Sahabat Tanpa Suara

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Cuti-cuti Melaka

Friday, April 28, 2017

Assalamualaikum...

Hari ini tiba-tiba aku rasa nak buat posting pasal percutian. Waa ala-ala travel blog gitu, boleh...?

Baru-baru ni aku bawa family bercuti ke Melaka. Kali ini kitorang menginap di Swiss-Garden Hotel Melaka. Apa yang bestnya Swiss-Garden Hotel ni? Haa ni aku nak bagitau.

Firstly, Swiss-Garden Hotel ni terletak betul-betul tengah bandar Melaka. Nak cari memang takkan sesat punya. Lagi-lagi kalau pakai waze, tarak hal punya. So bila berada di tengah-tengah town ni, excess kemana-mana akan menjadi mudah.

Tempat paling best yang berhampiran pastilah Dataran Pahlawan di Bandar Hilir Melaka. Kalau menaiki kereta memang tak sampai 10-15 minit. Satu lagi tempat menarik yang berhampiran adalah Pirate World Melaka. Yang ini memang paling dekat, kat depan hotel sahaja!


Yang paling bestnya, kalau korang rasa nak menaiki cruise, di hadapan Swiss-Garden ni ada tempat jualan tiket dan hentian untuk Cruise Melaka, so korang memang tak perlu nak berasak-asak, beratur panjang sampai lenguh-lenguh kaki untuk membeli tiket di hentian utama Cruise Melaka.


Eh korang tau tak puncak PALING TINGGI di negeri Melaka? Haaa sebenarnya di Swiss-Garden Hotel inilah terletaknya menara tertinggi di Melaka. Berkembar dengan Swiss-Garden Hotel ini adalah bangunan The Shore dan disinilah terletaknya menara tertinggi di negeri Melaka. Di menara ini boleh layan pemandangan 360 bandar Melaka, layan pulak masa sunset, memang syok. Lepas tu berjalan pulak melintasi jambatan transparent, waa mendebarkan gitu...



Selain itu di bangunan the shore ini juga terletaknya The Shore Marine Life, bawa anak2 tengok hidupan laut, memang terkesima la budak-budak ni semua. Kikiki...


Lastly jom tengok apa yang ada di Swiss-Garden Hotel ini sendiri pulak. Ok di Swiss-Garden Hotel ini korang boleh menginap di bilik yang harganya bermula dari RM204 untuk satu malam. Dengan keluasan bilik 32 kaki persegi, korang boleh memilih samada untuk satu katil king atau dua katil single. Kemudahan-kemudahan lain termasuk wifi percuma, parking percuma, peti sejuk, peti besi dan lain-lain kemudahan yang asas. Tapi paling seronok adalah Swiss-Garden Hotel memiliki kolam yang mesra kanak-kanak. Haha yang ini memang heavenla bagi anak-anak aku, terutamanya si Shahmin ni.



Oklah, aku cerita detail sangat nanti buat spoil korang pulak nanti. So apa kata korang try sendiri percutian di Swiss-Garden Hotel ini nanti. Aku pasti berbaloi-baloi-baloi beb.

Herm kebiasaanya korang tempah hotel bagaimana? Walk in? Oh that is so not IT la beb, 😅😅😅. Orang sekarang semua main booking online je kan, berlambak-lambak servis pencarian hotel di internet sekarang ni. Apa, trivago? Oh sori, bagi aku trivago hanya gah kerana iklan di astro sahaja. Nak yang lebih convinient dan mudah? Aku akan suggest laman web Traveloka. Acer kome semua cuba guna Traveloka tu. Lebih mudah, lebih menjimatkan masa. Kalau memang berhajat nak menginap di Swiss-Garden Melaka ni boleh terus booking bilik anda disini>>

Read more...

Homestay Penang...

Wednesday, June 3, 2015

Assalamualaikum...


Dalam entry sebelum ini aku ada menceritakan trip aku berjalan-jalan ke Penang bersama keluarga besar RamSal aku kan...? And masa tu aku berjanji akan membuat satu post khas berkenaan dengan kediaman kami di sana... So aku buat entry ini khas untuk mempromosikan homestay ni pada korang semua... Kalau ikutkan aku, aku akan katakan highly recommended... Rumahnya luas, terletak di taman perumahan yang baru, bersih, dan paling penting tuan rumah dia tak berkira dan tak banyak songeh...

Cumanya ia bukan terletak di dalam pulau, jarak perjalanan dari homestay ke dalam pulau melalui jambatan pertama biasanya akan memakan masa sekitar 15 ke 30 minit... Bergantung kepada pemanduan anda... Kalau Schumacher aku budget dalam 5 minit setengah boleh sampai dah, kikiki buat lawak sikit... Oklah bagi sesiapa yang berhajat tu sila-silakanlah ye...Lets cekidout...


Seperti yang aku katakan tadi, ianya terletak di taman perumahan yang baru, jadi rumahnya pun agak baru dan bersih... Cumanya tuan rumah di tak upgrade/ buat apa-apa renovation berbanding dengan jiran-jirannya... Yelah bukan dia nak duduk pun kan, so aku rasa benda-benda tu tak menjadi priority baginya...


Ini ruang tamu dia, memang besar bagak kan... Sesuai sangat nak bergelemak anak-beranak sedara mara... Perabot dia pun tak banyak bagi aku sesuai juga untuk budak-budak bermain... Tv disediakan tapi minta maap chanel astro takde la... Kalau nak tengok juga kenalah punggah decoder dan piring sendiri ek...


Ini dapur dia, disediakan dapur memasak lengkap dengan periuk belanga kuali kuala pinggan mangkuk semua... Siap ada peti ais dan mesin basuh... Aku ada cadang kat tuan rumah kalau boleh sediakan bibik sorang lagi cun kan...


Rumah ni ada 4 bilik, 1 di bawah dan 3 di tingkat atas... Keempat-empat bilik dilengkapi dengan air cond... Ini bilik di tingkat bawah... 2 katil bujang bersama almari dan cermin solek... Just nice...


Ini pula adalah 3 bilik di tingkat atas... Bilik utama dengan katil queen, almari dan meja solek... Siap ada tilam bujang spare dia bagi... Oh ye, walaupun ada air cond, kipas siling turut dipasang oleh tuan rumah... Bilik 2 dan 3 juga hampir sama kelengkapannya, air cond, katil queen dan meja solek... Dua bilik ini berkongsi 1 bilik air...

Ok itu sahaja untuk kali ini, ini merupakan entry paling cepat aku pernah buat... 7 minit setengah dah siap... So sekali lagi aku ulang kalau korang ada berhajat ke Penang, dengan keluarga yang besar, tak kisah berada di luar pulau, makanya ini adalah homestay yang sangat sesuai untuk anda... Harga aku taknak sebutlah kat sini, korang call je nombor kat atas tu... Tapi serius, harga yang diberi nanti memang boleh 'adjust'... Cuma janganlah adjust sampai nak duduk free, agak-agakla der... Kikiki...






Read more...

Cuti-cuti Penang...

Saturday, May 9, 2015

Assalamualaikum...

Entri kali ni ala-ala travelling blog... Nak cerita pasal jalan-jalan, coti-coti Malaysia... Rilek ek bro Muhammad Khairuddin Lim, cilok jap niche blog hang, Kaki Travel... Kikiki... Kali ini destinasi yang dipilih adalah nun ke Pulau Mutiara, Pulau Pinang... Tarikhnya 2-4 Mei yang lepas... Moralnya: kalau jiwa tak cukup kental jangan bercuti ke Pulau Pinang dalam hari-hari cuti umum...

Har har har kenapa aku cakap macam tu...? Pasti korang semua dah cukup maklum kan, Penang di musim cuti... Hermmm mesti masak dalam jem punya, sebab tu jiwa kena kental beb, kalau tak kompom percutian jadi hambar...

Percutian kali ini aku dengan keluarga besar, RamSal family... Anak beranak Ramli dan Salmah... Ramli tu bapak aku, mak aku Salmah, singkatan jadi RamSal... Kikiki... Ok straight to the poit jom tengok apa aktiviti kami di Penang... Mai mai mai... Bak hang...


Destinasi pertama, seawal pagi jam 8 kami dah keluar... Tujuannya Bukit Bendera... Walaupun dah beberapa kali ke Penang sebelum ini tapi kalau nak taunya inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Bukit Bendera ni... 


Umat manusia punyalah ramai... Nak beli tiket dah setengah jam beratur, campur waktu menunggu train aku ingat ada dekat-dekat sejam lebih jugak... Tapi sebab dah beramai-ramai ni, banyaklah ceritanya, kira enjoy jelah... Tak terasalah boring menunggu tu...


Tapi bila sampai ke atas tu barulah aku sedar, hermmm berbaloi juga menunggu lama, beratur bersesak-sesak dan berhimpit-himpit dalam train... Indah pemandangan di atas ni rupanya kan...


Petang tu cadangannya adalah ke Pantai Batu Feringhi, nak bagi bebudak ni main pantai... Malangnya hajat tak kesampaian, apa kes...? Jem tahap gaban la bak hang... Dari terus tersangkut kat dalam jem kami decide untuk berpatah sahaja ke Persiaran Gurney... Takpelah at least dapat gak tengok pantai... Huhuhu... Tapi kat sini pun tak lama, sebabnya jalan nak ditutup sempena perarakan, untuk perayaan hari Wesak la kot...


Malam tu kami pi pekena mee udang di Ida Mee Udang Sungai Dua... Glamer juga kedai mee ni, kalau tengok fb page dia siap ada gambar-gambar retis lagi bak hang... Tapi yang penting makanan dia best... Bagi tekak kami la... Kata wife aku udang dia memang fresh... Aku tak tau sebab aku sebenarnya dah quit makan makanan-makanan laut ni... Setakat jamah-jamah je... Tapi buktinya udang itu betul-betul segar adalah ipar aku yang yang resdung tidak terbersin-bersin keesokkan harinya walaupun dia membedal 2 pinggan mee udang malam tu... Oooo gitu rupanya bak hang...


Hari berikutnya adalah sessi mencari jeruk... Haa ini pun mesti rutin korang jugak kalau pi Penang kan... So kedai mana korang pergi...? Nanti, biar aku jawab, Jeruk Madu Pak Ali...? Huh memang kesitulah tujuan asal kami tapi kerana terdapat sedikit insiden melibatkan keluarga besar kami dengan pekedai di situ so kami beralih arah... Naa tu dia D' Jeruk Kita... Taukeh peramah, pilihan jeruk yang banyak dan paling besh harga boleh berlebih kurang... Camtulah berniaga pakcik kan, janganlah bila kedai dah besaq, banyak cawangan, untung juta-juta; pelanggan diabaikan, layanan pun acuh tak acuh je, siap tinggikan suara pulak... Kami ni datang dari jauh bak hang, tak baik gitu naa.... 


Haa inilah taukeh dia... Pakcik ni memang terbaik bak hang... Tanya camana pun dia layan, baik punya ada... Steadylah pakcik moga bisnes berkembang maju naa...


Ok next apa lagi...? Dah masuk tengahari so masa untuk lunch... Mana lagi, nasi kandaqla bak hang... Mana mana mana...? Line Clear...? Dah try... Kayu...? Dah try... Haa ini belum... Hameediyah... Rupa-rupanya inilah pioneer nasi kandaq kat Malaysia ni... Aku tak tahulah betul ke tak, tapi tagline kedai dia: the oldest nasi kandar in Malaysia...


Tak kisah la apa pun yang pasti nasi kandaq dia layannn... Punyalah layan sampai tak sempat nak snap gambar... Sedar-sedar dah licin... Kikiki... Harga pun boleh tahan taklah melampau sangat... Majoriti kami amik nasi beriani, kuah campur, ayam madu dan sayur purata harga masing-masing semua bawah RM10... Oklah tu kan...


Satu lagi tempat wajib pergi di Penang ini mana lagi kalau bukan Padang Kota Lama, betul...? Herm cadangnya nak melawat sekali ke dalam kubu Fort Cornwallis, tapi masing-masing dah penat berjalan... So lepak-lepak jelah, sambil menikmati angin laut...


Di Padang Kota Lama ni sudah pastilah makanan yang wajib dicuba adalah pasemboq... Disini memang femes juga pasemboq dia kan... Sebenarnya ini kali pertama juga aku try pasemboq Penang ni... Pada asasnya rasa dia sama je pun dengan pasembor-pasembor di kedai-kedai mamak kat tempat kita tu pun... Cuma aku rasa di sini kuah kacang dia lain sikit... Memang kaw punya pekat dia bagi... Pedas dia pun semacam... Tapi keseluruhannya: beshhh... Tapi mahal rupanya pasemboq kat sini ek... Sepinggan ni jejak dekat-dekat RM40 woo... Har har har... 


Setiap yang bermula pastinya ada pengakhirannya kan... Begitu jugalah trip kami kali ini berakhir sudah, maka tibalah masanya untuk angkat kaki dan lambung... Terlanjur dah sampai ke Penang memang kami bercadang untuk mencuba kedua-dua buah jambatan... So arah pulang kami mengikuti jambatan kedua Pulau Pinang yang baru dibuka baru-baru ini...


Agak lengang jambatan kedua ni berbanding dengan jambatan pertama, aku tak tahu kenapa... Dari segi jarak memang aku rasa panjang jambatan ini lagi, sempat jugalah mengantuk... Toing toing... Dari segi rekabentuknya juga agak unik kerana jambatan ini melengkok di tengah-tengahnya... Aku tak pasti atas sebab apa team binaannya membinanya sebegitu... Atas sebab estatik kah, atau cantikkah atau ergonomik kah, aku tak pasti... Yang aku pasti kalau ada yang bertanya, memang aku boleh menjawab sebegini: "ye, aku dah lalu jambatan kedua Pulau Pinang... Bak hang..." Ngeh ngeh ngeh...

Oh ye, aku tak cerita pun dimana kami menginap kan... Haa memang aku sengaja tak cerita disini, sebabnya aku nak buat 1 lagi entri khas untuk tempat penginapan kami tu... Puas hati sangat-sangat rumah tu, besar, selesa, bersih... Tuan rumah tak banyak songeh dan tak berkira... So tunggu next entri ok, tunggu naa, bak hang...














Read more...

3D Art Gallery...

Wednesday, March 25, 2015

Assalamualaikum...

Apa...? PD lagi...? Bukan baru-baru ni dah ronda sana ke...? Haa inilah akibatnya jika trip pertama tu tiada kepuasan, so kenalah repeat balik, kih3... Tapi kali ini aku datang dengan bala tentera yang lebih besar... Serangan utama kami adalah ke 3D Art Gallery, Lukut Port Dickson... 

Ini serba sedikit maklumat berkenaan 3D Art Gallery ni, bagi sesiapa yang berminat dan masih belum berkesempatan ke sana, aku strongly suggest untuk ke sana... Lebih-lebih lagi yang ada anak-anak kecil tu... Sebenarnya untuk merekalah yang seronoknya... Bagi aku untuk orang dewasa takdelah apa-apa yang menyeronokkan sangat pun... Cuma agak kagum jugalah dengan lukisan-lukisan 3D yang terdapat disana... Dan pastinya kita akan seronok bila melihat anak-anak seronok kan, barulah beronok-ronok namanya...

3D Art Gallery ini terletaknya di Lukut Port Dicson... Bagi mereka yang dah biasa ke PD memang takde masalah rasanya... Tapi kalau tak biasa boleh ikut guide mudah ini... Kalau korang ikut hiway Seremban PD (yang kena tol RM3.20 tu), sebelum sampai ke simpang PD sila ambil exit Lukut... Lepas masuk susur tu akan ada traffic light, kalau merah sila berhenti, kalau hijau bolehlah ambil simpang ke kanan...

Jalan terus dan kira-kira dalam 10-15 minit korang akan nampak pasaraya besar Giant di sebelah kiri... Terus masuk simpang kiri tersebut, jangan singgah ke Giant kerana itu bukan agenda anda ok... Stick to the plan...

Jalan terus, bersebelahan dengan pasaraya Giant tersebut anda akan melihat sebuah hotel 3 bintang... The Guest and Spa Hotel... Nice hotel ni, hotel baru rasanya... Disinilah aku menginap dalam trip aku sebelum ini...

Anda dah sampai pun... Betul-betul di hadapan hotel tersebutlah terletaknya 3D Art Gallery ini... Tak susah kan...? Ianya berada dalam bangunan rumah kedai 3 tingkat... Tempat ni tak sibuk pun, parking pun tiada masalah...

Harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak RM20 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak... Kanak-kanak dibawah ketinggian 90cm adalah percuma... Bersebelahan dengan kaunter tiket ada disediakan tempat mengukur ketinggian... Sebelum beli tiket, sebut nama aku... Insha Allah diorang tak kenal dan anda tidak akan mendapat apa-apa diskaun... Kuang3...

Satu pesanan aku sebelum korang ke sana: tak perlulah pakai kasut atau selipar yang cantik dan mahal-mahal... Kerana di dalam sana, tidak dibenarkan untuk memakai sebarang kasut atau selipar... Tetapi jangan risau kerana ada disediakan tempat menyimpan kasut dangan bayaran RM2 sahaja...

Aktiviti utama di sana...? Apa lagi, ambil gambar ajelah... Selain merasa kagum dan seronok dengan seni lukisan 3D yang disediakan... Aku tak berapa pasti tapi aku agak ada tidak kurang dari 50 jenis lukisan yang terdapat di sana...

Well korang dah tengok antara sebahagian dari lukisan-lukisan 3D yang ada di sana kan... So macamana...? Berminat...? Kalau berminat bolehlah masukkan lawatan ke 3D Art Gallery sebagai satu dari agenda lawatan anda ke PD nanti ye... Harap posting ini dapat sedikit sebanyak membantu...


Read more...

BAHAGIA...

Friday, February 27, 2015

Assalamualaikum...


Bagaimana anda mendefinasikan 'BAHAGIA'...? Kalau mengikut quote di atas mudah sahaja: BERSYUKUR atas segala yang kita ADA... As simple as that... Tapi aku tak nak terhadkan definasinya di situ sahaja, ianya bebas mengikut persepsi kita masing-masing...

Well, ini salah satu dari momen-momen BAHAGIA aku... Apa lagi kalau bukan meluangkan masa bersama dengan isteri dan anak-anak... Ianya bukanlah percutian 5 bintang... Buat kesekian kalinya aku ke sini, mungkin untuk kali yang ke 7 atau 8, atau mungkin lebih... Tunggulah mana tau ada rezeki besok-besok boleh bercuti ke kepulauan Caribbean pulak kan... Hee3...

Mood yang tak berapa 'segar' nak menulis panjang-panjang... Biar gambar sahaja berbicara... Ngee...

Lokasi           : Pantai Teluk Kemang Port Dickson...
Masa             : 21-22 Feb 2001...
Penginapan   : The Guest Hotel and Spa Port Dickson...








p/s: Baru aku sedar rupanya selama ini aku suka, suka sangat-sangat situasi matahari terbenam... Orang cakap orang macam aku ni romantik ek...? Aku percaya tu, hua3...

Read more...

Aku Model...?

Sunday, December 28, 2014


Assalamualaikum...

Haa ni satu lagi hal yang tak terjangkau dek akalku... Tak pernah terlintas dek pemikiran, dalam hidup aku ni yang aku akan ditemuramah oleh sebuah majalah kesihatan... Kisah aku akan dimuatkan di dalam majalah tersebut, untuk dibaca oleh umum...Then ada posing-posing pulak ala-ala model... Waa memang macam tak cayaaa jer... Mungkin bagi sesetengah orang akan berfikir, hekeleh kecoh pe mamat ni, macam besor sangat halnya... Hey mungkin bagi korang benda kecik, tapi bagi aku this is a big deal okey... Hee3...

Alkisahnya Jumaat lepas aku berada di Alamanda Putrajaya, untuk cover up tulisan yang diselitkan dalam segmen 'Jurnal Kehidupan' sebuah majalah kesihatan: I-Sihat, tulisan wartawan eksekutif majalah tersebut,  Noreen Ahmad Tajuddin... Katanya akan dikeluarkan dalam edisi Februari 2015... Puncanya apabila wartawan tersebut, Ms Noreen 'terbabas' masuk kedalam blog aku dan terbaca kisah-kisah di dalamnya... Katanya kisah yang aku tulis berkaitan dengan penyakit aku ini agak memberi inspirasi dan dia merasakan aku patut berkongsi dengan pembaca-pembaca majalahnya...

Well, memang aku tiada sebarang masalah untuk berkongsi, malah ia menjadi satu kebanggaan kepada aku... Dahlah ada yang berminat membaca, malah nak dikongsikan pulak dalam sebuah majalah kesihatan... Kecik tapak tangan stadium Bukit Jalil ku tadahkan... Lebih-lebih lagi kalau kisah-kisah yang aku tulis tu dapat memberi inspirasi atau pun pengajaran kepada sesiapa yang berkenaan... Lagilah banggo pakcik... Kwa3...

Apa yang aku lalui sepanjang 'sesi fotografi' di Alamanda memang akan menjadi kenangan kepada aku... Walaupun hujan renyai-renyai ketika itu, penggambaran tetap diteruskan kerana menurut Ms Noreen artikel tersebut nak taknak perlu disiapkan pada hari tersebut juga memandangkan dia ingin mengejar dateline... Well aku memang takde masalah, lebih-lebih lagi tengah excited kan, apa ada hal...?

Sesi fotografi berjalan selama sejam lebih jugak aku agak... Seingat aku Ms Noreen ada memberitahu yang cerita aku ni dalam lebih kurang 3-4 mukasurat sahaja, tapi dia punya shoot, amboi aku rasa ada dekat-dekat 50-60 shoot jugak la kot... Yela diorang mesti nak pilih shoot yang terbaik kan... Ermmm entah macam manalah rupa aku bila keluar majalah nanti kan...


Har har har... Poyo tak mamat tuh...


Satu perkara yang agak memalukan bagi aku pada masa itu adalah pandangan orang yang lalu lalang... Bagi sesiapa yang biasa dengan Alamanda, sesi fotoshoot ini dijalankan di kawasan pintu masuk ke Kenny Rogers, kawasan yang banyak pokok buluh tu... Kan ramai orang yang lalu lalang kawasan itu... Apalah pandangan diorang pada aku kan, mesti diorang cakap poyo giler mamat ni... Tapi korang jangan tak percaya pulak, ada jugalah orang yang teruja tengok sesi fotoshoot tu... Siap berpalinglah 2-3 kali... Ada yang senyum, ada yang macam tercengang... Cuma mungkin sebab hujan jer, kalau tak aku rasa ramai jugak yang berkurumun... Hee3...

Ok, itulah serba sedikit pengalaman aku dengan majalah ni... Pesan aku pada korang, jangan lupa pada pertengahan Januari 2015 lagi, pergilah ke kedai-kedai buku, tengok-tengokanlah majalah I-Sihat edisi Februari 2015 kalau nak tahu apa kisah aku dengan majalah tersebut... Tapi kalau bukan nak tau kisah aku pun, cari jugalah, cuba beli dan baca... Banyak info berkaitan dengan kesihatan dalam majalah tersebut... Memanglah majalah tersebut tidak seglamer majalah URTV ke, Media Hiburan ke apa benda ke, tapi yang aku pasti info-info dalam majalah tersebut adalah jauhhhh lebih baik dan bermanfaat daripada sekadar info-info hiburan dan artis-artis...

Read more...

Dah Besar Nak Jadi Apa...?

Wednesday, December 17, 2014

Assalamualaikum...

Entri kali ni takde cerita pasal penyakit... No info pasal kanser... Takdak cerita sedih-sedih... Entri kali ni aku nak share cerita gumbira... Cerita jalan-jalan... Cerita happy dengan anak- anak... Boleh..? Bagi yang betul-betul folow blog aku ni sebenarnya memang dari peringkat awal aku buat blog ni untuk share cerita-cerita gumbira sebegini, kisah jalan-jalan, cerita-cerita pasal parenting bla-bla... Cuma bila start dapat penyakit, banyak plak cerita pasal penyakit ni kan... Harap korang semua mengertilah ye... Kwa kwa kwa...

Ok alkisahnya beberapa hari yang lepas aku baru dapat melunaskan janji pada anak sulung aku, si Shahmin... Janjinya jika dia mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan akhir tahunnya aku akan membawanya ke tempat idamannya selama ini... Kalau sebelum ini dia hanya mendengar cerita dari sepupunya sahaja so kali ini, nah tu dia... Tercapai gak hajat dia untuk ke Kidzania... Aku pun kopaklah rm200 plus2... Huhuhu...

Hermm tak perlulah aku berbicara panjang, aku yakin ramai juga antara korang yang dah membawa anak-anak kesana... So, biarlah gambar berbicara... Layanzzz...

Anak sulung aku Amin dengan Kak Ngah bersama dengan bapak saudara mereka Pak 'One' (yang pakai cap tu)... Orang jauh ni, dari Sarawak tuh... Tengok muka Kak Ngah, kelakor kan... Khee3...

Job Amin yang pertama, photographer...

Amin kat dalam 'studio' Buletin Utama... Dia request nak jadi pemberita sebenarnya tapi gagal... Huhuhu...

Job sebagai doktor gigi...

Yang ini aku paling tak percaya... Dia cakap nak jadi electrician, macam Ayah Teh dia (adik aku)... Tapi aku tak sangka betul dia berani panjat tangga tuh... Setau aku anak aku ni pengecut... Har3, nampaknya di Kidzania dia mampu berubah...


Dan of coz inilah job Amin yang terpaling feveretnya sangat... Amboi apa punya ayat aku pakai ni... Tapi kalau korang nak tau inilah cita-cita Amin selama ini: Mr BOMBA man...

Ok itu kisah si abangnya... Jom tengok si Kak Ngah pulak... 

Pada ketika si abang bertugas sebagai photographer, Kak Ngah diberi peranan sebagai model... Amboi bukan main anak dara aku sorang neh...

Kak Ngah teruja mengikuti kelas modelling...

Dalam kelas mencanting batik... Ooo minat gak melukis, ikut siapalah gamaknya neh... Kalau ikut ayahnya memang takde bakat langsung... Huhuhu...

Sejak mengikuti kelas modelling neh, tiap kali ditanya akak nak jadi apa besar nanti...? Dia jawab:"Akak nak jadi model..." 
Haiii tak payahlah Kak Ngah... Jangan dibuat pasal... Tak terdaya ayah nak 'menjawab' besok-besok...


Haa yang si kenit ni anak aku yang latest edition... Muhammad Syafi Hani diberi nama... Takde menda yang layak dimainnya lagi kali ini... Insha Allah next time ye dik kita datang lagi... 
Jika dipanjangkan umur dimurahkan rezeki...

Oklah itu jelah gambar-gambar yang dapat aku share... Nak share semua memang taklah kan... Internet pun tengah menyiput neh... Rasa nak sumpah-sumpah jer ke TM... Sebenarnya secara peribadi aku suka dengan semua aktiviti-aktiviti yang berada di Kidzania neh... Selain menerapkan minat pelbagai kerjaya kepada anak-anak kita, ianya juga dapat menyerlahkan kekreatifan dan daya imaginasi anak-anak kita... Well done and thumbs up to Kidzania... Cuma kalau boleh tu murah-murahkanlah sikit tiket tu ek... Kwa kwa kwa...







Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP