Sahabat Tanpa Suara

Showing posts with label Catatan Cuti.... Show all posts
Showing posts with label Catatan Cuti.... Show all posts

Cuti-cuti Melaka

Friday, April 28, 2017

Assalamualaikum...

Hari ini tiba-tiba aku rasa nak buat posting pasal percutian. Waa ala-ala travel blog gitu, boleh...?

Baru-baru ni aku bawa family bercuti ke Melaka. Kali ini kitorang menginap di Swiss-Garden Hotel Melaka. Apa yang bestnya Swiss-Garden Hotel ni? Haa ni aku nak bagitau.

Firstly, Swiss-Garden Hotel ni terletak betul-betul tengah bandar Melaka. Nak cari memang takkan sesat punya. Lagi-lagi kalau pakai waze, tarak hal punya. So bila berada di tengah-tengah town ni, excess kemana-mana akan menjadi mudah.

Tempat paling best yang berhampiran pastilah Dataran Pahlawan di Bandar Hilir Melaka. Kalau menaiki kereta memang tak sampai 10-15 minit. Satu lagi tempat menarik yang berhampiran adalah Pirate World Melaka. Yang ini memang paling dekat, kat depan hotel sahaja!


Yang paling bestnya, kalau korang rasa nak menaiki cruise, di hadapan Swiss-Garden ni ada tempat jualan tiket dan hentian untuk Cruise Melaka, so korang memang tak perlu nak berasak-asak, beratur panjang sampai lenguh-lenguh kaki untuk membeli tiket di hentian utama Cruise Melaka.


Eh korang tau tak puncak PALING TINGGI di negeri Melaka? Haaa sebenarnya di Swiss-Garden Hotel inilah terletaknya menara tertinggi di Melaka. Berkembar dengan Swiss-Garden Hotel ini adalah bangunan The Shore dan disinilah terletaknya menara tertinggi di negeri Melaka. Di menara ini boleh layan pemandangan 360 bandar Melaka, layan pulak masa sunset, memang syok. Lepas tu berjalan pulak melintasi jambatan transparent, waa mendebarkan gitu...



Selain itu di bangunan the shore ini juga terletaknya The Shore Marine Life, bawa anak2 tengok hidupan laut, memang terkesima la budak-budak ni semua. Kikiki...


Lastly jom tengok apa yang ada di Swiss-Garden Hotel ini sendiri pulak. Ok di Swiss-Garden Hotel ini korang boleh menginap di bilik yang harganya bermula dari RM204 untuk satu malam. Dengan keluasan bilik 32 kaki persegi, korang boleh memilih samada untuk satu katil king atau dua katil single. Kemudahan-kemudahan lain termasuk wifi percuma, parking percuma, peti sejuk, peti besi dan lain-lain kemudahan yang asas. Tapi paling seronok adalah Swiss-Garden Hotel memiliki kolam yang mesra kanak-kanak. Haha yang ini memang heavenla bagi anak-anak aku, terutamanya si Shahmin ni.



Oklah, aku cerita detail sangat nanti buat spoil korang pulak nanti. So apa kata korang try sendiri percutian di Swiss-Garden Hotel ini nanti. Aku pasti berbaloi-baloi-baloi beb.

Herm kebiasaanya korang tempah hotel bagaimana? Walk in? Oh that is so not IT la beb, 😅😅😅. Orang sekarang semua main booking online je kan, berlambak-lambak servis pencarian hotel di internet sekarang ni. Apa, trivago? Oh sori, bagi aku trivago hanya gah kerana iklan di astro sahaja. Nak yang lebih convinient dan mudah? Aku akan suggest laman web Traveloka. Acer kome semua cuba guna Traveloka tu. Lebih mudah, lebih menjimatkan masa. Kalau memang berhajat nak menginap di Swiss-Garden Melaka ni boleh terus booking bilik anda disini>>

Read more...

Tumpang Merdeka...!

Thursday, December 6, 2012

Syabas dan tahniah aku nak ucapkan kepada semua calon-calon SPM 2012. Petang tadi selesai perjuangan mereka... Seringkali aku ingatkan kepada budak-budak aku: "Selepas 6 tahun kamu di Sekolah Rendah, tambah lagi 5 tahun di Sekolah Menengah; Inilah masanya... Inilah ujian besarnya... yang bakal menentukan hala tuju kamu selepas ini... Cikgu doakan yang baik-baik saja untuk kamu..."

Secara kebetulan subjek yang aku ajar (bagi yang tak tahu lagi aku, mengajar subjek MPV- Menservis Motosikal) merupakan kertas di hari terakhir... Pagi-pagi lagi aku dah sampai ke sekolah tadi. Nak pastikan budak-budak aku ready to go... Alhamdullilah masing-masing nampak konfiden. Dalamanya, aku tak tahulah... Cuma yang aku kesalkan ada juga yang tak datang ambil periksa. Daripada 22 orang yang aku daftarkan, 18 jer yang muncul... Seorang memang tak dapat hadir akibat kemalangan... Yang 3 lagi kecundang... Aku tak dapat buat apa-apa sebab memang dari kertas pertama 3 orang ni tak muncul-muncul... So aku assume samada diorang bertiga memang dah terlebih bijak ataupun memang mak bapak diorang keturunan kaya-kaya...

Habis kertas aku menunaikan janji untuk belanja budak-budak ni. Agak parah juga poket aku dikerjakan. Tapi nak buat macamana, dah janji... Sebelum berpisah, last words aku pada diorang: "So, inilah hari yang korang tunggu-tunggu selama ni kan...? Tamatlah dah masa kamu semua sebagai seorang pelajar sekolah... Pesan cikgu 1 jer, jadilah MANUSIA... Jangan jadi @#%$^# sudah ok... Cikgu doakan yang baik-baik saja untuk korang..."


Sempatlah pulak aku bergambor kenangan dengan budak-budak ni... So inilah dia budak-budak aku, budak 5C... Kelas yang diisytiharkan sebagai kelas 'paling mengerikan' dalam sekolah aku... Well, what do you expect? Budak bengkel... 30% daripada masa keseluruhan mereka di sekolah adalah dalam bengkel jer... Aku pun kadang-kadang stress dengan budak-budak ni... Tapi aku yakin dan percaya, budak-budak inilah yang satu hari besok bila berjumpa dengan aku akan datang bersalam cium tangan; budak-budak inilah yang besok bila nak kawin kad jemputan dia awal-awal lagi dah sampai kat aku; dan budak-budak inilah yang besok takkan lokek nak belanja aku minum kat kedai kopi... Nak harapkan anak-anak murid yang dah jadi lawyer, akautan atau doktor... Herm entah ler... Mungkin masa tu diorang fikir, alamak cikgu, ape kelasss... Heee tapi of course la bukan semua kan...

Well sebenarnya aku menumpang merdeka budak-budak ini juga, berakhirnya SPM bermakna berakhir jugalah tugas aku sebagai Pengawas Peperiksaan... So lepas ni barulah boleh 'betul-betul' bercuti... Bolehlah tempah tiket ke Disneyland ke, Hatyai ke, Hollywood ke... Perghhh iye sangatlah tu... Dapat ke Langkawi pun dah cukuplah... Aku sedar diriku siapa... Har har... Apa-apa pun:

MERDEKA...! MERDEKA...! METALLICA...!


 


Read more...

Hanya Kerana Wang...

Saturday, March 10, 2012

Firstly aku nak ucap selamat bercuti kepada semua rakan-rakan secawat, ooops sejawat... Enjoy the holiday ok, walaupun aku tahu ramai juga yang takkan menikmati sepenuhnya cuti tersebut. Sebagai contohnya orang rumah aku, minggu depan macam-macam plak program kat sekolahnya... Ucapan untuk orang rumah aku: Selamat bertugaslah yer... Jangan marah, heee...

Yang kedua nak ucap tahniah pada semua 1.4 juta penjawat awam, di atas pelarasan gaji yang kita dapat baru-baru ini... Syukur kepada Allah, terima kasih kepada kerajaan yang bertanggungjawab... Cuma harapnya kenaikan tersebut tak disertai pulak dengan kenaikan harga minyak, bil api, bil air, beras, tepung, gula bla bla... Secara peribadi aku merasa sedikit lega dengan pelarasan tersebut, at least terasa longgar sikit 'jerutan' kat leher ni, at least bolehlah aku 'bernafas' lega sedikit lepas neh...

Hari ini aku bukan nak bercerita pasal yang di atas, cuma aku nak share satu kisah benar... Cerita dari rakan-rakan: Hanya Kerana Wang... Al kisahnya:

Edy merupakan adik bongsu dari 3 beradik. Man merupakan abang kedua manakala abang sulung Syuk. Mereka bertiga mewarisi perniagaan emas dari orang tua mereka. Pusatnya di Kota Bharu Kelantan. Setelah perniagaan di sana bertambah maju dan menjadi semakin stabil, Syuk menghantar Man dan Edy untuk membuka cawangan baru di Pahang. Berhampiran tempat kerja aku. Berpunca dari satu dua urusan, aku dan rakan guru di sekolah aku berkawan dengan Edy...

Perniagaan emas memang merupakan perniagaan yang menguntungkan. Tak lama mereka berniaga, sudah nampak keuntungan yang dikecapi mereka. Alhamdulillah, aku dan rakan-rakan tumpang gembira tengok anak melayu berjaya dalam perniagaan emas, paling gembira bila dapat harga 'rakan-rakan'. Hee...

Tapi baru-baru ini aku dah tak nampak kelibat Edy di kedai tersebut. Yang ada hanya isteri Man. Man juga jarang kelihatan, kalau ada pun tak duduk di kaunter. Hanya di belakang kedai. Bahkan kedai tu sendiri pun dah macam nak tak nak blah jer dah... Banyak tutup dari buka dah...

Apabila aku bertanya kepada rakan guru aku neh (yang merupakan teman Edy yang paling rapat dikalangan kami), rupa-rupanya mereka telah 'pecah gu'... Edy telah membawa haluannya sendiri... Dengar cerita abang sulung mereka siap turun dari Kota Bharu untuk camput tangan, tapi tali yang terputus tidak dapat ditaut kembali... Masing-masing dah tak mau bertemu muka. Katanya kalau bertemu muka pun akan mencetuskan pergaduhan...

Dipendekkan cerita puncanya kerana cemburu akibat pendapatan yang diraih oleh si adik nampak lebih banyak dari si abang... Ditambah pula dengan 'adu domba' dari orang ketiga, menyebabkan benda yang kecil menjadi besar dan akhirnya menimbulkan permusuhan di antara dua beradik ini... Dan yang paling disesalkan adalah perniagaan melayu yang nampak berpotensi untuk maju di tengah-tengah perniagaan yang didominasikan oleh kaum lain (cina), menjadi 'hancur' gara-gara perkara kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan jika masing-masing bersikap lebih berlapang dada dan tiada dengki mendengki... Aduyai donia donia...

P/S: Tak bolehkah kita ambil contoh kejayaan 3 beradik ini, yang bermula dengan modal RM2000 sahaja... Tetapi kini sudah memiliki jenama yang agak gah di Malaysia ini, KRU Production. Siap beranak pinak lagi syarikat mereka tu...

Read more...

Punca Gaduh Dah Mai...

Monday, February 6, 2012


Hari cuti ni relax jer lepak-lepak kat rumah... Penat melepak layan internet pulak... Usha blog kengkawan... Tetiba terperasan pulak satu mesej dalam cbox aku: "auto blogwalking software... try now...?" Herm muncul balik benda ni. Suatu ketika dulu benda inilah yang menyebabkan dunia bloging hangat seketika. Aku terbaca macam-macam komen pasal software ni... Siap ada blogger yang bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kesat sesama sendiri lagi...

Kes ni memang hot pada masa tu sehingga membabitkan blogger-blogger otai, aku tak mau sebut nama-nama mereka sebab kalau sebut disini mesti ada yang mengenali mereka... Erm aku rasa tak payahlah aku cerita panjang lebar pasal part tu, yang penting dah setel pun... Kini tup tup timbul balik iklan dia dalam cbox aku...

Korang semua tau tak pasal benda alah ni...? Ker korang pun ada guna ni...? Hee hee... Now let me make a confession, aku pernah menggunakan benda alah ni suatu ketika dulu. Woopss nanti dulu jangan terus bang aku kay...! Aku menggunakan software autoblog ni pada peringkat awal aku berblog. Masa tu memang agak jahil tentang blogging ni. Aku dapat offer dari shoutbox sama seperti sekarang ini. Memanglah umpan dia sedap, dapat backlink berpuluh-puluh sehari, malah kalau hari rajin tu boleh sampai beratus-ratus dapat visitor... Mana tak syoknya...! Memang berbaloi sangat dengan bayaran yang dikenakan...

Dan itulah yang menjadi punca ketidakpuasan hati ramai blogger. Yelah orang lain yang pakai manual bagai nak rak jelajah satu-satu blog dalam satu-satu masa. Bila autoblog ni, tak perlu bersusah payah, dalam masa setengah jam, mesej kita boleh reach out beratus-ratus blog... Dan kita tak tahu menahu langsung kandungan blog yang kita 'ziarahi' itu... Yang malangnya blogger yang menerima mesej kita tu ia-ialah ingat kita ada menziarahi mereka lalu dengan seronoknya mereka membalas 'ziarah' kita tu... Padahal... Haremmm...

Namun tak lama aku menggunakan software tu, mungkin dalam seminggu atau kurang kot. Dan tetiba jer benda ni jadi hot bila ada blogger yang mendedahkan benda ni. Siap sertakan link blogger-blogger yang menggunakan software ni lagi. Katanya mereka yang menggunakan software ni adalah blogger yang mementingkan diri sendiri, tidak menghormati blogger lain dan paling teruk, berniat untuk menipu dalam mendapatkan backlink... Ooppss aku apa lagi terus stop ajerla. Mujur bukan aku yang terkantoi...

Seriously, sampai ke hari ini aku dah tak pernah guna 'menatang' tu lagi dah. Jadi di kesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada mana-mana blogger dan rakan-rakan yang pernah 'tertipu' dengan aku (walaupun jumlahnya tak ramai mana pun)... Sori ye kengkawan... From deed down inside of my heart... Bagi blogger yang masih menggunakannya, terpulanglah pada kalian... Mungkin kalian mempunyai alasan-alasan yang tersendiri... Aku sentiasa mengingatkan diri aku, yang aku berblog dengan tujuan untuk mencari KAWAN... Bukan mencari MUSUH... Peace yo...!

P/S: Ada mata PANDANG, ada telinga DENGAR, ada otak PAKAI...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP