari aku: Aku memang geli geleman bila jumpa cicak... Biarlah lipas ke katak ke, aku boleh tahan lagi... Tapi cicak... Grrrr tolong nyah... Geli mak....

Read more...

Rumahku Syurgaku: Part 1...

Thursday, January 26, 2012


Antara sebab aku 'berehat' lama dari menulis blog tempoh hari adalah atas urusan-urusan pembelian rumah... Sebelum ini aku pernah membuat posting berkenaan pembelian rumah... Syukur Alhamdulillah segala-galanya selesai menjelang bulan Julai tahun lepas. Walaupun ada sedikit kontroversi yang tercetus antara aku dan tuan rumah asal, namun segala-galanya berjalan dengan lancar juga akhirnya...

Aku bercadang untuk melakukan serba sedikit pengubahsuaian terhadap rumah tersebut dan bercadang untuk berhari raya di rumah baru, yang kita semua sambut pada Ogos tahun lepas. Namun hasrat tersebut tidak kesampaian. Sebenarnya itulah punca tercetusnya perbalahan antara aku dan tuan rumah asal rumah tersebut... Memang aku cukup baran dengan dia kerana cuba melengah-lengahkan penyerahan kunci, padahal urusan pinjaman aku telah selesai sepenuhnya dan gaji aku pun sudah dipotong untuk bayaran rumah... Hingga timbul ugutan untuk aku memecahkan grill rumah tersebut barulah dia bersetuju untuk menyerahkan semua kunci-kunci rumah. Pelikkan, aku mengugut untuk memecah rumah yang telah rasmi menjadi milik aku..!!??? WTH...

Tak kisahla tu, yang penting urusan pinjaman aku selesai, proses pertukaran nama berjalan lancar dan aku dapat juga memiliki semua kunci-kunci rumah tersebut. Walaupun tak dapat berhari raya di rumah baru tahun lepas tetapi aku memujuk hati dengan berkata "Insayalah tahun depan (2012) bolehlah beraya sakan di rumah baru"...

Walaupun segala urusan selesai pada bulan Julai, namun aku mengambil masa yang agak lama untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Semua gara-gara nak save budget. Maklumlah modal pun ciput je. Kalau modal banyak sudah pasti aku serahkan kepada satu kepala kontraktor, sebut je nak macam mana, lepas tu keluar duit, pasti beres segala-galanya... Tapi apa yang aku buat adalah dengan membuat pengubahsuaian secara runcit-runcitan. Aku membeli barang-barang dan mengupah pekerja. Dengan cara ini, aku dapat mengawal budget aku sendiri. Dalam masa yang sama dapat memantau kerja-kerja supaya ianya benar-benar mengikut citarasa aku...

Alhamdulillah rumah tersebut sedia untuk diduduki menjelang Oktober tahun lepas... Sehingga ke hari ini dah hampir 3 bulan lebih aku mendiami 'syurga' ini. Syok woo duduk rumah sendiri... Maklum ler dah lama betul duduk dengan mertua, baru sekarang berpeluang untuk duduk sendiri... Yeahhh aku bebas...!

Oh ye lupa nak cerita, aku membeli rumah tersebut dengan harga RM180k. Aku membuat pinjaman sebanyak RM200k selama 30 tahun (perghhh memang sampai ke pencenla aku berhutang)... Lebihan RM20k aku peruntukkan untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan memenuhkan dalam rumah dengan perabot dan perkakasan. Tapi RM20k ternyata tidak mencukupi, sehingga ke hari ini masih terdapat serba sedikit 'kelompongan' dalam rumah aku tapi yang nyata perbelanjaan keseluruhan aku sudah mencecah RM30k...! Takpelah, pelan-pelan kayuh kata orang... Insyallah satu hari besok penuh dan lengkap juga rumah aku ni; mengikuti cita rasa aku dan sudah semestinya pemilik bersama rumah ini- siapa lagi kalau bukan MEM BESAR, bini aku ler...


Tarrraaa... Kaler hijau gitu... Cat sendiri ni tau... Sejuk je mata memandang... Dok gitu...????

P/S: Nak tahu kemana jahanamnya duit aku RM30k...? Lepas ni kita cerita slow-slow...

Read more...

Semoga Tiada Sebarang Aral...

Thursday, March 10, 2011


Kelmarin aku ronda-ronda Taman Bentong Makmur, kawasan perumahan yang memang aku dan isteri idamkan untuk memiliki sebuah kediaman di sini. Beberapa bulan lepas aku ada ke pejabat pemaju untuk bertanya fasa terbaru pembinaan yang kini dalam lebih kurang 30% siap. Malangnya harga yang disebut terlalu mahal buat kami. Bayangkan teres 2 tingkat berkeluasan 22' x 80', 4 bilik tidur dan 3 bilik air berharga sekitar RM280k! Tak mampulah weh...

Sedang kami meronda di fasa kedua terbaru yang siap sepenuhnya kira-kira 3-4 tahun lalu kami terjumpa signboard berikut:

"FOR SALE MR CHEE 016$#@%^&*"

Apa lagi, aku terus mencapai telefon dan bercakap dengan MR CHEE. Dipendekkan cerita, dia meletakkan harga rumah tersebut RM185k... Berikut sedikit maklumat berkenaan rumah tersebut:

Jenis rumah: Teres 2 tingkat. 4 bilik tidur, 3 bilik air.

Keluasan: 20' x 70'.

Menurut tuan rumah lagi, dia tidak pernah pun menduduki rumah tersebut. Dia hanya sempat menyewakannya kepada seorang polis berkeluarga berketurunan Melayu. Polis tersebut hanya mendiami rumah tersebut kira-kira 6 bulan sahaja sebelum dia ditukarkan ke daerah lain. Menurut tuan rumah lagi dia ingin menjual rumah tersebut kerana dia kini bekerja dan menetap di KL dan mungkin akan membeli rumah di sana. Semalam aku sempat meninjau ke dalam rumah (kunci rumah dipegang oleh adiknya yang tinggal di kejiranan yang sama). Memang betul apa yang dikatakannya. Rumah tersebut memang seolah-olah tidak berpenghuni langsung. Dindingnya putih bersih tiada sebarang kotoran. Memang cukup memuaskan hati...

Antara sebab lain yang membuatkan aku dan isteri betul-betul berminat adalah:

1. Kawasan perumahan tersebut mempunyai nilai pasaran yang baik dan berpotensi untuk masa hadapan kerana kedudukannya yang tidak jauh dari Pusat Bandar Satelit Bentong.

2. Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan mampu milik bagi kami. Anggaran kami memang ingin mencari yang dibawah RM200k.

3. Kedudukan perumahan tersebut di tengah-tengah antara rumah orang tua aku dan rumah mertua aku. Kira fairlah untuk aku suami isteri kan... ;P

Baru sebentar tadi aku appoint seorang lawyer yang direkemankan oleh seorang rakan guru yang juga ada membeli rumah baru-baru ini. Setelah berbincangkan serba sedikit, kami menetapkan esok, selepas Jumaat akan diadakan pertemuan antara aku, tuan rumah dan lawyer. Segala-galanya akan dibincangkan esok termasuk harga sebenar jualan, deposit, pinjaman aku dan sebagainya... So, wish me good luck for tomorrow ok, semoga esok tiada sebarang aral...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP