Sahabat Tanpa Suara

Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Tahini...

Wednesday, March 4, 2015


Assalamualaikum...

Pernah dengar TAHINI...? Jujurnya, aku pun baru tau... Korang tak tau...? Takpe, tunggu, ni aku nak ceritalah ni...

Semenjak berpenyakit kritikal ni, antara perkara yang aku sering 'gugel' dan gali-gali maklumat adalah berkenaan amalan pemakanan sihat... Kerana terjadinya penyakit-penyakit merbahaya ini, antara punca utamanya adalah dari amalan-amalan pemakanan yang tidak sihat dan berdasarkan maklumat-maklumat yang digali selama ini aku membuat kesimpulan yang untuk menyembuhkan atau mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya ini, caranya adalah melalui pemakanan yang sihat juga...

Dalam entri yang lepas-lepas aku dah cerita yang aku sekarang dalam proses untuk memperbaiki amalan pemakanan aku... Antara kaedah pemakanan yang sihat adalah dengan memperbanyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, itu yang aku panggil Diet Orang Utan tu... Tapi bukanlah maksudnya kita kena makan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja, yang paling penting kita perlu tahu apa itu piramid makanan dan dari situlah kita olah apa yang patut kita makan dan apa yang kita patut tidak makan...

Berbalik kepada tahini tadi, bukan sesuatu yang rare sangat sebenarnya... Tahini sebenarnya hanyalah hasil kisar bijian bijan atau bahasa omputihnya sesame seeds... Ye bijan, yang mak kita selalu buat kueh bom tu... Ermmm tetiba pulak teringat kueh bom mak aku, feveret Kak Ngah aku tu... 

Antara campuran yang boleh kita campur kisar di dalamnya termasuklah bawang putih, minyak zaitun, air perahan lemon atau pun air putih sahaja... Aku dah buat, sonang bobonar... Meh tengok niha...


So basically tahini ini adalah sos kisar bijian bijan... Untuk apa dan bagaimana cara makan atau hidangannya...? Ok kebiasaanya tahini akan dijadikan sebagai:
  • dressing untuk sebarang bentuk salad sayur-sayuran, lebih sedap dicampur dengan minyak zaitun, perahan lemon atau cuka buah...
  • perisa tambahan untuk sayuran yang digoreng...
  • bahan utama untuk resepi hummus (nanti bila aku buat benda alah ni aku buat 1 entri)...
  • pengganti mayonis untuk semua resepi yang melibatkan mayonis...
Apa pula kelebihan tahini ni...? Nah senarainya:
  • kaya dengan sumber mineral seperti phosphorus, lecithin, magnesium dan zat besi...
  • kaya dengan vitamin E dan pelbagai jenis vitamin lagi termasuk vitamin B1, B2, B3, B5 dan B15...
  • membantu proses nyahtoksin dari dalam badan...
  • membantu sistem pencernaan...
  • menggalakkan proses pertumbuhan sel-sel baru...
  • mencantikkan kulit dan menguatkan otot...
  • kandungan mineral yang bersifat alkali, membantu meneutralkan asid dalam badan...
  • sumber protein yang sangat baik...
Cara-cara nak buat, semudah mengorek hidung:

1. Dapatkan bijian bijan di kedai mamak berhampiran... In my case aku guna yang organik, al maklumlah orang berpenyakit... Mahal sikitla dari yang biasa...

2.Bagi yang kurang gemar rasa mentah, boleh panggang dulu diatas kuali... Bab ni aku kurang mahir sikit, terpulanglah pada korang nak semasak mana...

  
3. Masa untuk mengisar... Sebaiknya kisarlah guna pengisar khas untuk bijirin, barulah boleh dapat hasil yang betul-betul fine dan halus...
4. Waktu kisar ini bolehlah dicampur sekali dengan 1-2 ulas bawah putih, lebih kurang 2 sudu teh minyak zaitun, garam secukup rasa dan sedikit air, bergantung tahap kecairan yang korang mau...

5. Done... Nampak aku punya testur tu kurang memuaskan... Walaupun dah agak lama dikisar tapi nampak masih belum cukup fine sebenarnya sebab aku guna pengisar biasa ajer... Tapi sebagai percubaan pertama aku kira ok sesangat dah... Rasa dia, ermmm sejujurnya ini bukanlah selera tekak aku tapi, aku kira bolehlah... Hee3...



Read more...

Makan... Makan... Makan...

Monday, December 8, 2014


Assalamualaikum...

Jumaat lepas aku menghadiri satu ceramah kesihatan yang dianjurkan oleh National Cancer Society Malaysia... Berkenaan dengan pemakanan secara sihat... Bertempat di pejabatnya di Kampung Baru KL, ceramah yang dianggarkan berlangsung selama 2 jam setengah berlarutan lebih dari 3 jam memandangkan terlalu banyak persoalan yang ditimbulkan oleh para peserta... Tapi mujur penceramah dia steady, layan je semua pertanyaan dari para peserta... Untuk makluman sebenarnya ini merupakan julung-julung kali aku menghadiri apa-apa program dari mana-mana NGO, kalau sebelum ini memang tak lah... Tapi yela sekarang ini kan dah ada kepentingan... So kena pergi jugak, nak ambil mana-mana info yang berkaitan...

Info yang disediakan pula memang bukan perkara yang remeh... Malahan ianya merupakan sesuatu yang crucial, lebih-lebih lagi kepada yang berpenyakit seperti aku ni... Tapi sebenarnya info-info sebegini bukan untuk yang berpenyakit seperti aku sahaja tetapi ia sepatutnya untuk semua orang... Kecil, besar, tua, muda, sakit, sihat... Sepanjang ceramah tersebut aku amat tertarik dengan satu contoh yang diberi oleh penceramah... Secara anologinya seseorang manusia itu melalui proses seperti ini:

Lahir - sakit - membesar - sakit - tua - sakit - mati...

Tetapi sebenarnya dengan kaedah pemakanan yang BETUL, proses tersebut boleh jadi seperti ini sahaja:

Lahir - membesar - tua - mati...

Of cozlah sakit biasa-biasa macam demam-demam pening-pening tu memang tak boleh nak elaklah tetapi yang menjadi kerusingannya pada hari ini TERLALU banyak penyakit-penyakit berat dan kronik yang menyerang manusia... Aku tak dapat nak kongsikan semua yang aku dapat pada hari tersebut... Terlalu banyak dan terlalu detail untuk dihuraikan... Just aku nak share serba sedikit yang aku  rasa agak penting dan sebenarnya agak mengejutkan aku:


1. Kita telah ditipu, masih ditipu dan akan terus ditipu...

Ulasan: Siapa yang menipu kita selama ini...? Sudah tentunya para kapitalis barat yang menjadikan penyakit dan ubat sebagai sumber perniagaan utama mereka... Tahukah anda industri perubatan menjana pendapatan berbilion dolar setahun... Billion tahu, bukan million, ribu juta tu... Hakikatnya, merekalah yang 'mencipta' penyakit dan mereka jugalah yang mengeluarkan penawarnya dan menjadikan manusia addicted dan terikat dengan ubat-ubatan yang dijual oleh mereka...

2.  MANUSIA adalah satu-satunya 'haiwan' yang terus minum susu walaupun telah 'putus susu'...

Ulasan: Hakikatnya manusia sudah tidak perlukan susu selepas 'putus susu' dengan ibu masing-masing... Namun kita sering disogokkan dengan iklan-iklan susu yang berlebihan yang mengatakan susu memberikan tahap kesihatan yang terbaik... Tahukah anda mengikut statistik WHO negara yang paling ramai rakyatnya mengidap penyakit osteoporosis adalah negara Finland dan New Zealand...? New Zealand...? Huh...

3. SEMUA tepung yang diproses adalah sangat-sangat tidak selamat untuk dimakan...

Ulasan: Semua tepung dipasaran melalui beberapa siri proses yang menjadikan ianya merupai rupanya seperti sekarang... Antara proses yang paling tidak selamat ialah proses 'bleaching' iaitu proses untuk memutihkan tepung... Aduyai macamana ni, dahla makanan feveret aku cengkodok... Hu3...

4. Kawal insulin dan anda akan mengawal kesihatan anda... Kawal emosi dan anda akan mempunyai hayat yang lebih panjang...

Ulasan: Gula adalah IBU kepada segala jenis penyakit, teman rapatnya adalah susu... Ironinya kedua-dua bahan ini didapati dalam hampir SEMUA makanan yang ada dalam muka bumi ini... Pengambilan gula yang berlebihan akan memaksa pengeluaran insulin yang berlebihan... Pengeluaran insulin yang berlebihan dalam badanlah yang bakal mengundang PELBAGAI jenis penyakit... Mengawal emosi dapat menghalang tekanan yang berlebihan kepada manusia... Tekanan yang berlebihan juga boleh mengundang PELBAGAI jenis penyakit... Tahukah anda salah satu punca kepada penyakit KANSER adalah TEKANAN emosi...?

5. Organik yang 'terlebih' organik bukan sahaja tidak meningkatkan tahap kesihatan malah memudaratkan...

Ulasan: Ini agak teknikal, ianya memerlukan pemahaman yang lebih dalam... Entah aku pun agak konfius sebenarnya... Begini menurut penceramah, sebagai contoh kita makan haiwan yang diternak secara organik... Secara amnya kita makan haiwan tersebut sebagai sumber protein dan omega 6... Haiwan tersebut dikatakan diternak secara organik kerana diberi makan dengan makanan-makanan organik dimana makanan organik yang dimakan oleh haiwan tersebut kaya dengan omega 6... Ye badan manusia memerlukan omega 6 tetapi nampaknya apabila kita makan haiwan organik yang diberi makan dengan makanan organik, nampaknya badan kita telah menerima sumber omega 6 sebanyak 2 kali ganda dari biasa... Dan, ianya mmmemang tidak selamat... Hei yenna dei... very confusing la... 

Banyak lagi perkara yang dibentangkan oleh penceramah... Terlalu banyak hingga kadang-kadang ianya amat mengelirukan aku... Kalau nak diikutkan memang terlalu banyak 'benda' yang kita tidak boleh makan... Nampak sangat dunia ni dah tak selamatnya... Hu3...

Tapi di pengakhirannya aku membuat 1 kesimpulan... Mudah sahaja sebenarnya... Daripada apa yang dibentangkan oleh penceramah, segala suggestion yang disarankan oleh penceramah tersebut aku tengok ada satu similariti dengan apa yang kita sepatutnya telah lama amalkan... Bagi aku, kita BACK TO BASIC... Apa yang telah agama kita ajar tentang pemakanan ni...? Apa yang Nabi kita telah pesan tentang makan...? Apa amalan pemakanan Baginda...? Itulah sebenarnya sebaik-baik amalan pemakanan... Dok gitu...?

Dan bukankah ALLAH juga telah berfirman dalam Surah Al-A'raf ayat 31 yang bermaksud:

" ... makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya ALLAH tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas... "

p/s: pesanan sebenarnya untuk mengingatkan aku sendiri yang selama ini kadangkala agak keterlaluan dalam bab-bab makan ni...


Read more...

"Macam Master Chef"

Thursday, October 18, 2012


Hari ni aku nak posting sesuatu yang baru bagi aku... Aku nak buat post pasal masakan, bole...? Haa jangan ingat aku tak leh buat cerita pasal masakan ok... Mana tau lepas ni bole glamour ala-ala mat gebu gitu... Hu hu  ada can ke...?

Ok ari ni aku nak tulis pasal makanan yang antara terfeveret aku: ikan bakar berempah... Tadaaa... Tapi resepi aku cilok dari kaknor@secubit garam juga... He hee jangan marah haa... Tapi kak Nor tu dia bakar ikan pari, aku pula main sebat jer, tengok dalam peti ada selar besar... herm hantam sajalah...

kalau korang nak tengok resepi 'original' kak Nor korang boleh ke link yang aku bagi tu ek... Kat sini: kaknor@secubitgaram...

Itu stail Ka Nor, tapi aku ni yang membesar dengan masakan mak aku sehingga hari ini terikut dengan stail masakan dia. Stailnya, tak pernah mengikut resepi yang spesifik... Contohnya nak masak satu-satu masakan kena bawang merah 5 ulasla, bawang putih 3 ulasla, halia 1 incila, cili 10 bijila bla bla... Semua resepi mak aku, dia ikut suka dia jer nak letak berapa banyak, takde kira-kiranya der... Tapi hasilnya tetap TERBAYEEEKKK (mengikut tekak kami adik beradik ler)......

Jadi apa yang aku buat adalah, amik bawang merah, bawang putih, halia, serai semua aku tumbuk lumat-lumat... Aku tumis dengan lada boh, masuk kari ikan sikit, tumis sampai pecah minyak... Lepas tu masuk air asam jawo dengan garam secukup rasa... Agak-agak dah mendidih aku tutup api...

Aku amik aluminium foil, letak ikan bersama dengan tumisan tadi... Bungkus dan aku perap dulu 15 minit...Kemudian aku set oven 200 celcius selama 15-20 minit (hee bukanlah ikan bakar namanya, ikan ovenise la nama sepatutnya kan...?)... Tapi seting oven tu memang cub-cun punya... Aku keluarkan ikan dan selak foil tu, hasilnya memang TERBAYEK.. Bau rempah naik semerbak, ikan masak ngam-ngam, tak keras dan tak overcook... Nak tengok...?


Nah, ini hasilnya... Taddaaa...



Ops silap, ini gambar selepas proses melantak (masak dekat nak sejam, melantak tak sampai 15 minit pun, hua hua)...

Ini sebenarnya hasil dia... Sorila deco-deco takdo yoh.. Rupa mungkin kureng sikit tapi rasa dia... Perghhh ada berani mari sinila cuba...


Eh tapi apa plak kena-mengena dengan tajuk posting aku 'Macam Master Chef' tu...? Ha sebenarnya siap masak tu aku dapat komen yang aku dengar tersangat-sangatlah sincere dan nada yang penuh dengan kekaguman... Komennya berbunyi begini:

"Waaa sedapnya bau... Ayah ni macam MASTERSEF la..."

Haa inilah tukang komen tu... Sape lagi kalau bukan my dearest 5 years old son, Amin... Hee jangan marah ha....


P/S: bagi yang nak mencuba tu, selamat berjayalah yer... kalau masakannya sedap, angkat tangan kanan anda dan letak ke bahu kiri, tepuk sebanyak 3 kali dan lafazkan:"Syabbas bethe, syabbas..."

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP