Sahabat Tanpa Suara

Showing posts with label Iffahani. Show all posts
Showing posts with label Iffahani. Show all posts

Dah Besar Nak Jadi Apa...?

Wednesday, December 17, 2014

Assalamualaikum...

Entri kali ni takde cerita pasal penyakit... No info pasal kanser... Takdak cerita sedih-sedih... Entri kali ni aku nak share cerita gumbira... Cerita jalan-jalan... Cerita happy dengan anak- anak... Boleh..? Bagi yang betul-betul folow blog aku ni sebenarnya memang dari peringkat awal aku buat blog ni untuk share cerita-cerita gumbira sebegini, kisah jalan-jalan, cerita-cerita pasal parenting bla-bla... Cuma bila start dapat penyakit, banyak plak cerita pasal penyakit ni kan... Harap korang semua mengertilah ye... Kwa kwa kwa...

Ok alkisahnya beberapa hari yang lepas aku baru dapat melunaskan janji pada anak sulung aku, si Shahmin... Janjinya jika dia mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan akhir tahunnya aku akan membawanya ke tempat idamannya selama ini... Kalau sebelum ini dia hanya mendengar cerita dari sepupunya sahaja so kali ini, nah tu dia... Tercapai gak hajat dia untuk ke Kidzania... Aku pun kopaklah rm200 plus2... Huhuhu...

Hermm tak perlulah aku berbicara panjang, aku yakin ramai juga antara korang yang dah membawa anak-anak kesana... So, biarlah gambar berbicara... Layanzzz...

Anak sulung aku Amin dengan Kak Ngah bersama dengan bapak saudara mereka Pak 'One' (yang pakai cap tu)... Orang jauh ni, dari Sarawak tuh... Tengok muka Kak Ngah, kelakor kan... Khee3...

Job Amin yang pertama, photographer...

Amin kat dalam 'studio' Buletin Utama... Dia request nak jadi pemberita sebenarnya tapi gagal... Huhuhu...

Job sebagai doktor gigi...

Yang ini aku paling tak percaya... Dia cakap nak jadi electrician, macam Ayah Teh dia (adik aku)... Tapi aku tak sangka betul dia berani panjat tangga tuh... Setau aku anak aku ni pengecut... Har3, nampaknya di Kidzania dia mampu berubah...


Dan of coz inilah job Amin yang terpaling feveretnya sangat... Amboi apa punya ayat aku pakai ni... Tapi kalau korang nak tau inilah cita-cita Amin selama ini: Mr BOMBA man...

Ok itu kisah si abangnya... Jom tengok si Kak Ngah pulak... 

Pada ketika si abang bertugas sebagai photographer, Kak Ngah diberi peranan sebagai model... Amboi bukan main anak dara aku sorang neh...

Kak Ngah teruja mengikuti kelas modelling...

Dalam kelas mencanting batik... Ooo minat gak melukis, ikut siapalah gamaknya neh... Kalau ikut ayahnya memang takde bakat langsung... Huhuhu...

Sejak mengikuti kelas modelling neh, tiap kali ditanya akak nak jadi apa besar nanti...? Dia jawab:"Akak nak jadi model..." 
Haiii tak payahlah Kak Ngah... Jangan dibuat pasal... Tak terdaya ayah nak 'menjawab' besok-besok...


Haa yang si kenit ni anak aku yang latest edition... Muhammad Syafi Hani diberi nama... Takde menda yang layak dimainnya lagi kali ini... Insha Allah next time ye dik kita datang lagi... 
Jika dipanjangkan umur dimurahkan rezeki...

Oklah itu jelah gambar-gambar yang dapat aku share... Nak share semua memang taklah kan... Internet pun tengah menyiput neh... Rasa nak sumpah-sumpah jer ke TM... Sebenarnya secara peribadi aku suka dengan semua aktiviti-aktiviti yang berada di Kidzania neh... Selain menerapkan minat pelbagai kerjaya kepada anak-anak kita, ianya juga dapat menyerlahkan kekreatifan dan daya imaginasi anak-anak kita... Well done and thumbs up to Kidzania... Cuma kalau boleh tu murah-murahkanlah sikit tiket tu ek... Kwa kwa kwa...







Read more...

Wordless Wednesday 4: Angkara Semut Yang Durjana...!

Wednesday, February 29, 2012

Read more...

Wordless Wednesday 3 - Permata Hatiku...

Wednesday, February 1, 2012




Read more...

Abang Dah Pandai Berkawan... Adik Dah Meniarap...

Tuesday, March 1, 2011


Hujung minggu lepas aku ke KL, saje berjalan-jalan. Dah sampai KL tak sah la kalau tak singgah satu kompleks ni. Sebut nama pasti 1 Malaysia tau. Kompleks apa lagi, SOGO le. Kebetulan ada buat jualan warehouse clearence pulak, apa lagi, gaji baru masuk tu... Semasa menunggu mama memilih pakaian budak-budak di tingkat 4, aku melayan si Shahmin di bilik permainan. Ada perubahan yang dapat aku lihat telah berlaku kepada Shahmin. Dia sudah pandai berkawan...

Sesuatu yang agak merisaukan aku tentang Shahmin selama ini adalah kesukaran untuknya bermain bersama-sama dengan rakan-rakan sebayanya. Dia boleh bertegur, bergelak tapi bab kongsi mainan memang sukar. Pernah kejadian sebelum ini, di tempat yang sama dia menangis membentak-bentak... Kesnya kerana tak mahu berkongsi duduk dalam 1 kereta mainan. Siap dia suruh aku halau pulak budak yang tengah main kereta tu...

"Ayah... tengokla dia ni... dia kacau... Ayah... marahla dia..."

Isy takkanlah aku suka-suka nak marah anak orang pulak kan...? Sekali bapak budak tu marah pulak aku camana...? Tak ke kes naya...? Tapi kejadian yang aku sempat snap baru-baru ini sedikit melegakan aku. Yelah tahun depan Shahmin dah masuk 5 tahun, walaupun dia lahir bulan Disember tetapi aku dan isteri dah bercadang nak masukkanya ke tadika tahun hadapan... Risau juga aku kalau dia terus berperangai begitu. Takut juga aku kalau-kalau tak ada yang nak berkawan dengannya pulak nanti...


Satu lagi kejadian yang mengujakan berlaku semalam, sebaik aku balik dari sekolah aku nampak Iffa terlentang di atas sofa depan rumah. Sekoyong-koyong kepalanya mengeletar, bontotnya dah terangkat, badannya dah mengiring... Perlahan-lahan badannya tertiarap... Yup Iffa dah mula nak meniarap. Bulan ini Iffa baru masuk 4 bulan, aku tak pasti kategori cepat ke tidak. Yang aku ingat Shahmin dulu agak lambat progresnya... Yang aku kelakar dalam masa nak meniarap tu, mulut dia punyalah bising..UU AA UU AA... ntah hapa-hapa yang dingomelnya... Kelakar aku tengok...

Melihat proses pembesaran anak-anak di depan mata merupakan sesuatu yang sangat-sangat bernilai bagi aku. Aku mengabadikan kenangan-kenangan indah ini di dalam blog aku ini supaya suatu masa kelak (selagi blog ini tak diterminate, atau selagi talian internet masih hidup) dapat aku imbas kembali-saat-saat indah ini...

P/S: Percaya tak kalian kalau aku katakan aku teringin menjadi suri rumah sepenuh masa...? No joke friend...! Aku sanggup mandikan anak-anak, buatkan susu, tidurkan mereka, melayan bermain bla bla... Tapi suri rumah yang bergred 41 ke ataslah... Ataupun suri rumah yang berpendapatan tak kurang dari pemegang ijazah... Hehehee...

Read more...

The Botak Girl

Saturday, February 12, 2011

Imej botak bukan sesuatu yang menghairankan bagi kaum lelaki. Ramai lelaki botak yang bergaya dan terkenal dengan imej begitu. Tapi kalau perempuan berimej botak...? Apa cerita nie...?

Sinead O Connor


Antara perempuan pertama yang aku kenal berimej botak. Masa tu aku remaja lagi, eksotik je aku tengok gaya minah Ireland ni. Tapi lagu dia buat aku layan. Nothing Compare To You... Sekarang aku pun tak tahu dah perkembangan penyanyi ni. Itu satu je lagu dia yang aku tahu pun...

Cameron Diaz


Minah ni memang aku minat start dari debut dia lagi dalam cerita The Mask dengan Jim Carrey. Seksi tu... Cameron Diaz membotakkan kepalanya dalam filem My Sister's Keeper. Aku sempat menonton cerita ni dalam Astro HBO baru-baru ini. Diaz berlakon sebagai seorang ibu yang membotakkan kepala demi untuk menemani anaknya yang mengalami keguguran rambut setelah menjalani kemo akibat penyakit barah yang dihidapi. Di akhir cerita anaknya mati juga. Hem sedih...

Sharifah Amani


Minah ni betul-betul bikin gempak satu Malaya satu ketika dulu. Dalam filem Muallaf arahan pengarah profilik yang kini telah kembali ke Rahmatullah, Yasmin Ahmad, dia membotakkan kepalanya. Demi untuk menghayati watak katanya... Namun filem tersebut mendapat pengiktirafan bukan saja di dalam negara, malah memenangi beberapa anugerah di luar negara...

Iffahani Iman Nur


Eh siapa pula si gadis cilik ini...? Ya, tidak lain dan tidak bukan, anak aku la weh... Al kisahnya pagi tadi aku ke kedai tayar untuk menukar tayar kereta yang kembung bersama abangnya, Shaminhani. Siap, aku terus balik. Sesampai di rumah aku mendapati Iffahani telah pun 'dibotakkan' oleh atuknya. Hehehe licin kepala anak dara aku ni. Memanglah sebelum ini pun dah tak berapa nak ada rambut... Tapi mamanya kata lepas ini, barulah rambutnya akan tumbuh sekata, Insyallah bertambah lebat dan cantik. Tak kisahlah nak... Hehehe anak aku The Botak Girl...

P/S: Aku tak nak anak aku menjadi artis. Aku nak dia jadi doktor. Cewah...! Bukan apa aku tua-tua besok mesti banyak penyakit, senang biar dia yang merawat bapaknya sendiri. Jimat belanja Ayah...

Read more...

Majlis Kesyukuran Dan Aqiqah Iffahani Dan Nur Aqiesa

Tuesday, February 1, 2011


Aku merakamkan peristiwa bersejarah ini untuk tatapan keluarga dan sahabat. Sebagai lipatan kenangan supaya suatu hari nanti ketika anak aku membacanya, dia mengerti betapa kasih serta sayangnya Ayah serta Mama kepadanya...

7:30 pagi: Hujan renyai sejak subuh agak membimbangkan aku. Macamana nak buat kenduri dalam hujan ini...


8:30 pagi: Hujan renyai, tidak mahu berhenti sepenuhnya. Keterer sudah mula menyusun meja dan tray hidangan.


9:00 Pagi: Kumpulan Marhaban Wanita Kampung Batu 1 mula sampai, runcit-runcit. Hujan masih renyai tetapi aku nampak makcik-makcik ni semua steady. Ops lupa nak bagitau, mak aku merupakan salah seorang 'orang kuat' group ini...


10:00 Pagi: Selepas sarapan pulut, mi goreng bersama rendang dan kuih muih, Kumpulan Marhaban Wanita memulakan acara mereka. Sayu dengar makcik-makcik ni berzanji. Lagu-lagunya masih layan, sama macam kenduri Shahmin dulu...

11:30 Pagi: Hidangan sudah tersedia. Lauk kari kambing, ayam berempah, nenas masak terang bulan, ulam-ulam dengan sambal belacan menjadi bahan santapan. Pada masa yang sama jemputan lelaki mula sampai.


12:00 Tengahari: Hujan mula lebat, jemputan lelaki sampai dalam keadaan basah. Ada yang hampir kuyup. Imam sampai agak lewat, katanya ada masalah sikit. No problem Tuan Imam, yang penting sampai. Bacaan Yasin dan doa dimulakan...

1:00 Tengahari: Peak hour... Dalam hujan tetamu datang dan balik. Aku dan adik aku tak menang tangan. Clear meja, tambah lauk, sambut member-member...

2:00 Petang: Tetamu terakhir mengucapkan selamat dan beredar. Hujan masih turun cuma tak selebat sebentar tadi. Aku tengok lauk-pauk hidangan 90% clear...

3:00 Petang: Katerer datang clearing table dan tray... Aku baru berpeluang menjamah makanan. Bersama dengan orang tua dan adik beradik. Sedikit post mortem: kenduri kita berjaya... Alhamdulillah...



P/S: Moga majlis kami kali ini mendapat barakah dan dirahmati olehNya. Dan moga dengan izinNya, juga berkat doa para hadirin, dapat memudahkan usaha kami dalam membesarkan anak-anak kami, menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti. Paling penting menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan anak-anak yang soleh dan solehah... Amin Ya Rabbil Alamin...

Lagi cerita disini>>

Read more...

Korban Cinta

Sunday, January 30, 2011

Kerana Cinta aku menikahi mama'nya'...

Kerana Cinta 'dia' dilahirkan, dan...

Kerana Cinta pada'nya' juga, kambing ini terkorban...


Itulah kisah cinta aku pada anakku Iffahani Iman Nur...


Sebenarnya pagi tadi telah berlangsung Majlis Kesyukuran dan Aqiqah Iffahani (gambar, sebelah kiri) dan Aqiesa (gambar, sebelah kanan). Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun hujan turun tak henti-henti. Cuma kejap renyai kejap lebat. Majlis tersebut aku JV dengan kak Ngah aku (ibu Aqiesa), jadi 2 kambing yang terkorban semalam petang...

"Saya dengan ini mewakilkan pakcik untuk menyembelih kambing ini bagi tujuan aqiqah anak saya Iffahani Iman Nur Binti Norhaniza."


Termetri akad antara aku dengan penyembelih kambing tersebut. Tercapai niat aku bersama isteriku untuk melaksanakan aqiqah untuk anak kedua kami ini. Sebagaimana hadis Nabi yang menceritakan berkenaan aqiqah ini:

“Anak kecil itu dipertaruhkan dengan aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya (yakni lakukanlah aqiqah untuknya) dan singkirkanlah kotoran darinya”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Salman bin ‘Amir r.a.)

Insyallah entry akan datang cerita detail berkenaan majlis tersebut...

Read more...

Dah Pandai Mengepat... Dapat Gelang Emas

Tuesday, January 25, 2011


Beberapa hari lepas genap usia Iffahani 3 bulan. Seperti biasa aku membawanya untuk pemeriksaan bulanan di Klinik Bayi Kerajaan. Timbang berat adalah 5 kg, ngam-ngam... Patutlah aku mendukungnya sekarang ni terasa se'eh. Kalau tak dapat nak bayangkan, cuba korang bayangkan memikul guni beras yang 5 kg tu... Ha macam tulah rasanya. Hari tersebut juga Iffa kena 1 das injection, dinamakan injection 3 serangkai. Untuk apa? Honestly aku pun tak tau... Kui kui, apa punya bapa daa... Tapi Alhamdulillah Iffa tak demam, kuat juga anak gadis aku ni. Menangis pun tak lama, masa kena cucuk je uuwwaaa sekejap. Keluar dari bilik cucuk terus senyap...

Sekarang ni aku perasan satu tabiat dia yang baru, mengepat jari. Hush kalau dapat, sampai berlecap-lecap bunyinya. Habis merah-merah ibu jarinya. Kalau ditarik memang dia akan marah, kecuali digantikan dengan yang lebih besh... Apa lagi, nenen mamanya la...

Satu lagi yang buat aku agak teruja adalah Iffa kini dah pandai diagah. Kalau kita agah dia, mula-mula dia tersenyum meleret je. Lama-lama baru bersuara, uu aa uu aa. Tapi kalau kita stop agah dia, dia macam marah pulak, mula bising macam membebel. Kata mak aku tak lama lagi pandailah dia ketawa mengekek-ngekek...

***********************************************************************************

Ahad baru ini aku ke KL, Jalan Masjid India. Tujuan nak cari accessory untuk majlis kesyukuran Iffahani. Ops lupa nak bagitau, hujung minggu ini aku dan my sis JV untuk mengadakan Majlis Kesyukuran Dan Aqeqah untuk anak-anak kami. 2 ekor kambing bakal tumbang. Jemputan dianggarkan 2000 orang... Ish takdelah ;P, kami buat kecil-kecilan untuk sanak saudara dan jiran-jiran terdekat sahaja (tapi kambing 2 ekor tu tetap tumbang Sabtu ni...). Sampai di hadapan sebuah kedai emas, aku terdengar india emas tu menjerit:

" Emas 916, 131 satu gram... mari mari mari..."

Eh menarik jugak ni, setau aku harga pasaran emas sekarang ni paling tidak pun RM155 atau lebih segram. Kebetulan duit Iffahani hasil 'sumbangan' saudara mara dan kengkawan memang ada, jadi aku dan orang rumah pun decide untuk membelikan gelang pada budak ini. Budget taklah besar, bawah 500 je. Setelah bertikam lidah (hampir-hampir bertikam keris...) tawar menawar, dapatlah kami harga yang dipersetujui bersama. Cukup-cukup duit yang kami budgetkan. Setelah mengenakan gelang itu, aku tengok bertambah menyerlah ke'girl-girl'an anak aku ini... Wee he hee...


P/S: Aku tengok harga emas sekarang makin lama makin naik. kali terakhir aku membeli emas adalah pada ketika aku membeli gelang hantaran untuk isteri aku, pada ketika itu hanya sekitar RM70-80 segram. Kini setelah 5 tahun harganya naik hampir sekali ganda. Memang baik untuk dibuat sebagai pelaburan...

P/S 2: Aku jarang membeli emas, tak pasti aku apa perbezaan antara emas India dengan emas 'standard' hingga harganya berbeza agak jauh. Yang pasti aku tengok ada cop 916 pada emas tersebut, kedai ada mengeluarkan resit sah status 916 serta berat sebenar emas tersebut, bagi aku itu sudah memadai...

Read more...

Iffahani Genap Sebulan, Dapat Pula Adik Perempuan

Wednesday, November 24, 2010


17 haribulan lepas genap Iffahani berusia sebulan. Maknanya dah sebulanlah dia menghirup udara dunia. Muka dia aku tengok dah lain. Baru nampak ciri-ciri baby girl. Kalau tak mula-mula dulu aku tengok roman boy je. Dia pulak suka mengerut. Tengok macam garang je. Baru aku teringat masa orang rumah aku mengandungkan Iffahani dulu memang dia agak garang sikit. Pernah gaklah aku di'tertengking'nya. Tapi aku sebagai seorang suami yang the very understanding one, aku terima ajelah. Dia kan tengah mengandungkan anak aku.

Genap sebulan fizikal Iffahani pun turut merubah. Beratnya dah bertambah dari 2.6 kg masa mula-mula lahir ke 3.5 kg. Kulit pun dah bertambah tegang dan lenyau. Tapi sekarang ni Iffahani kerap kembung. Selalu aje merengek dan berse'eh. Se'eh tu bahasa orang Pahang kot, maknanya bunyi meneran macam orang senak perut. Kesian aku tengok dia. Lagi satu Iffahani kuat meragam malam. Nak tido pun susah. Puas berdodoi baru nak lelap. Itu pun pantang dengar sebarang bunyi mesti terkejut. Uuuuwwweeekkk... Memang berbeza dengan abangnya dulu. Tapi nak buat macam mana, dah kita yang 'membuat'nya dulu kan. Haa sekarang pandai-pandailah jaganya.

***********************************************************************************


Selang sehari selepas Iffahani genap sebulan, dapat pulak dia seorang adik perempuan. Isyh of couselah bukan adik betul. Adik sepupu. Kakak kedua aku selamat melahirkan anak ketiganya di Hospital Putrajaya melalui kaedah ceasarian. Hem keluar ikut tingkap gak anak dia yang ketiga ni. Tak kisahlah tu yang penting kedua-dua ibu dan anaknya selamat.

Tapi baby ni ada problem gak masa mula-mula lahir. Menurut doktor kandungan gula dalam darahnya di bawah paras yang sepatutnya so dia terpaksa dimasukkan ke ICU kanak-kanak. Tapi Alhamdulillah sekarang semuanya sudah selamat, kelmarin diorang berdua beranak dapat keluar dan semalam dah balik ke Bentong. Kakak aku nak menghabiskan masa pantangnya di bawah jagaan mak aku gak.

Ops lupa lak nak bagitau namanya: Nur Aqiesa, kesinambungan dari Mohd Aqel dan Nur Aqela. Sebut namanya teringat aku akan kisah sebelum kelahiran Nur Aqiesa. Menurut kakak akulah, dia pernah bertanya Aqel: "Aqel tolonglah cari nama adik, yang penting kena start dengan Aq, barulah sama macam nama Aqel dengan Aqela."

"Boleh boleh" Kata Aqel dengan penuh konfiden. Malam tersebut Aqel memanggil ibunya:" Ibu, kita dah dapat. Ibu nak nama yang ada Aq kan? Ok Aqel cadangkan kita bagi nama Nur Aquaria..." hem Aqel Aqel...

Read more...

Hari Ke-7

Sunday, October 24, 2010


Hari ni genap 7 hari Iffa melihat dunia. Walaupun tak banyak yang dia lihat sebenarnya. Nak lihat macam mana, asyik tido je. Huhu... Banyak berlaku sepanjang seminggu ni. Kalau nak ikutkan kerenah, kalah abang dia. Iffa kuat menyusu. Tak kurang sejam sekali mesti nak minta susu. Lambat sikit uwekkk. Dapat t*t*k terus senyap. Nasib baik bukan menyusu dengan aku. Tapi dua tiga hari kebelakangan ni dia kuat pulak tido. rupa-rupanya Iffa kena sakit kuning. Ada pun persamaan Iffa dengan Amin, kedua-dua anak aku ni tak dapat lari dari penyakit kuning. Bezanya Amin keluar dari perut dah kuning, Iffa sempat balik ke rumah dulu. Lusanya bila diperiksa di klinik kesihatan baru sah kena penyakit kuning. Aduyai...


Hubungan Amin dengan Iffa setakat ni berjalan lancar. Nampaknya Amin dapat menerima kehadiran 'pesaingnya' di rumah ini. Nampak gaya sehari dua ni sayang sangat dia ke adiknya tu. Tiap-tiap pagi celik je mata dia akan bertanya dulu 'adik mane? adik mane?' Bila dah nampak adik mesti nak minta sayang. Suka sangat dia dapat cium adik dia tu. Semoga Amin dapat menjaga dan menjadi pelindung kepada adiknya sehingga ke dewasa kelak.


Hari Jumaat lepas, aku selesai menunaikan tanggungjawab aku sebagai bapa kepada Iffa dan sebagai seorang warganegara Malaysia yang baik, bertanggungjawab dan berdedikasi. Cewah.. Aku siap mendaftar kewujudan seorang lagi rakyat negara ini. Selepas memikirkan selama 5 hari 5 malam (tak termasuk waktu mengandung dan selepas disahkan jantinanya) maka nama yang terpilih adalah IFFAHANI IMAN NUR BINTI SHAMSUL RIZAL. Yes! welcome to Malaysia my honey.


Satu lagi kejadian yang berlaku minggu ni adalah 'penanggalan' tali pusat Iffa. Memang tak disangka-sangka. Petang Jumaat selepas dia mendapat nama secara rasmi- keteput (ada sound effect tu)- tercabut pusat dia. Weh cepatlah pulak. Abang dia ada nak masuk 2 minggu baru tercabut tali pusat. Orang tua-tua cakap budak cepat tercabut tali pusat ni dengar cakap, tak degil. Mudah-mudahan...

Read more...

Iffahani - Permulaan Sebuah Kehidupan

Monday, October 18, 2010


Tanggal 17/10/2010 tepat jam 12.51 tengahari , seorang lagi ummat Nabi Muhammad S.A.W berjaya di'landing'kan di atas muka bumi ini. Maka dengan penuh kesyukuran dan linangan air mata aku menyambut 'puteri' seberat 2.62 kg yang dikurniakan olehNya kepadaku. Mengimbas kembali peristiwa tersebut:

16/10/10

(8:30pg) - ketika aku bersiap-siap untuk ke sekolah menduduki PTK (yang mungkin terakhir bagi aku) aku terdengar jeritan isteri dari dalam bilik. "bang, dah keluar tanda!"

(10:30pg) - kami berdua dah berada di Hospital Besar Temerloh. Menurut doktor yang berkenaan:"hem tak perlu risau, bukaan masih kecil. Kita masuk wad dulu. Saya estimate mungkin esok baru baby akan keluar..."

(12:30ptg) - mendaftar di wad Kenanga 2 Tingkat 5. Wad dipenuhi dengan wanita-wanita buncit akibat terkena buatan orang...ops sorry, gurau. Catatan isteri, rasa sakit berselang 15 minit sekali.

(5:30ptg) - Shahmin bersama Atuk dan Wan sampai dari Bentong. Waktu lawatan disini sangat ketat. 12:00tgh-2:00ptg dan 5:00ptg-7:00mlm. Straight, tak lebih tak kurang, setiap hari.

(9:30mlm)- tinggal aku sorang terkontang-kanting. Baru nak cari tempat tidur. Aku menuju ke Balai Pelawat di belakang hospital berhampiran kuarters. Mujur- masih banyak katil. Tak mujur- tukang sewa tilam dah balik rumah. Terpaksalah aku tidur atas katil ganai (kata orang pahang). Aku bermesej dengan isteri, catatannya- rasa sakit berselang 10 minit sekali. Dunia aku hari itu berakhir bila aku menutupkan mata jam 11:00mlm.

17/10/10

(8:30pg)- selepas subuh standardlah tidur balik. Aku tersedar bila mendengar mesej isteriku. "sakit dah selang 5 minit ni..!"

(11:30pg) - debaran memuncak. Isteri aku dah di dalam dewan bersalin. Aku dengan penuh debaran menunggu nama dipanggil.

(12:15tgh) - Isteri aku dah terlantar di atas katil. Mulutnya terkumat-kamit:"Laila hailla anta..." (doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan). Dua tiga orang nurse praktikal kejap menjenguk, kejap mengintai #*@^ isteri aku sambil merepot pada chief diorang. Aku tengok chief dia relax je... Aku kira dialah yang bakal membidankan isteri aku ni. Aku sebagai penyokong moral mula menjalankan kerja-kerja aku- menenangkan isteri aku lah...

(12:20tgh) - aksi bermula... Isteri aku dah tercungap-cungap. Sakitnya dah sampai kemuncak. Bidan tadi mula menyuruh isteri aku meneran bila terasa sakit. Aku masih bertindak sebagai pemberi semangat...cewah. Sesekali aku menoleh ke #*@^ isteri aku. Nak tengok ke tak nak tengok ni, aku takut aku pulak yang pengsan kang.... "apa intai-intai je encik, tengok jelah, bukan orang lain pun..." kata bidan tadi.

(12:40tgh) - aku bukan malu nor segan nak tengok #*@^ isteri. Cuma aku rasa seram sejuk. Semasa kelahiran Shahmin aku tak berpeluang sampai ke peringkat ini. Pada masa ini, terjadi sedikit kesulitan. Isteri aku dah hilang tenaga meneran. Baby dah menunjukkan tanda nak keluar tapi akibat kurang teranan baby tersangkut..!

(12:50tgh) selepas melakukan sedikit 'prosedur' (yang tak sanggup aku nak ceritakan disini) barulah aku betul-betul memberanikan diri untuk melihat ke arah 'pintu' tempat bakal keluarnya anak aku nanti. Dengarlah wahai kawan-kawan sekalian, bahawa ini merupakan KEHEBATAN ALLAH S.W.T. Aku melihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana kepala anakku mula 'melincir' keluar, diikuti dengan bahu dia, badan dia, kaki dia dan yang terakhir tali pusat dia bersama-sama dengan 'kembar' dia di dalam perut. Segala-galanya aku rasakan macam bergerak dalam slow motion. Wah ajaib sungguh...

Sebaik keluar bidan menjunjung anakku dan bertanya isteri:"puan tengok anak puan! tengok anak puan! bagitau kami jantina dia!"

"baby girl..." kedengaran suaran isteri lemah tapi penuh dengan kelegaan dan kesyukuran.

Bidan tersebut tersenyum lalu meletakkan anakku di atas dada isteri aku. Sambil pembantunya menyumbat seperti paip getah halus ke dalam mulut anakku mungkin untuk mengeluarkan cecair. Seketika kemudian berkumandanglah: ueeekkkkk!!! Serentak dengan itu tanpa segan silu air mata aku tak dapat ditahan-tahan dah...Aduyai kantoi kemachoan aku...

*Pesanan aku untuk isteriku dan sesiapa yang bergelar ibu: Terima kasih kepada kalian. Pengorbanan kalian semua adalah pengorbanan yang paling mulia. Sesungguhnya benar dan tidak boleh disangkal lagi bahawa- syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

*Pesanan aku untuk aku sendiri dan para suami: sayangilah isteri @ isteri-isteri kita. Bagi yang masih belum berpeluang, saksikanlah bagaimana mereka 'mempertaruhkan nyawa' mereka di dewan tersebut. Mungkin selepas itu kita akan benar-benar menghargai mereka, lalu benar-benar menghayati alam rumah tangga...


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP