Sahabat Tanpa Suara

Showing posts with label Kanser. Show all posts
Showing posts with label Kanser. Show all posts

First Cancerversary...

Wednesday, September 9, 2015

Assalamualaikum...
Pada tarikh hari ini, genap setahun yang lepas, satu keputusan ujian makmal di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dikeluarkan... Keputusan bagi ujian biopsi terhadap satu ketumbuhan yang dikesan melalui kaedah scoping di dalam tekak aku... Keputusannya, sebagaimana yang anda semua telah maklum- aku disahkan sebagai pesakit kanser... Kanser pita suara, stage 3 atau lebih tepat kategori T3N0M0...

Memang dunia gelap seketika bagi aku ketika itu... Yelah, KANSER... Suatu penyakit yang amat-amat digeruni... Suatu penyakit yang tiada penawarnya... Suatu penyakit yang membawa MAUT... Siapa tak seram kan...? Aku pernah menceritakan secara detail kisahnya disini>>

Namun itulah takdir aku, itulah yang telah direncana untuk aku, itulah ketentuan dariNYA untuk aku... Adakah ianya sekadar satu dugaan...? Atau ianya satu peringatan...? Atau satu bentuk hukuman atas dosa-dosa yang aku lakukan pada masa-masa lalu...? Hanya yang DIA yang MAHA AGUNG lagi MAHA MENGETAHUI...

Secara jujurnya aku telah mula menerima ketentuan ini... Tiada apa lagi yang nak aku persoalkan, tiada apa lagi yang ingin aku pertikaikan... Siapalah aku untuk mempertikaikan segala ini, sedangkan DIA yang MAHA BIJAKSANA sudah pasti ada perancangan yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya...

Tapi sebagai seorang hamba yang sangat jahil lagi lemah, terkadang itu timbul juga rasa kekesalan atas nasib yang menimpa ini, rasa sedih, rasa hampa, rasa tertekan... Namun Alhamdulillah kesedaran dan kewarasan sering menjelma kembali... Tiada tempat lain yang aku adukan setiap kesedihan, kehampaan mahupun rasa tertekan itu melainkan hanya padaNYA...

Apa-apa pun, hei i'm still alive... Selain suara yang masih tak sempurna, tulang 4 kerat dan anggota-anggota lain tiada yang cacat celanya... Semuanya lagi masih berfungsi seperti biasa, masih mampu melaksanakan tugas-tugas duniawi... Masih mampu untuk menunaikan segala ibadat yang diperintahkan olehNYA, untuk mengumpul segala macam keperluan buat bekalan di hari muka... Hari-hari manusia dibangkitkan semula untuk satu hidup yang KEKAL ABADI... Bukankah itu arah tujuan kita semua...?

" Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku 
hanyalah untuk ALLAH, tuhan seru sekelian alam..."


p/s: Hari ini entri pendek je... Mood kesayuan (tetiba keluar lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon dalam THR Gegar)... Huhuhu...

Read more...

Flashback Part 9: Dunia Hanya Pinjaman...

Tuesday, August 11, 2015

Assalamualaikum...

Bagi sesiapa yang ketinggalan kisah-kisah sebelum ini bolehlah tengok Part 1 - Part 8 disini>>



**********



Dunia ini hanya pinjaman; hidup insan tak kekal lama... 
Dunia ini hanya pinjaman; hidup insan tak kekal lama...
Cari ilmu isikan dada, bekal ilmu di hari muka...
Cari ilmu isikan dada, bekal ilmu di hari muka...

Cewah biasa dengar tak lagu tu..? Haa tu memang lagu zaman-zaman mak aku dulu, dari oltimer Hail Amir dengan Uji Rasyid... Indeed, bait-bait lagu tersebut amat benar sekali... Dunia ini hanyalah pinjaman, segala isinya adalah pinjaman... Apa yang kita ada hari ini adalah pinjaman... Harta benda, anak pinak, kesihatan dan kesejahteraan hatta nyawa kita pun pinjaman dariNYA... Tiba masanya segala-galanya harus dipulangkan...

Dalam bahagian ke 8 Flashback yang lepas aku telah menceritakan bagaimana akhirnya aku memulangkan 'suara' aku kepada MAHA PENCIPTA... Bukan kerana aku tidak memerlukannya lagi namun atas dasar kanser yang telah membiak di dalamnya... Ya, positively thinking aku suka untuk berfikiran yang DIA ada perancangan yang lain yang aku tidak tahu berkaitan dengan hal ini, atas dasar seorang hamba yang jahil dan tidak mengetahui apa-apa... Atau it just simply satu bentuk hukuman ke atas aku; atas apa-apa dosa yang pernah aku lakukan sebelum ini... Tapi either way, aku sudah mula belajar untuk menerima hakikat, suka atau tidak, mahu atau tidak; aku harus REDHO...

Mari aku ceritakan secara ringkasnya apa yang berlaku kepada aku sepanjang 15 jam di dalam dewan bedah... Setelah dibius dan dipastikan yang aku sudah tidak sedarkan diri, leher aku dikelar 180 darjah dari hujung kiri ke hujung kanan, lalu ianya disiat ke paras muka... Keseluruhan pita suara aku bersama-sama dengan halkum dan organ-organ yang berkaitan dikeluarkan, panjang keseluruhanya lebih kurang 10cm... Korang boleh bayangkan panjang 10cm tu...? Erm bayangkanlah sendiri... Kulit leherku yang tersiat itu kemudiannya dilipat kembali dan dijahit untuk mencantumkannya semula...



Namun ianya tidak berakhir disitu... Bahagian seterusnya ini agak teknikal (rujuk gambarajah di atas), baca betul-betul dan hadamkan... Manusia normal seperti korang semua dan aku (sebelum pembedahan) bernafas melalui hidung/ mulut, disalurkan kepada paru-paru melalui rongga trachea... Sementara itu kita makan/ minum melalui mulut, melepasi rongga oesophagus terus ke perut... Pita suara/ larynx bertindak sebagai 'divider' yang membahagikan udara masuk ke rongga trachea dan makanan/ minuman harus masuk ke perut melalui rongga oesophagus... Dalam kes aku, apabila pita suara dikeluarkan secara automatik saluran pernafasan aku yang normal tidak dapat berfungsi lagi... Apa yang dilakukan untuk membolehkan aku bernafas semula adalah dengan membuat satu 'bypass' dari paru-paru aku ke satu lubang yang ditebuk dibawah leher yang disiat tadi... Maka untuk tujuan itu, leher aku ditebuk sebesar duit syiling 20 sen dan ianya kekal 'ternganga' buat selama hayat yang aku ada... Lubang yang dipanggil sebagai stoma tersebut kini menggantikan fungsi hidung aku untuk menghirup udara yang dipinjamkan olehNYA di dunia yang fana ini...

Well, itulah 2 perkara utama yang dilakukan oleh doktor-doktor di dalam dewan bedah... Kedengarannya mungkin agak simple tapi ianya melibatkan sesuatu organ yang major maka penelitian yang tinggi amat-amat diperlukan... Sebab itu pembedahan tersebut memakan masa melebihi setengah hari... Itulah penerangan dari Dr Mawaddah, doktor pakar otorhinolaryngology yang mengetuai team pembedahan tersebut... Menurut Dr Mawaddah lagi, syukur juga kerana tiada sebarang komplikasi yang berlaku sepanjang pembedahan, dan apa yang patut lebih disyukuri adalah sel-sel kanser masih terkawal dan tidak merebak ke organ-organ lain yang berhampiran...

Sudah tentu aku tidak menyedari semua itu, aku berada di'alam' lain pada ketika itu... Jujurnya tiada apa yang dapat aku ingat... Semuanya gelap sahaja, sebaik bius mula berkesan ke atas aku hinggalah aku mencelikkan mata 15 jam kemudiannya... Perkara pertama yang aku sedari sebaik sahaja aku mencelikkan mata adalah rasa sakit di bahagian tulang tongkin aku... Kepala aku agak pinar dan pandangan aku masih kabur...

Dalam keadaan 'mamai' itu aku mendengar nama aku dipanggil beberapa kali, aku tahu itu adalah panggilan dari jururawat namun aku rasa terlalu lemah untuk menjawab... Aku dapat merasakan ada genggaman erat di tangan kanan aku... Aku kenal sangat tangan yang mengenggam itu, aku memberi respon dengan mengerak-gerakkan tangan aku... Aku pejam mata dan terlelap semula...

Kali kedua aku tersedar, kali ini aku merasakan lebih 'segar'... Tangan aku masih dalam genggaman seseorang... Siapa lagi kan...? Mesti korang semua pun boleh teka siapa... Aku mencari wajah itu, dia tersenyum kepada aku... Alhamdulillah, aku hidup lagi...

"Encik Shamsul... Encik Shamsul sudah sedar ye...? Ok Encik Shamsul dah selesai operate ye... Alhamdulillah semuanya ok..."

Aku hanya mendengar suara jururawat tetapi aku tak cam langsung mukanya... Mata aku hanya terpaku memandang orang yang menggengam tanganku itu... Senyumannya betul-betul membuat aku lega... Aku tak mau memikirkan apa-apa lagi buat masa ini...

Jururawat itu kemudian menyambung:

"Encik Shamsul, encik sekarang dalam PACU (Post Anaesthesia Care Unit)   ye... Nampak macam encik dah ok ni... Sekejap lagi kami akan tolak encik balik ke wad ye..."

Seketika kemudian, aku ditolak oleh jururawat yang bertugas keluar dari bilik PACU tersebut... Diluar bilik itu barulah aku nampak muka-muka yang lain... Mak aku, abah, Kak Long, Kak Ngah dan beberapa saudara terdekat... Aku lihat masing-masing mengalirkan air mata... Aku terharu juga, tapi aku sedikit hairan; tiada setitis pun air mata yang keluar dari mata aku... Kerana aku tidak rasa sedih, aku rasa LEGA, aku rasa RELEASE, aku rasa BERSYUKUR...

Aku sempat memberi isyarat kepada mereka semua agar jangan menangis, kemudian aku terus dimasukkan ke dalam wad... Aku kira malam telah lewat kerana di dalam wad aku sedari semua pesakit telah tidur... Kesemua ahli keluarga aku pun tidak dibenarkan masuk lagi kecuali seorang sahaja... Siapalah lagi yang aku nak harapkan untuk menjaga aku dalam keadaan begini melainkan dia...

Aku memandang wajah dia, aku renung matanya dalam-dalam... Aku ingin menyatakan kepadanya terima kasih tapi of coz, tidak terluah... Kerana aku kini secara rasminya sudah tidak mempunyai 'suara'... Namun aku kira dia memahami...

"Abang... Abang jangan fikir apa-apa dah ye... Abang tidur je... Ayang ada kat sini, ayang takkan ke mana-mana..."

Efek bius sememangnya masih ada, lalu aku tertidur semula...


***** Enf of Part 9 *****

p/s: Korang pernah tengok apa itu 'kanser'..? Bagaimana rupanya 'kanser' tu..? Nah, ekslusif untuk korang aku kongsikan gambar 'kanser' pita suara... Yang telah memusnahkan organ pita suara aku... Perhatikan dalam bulatan kuning itu... Dan perhatikan panjang keseluruhan organ yang telah dikeluarkan... Ngeri tak...? Ok kalau ngeri jangan tengok lama-lama, nanti korang tak lalu nak makan nanti korang salahkan aku pulak... Huhuhu...


Read more...

Falshback Part 8: Ku Pulangkan(15 Jam Bertarung Maut) ...

Monday, June 8, 2015

Assalamualaikum...

Bagi sesiapa yang ketinggalan kisah-kisah sebelum ini bolehlah tengok Part 1 - Part 7 disini>>

**********


Keputusan telah dibuat: aku akan buang kanser ini, itu hal baiknya... Yang tak baiknya bersama-sama dengan kanser tersebut aku terpaksa korbankan sekali pita suara aku... Ye aku bakal kehilangan salah satu organ yang DIA 'pinjamkan' kepada aku, aku bakal kehilangan suara aku... Fuh besar nilai kehilangan tu kan... Tapi aku sentiasa memujuk hati dengan selalu berkata: aku bukan 'kehilangan' tetapi aku 'memulangkan' apa yang telah dipinjamkanNYA kepada aku...

Dari segi mental dan fizikalnya aku rasa aku sudah cukup bersedia... Aku berdoa, aku bertawakal, aku berserah kepadaNYA; sebagai persediaan mental... Sebagai persediaan fizikal pula, sudah puas aku tengok, study dan google kes-kes pasca pembedahan seperti yang bakal aku lalui nanti... Cumanya untuk membayangkan bagaimana keadaan aku khasnya nanti, masih agak kelam... Kurang bayangannya, takut untuk membayangkannya itu masih kuat juga...

Tapi mahu atau tidak, rela atau tidak aku harus juga menghadapinya... This is my journey... It is meant for me... Memang untuk aku, harus mengertilah...


Di pihak perubatan segala-galanya telah tersedia... Yelah dah tugas mereka, segalanya pasti mengikut jadual... Sehari sebelum pembedahan aku dimasukkan ke wad... Katil 20, wad 5H, Pusat Perubatan UKM, disitulah aku ditempatkan... Sejarah, memang sejarah... Seumur hidup aku, aku tidak pernah dimasukkan ke mana-mana hospital, atas sebab apa-apa penyakit pun... Namun disebabkan penyakit ini, ini kali kedua aku diwadkan... Pertama kali di wad ini juga, cuma katil yang berlainan; atas sebab biopsi untuk menentukan jenis ketumbuhan di dalam tekak aku ini dahulu... Aku pernah ceritakannya disini>>...

Namun pembedahan biopsi itu hanyalah pembedahan minor, Walau pun aku dipengsankan untuk pembedahan itu, risikonya masih amat kecil berbanding dengan pembedahan kali ini... Pembedahan kali ini prosedurnya jauh lebih besar dan berisiko... Menurut doktor, pembedahan bakal menelan masa 10 ke 15 jam... Bergantung kepada situasi semasa, termasuk respon fizikal aku ketika pembedahan, dan keadaan ketumbuhan itu sendiri... Tempoh recovery: 10 ke 14 hari, bergantung kepada tubuh badan aku... Fuh this is not just a big thing, this is HUGE...

Selain itu terdapat beberapa lagi risiko yang berkait rapat dengan keadaan semasa ketumbuhan di dalam tekak aku itu, antaranya adalah sejauh mana ia telah merebak... Menurut Dr Mawaddah yang bakal menjadi ketua team pembedahan itu nanti, apa yang merisaukannya adalah jika ketumbuhan itu telah merebak lebih jauh dari yang dijangkakan... Jika benar ianya telah merebak maka bukanlah setakat pita suara sahaja yang perlu aku korbankan... Antara lain yang turut akan 'terkorban' adalah thyroid aku dan beberapa kelenjar nimfa yang terletak di bahagian leher aku... Wow mengerikan bukan... INDEED...


Pagi sebelum pembedahan, beberapa jam sahaja lagi untuk aku bersuara seperti manusia normal, seperti korang-korang semua... Aku cuba untuk kelihatan cool, cool secool coolnya...Tapi dalam hati hanya ALLAH tahu, berdebar giler woo...! Seumur hidup aku inilah debaran yang paling hebat yang pernah aku rasakan...! Namun syukur juga aku mendapat support yang penuh dari semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat yang datang bertandang...

Finally masanya tiba juga, aku diberikan persalinan pembedahan, siap dengan 'shower cap' lagi... Sebelum ditolak ke dewan pembedahan aku di beri sebiji pil penenang, ianya berkesan- kurang sikit debaran yang kurasa... Sekali sekala aku merasakan macam dalam filem: biasakan korang tengok babak orang kena tolak dengan katil sorong tu... Pandangannya ke atas, tengok ke arah lampu, kejap kelam kejap cerah... Pastu shot dalam keadaan slow motion, surrounding sound suspende jer, diselang seli dengan bunyi geselan roda katil sorong- nyit nyit, nyit nyit... Well itulah yang aku rasakan, dalam perjalanan menuju ke dewan pembedahan... Pada masa ini aku rasa bagilah pil penenang ke apa ke, debaran tetap terasa di puncak... Dup dap dup dap dup dap dup dap dup dap..............................

Kini aku sudah di dalam bilik pembedahan... Debaran sudah hampir tiada... Suka aku bayangkan situasi aku seperti seorang anggota unit pemusnah bom... Cuba bayangkan, ketika mendapat panggilan untuk memusnah bom, pemusnah bom tersebut pastinya berdebar-debar untuk melaksanakan tugasnya... Sebaik tiba di tempat kejadian pasti debaran semakin kencang... Dia melangkah menuju ke tempat bom tersebut, dada berdebar-debar dup dap dup dap... 50 meter dari tempat bom diletakkan, hanya ALLAH yang tahu debarannya bagaimana... 10 meter dari tempat bom, kemuncak debaran, pastinya jantung rasa nak gugur dengan debaran tersebut... 

Sebaik tiba di tempat kejadian, debaran tersebut sudah sampai ke klimaks; makanya tiada lagi debaran yang menggegarkan jantung... Semuanya sudah di depan mata, apa lagi yang nak didebarkan, apa yang perlu dilakukan hanyalah: samada untuk berhadapan/ musnahkan bom tersebut dengan sebaik mungkin, atau terus membiarkan debaran menguasai diri dan membiarkan bom tersebut memusnahkan dirinya... 

Well begitulah metaforanya aku di dalam bilik bedah tersebut... Tiada lagi debaran... Aku menghela nafas panjang-panjang... Ini detik-detik terakhir aku bernafas sebagai seorang manusia yang normal... Namun, ku pasrah, ku akur... 786 Alhamdulillah syukur...

"Assalamualaikum..."

Suara yang cukup ku kenal menyapa... Siapa lagi kalau bukan Dr Mawwadah, dia tersenyum seperti biasa, ceria sokmo...

"Waalaikumusalam..." jawab aku...

"Apa khabar cikgu...? Cikgu dah sedia...?" soalnya...

"Tidak, tapi, just do it... Huhuhu... Yela lagi mau tanya ka...? Dah masuk dewan bedah kan, takkan tak sedia lagi kot..." sudah tentu itu kata-kata aku dalam hati jer... Yang sebenarnya terluah:

"Ye doc insha Allah dah sedia... Doc, tolong saya ye... Keluarkan kanser tu dari badan saya ni..."

"Iye cikgu, itulah sebabnya kita berada di sini kan... Insha Allah semuanya akan berjalan lancar..." tersenyum jer dia menjawab...

"Ok cikgu saya nak buat last preparation sekejap, lepas ni pakar bius akan datang untuk biuskan cikgu, then we can start the procedure ye..." katanya sambil berlalu pergi...

Selang beberapa ketika pakar bius yang dimaksudkan pun sampai... Sebenarnya kami dah berjumpa pun petang semalamnya... Dia bertanya beberapa soalan, untuk persediaannyalah sebagai pakar bius... Antaranya adalah seperti: pernahkah aku menjalani apa-apa pembedahan sebelum ini, adakah aku mempunyai sebarang penyakit kritikal, adakah aku mempunyai alahan terhadap sebarang ubat dan sebagai... Dan pagi ini sekali lagi dia bertanyakan soalan-soalan yang sama, untuk kepastian... 

"Baik incik, sekarang saya akan inject bius ye... Dalam 5 - 10 minit lagi incik akan 'tidur' ye..." sambil tangannya menjalankan tugasnya, membuat drip, menginject bius ke dalam tubuh aku... Aku terkebil-kebil, antara sedar atau tidak...

"Ya ALLAH ya tuhanku... Sesungguhnya ENGKAU yang menciptakanku, ENGKAU yang memberikanku nyawa, ENGKAU yang memberikanku kehidupan... Aku bermohon kepadaMU ya ALLAH, jika hidupku ini bernoktah disini maka ambillah aku dalam keadaan aku mengakui keesaanMU... Sesungguhnya TIADA TUHAN YANG AKU SEMBAH MELAINKANMU YA ALLAH... DAN SESUNGGUHNYA MUHAMMAD ITU PESURUHMU YA ALLAH...

Namun jika masih ada rezeki aku di atas bumiMU ini ya ALLAH, maka jayakanlah pembedahanku ini... Berilah aku ihsanMU, angkatlah penyakitku ini, berilah aku kesembuhan, berikanlah aku kesihatan...

Sesungguhnya segala yang aku miliki ini adalah milikMU, yang ENGKAU pinjamkan kepadaku... Maka hari ini aku pulangkan kembali hak MU yang ALLAH... Sesungguhnya aku redha dan aku bersyukur..."

Lalu segala-galanya gelap...






Read more...

Flashback Part 7: Alternatif Yang Gagal

Friday, May 15, 2015

Assalamualaikum...

Bagi sesiapa yang ketinggalan kisah-kisah sebelum ini bolehlah tengok Part 1 - Part 6 disini>>

**********


Kini seminggu telah berlalu semenjak 'serangan' di Mid valley... Sepanjang tempoh tersebut ada juga sesekali aku merasa sesak nafas seperti mana yang aku alami ketika di Mid Valley tempoh hari, tetapi aku dapat bertenang dan Alhamdulillah sangat-sangat pernafasan aku akan kembali normal dalam tempoh 2-3 minit kemudiannya... Isnin berikutnya adalah hari pertemuan dengan Dr Mawaddah, sudah pastinya pada hari tersebut segala-galanya akan terjawab...

Tiba hari yang dinanti, Dr Mawaddah menjalankan tugas pemeriksaannya seperti hari-hari sebelum ini... Selesai prosedur skopnya dia memandang ke arah aku dengan muka yang agak 'ketat'... Well, its not a suprise for me, aku dah agak mesti ada something wrong punya...

"Saya minta maaf cikgu, tapi apa yang saya boleh katakan disini, nampaknya rawatan alternatif yang cikgu amalkan tu tak mendatangkan hasil yang baik... Malah jika dilihat dari skop tadi, tumor dah semakin membesar... Sudah semakin hampir menutupi saluran pernafasan cikgu... Saya yakin itulah puncanya cikgu mengalami kesesakan nafas dalam beberapa hari ini..."

Penerangan Dr Mawaddah ringkas, tapi jelas: rawatan alternatif yang aku pilih sebelum ini telah gagal untuk mengecutkan ketumbuhan di dalam tekak aku ini... Bukan sahaja ianya tidak mengecut malah ianya telah semakin membesar... Wow, memang mengecewakan... 2 minggu lepas segala-galanya kelihatan begitu sempurna sekali, dan hari ini...? Nampaknya sekali lagi aku KECEWA... Sekali lagi aku usaha aku GAGAL... Di manalah silapnya usaha aku kali ini...?

Aduyai baru seminggu dua yang lepas keyakinan aku begitu tinggi, top of the world... Aku yakin sangat usaha alternatif aku ini akan berhasil, sehingga aku sanggup untuk menangguhkan rawatan radioterapi dan kemoterapi yang disyorkan oleh doktor kepada aku... Sekarang ini nampaknya ketumbuhan itu semakin membesar, dan risiko untuknya membahayakan nyawa aku semakin besar... Dimanakah silap aku kali ini...? Kenapa usaha aku ini gagal...? Aku tiada jawapannya... Hanya DIA yang Maha Mengetahui...

Terbayang-bayang di mata aku betapa yakin si pencipta supplement tersebut mengatakan kepada aku yang supplementnya itu mampu mengubati kanser aku... Aku tak bercadang untuk kondem produk tersebut, bukan di ruangan ini... Lagi pun aku yang membuat pilihan tersebut, walau pun pilihan itu didorong oleh keyakinan yang ditunjukkan oleh si penciptanya... Jikalau aku betul-betul berniat untuk kondem produk tersebut sudah pasti aku sebarkan secukup-cukupnya berkenaan produk tersebut... Namun biarlah ianya aku simpan sahaja... Bagi aku mungkin rezeki aku tiada untuk pulih dari kanser melalui supplement tersebut... Walau pun dalam testimoninya memang terdapat kes-kes yang kanser yang telah berjaya dipulihkannya... 



Ye, aku tahu semua testimoni-testimoni tersebut boleh sahaja direka-reka... Ianya tiada sebarang sandaran dari segi penyelidikan saintifik langsung... Malah jika hendak dipertikaikan si penciptanya juga boleh... Gelaran 'doktor' yang dipakainya pun seperti sesuatu yang agak mencurigakan... Jadi mungkinkah aku salah seorang mangsa supplement scams yang berlambak-lambak di pasaran sekarang...? Yang melalui testimoni-testimoninya mampu mengubati bermacam-macam jenis penyakit...? Aku tak tahu, to be honest buat masa sekarang aku malas nak ambil tahu... Aku lebih suka memikirkan yang rezeki aku tiada untuk sembuh melalui supplement tersebut... Aku lebih suka memikirkan yang ALLAH ada menyediakan perancangan yang lain untuk aku...

Kecewa...? Ye sudah tentu, tentunya aku kecewa dengan kegagalan supplement tersebut... Namun aku positif, aku yakin kegagalan ini bukan satu penamat... Semangat aku untuk terus bertarung tidak pudar, tidak sedikit pun, malah semakin berkobar-kobar... Timbul satu kegeraman dalam hati aku: 

"Jaga kau kanser yang *%$#@#... Mungkin kali ini aku gagal, tapi bersedialah kau untuk fight yang seterusnya... Tunggu next round...!"

Kekadang aku naik pelik dari mana datangnya semangat melawan itu... Tapi aku percaya ianya adalah hasil dari satu lagi rawatan alternatif yang aku sedang ikhtiarkan... Aku rasa ini adalah hasil aku berjaga malam mengadapNYA... Hasil aku tak putus-putus mengadu kepadaNYA... Hasil aku tanpa rasa putus asa meminta kepadaNYA... Aku syukuri sangat-sangat kerana DIA telah membekalkan aku dengan semangat ini... Semangat untuk terus berjuang... Ye pusingan awal ini aku telah tewas, namun aku harus mengatur langkah untuk pusingan seterusnya...

Perbincangan dengan doktor diteruskan... Strategi harus diatur untuk langkah seterusnya... Dan kini Dr Mawaddah menuntut janji yang pernah aku katakan padanya sebelum aku meminta untuk menundakan rawatan dengannya dahulu:

"Ok cikgu, seperti yang cikgu janji dengan saya sebelum ini, kalau usaha alternatif ini gagal cikgu akan bersetuju untuk menjalani rawatan moden kan...? Jadi saya nak kepastian dari cikgu ni, yang mana satu cikgu pilih, kemo atau pembedahan...?"

"Dan saya juga minta maaf juga cikgu, kali ini saya tidak akan membenarkan cikgu menangguhkan lagi apa-apa rawatan... Sebagai seorang doktor, saya tidak sanggup menanggung risiko... Dan sebagai pesakit yang menanggungnya saya juga amat-amat cadangkan agar cikgu jangan lagi mengambil sebarang risiko untuk menangguhkan sebarang rawatan..."

Kali ini nada beliau tegas...

"Saya bukan nak menakut-nakutkan cikgu, tetapi saya memang ada rekod kes pesakit yang 'terkorban' kerana melengah-lengahkan rawatan... So saya minta sangat-sangat agar cikgu segera membuat keputusan..."

Aku bertanya:

"Kalau doktor di tempat saya, apa pilihan doktor...?"

Dr Mawaddah menjawab:

"Baik cikgu biar saya berterus terang sahaja... Dengan saiz ketumbuhan yang kita dapat lihat ini, saya tak berapa yakin rawatan kemoterapi bersama radioterapi dapat memusnahkan keseluruhan sel-sel kanser... Mungkin boleh tapi berdasarkan pengalaman saya sel-sel yang tidak dimusnahkan secara keseluruhan, boleh sahaja datang kembali pada bila-bila masa pada masa akan datang... Dan kebiasaannya ia akan datang dengan serangan yang lebih agresif... Jadi kalau saya, pilihan saya jelas..."

Aku tidak terus membuat keputusan... Aku minta doktor memberi aku sedikit sahaja lagi masa untuk aku betul-betul membulatkan keputusan yang bakal aku ambil... Giler korang, ingat perkara kecik-kecik ke ni...? Melibatkan nyawa tu... Dr Mawaddah membenarkan aku balik dengan syarat: 

"Tolong berikan jawapan cikgu dalam tempoh seminggu ye... Sebabnya saya perlu membuat tempahan untuk bilik bedah dan beberapa prosedur lain... Perkara-perkara itu pun memakan masa juga nanti..."

Balik ke rumah tiada lain yang aku buat... Cari maklumat, google, korek info-info yang berkaitan dengan pembedahan pembuangan pita suara, atau dalam bahasa Inggerisnya Total Laryngectomy... Oh ye, aku sebenarnya telah pun membuat keputusan: aku akan buang ketumbuhan tersebut... Nyah kau dari tubuhku ini, walau pun ianya bermakna aku terpaksa mengorbankan pita suara aku... Dan ini juga bermakna aku tidak akan dapat bersuara seperti biasa lagi, sehingga ke akhir hayat aku...!

Keputusan tersebut sudah tentulah bukan dari aku seorang sahaja tetapi setelah puas berbincang dengan caretaker utama aku, siapa lagi kalau bukan wife aku... Ahli keluarga aku, mak abah, Kak Long, Kak Ngah dan adik aku... Turut aku pinta pandangan adalah dari rakan-rakan yang datang bertandang... Namun yang paling utama aku terlebih dahulu bertanya kepada DIA yang Maha Esa... Melalui istikharah aku sentiasa dapat bayangan yang pembedahan bakal merupakan keputusan yang terbaik yang perlu aku lakukan...

Tidak ketinggalan aku juga mencari maklumat-maklumat berkaitan dengan kehidupan pasca pembedahan... Aku tengok youtube bagaimana keadaan pesakit-pesakit kanser yang serupa dengan aku setelah dibedah, bagaimana kehidupan mereka setelah menjalani pembedahan tersebut, bagaimana mereka menjalani rehibilitasi untuk bersuara semula, pilihan-pilihan yang mereka ada untuk kembali bersuara... Beza, memang berbeza sama sekali... Namun itulah kehidupan yang bakal aku jalani kelak...

Panggilan telefon pun dibuat, menyatakan persetujuan untuk menjalani pembedahan tersebut... Akhirnya tarikh yang diberikan adalah 30 Oktober 2014... Itulah tarikhnya yang akan menjadi satu tarikh penting yang bakal merubah kehidupan aku buat selama-lamanya, atau pun lebih elok dikatakan sehingga ke akhir hayat aku...

Aku tak tahu apa yang ALLAH rancang untuk aku selepas dari tarikh itu... Yang aku pasti aku tidak akan berhenti mengharap... Mengharapkan yang terbaik dariNYA, mengharapkan 'pelangi' dariNYA, insha ALLAH...



***** End of Part 7 *****

Petikan Part 8: Ku Pulangkan (15 Jam Bertarung Maut)...

Aku kini di dalam bilik pembedahan... Debaran sudah hampir tiada... Suka aku bayangkan situasi aku seperti seorang anggota unit pemusnah bom... Cuba bayangkan, ketika mendapat panggilan untuk memusnah bom, pemusnah bom tersebut pastinya berdebar-debar untuk melaksanakan tugasnya... Sebaik tiba di tempat kejadian pasti debaran semakin kencang... Dia melangkah menuju ke tempat bom tersebut, dada berdebar-debar dup dap dup dap... 50 meter dari tempat bom diletakkan, hanya ALLAH yang tahu debarannya bagaimana... 10 meter dari tempat bom, kemuncak debaran, pastinya jantung rasa nak gugur dengan debaran tersebut... 

Sebaik tiba di tempat kejadian, debaran tersebut sudah sampai ke klimaks; makanya tiada lagi debaran yang menggegarkan jantung... Semuanya sudah di depan mata, apa lagi yang nak didebarkan, apa yang perlu dilakukan hanyalah: samada untuk berhadapan/ musnahkan bom tersebut dengan sebaik mungkin, atau terus membiarkan debaran menguasai diri dan membiarkan bom tersebut memusnahkan dirinya... 

Well begitulah metaforanya aku di dalam bilik bedah tersebut... Tiada lagi debaran... Aku menghela nafas panjang-panjang... Ini detik-detik terakhir aku bernafas sebagai seorang manusia yang normal... Namun, ku pasrah, ku akur... 786 Alhamdulillah syukur...

Bagaimana keputusan pembedahan aku...? Ada sebarang komplikasi tak yang berlaku...? Tunggu dalam kisah berikutnya: Flashback Part 8: Ku Pulangkan (15 Jam Bertarung Maut)... 

Read more...

Flashback Part 6: Cemas di Mid Valley

Tuesday, March 31, 2015

Assalamualaikum...

Bagi sesiapa yang ketinggalan kisah-kisah sebelum ini bolehlah tengok Part 1 - Part 5 disini>>

**********

Sudah genap sebulan kini aku menangguhkan rawatan radioterapi dan kemoterapi... Alhamdulillah, aku sangat-sangat bersyukur dengan perkembangan terkini aku... Rawatan alternatif yang aku jalani kini nampaknya seperti memberi hasil yang positif... Lebih lega lagi apabila pemeriksaan dengan doktor 2 minggu lepas juga menghasilkan keputusan yang agak melegakan... Menurut pemerhatian doktor, sungguhpun ketumbuhan di tekak aku itu tidak mengecut, tetapi sekurang-kurangnya ia tidak membesar... 

Selain hasil dari rawatan alternatif yang aku jalani sekarang ini, satu lagi faktor yang aku rasa 'membantutkan' pembesaran ketumbuhan tersebut adalah cara pemakanan aku... Semenjak dikenal pasti sebagai pesakit kanser, aku telah menghentikan pengambilan makanan-makanan yang berisiko... Terutamanya makanan fast food, junk food dan yang sewaktu dengannya... Malah kini aku sudah tidak ambil daging, lembu mahu pun ayam... Sumber protein aku kini hanyalah dari ikan, itu pun dengan masakan kukus atau singgang sahaja, selebihnya adalah sayur-sayuran dan buah-buahan...

Satu lagi yang aku sentiasa syukuri adalah aku tidak merasa sebarang kesakitan, direct dari ketumbuhan tersebut atau pun indirect... Kecuali sedikit 'healing crisis' akibat pengambilan supplement dari kaedah alternatif yang aku amalkan sekarang ini... Namun menurut pencipta supplement tersebut ianya adalah perkara biasa dan lama-kelamaan 'healing crisis' tersebut akan turut hilang, bersama-sama dengan ketumbuhan tersebut...

Hubungan aku dengan Sang Pencipta juga aku rasakan semakin 'rapat'... MengadapNya di sepertiga malam, bermunajat kepadaNya, berzikir memujiNya, memohon keampunanNya; ternyata memberikan aku kekuatan dalaman, ketenangan, kelazatan... Sesuatu yang tak pernah lagi aku alami selama ini... Sebab itu aku kadangkala merasakan betapa untungnya juga aku ditimpa penyakit ini...

Satu perkara yang agak ketara yang dapat dilihat pada fizikal aku kini adalah penurunan berat badan aku... Ramai yang menegur aku kelihatan lebih kurus, ye itu aku akui... Namun ianya tidak merungsingkan aku, malah sedikit menggembirakan... Berat badan dan fizikal aku kini kembali pada keadaan aku di zaman bujang dahulu... Dengan ketinggiaan 172cm dan berat 65kg, BMInya cukup sempurna... Kalau orang pompuan ni pastinya sangat-sangat teruja kan...? Sweet and solid, hehehe... 

Aku tidak terlalu runsing berkenaan berat badan yang menurun ini, mungkin kerana aku telah menerima hakikat yang aku memang berpeyakit... Dan hakikatnya juga pesakit kanser seperti aku memang akan kehilangan berat badan mereka, lebih-lebih lagi dalam kes aku kini yang telah berhenti makan sebarang jenis daging, merah mahupun putih... 

Kehidupan seharian aku...? Baik-baik sahaja, tiada yang membebankan... Aku kini dalam cuti barah selama 2 tahun... Seperti mana yang aku pernah ceritakan sebelum ini, memang aku tidak bercadang untuk menghabiskannya sekali gus... Jika ada rezeki aku pulih sepenuhnya dalam masa terdekat ini; hasil dari rawatan alternatif ini, pasti aku akan terus sambung kerja... Jadi dengan banyaknya masa yang terluang ini aku juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan aku...

Kini rutin aku adalah seperti seorang suri rumah sepenuh masa... Kerja utama aku adalah menghantar dan menjemput anak-anak ke sekolah, pergi ke pasar, memasak dan mengemas rumah... Selain itu boleh kata setiap hari kini aku ada masa untuk melawat orang tua aku, yang mana ini merupakan satu perkara yang amat membahagiakan aku juga...

Aku juga kini lebih kerap keluar berjalan, bersama keluarga kecil aku tentunya... Boleh kata setiap hujung minggu aku akan membawa mereka keluar... Paling tidak ke shopping-shopping kompleks sekitar KL... Memang menjadi kegemaran aku dari dulu adalah berjalan-jalan di shopping-shopping kompleks, window shopping sambil melihat pelbagai telatah dan kerenah manusia... Yang sentiasa sibuk ke hulu ke hilir dengan tujuan masing-masing... Aku seronok tengok semua itu, semua kesibukan itu, ianya membuatkan aku terasa 'hidup'...

Dan kebiasaannya aku akan bermalam di KL sahaja... Memang pada ketika ini perbelanjaan aku agak boros... Duit laju je keluar dari poket, takde dah aku rasa nak berjimat-jimat sangat dah... Duit bukan boleh bawa ke kubur pun, itu yang sentiasa bermain dalam fikiran aku... Buatnya sampai ajal aku dalam masa terdekat ni, aku tak naklah kempunan pulak kan... Huhuhu... 

Pendek kata aku rasa selesa, tenang dan bahagia... Kanser yang 'bersarang' dalam tekak aku tak pernah membebankan aku... Aku masih dapat merasai kenikmatan hidup, malah kadang kala aku rasa lebih bahagia daripada sebelum ini...

22/10/2014... Aku akan ingati tarikh ini, mungkin bagi kebanyakan orang lain terutamanya yang beragama Hindu akan mengingati tarikh ini sebagai hari perayaan Diwali mereka, tetapi tarikh ini melekat dalam kepala hotak aku kerana pada hari inilah sesuatu berlaku kepada aku dan renteten dari itu memaksa aku untuk mengambil satu keputusan yang drastik; yang akhirnya merubah kejadian anatomi aku, buat selama-lamanya...

Minggu ini adalah minggu cuti Deepavali, aku telah merancang satu percutian yang agak panjang bersama isteri dan anak-anak... Rancangannya malam pertama di KL, kedua ke Port Dicson dan seterusnya ke Melaka, dan kalau keadaan mengizinkan teringin aku lajak terus sampai ke JB... Jarang benar aku merancang percutian selama dan sejauh ini... 

Malam pertama, sesudah check in hotel kami keluar semula... Destinasinya Mid Valley Megamall, salah satu tempat feveret kami sekeluarga... Selalu kami ke sini, tempatnya besar dan luas... Kedainya banyak, bermacam jenis barangan dan jenama ada untuk belian mahupun sekadar untuk menjamu mata sahaja... Malam itu aku membeli beberapa helai pakaian, untuk aku, wife dan anak-anak... Semua dapat bahagian masing-masing... Dan juga sepasang beg travel jenama Crocodile, berwarna ungu... Banyak juga aku berhabis hari ini, mungkin paling banyak dalam satu hari selama ini...

Usai membeli belah, makan dan sebagainya kami bergerak pulang ke hotel... Aku agak kepenatan, tetapi dek kerana gembira, kepenatan itu tidak terasa... Kini aku faham kenapa orang pompuan suka bershopping, ianya betul-betul buat kita gembira kan, lupa segala kesedihan dan sebarang masalah yang ada... Cumanya bila terkenang budget yang dah burst, terus datang masalah lain pulak... Huhu...

Setiba di parking kereta aku memasukkan semua barangan ke dalam bonet kereta, satu persatu... Pada ketika itulah aku mula terasa semacam 'something wrong' dengan pernafasan aku... Aku tarik nafas panjang-panjang, terasa KOSONG...! ALLAHU AKBAR...! Bagaimana aku nak definasikan kosong itu...? Rasanya seperti kita menarik nafas tetapi tiada oksigen yang masuk, sebaliknya hanya udara kosong semata-mata... Beberapa ketika itu aku tercungap-cungap, peluh dingin mula aku rasa di atas dahi, kaki aku merasa kebas, sejuk secara tiba-tiba, lutut aku terasa longgar, lemah... ALLAHU AKBAR...! PANIK MENYERANG...!!!

Seumur hidup aku tak pernah aku merasa secemas ini...! Adakah ajal aku sudah sampai...? Beginikah rasanya berhadapan dengan malaikat maut...? Aku masukkan beg yang terakhir ke dalam bonet kereta... Terus masuk ke dalam kereta, tutup pintu, aku memandang isteri aku...

"Ayang, abang rasa tak boleh nak bernafas... Abang rasa macam nak matila... Abang tak nak mati lagi... Tak nak kat Mid Valley ni...!!!"

"Abang... Tenang bang, rileks... Abang penat kot, banyak jalan tadi kot... Abang bawa bersandar dulu, tarik nafas pelan-pelan..."

Aku menurunkan seat aku separuh baring, cuba bertenang... Aku menarik nafas panjang, perlahan-lahan... Isteri aku mengurut-ngurut dada aku... Aku nampak mulutnya terkumat-kamit, aku tak dengar pula apa yang dibacanya... Buat beberapa ketika masih terasa kosong, tapi aku masih bernyawa... Aku pejam mata, istighfar, mengucap... Alhamdulillah mulut aku lancar lagi untuk mengucap...

Ternyata ajal aku masih belum sampai, dalam beberapa ketika aku dapat kembali bernafas seperti biasa... Allahu akbar, apa ke bendalah tadi tu...? Apakah puncanya...? Setelah tenang kami kembali ke hotel untuk bermalam... Aku berbincang dengan isteri dan kami mengambil keputusan untuk membatalkan percutian panjang kami... Dia yang beria-ria meminta kami untuk balik ke rumah... Takde makna katanya nak bercuti, jalan jauh-jauh tapi dalam hati bimbang sepanjang masa...

Isnin berikutnya adalah appointment dengan doktor... Sepanjang tempoh menunggu appointment tersebut beberapa kali juga aku diserang sesak nafas seperti yang berlaku di Mid Valley... Namun Alhamdulillah aku berjaya menghadapinya dengan tenang... Syukur juga serangan tersebut tidak lama dan tidak pernah berpanjangan... Paling lama pun dalam 2-3 minit sahaja... Tapi hati aku tetap risau, apalah agaknya yang tidak kena ni...? Mungkin hanya Dr Mawaddah yang boleh jawab nanti... Harap-harap beliau ada jawapannya...

***** Tamat Part 6 *****

Petikan Part 7: Alternatif Yang Gagal...

"Saya minta maaf cikgu, tapi apa yang saya boleh katakan disini, nampaknya rawatan alternatif yang cikgu amalkan tu tak mendatangkan hasil yang baik... Malah jika dilihat dari skop tadi, tumor dah semakin membesar... Sudah semakin hampir menutupi saluran pernafasan cikgu... Saya yakin itulah puncanya cikgu mengalami kesesakan nafas dalam beberapa hari ini..."

Penjelasan Dr Mawaddah jelas: rawatan alternatif yang aku pilih sebelum ini telah gagal untuk mengecutkan ketumbuhan di dalam tekak aku ini... Bukan sahaja ianya tidak mengecut malah ianya telah semakin membesar... Wow, memang mengecewakan... 2 minggu lepas segala-galanya kelihatan begitu sempurna sekali, dan hari ini...? Nampaknya sekali lagi aku KECEWA... Sekali lagi aku usaha aku GAGAL... Di manalah silapnya usaha aku kali ini...?

So, apa langkah aku seterusnya...? Patutkah aku putus asa sahaja...? Pasghah...? Berseghah...? 

Aku akan ceritakan selanjutnya dalan Part 7 nanti ye... Stay tune...

Read more...

Flashback Part 5: Moden Atau Alternatif...

Tuesday, February 17, 2015

Assalamualaikum...

Bagi sesiapa yang ketinggalan kisah-kisah sebelum ini bolehlah tengok Part 1 - Part 4 disini>>

**********

Allah Maha Besar, Allah Maha Agung... Allah tidak 'memakbulkan' doa aku agar aku negatif kanser... Tetapi Allah memberi aku ketenangan, dan yang pastinya Allah telah 'menarik' aku untuk lebih dekat kepadaNya... Terima kasih Allah, terima kasih kerana telah memilih aku... Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar...


Maka akhirnya SAH sudah... Sahlah yang aku kini adalah seorang pesakit kanser: kanser pita suara, tahap 3... T3N0 untuk lebih tepatnya, T3 bermakna ketumbuhan berada dalam saiz yang agak besar (T1 paling kecil dan T4 paling besar), manakala N0 menunjukkan yang tiada perebakan sel-sel kanser yang telah berlaku, bermakna kanser hanya terfokus dibahagian pita suara sahaja... Itu satu berita yang baik sebenarnya... Bermakna doktor boleh menumpukan rawatan pada satu bahagian sahaja iaitu bahagian pita suara...

Penerimaan aku...? Hermmm Alhamdulillah, cukup bersedia dari segi fizikal dan mental... Dalam Part 4 sebelum ini pun aku dah bercerita panjang lebar bagaimana aku menghadapi situasi tersebut... Ye aku redha, dan aku serahkan segala 'untung nasib' aku hanya padaNYA... Namun pastinya DIA tidak ingin aku hanya berserah semata-mata... Sudah pasti aku kena berusaha, aku perlu berusaha untuk mengubati penyakit ini... Walaupun secara tradisinya kanser sering dikaitkan dengan kematian... Huh itu yang biasanya kita gerun bila mendengar kanser kan... Namun sebenarnya banyak juga kisah-kisah kejayaan pesakit kanser ini... Ramai juga yang telah pulih sebenarnya, dapat bebas dari kanser... Ada yang melalui rawatan moden di hospital-hospital, ada pula yang berjaya melalui rawatan-rawatan alternatif, samada melalui perubatan, pemakanan dan juga secara spiritual...

Kini aku harus membuat keputusan, apa yang hendak aku pilih... Untuk perawatan moden doktor telah memberi aku pilihan... Samada melalui pembedahan atau pun rejim radioterapi sebanyak 35 kali, 5 kali seminggu selama 7 minggu... Bersama dengan kemoterapi sebanyak 7 kali iaitu sekali setiap minggu... Dalam dunia perawatan moden memang 2 pilihan inilah sahaja tawaran yang ada untuk kanser... 

Mari kita bercerita tentang set pakej radioterapi bersama kemoterapi dahulu... Rawatan ini telah diakui oleh semua pakar-pakar rawatan moden sebagai rawatan yang paling berkesan untuk merawat kanser... Ianya memang sangat-sangat berkesan untuk membunuh sel-sel kanser yang terdapat dalam badan seseorang pesakit itu, namun malangnya, dalam masa yang sama ia membunuh juga sel-sel yang baik... Maka terhasillah kesan-kesan sampingan seperti keguguran rambut, kulit melecur, kuku mati dan bertukar menjadi kehitam-hitaman, hilang selera makan, berat badan menyusut, pening, loya, sakit sendi, sakit urat, letih, lemah bla bla bla... Perghhhh banyakkk tu...

Sumber: google image

Bukan aku nak membongak tau, ini memang apa yang pakar onkologi sendiri bagitau aku... Tapi dengan cara yang baiklah dia cakap... Dan kesan-kesan sampingan itu pula berbeza sebenarnya mengikut individu... Ada yang teruk dan ada yang tak terkesan langsung, ikut nasib memasingla kan... Peratus kejayaan pula bergantung kepada tahap kanser sebenarnya... Pada tahap aku ini kejayaan atau pun dipanggil sebagai 5 years survival adalah 50-60% sahaja... Maknanya dalam 10 orang pesakit kanser pita suara seperti aku ini, hanya 5 atau 6 orang sahaja yang mampu survive untuk tempoh 5 tahun atau lebih... Fuh memang menggerunkan bukan...?

Satu lagi pilihan dari doktor adalah menerusi pembedahan... Doktor kelihatannya cenderung ke arah ini, kerana menurutnya selain ianya hampir tiada kesan sampingan seperti pakej radioterapi dan kemoterapi; malah melalui pembedahan mereka lebih yakin yang kanser tersebut dapat dibuang sepenuhnya... Jadi kemungkinan untuk kanser itu kembali menyerang adalah sangat-sangat minimum... Namun ada sesuatu yang aku perlu korbankan: peti suara... Bermakna aku akan kehilangan peti suara iaitu SUARA aku buat selama-lamanya..! Wau nice... Nice sangat... 

Pada ketika itu aku tak sanggup untuk kehilangan suara, tidak sama sekali... Maka aku mengambil keputusan untuk memilih rawatan radioterapi dan kemoterapi... Namun aku tidak terus menjalani rawatan, al maklumlah hospital kerajaan, aku harus menunggu giliran... Ramai sebenarnya di hadapan aku, aku harus menunggu kira-kira 4 minggu atau sebulan juga untuk menjalani rawatan tersebut... Jadinya ia memberi aku masa, masa untuk mempertimbangkan rawatan alternatif...

Maka pencarian untuk rawatan alternatif pun bermula... Banyak sebenarnya rawatan alternatif yang aku jumpa, melalui rakan-rakan, saudara mara dan yang paling banyak melalui seorang pakcik ni: siapa lagi kalau bukan pakcik google... Banyak, banyak sangat sebenarnya tapi terlalu banyak pilihan pun kadangkala memeningkan juga... Dan dalam masa yang singkat ini sudah tentu aku tidak mampu untuk mencuba kesemua yang aku jumpa... Jadi aku harus membuat pilihan, pilihan yang TERBAIK...

Sebagai seorang muslim pasti pilihan utama kita adalah perawatan Islam, betul...? Waima apa jenis penyakit pun kita pasti ingin mencuba kaedah perubatan ini... Maka itulah kaedah perubatan alternatif pertama yang aku cuba dalam merawat penyakit kanser aku ini... Ada baiknya aku terus sebut ajelah namanya supaya korang semua tidak tertanya-tanya, aku mencuba rawatan Islam di Pusat Perubatan Al Hidayah milik Tuan Hj Ustaz Lokman... Pasti ramai yang tau kan, ala yang kliniknya di Setiawangsa tu...


Sebenarnya sudah agak lama aku mengenali Tn Hj Lokman ni, sejak dia berubat di rumahnya di Bukit Antarabangsa lagi kira-kira 10 tahun lepas... Pada ketika itu aku hanya menghantar ibu aku untuk berubat ke sana... Ye untuk ibu aku sahaja ketika itu manakala aku, herm masa tu sihat walafiat tiada sebarang sakit, makanya tiada keperluan aku rasa untuk berubat... Sementelah lagi masa tu sikap aku agak sinikal terhadap kaedah perubatan yang dibawa Tn Hj Lokman ni... Err tak perlulah cerita panjang lebar berkenaan hal tu... Yang pasti dan nyatanya sekarang aku ingin mencuba kaedah perawatan tersebut...

Selain daripada berubat dengan Tn Hj Lokman, aku ada mencuba satu lagi rawatan, melalui pemakanan... Pemakanan supplement, yang aku tau melalui kenalan... Menurut testimoninya memang banyak kejayaan, biasalah testimoni mestilah lapor yang baik- baik saja kan... Tapi bukan sebab testimoninya sahaja yang mendorong aku untuk memilih produk tersebut... Sebenarnya aku telah berjumpa sendiri dengan pencipta produk tersebut di ibu pejabatnya... Berbincang, bertanyakan soalan, berprovokasi hingga aku rasa betul-betul yakin barulah aku membuat keputusan untuk memilih produk tersebut...

Oh ye, lupa aku nak mention, sebenarnya selain bertanya pendapat rakan-rakan, keluarga dan semestinya wife aku; satu lagi tempat rujukan yang 'mendorong' aku untuk memilih kedua-dua kaedah rawatan yang aku sebut tadi adalah melalui Solat Istikharah... Jujur aku katakan bahawa ini merupakan kali pertama aku membuat satu keputusan yang besar dalam hidup aku dan aku bertanya kepadaNYA... Allah, kenapalah sekarang baru aku terfikir nak buat semua ini...? Jahilnyalah aku selama ini kan... Aku akui hasilnya sangat-sangat meyakinkan, tidak pernah aku merasa seyakin ini dalam memutuskan sebarang keputusan yang besar selama ini... So meh aku selit sikit-sikit pendakwahan: jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, rasa serba salah, tak tahu nak buat pilihan; pergilah bertanya kepadaNYA... Insha Allah anda akan menjumpai jawapannya... Insha Allah anda akan ditunjukkan jalan...

Ok berbalik kepada supplement yang aku pilih tadi, aku mendapat sokongan dari semua pihak, wife, adik beradik, ibu bapa dan rakan-rakan... Aku mencuba dengan penuh yakin, penuh istiqomah, penuh harapan... Walaupun ianya mempunyai sedikit kesan sampingan yang dinamakan sebagai 'healing crisis' seperti pening-pening, selsema, rasa nak demam dan sebagainya, namun menurut penciptanya itu merupakan perkara biasa, badan kita sedang bereaksi dengan supplement tersebut... Aku gagahkan juga untuk meneruskan pemakanan, kerana aku percaya, aku yakin... Insha Allah, insha Allah aku akan sembuh tanpa sebarang rawatan moden... 

2 minggu berlalu, kalau mengikut jadual 2 minggu lagi sepatutnya aku akan menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi, kecut perut aku setiap kali memikirkannya... Dalam masa yang sama aku semakin 'serasi' dengan supplement yang aku makan... 'Healing crisis' semakin berkurangan, aku akui tubuh aku rasa lebih segar berbanding sebelum ini... Sementara itu rawatan Islam bersama Tn Hj Lokman tetap juga aku teruskan, secara spiritualnya aku memang terkesan, aku tidak akan sesekali menafikan perkara tersebut... Dengan rawatan Islam ini juga aku dapat merasakan hubungan aku dengan Sang Pencipta semakin rapat... Ketenangan betul-betul dapat aku rasakan...

Temujanji dengan doktor juga menunjukkan perkembangan yang baik... Dari pemerhatian doktor melalui scope, ketumbuhan berada dalam keadaan yang sama pada ketika ia 'ditemui'... Aku rasakan yang itu merupakan satu petunjuk yang baik... Memang harapan aku supaya ketumbuhan itu mengecut tetapi dengan keadaannya yang tidak membesar itu, sudah menjadi satu kelegaan yang amat-amat bagi aku, wife dan keluarga... Aku benar-benar yakin yang aku boleh sembuh... Insha allah, of course dengan izin Allah...

Aku sangat yakin yang aku dapat pulih dari penyakit ini tanpa melalui rawatan moden yang hospital cadangkan... Aku sangat yakin sehingga aku berhubung dengan pihak hospital untuk menangguhkan rawatan radioterapi dan kemoterapi yang telah dijadualkan untuk aku... Pada mulanya pihak hospital agak keberatan untuk membenarkan penangguhan tersebut, tetapi aku dapat meyakinkan mereka yang aku masih mampu 'bertahan'... Akhirnya mereka membenarkan aku menangguhkan rawatan dan jadual disusun semula... Aku berjaya menangguhkan rawatan selama 1 bulan lagi...

Memang aku rasakan aku mampu bertahan, segala-galanya kelihatan begitu baik, berjalan dengan lancar sekali... Sehinggalah

***** End of Part 5 *****

Petikan Part 6: Cemas di Mid Valley...

"Aku tarik nafas panjang-panjang, terasa KOSONG...! ALLAHU AKBAR...! Bagaimana aku nak definasikan kosong itu...? Rasanya seperti kita menarik nafas tetapi tiada oksigen yang masuk, sebaliknya hanya udara kosong semata-mata... Beberapa ketika itu aku tercungap-cungap, peluh dingin mula aku rasa di atas dahi, kaki aku merasa kebas, sejuk secara tiba-tiba, lutut aku terasa longgar, lemah... ALLAHU AKBAR...! PANIK MENYERANG...!!!

Seumur hidup aku tak pernah aku merasa secemas ini...! Adakah ajal aku sudah sampai...? Beginikah rasanya berhadapan dengan malaikat maut...? Aku masukkan beg yang terakhir ke dalam bonet kereta... Terus masuk kedalam, tutup pintu, aku memandang isteri aku...

"Ayang, abang rasa tak boleh nak bernafas... Abang rasa macam nak matila... Abang tak nak mati lagi... Tak nak kat Mid Valley ni...!!!"

Apa yang akan terjadi seterusnya...? Terus mengikutinya dalam Part 6: Cemas di Mid Valley...






Read more...

Hanya Pinjaman...

Friday, January 9, 2015

Assalamualaikum...

Kadang-kadang aku merasa rindu... Aku rindu untuk 'bersuara'... Aku rindu untuk berbual-bual... Berbual-bual dengan orang rumah... Melayan bualan anak-anak... Berbual dengan adik beradik mak bapak... Berbual dengan rakan-rakan, sembang pasal masalah dunia, politik dan sukan...

Aku ingat ketika belajar di universiti dahulu, antara perangai pelik aku dengan rakan-rakan baik adalah kami suka bercakap sambil bertempik... Kami akan bercakap dengan nada yang kuat, tertaki-taki sesama sendiri... Sehingga kadang-kadang datang rakan dari bilik-bilik sebelah, kehairanan sambil bertanya adakah kami sedang bergaduh... Padahal borak-borak kosong jer... Sengal betul...!

Keluarga aku jenis yang kuat berborak juga... Kebiasaannya jika semua adik beradik balik ke rumah orang tua ketika hujung minggu, meja makan adalah tempat kami berborak-borak... Kadang-kadang selesai makan boleh sampai berjam kami lepak di meja makan... Sampai tangan keras dengan sisa-sisa makanan, malas nak bangun basuh... Tapi sekarang aku banyak jadi tukang senyum dan tukang angguk sahaja...

Kadang-kadang pula aku rindu akan bau-bauan... Aku rindu bauan CK aku... Aku rindu bauan Nina Richi wife aku... Aku rindu bau talkum Pureen anak-anak aku... Bau-bau makanan jangan ceritalah... Herm bila teringat bau gulai tempoyak patin mak aku, atau daging masak pindang kak long aku, perghhh perut yang kenyang boleh lapar balik dibuatnya... Tapi yang baiknya pula aku dah tak perlu lagi menutup hidung ketika membuang sampah... Atau merungut akan bau busuk tahik si Syafi yang bertakung dalam pampersnya itu... Huhuhu... 

Dan kadang-kadang aku rindu nak menyanyi... Ketika memandu aku suka melayan radio, menyanyi bersama-sama dengan lagu yang diputarkan oleh deejay... Aku jenis yang sukakan semua kategori lagu, tak kira genre apa... Rock kapak, balada, dangdut, raggea boleh belaka... Dari rock keras Metalicca aku layan, sampailah ke lagu Siti Nurhaliza... Besar kesilapanku besar lagi keegoanmu... Huh layan gak lagu tu kan... Hee3...

Kalau korang nak tau ketika di universiti, nickname aku adalah Song... Diberi oleh seorang senior ketika minggu orientasi... Puncanya sebab dia dengar aku menyanyi di dalam bilik air... Lagu yang didendangkan: Enggan dari Fauziah Latiff... Pergghh ganas tak aku...? Ganas tak...?

Tapi itu dahulu, ketika aku 'sihat'... Terkadang timbul gak persoalan, mengapa nasib aku sebegini, timbul rasa sedih, terkilan... Tapi cepat-cepat aku sedar, tarik nafas dalam-dalam... Akui dan terimalah hakikatnya... Suara aku ini hanya pinjaman... Hidup aku ini hanya pinjaman... Dunia ini hanya pinjaman... Tiada yang kekal disini... Suatu masa nanti semua akan dipulangkan... Hatta nyawa pun perlu dipulangkan... Sebelum dibangkitkan kembali di alam yang kekal abadi... 

Dan di sana esok insha Allah, dengan izinNya kita akan kembali sempurna... Kita akan dapat kembali apa yang kita inginkan... Malah kita boleh dapat apa yang kita tak dapat ketika disini... Bahkan mungkin lebih lagi... Ye lebih lagi, lebih dari yang kita impikan, lebih dari yang mampu kita bayangkan... Tapi semuanya dengan 1 syarat: BEKALAN yang mencukupi...


Read more...

Flashback Part 2: OMG...! OMG...!

Thursday, December 11, 2014


Assalamualaikum...

Tak sangka aku rupanya ada gak yang tertunggu-tunggu kemunculan Flashback Part 2... Bukan sorang bukan 2 orang tapi lebihlah (kalau 3 orang pun kira lebih gak kan)... Maknanya mereka bukan setakat seronok membaca cerita aku tapi beronok-ronok sebenarnya (curi lawak Johan sikit)... Ngeh3... Ok cut the crap, jom tengok apa cerita Part 2 ni... Sebelum tu bagi sesiapa yang miss Part 1 boleh tengok kat sini>> Flashback Part 1: Bermula Sebuah Tragedi...

Tarikhnya 25 Ogos 2014, pagi itu hujan renyai-renyai, aku ingat sangat-sangat... Sepanjang perjalanan ke Hospital Sentosa KL suasana tenang-tenang sahaja... Tapi hati aku tak setenang keadaan sekeliling... Perasaan aku bercampur baur; berdebar ada, kecut perut ada... Agak-agak apa yang ada dalam tekak aku ni...Suara aku rasa semacam bertambah tenat... Ops lupa nak bagitau, hari itu aku sudah seminggu bebas dari tobacco... This time, for real man...

Selepas mendaftar aku dibawa ke bilik doktor Vijay, pakar ENT...

"Apa khabar...? Ada apa boleh saya bantu...?" Waa sopan je doktor menyapa aku... Muka nampak brutal tapi rupanya baik...

"Suara takdela doc, serak dah lama sangat..." balas aku...

"Takpe-takpe... Mari kita check dulu ye..." Doktor Vijay menjalankan pemeriksaan biasa... Menyuluh ke dalam tekak, menjolok dengan batang aiskrim tu bla bla... Tiada apa yang dikesan, katanya perlu tengok sehingga ke dalaman tekak dan perlukan peralatan khas... Lalu dia mengarahkan jururawatnya mengeluarkan peralatan... Sementara menunggu jururawat menyiapkan peralatan, doktor bertanya beberapa soalan berkaitan masalah suara aku... Benda biasalah yang ditanya, sejak bila serak, sakit ke tak, merokok ke tak bla bla... Pada hari itu baru aku tahu yang pemeriksaan yang dijalankan untuk memeriksa ke dalam tekak dipanggil sebagai endoscopic test... Menggunakan kamera endoscope, fiber optik berwayar panjang yang dimasukkan melalui lubang hidung; kamera akan memperlihatkan apa yang ada dibahagian dalam tekak kita...

Dihadapan aku adalah tv 24 inci yang memperlihatkan isi tekak aku... Aku tak faham pun apa yang aku nampak tapi reaksi dari doktor Vijay memang membuatkan aku terkesima...

"Oh my god... Oh my god...!" Itu perkataan yang terpacul dari mulutnya... Kemudian dia terdiam, dia merenung aku tanpa berkata apa-apa... Kemudian dia merenung pula isteri aku di sebelah kirinya... Senyap juga...

"Ah pehal pulak doktor india ni...? Bikin saspender betul...!" Hati aku memang dah dup dap dup dap... Sori aku nak sebut tapi memang masa tu aku ada rasa testikel aku rasa seperti tersedut kedalam perut... Memang sangat-sangat mendebarkan (kalaulah korang boleh rasakan)...

Tiba-tiba doktor Vijay bersuara:"You mahu tau apa yang menganggu suara you...? Ianya adalah satu ketumbuhan... Ketumbuhan yang melekat di pita suara u... Pita suara u sekarang dah tak dapat berfungsi dengan sempurna... Sebab itu suara u serak..." Sambil dia berkata begitu dia menunjukkan apa yang tertera di skrin tv... Dia menerangkan yang mana pita suara, yang mana salur nafas, yang mana ketumbuhan bla-bla...

Aku paner, korang tau apa paner tu...? Orang Pahang cakap paner ni kira macam fikiran di awang-awangan, antara sedar atau tidak... KETUMBUHAN...???!!! WTH...! Macam tak logik langsung...! Aku... Aku yang hero ini ada ketumbuhan dalam tekak... Ketumbuhan biasa jer ni... Mustahil merbahaya... Rilek... Rileks Sham rileks... Takde apa-apa... Aku cuba menenangkan diri...

"So doc, ketumbuhan merbahaya ke...?" Tanya aku pada doktor Vijay...

"Pray for the best, prepare for the worst..." Kata doktor Vijay... "U tau kan setiap ketumbuhan biasanya akan dikaitkan dengan kanser... Tapi I takkan katakan yang ianya 100% kanser... Ada beberapa prosedur yang u kena buat sebelum kita boleh sahkan yang ianya adalah kanser... Memang ada kemungkinan-kemungkinan yang lain... Mungkin pupaloma, mungkin tibi... But if its not cancer, lepas ni u kena prays alot... Syukur sama tuhan Allah, and most important- quit smoking...!"

"Right now, u kena buat ct scan... Kita nak tengok ada tak ketumbuhan-ketumbuhan lain yang mungkin telah merebak ke bahagian anggota-anggota badan yang lain... Next u kena biopsi, dari biopsi nanti baru kita boleh pastikan jenis ketumbuhan apakah yang mengganggu suara u itu..."

Doktor Vijay mencadangkan supaya ct scan dibuat serta merta memandangkan ianya sangat-sangat penting untuk mengetahui adakah sebarang ketumbuhan lain yang ada di bahagian lain anggota badan aku... Manakala untuk biopsi pula katanya boleh dibuat pada kemudian hari kerana ia membabitkan pembedahan dan aku perlu dimasukkan ke wad dan perlu menjalani beberapa prosedur lain untuk pembedahan... Selain itu doktor Vijay juga memberi pilihan kepada aku samada untuk membuat biopsi di hospitalnya atau pun ke hospital kerajaan sahaja memandang kos untuk pembedahan biopsi memakan belanja ribuan ringgit juga... Memandangkan aku adalah penjawat awam so why not pergi je ke hospital kerajaan dengan menggunakan GL... Tapi perlu diingat ianya perlu DISEGERAKAN...

Dipendekkan cerita aku menjalani ct scan disitu juga pada hari itu juga... Keputusan pun diketahui hari itu juga... Fuh memang lega giler bila keputusannya CLEAR... Tiada sebarang ketumbuhan lain yang dikesan di anggota-anggota badan yang lain... Tapi bila keluar bil, nah kau - RM500 plus-plus... Tu dia hammek kau...!

Keluar dari hospital aku tak berkata apa-apa... Isteri aku juga diam seribu bahasa... Masing-masing bermain dengan fikiran masing-masing... Aku tak tahu apa yang isteri aku fikirkan tapi aku, aku masih cuba meyakinkan yang ketumbuhan tersebut adalah biasa-biasa aje... MUSTAHIl... TAK MUNGKIN aku diserang kanser... Nehi, nehi, nehi... Mana mungkin...

Sampai di rumah baru isteri aku bersuara:

"Bang, kita periksa hospital lain bang... kita kena cari second opinion... Kita pergi hospital kerajaan bang..."

Pendek je aku jawab:"Boleh..."

***** End of Part 2 *****



Petikan Part 3: 2 Weeks of Sorrow...

"Aku menangis teresak-esak... Seumur hidup aku dan seingat aku ini kali kedua aku menangis sekuat ini... Kali pertama ketika dilibas oleh abah aku dengan getah paip sebab memecahkan cermin tingkap jiran (arghh itu cerita lama, jangan tanyalah macam mana boleh jadi)... Itupun ketika aku masih sekolah rendah... Aku memang tak boleh terima hakikat ini...! Macam-macam persoalan bermain: Kenapa aku...? Apa dosa aku...? Apa yang telah aku buat...? Aku bukan orang jahat...! Aku bukan minum arak...! Aku tak pernah menganiaya orang...! Kenapa...???!!! Kenapa???!!!..."

p/s: Jangan lupa terus folow cerita ni ek... Publish next week, insha Allah... Flashback Part 3: 2 Weeks of Sorrow...  

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP