Sahabat Tanpa Suara

Showing posts with label Muvi-muvi. Show all posts
Showing posts with label Muvi-muvi. Show all posts

Mr Yes Man...

Thursday, April 21, 2011


Korang pernah tengok filem ni tak...? Yes Man lakonan Jim Carrey. Kisahnya bagaimana seorang lelaki yang mencabar dirinya sendiri untuk berkata YA kepada semua perkara yang datang dalam hidupnya... Pergh macamana tu...? Semua benda yang datang kita kena kata YA, atau BOLEH, atau BERES...! Agak-agak boleh hidup tak macam tu...?

Dalam kehidupan seharian, aku tidak boleh lakukan begitu, memang ada sesetengah perkara yang perlu aku katakan TIDAK. Mana boleh maa... Kalau ada orang minta yang bukan-bukan macamana? Contohnya tiba-tiba datang seorang awek cun yang kaya raya ajak aku couple, takkan aku nak kata YA pulak. Aku kan dah berumah tangga. Takkan aku nak kecewakan isteri aku pulak... Hua hua hua, perasan...

Tetapi dalam kerjaya aku sebagai guru ini, hampir semua perkara aku kena berkata YA, atau BOLEH, atau BERES. Lebih-lebih lagi kalau arahan itu datangnya dari YB Tuan/ Puan Pengetua, lagi pulak kalau arahan itu datangnya dari YAB Tuan/ Puan Pegawai PPD, lagi tak boleh kata TIDAK bila arahan itu datangnya dari YM Tuan/ Puan Pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri...

Ironinya perkara tersebut memang sedang berlaku kepada aku sekarang ini. Minggu lepas aku diberitahu oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik yang daerah tempat aku mengajar ini telah terpilih untuk menganjurkan Karnival Sains peringkat Negeri Pahang 2011. Karnivalnya akan berlangsung dari Jumaat (esok) hingga Ahad ini. Sebagai satu-satunya guru lelaki dalam bidang sains dan matematik, (setelah kematian arwah Halim, dan setelah ditolak dengan seorang lagi guru lelaki yang sudah bergred DG52 yang bakal pencen beberapa tahun lagi) secara automatik aku perlu menyediakan 3 orang pelajar untuk menyertai Pertandingan Bot Solar. Bot Solar...?

YA...! Aku katakan padanya. Walaupun aku satu habuk pun tak tau apa-apa berkenaan bot solar ni...! Mujur ada rakan guru yang sudi menolong. Thanks Lan, thanks Irman... Korang memang TERBAYEK...!

Selasa baru ni aku Cuti Rehat Khas, atas urusan peribadi. Dalam tengahari Ketua Bidang menghubungi aku:

"Sham, penyediaan peserta bot solar tu awak serahkan pada Lan dengan Irman jelah, awak dapat tugas baru ni... Pengetua minta awak masuk AJK pengelola... Sediakan tapak pertandingan, uruskan terus pertandingan tu sampai habis... Bla bla..."

"Eh eh pengelola la pulak... Apa ni...?" Dalam hati jer...

BOLEH...! Aku katakan padanya. Dahla aku baru tahu pasal bot solar ni, sekarang ni kena jadi pengelola pulak... Tak pe Lan dengan Irman ni mesti boleh tolong lagi... Diorang ada pengalaman. Sepanjang sehari dua ni aku sibuk mencari maklumat tentang penganjuran pertandingan bot solar dalam google (sebab tu kurang ada masa nak melawat kawan-kawan ;P)...

Siang tadi aku melawat tapak pertandingan, bahan-bahan sepatutnya sampai petang tadi. Belum sempat pun aku menyediakan tapak, tengahari tadi datang GPK Koko kepada aku:

"Sham, mu tak payah sediakan tempat. Kita bagi tugas tu kat cikgu lain. Suhaimi dengan Rahmat boleh tolong bahagian tu... Aku baru dapat fax dari JPN ni, nama mu naik pulak, kena jadi hakim pertandingan... Bla bla..."

"Hakim...? Apa saya nak hakimkan Cikgu Nan, benda ni pun saya baru tahu 2, 3 hari lepas...!"

"Alaaa, takde apanya. Besok petang ada taklimat akhir dari pihak JPN. Mu ikut je apa yang diorang suruh... Bla bla..."

"BERES...!" Kata aku... Isyh isyh isyh... Memang aku ni MR YES MAN betul la...

P/S: Dok tunggu bala apa pulak yang nak datang besok ni...!

Read more...

Alalalala Long...!

Sunday, March 27, 2011

Malam tadi aku sempat menonton sebuah drama melayu dalam Astro Oasis, Janji Yang Satu. Dilakonkan oleh Zamarul dengan Jue Aziz (kalau tak silap aku). Kisahnya si Zamarul dengan Jue ni sepasang suami isteri yang terlalu mengejar kekayaan sehingga menjebakkan diri mereka ke kancah keALONGan (wah apa punya bahasa tu)... Bapa si Zamarul yang dilakonkan oleh Anjang Aki (kenal tak..?) merupakan seorang bapa yang mengambil berat namun merasa sangat kecewa berikutan sikap anaknya itu yang telah hilang pedoman hidup dek kerana terlalu mengejar kemewahan dunia...

Aku agak jarang sebenarnya menonton drama melayu ni. Bukan tak menonton langsung tetapi berdasarkan occation. Biasanya aku menonton drama melayu ni bila kami berkumpul adik beradik bersama-sama orang tua kami. Sebenarnya selain di meja makan, kaca tv juga merupakan antara medium tempat kami sekeluarga bergelemak (spend time together-gether...). Kalau dulu masa aku kecil-kecil, ingat lagi aku bila ada tayangan filem hindustan pasti penuh adik-beradik aku dengan orang tua kami depan tv melayan cerita hindustan. Sebab tu aku kenal sangat hero heroin zaman-zaman itu seperti Amitha Bachan (masa muda remaja, sekarang dah otai giler!), Shashi Kapoor, Vinod Khana, Dhramendra, Hema Malini dan lain-lainnya...

Berbalik kepada cerita melayu tadi, si Zamarul yang terlalu mengejar kekayaan telah menceburi skim cepat kaya dengan meminjam daripada Along. Akhirnya kerana tidak mampu membayar hutang Along tersebut, dia telah ditangkap bersama-sama isterinya, diikat kaki dan tangan lalu dibakar hidup-hidup oleh geng-geng Along itu. Namun atas kekuasaan Allah, Zamarul terselamat juga setelah membaca beberapa potong doa yang pernah diajar oleh bapanya...

Klise kan cerita tersebut, tapi real. Memang benda-benda yang diceritakan itu sinonim dengan Melayu. Skim Cepat Kaya, MLM (bukan semua), Along dah seperti nak menjadi budaya dengan masyarakat kita dah hari ini. Bukan aku nak mengata orang, aku nak mengata aku sendirilah ni... Semasa bekerja di Port Klang dulu aku pernah juga terjebak dengan benda-benda mengong ni, sebabnya aku sendiri jugalah yang mengongnya..! Tapi aku bersyukur juga kerana aku tidak terjebak jauh, masih ada ruang untuk aku berpatah balik... Kerugian yang dialami pun tidaklah sebesar mana kerana pelaburannya pun kecil-kecilan je. Cuma bila difikir-fikir balik sekarang ini aku merasa: "kenapalah aku sampai ke tahap itu dulu ek...?"

Tapi biasalah, kuasa duit. Memang membuatkan orang buta. Buta hati, buta akal, buta pertimbangan. Tak mampu dah nak berfikir dengan waras. Kalau difikirkan logiknya, macamanalah duit yang kita sendiri tak tahu dilaburkan macamana, boleh beranak pinak sehingga menjadi berpuluh-puluh kali ganda dari pelaburan asal. Kalau difikir-fikir dengan akal yang rasional memang nonsence! Bulsit (bak kata Husin HMLBK)...!

Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang... Bagi aku moral of the story sangat jelas:

1. Tiada jalan singkat untuk berjaya.

2. Jangan lupakan bekalan akhirat dalam kita mengejar hal-hal duniawi.

3. Jauhi MEREKA... Mereka itu BUKAN NAK TOLONG, mereka itu ALONG...!

Read more...

Inglourious Basterds

Sunday, August 22, 2010

Malam tadi aku baru berpeluang menonton filem ni. Payah nak eja tajuk dia tapi Inglourious Basterds adalah nama bagi sekumpulan tentera yahudi yang mengganas di Jerman semasa perang dunia ke-2. Aku tahu cerita ni dah hampir setahun di pawagam cuma pada masa tu aku tak berkesempatan langsung nak menonton. Apa yang membuat aku tertarik pasal ceritanya: yang pertama standardla- aku ni peminat Brat Pitt. Kedua sebab ada agenda yahudi dalam cerita ni. Aku nak tengok apa yang nak dipropagandakan oleh yahudi melalui pengarah dia Quentin Tarantino.



Overall, aku boleh bagi thumb up untuk cerita ni. Setelah aku cuba ketepikan agenda 'keyahudian' dalam cerita ni, aku cuba menonton cerita ni melalui sisi kisah yang penuh psicko, kelakar dalam aksi stail Tarantino. Permulaan cerita dah buat aku berdebar. Cara Kolonel Hans Landa yang dilakonkan Christoph Waltz menyoal jawab petani berkenaan keluarga yahudi yang disembunyikan memang beshht. Memang psicko gile petani tu jadinya. Nangis-nangis mamat tu.

Harapan untuk tengok Brat Pitt mengangkat senapang menembak musuh-musuh Jerman tak kesampaian kerana sememangnya takde pun aksi tembak-menembak yang melibatkan Pitt. Keganasan Pitt sebagai Lef. Alda the Apache hanya pada 'kehebatan' beliau mengelar dahi askar Jerman dengan cop kaki 4 Nazi.

Tapi yela, cerita pun agenda yahudi, mestilah puak dia yang menang. Kisah ini berakhir dengan Hitler dan semua orang-orang kanannya mati dalam panggung ditembak oleh dua orang askar yahudi. Di samping itu juga kematian semua askar-askar Jerman itu juga adalah hasil balas dendam seorang gadis yahudi yang berdendam selama 4 tahun dengan Kol. Hans Landa.


Tapi bagi aku hero sebenar dalam cerita ni adalah Kol. Hans Landa. Seorang Pegawai Nazi yang cukup brilliant, tahu banyak bahasa, sangat licik dan sentiasa dapat menghidu pergerakan musuh. Cuma yang failnya, di pengakhiran cerita rupa-rupanya dia pun pengkhianat bangsa dengan membuat deal yang bukan-bukan dengan kerajaan US. Aku bayangkan dan cuba mengiktirafkan cerita ni sampai ke peringkat Lef. Alda the Apache ditangkap di panggung wayang itu sahaja. Seharusnya pada ketika itu Kol. Landa terus bawa dia berjumpa Hitler dan terus kena bang! bang! Habis cerita.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP