Anak...
Monday, February 9, 2015
Assalamualaikum...
Sepanjang beberapa bulan aku bergelar sura rumah sepenuh masa ni ada beberapa perkara yang aku perasan berkenaan dengan budak-budak ni... Bukanlah bermakna selama hari ini aku tak pernah cakna terhadap pembesaran anak-anak yang berdua sebelum ini cumanya kali ini bersama-sama dengan Syafi ni aku yang menguruskannya dari pagi sehingga ke lewat petang... Biasanya pada waktu petang baru aku serahkan shift penjagaan pada mamanya... Aku tahu perkara tersebut memang lumrah bagi budak-budak kecil yang akalnya masih belum sempurna, cuma kadang-kadang aku terfikir mengapa itu yang mereka 'pilih' untuk dilakukan... Aku yakin bukan anak aku sahaja yang sedemikian, anak-anak korang macamana...? Ini antara perkara-perkara yang agak 'memeningkan' aku:
1. Mereka cenderung untuk membahayakan diri sendiri, contoh:
- pantang jumpa benda atas lantai, pasti benda itu end up kat dalam mulut dia... Antara benda yang aku pernah korek keluar dari dalam mulut dia adalah duit siling, guli, tayar lori mainan... Kadang-kadang tu dengan lori-lori sekali ada dalam mulut dia...! Fuh bahayo...
- mereka tertarik kepada peralatan tajam, aku betul-betul tak faham benda ni... Cuba letak dua benda dihadapan mereka, mainan dengan pisau, agak-agak mana yang diorang capai dulu... Pilihan anak aku, aku dah tahu... Acer teka... Huhuhu...
- bermain-main di tangga... Ini masalah bagi mereka yang berumah 2 tingkat... Cer bagitau sikit kat mana feveret port mainan anak-anak korang...? Seluas-luas ruang tamu itu masih belum memadai untuk menarik minat dia untuk stay lama main kat situ... Ada apa kat tangga tu yang menarik sangat bagi dia, aku pun tak paham... Sekarang ni aku ada pasang adan, cuma kadangkala apabila abang dan kakaknya naik ke bilik mereka dan lupa menutup adan tersebut, pasti si Syafi akan mengikut mereka ke atas... Yang bestnya dia naik turun nak sama laju je dengan abang dan kakaknya... Haiii tak padan dengan kecik budak ni...!
2. Mereka cenderung untuk menguji kesabaran tahap dewa kita, contoh:
- Setiap pagi selepas mengantar abangnya Shahmin ke sekolah, aku akan balik ke rumah bersama Syafi... Memberinya susu dan kemudian dia akan tidur semula... Sebaik dia bangun biasanya dia akan bermain-main dahulu... Kemudian baru aku mandikan dia, dandan dia, touch up dia... Dia pun bersih, comel dan wangi... Lepas tu agak-agak apa jadi...? Dia beyakkk...! Arghhhh...
- Sebelum solat kita dah 'pesan' kat dia: ayah nak solat ye, adik main kat tepi ni ye, ada mainan ni ye, jangan kacau ayah nak solat ye... Ok dia ralik main dengan mainan-mainan dia kita pun solat... Tengah-tengah solat masa kita nak sujud, cer teka siapa terpacul depan muka kita...? Lepas tu sejadah akan terus jadi port mainan dia... Astaghfirullah...
- Time makan dia kena ada kerusi sendiri, kerusi kanak-kanak tulah, ok fine itu takde hal lah... Cuma kebelakangan ni dia dah tak nak makan bersuap... Dia nak ada pinggan sendiri, cawan sendiri, makan pun nak sendiri... Hermm nanti aku nak ajar dia kemas sendiri-sendiri... Tak daya dah ayah ni, tiap kali ko makan minum sendiri mesti 'banjir' dapur tu ko kerjakan...!
Sesungguhnya anak-anak itu merupakan antara anugerah ALLAH, anugerah yang tak terhingga nikmatnya... Selain dari itu aku juga dapat merasakan yang anak-anak juga merupakan ujian dari ALLAH sebenarnya... Untuk menguji sejauh mana kesabaran kita dalam membesarkan mereka, mendidik mereka, menjadikan mereka insan yang berguna- di dunia dan pastinya di akhirat kelak...
Seorang sahabat yang aku anggap bijak, pernah menasihati aku pada ketika aku dalam kesakitan dahulu, dia mengingatkan aku antara perkara yang menjadi BEKAL untuk kita 'diSANA' kelak adalah doa dari anak yang soleh... Maka tanyanya:"Sejauh manakah kau sudah menyediakan anak yang soleh itu...?"
Read more...




















