Sahabat Tanpa Suara

Showing posts with label Aku Seorang Guru. Show all posts
Showing posts with label Aku Seorang Guru. Show all posts

Kenapa Aku Menjadi Seorang Guru

Tuesday, May 16, 2017

Menjadi guru bukanlah cita2 utama aku semenjak dari dulu lagi. Kalau minat pun ianya adalah disebabkan oleh beberapa orang cikgu aku yang aku nampak cool dan macho je di mata aku sebagai seorang pelajar suatu ketika dulu.

Tapi ada 1 detik yang telah menjadi turning point kepada aku dan membuatkan aku 'melekat' dan bangga menjadi seorang guru:

Tahun pertama menjadi guru, jiwa memang tengah panas membara. Dalam satu kelas ni ada budak cina buat perangai, aku panggil dia berdiri atas kerusi, bila aku berpaling dia mengomel dalam bahasa Mandarin:

"#$!#!% punya cikgu!"

Darah aku menyirap, aku berpaling, aku panggil dia turun. Tanpa sebarang amaran aku angkat tangan, satu back hand yang padu aku lepaskan. Sasaran aku ke mukanya, namun dia mengelak. Back hand padu aku singgah di lehernya, melekat kesan merah kat leher budak cina ni.

"Kamu jangan ingat cikgu tak paham apa kamu cakap tadi! Cikgu bukan bodoh! Cikgu tau Bahasa Mandarin!"

Jerkah aku dalam bahasa ibundanya itu.

Keesokkan harinya dia tak bersekolah. Puas hati aku, sunyi sikit kelas tanpa kehadirannya. 2-3 hari dia tak datang, tiada apa2 kerisauan yang aku rasakan. Namun bila sampai ke hari isnin berikutnya dia masih tiada, mula timbul kebimbangan di hati aku.

Kuat sangat ke penangan aku hari tu? Ke tempat tu sensitif, memang aku target nak back hand tang muka tapi sebab dia mengelak tu yang terkena ke bahagian leher tu!

Sedang hati aku risau, datang seorang rakan guru memanggil aku:

"Sul, PK HEM panggil. Ada parent nak jumpa katanya."

Jeng jeng jeng! Suspen terus aku! Ni mesti kes back hand akulah ni!

Sampai di bilik PK HEM, SAH! Budak cina tu ada di sebelah PK HEM aku, dan bersama2 mereka ada seorang wanita agak tua yang aku kira pastinya nenek kepada budak cina tersebut.

"Shamsul, shamsul, what have you done?"

Sambil geleng2 kepala PK HEM aku bertanya. Aku buat2 tak paham, buat2 muka blank. Padahal dalam hati cuak giler bhai.

"Ini aunty Wang, nenek kepada Chong Chee Oon ni, dia kata sudah seminggu Chong tak mau pergi sekolah. Dia kata Chong takut nak pergi sekolah sebab ada seorang cikgu ni sangat2 garang. Bila saya tanya siapa cikgu tu, dia cakap nama cikgu Shamsul.

Shamsul, Shamsul, you garang sangat yea...?"

Kali ni aku betul2 blank. Setakat itu je ke? Kenapa dia tak tanya aku kes back hand tu?

Aku menoleh kepada Chong, dia dari tadi tunduk tak angkat2 kepala. Aku menoleh pula pada neneknya. Neneknya senyum tawar tak berkata apa.

PK HEM aku bersuara lagi:

"Macam ni Shamsul, aunty Wang ni kurang fasih Bahasa Malaysia. Semuanya Chong yang ceritakan pada saya. Saya still kurang jelas. So saya nak you cuba comunicate dengan aunty Wang ni. You boleh berbahasa Mandarin kan? Hari tu masa lapor diri you cakap you pernah belajar di SJKC kan?"

Aku senyum pada aunty Wang, mengambil tempat duduk berhadapan dengannya. Dalam otak aku ligat memutar apa alasan aku nak bagi pada aunty tua ni. Lalu dalam Mandarin aku bertanya:

"Hai aunty, apa khabar? Sudah sarapan?"

Aku mulakan dengan ayat2 manis membeli jiwa. Mula2 aunty Wang agak terkejut mendengar aku berbahasa Mandarin. Tiba2 dia bersuara, terhampur kata2nya, bertali arus. Ibarat M-16 memuntahkan pelurunya!

"Cikgu, cikgu ke yang garang itu? Apa cikgu sudah buat sama cucu saya? Cikgu, ini budak banyak nakal punya budak tau! Dia emak sudah mati, dia bapak sudah lari tak tau mana pergi. Sekarang saya jaga dia hari2, saya punya hati banyak sakit!"

Adui mampoi la aku kali ni!

"Cikgu, ini budak banyak nakal! Hari2 saya marah sama dia, hari2 saya pukul sama dia. Tapi dia tarak takut sama saya. Minggu lepas dia balik rumah, kemudian dia cakap dia sudah tak mau sekolah. Dia cakap dia sudah takut sama 1 orang cikgu! Saya jadi banyak hairan. Dia mana pernah takut sama orang lain punya! Itu pasal saya mau jumpa cikgu, mau tanya sendiri apa yang cikgu sudah cakap sama dia, apa yang cikgu sudah buat sama dia."

Aik, lain macam je...

Tiba2 suara aunty Wang sebak, menyambung percakapannya:

"Saya tak tau apa cikgu sudah buat sama ini budak, tapi saya mau terima kasih banyak2 sama cikgu. Sekurang2nya sudah ada orang yang dia takut. Saya mau dia terus sekolah, walaupun saya tahu dia bukan pandai punya budak tapi saya mau dia habiskan juga sekolah. Kalau dia berhenti sekarang saya takut dia mesti kawan sama itu samseng2 punya budak. Biarlah dia habis sekolah jugak, sudah habis sekolah nanti dia boleh tolong saya jual strawberi sahaja."

Suara aunty Wang makin sebak, dari kelopak mata tuanya sudah ada tanda rintik2.

"Cikgu, cikgu tolonglah ajar cucu saya. Saya tak kira apa cikgu mau buat sama dia. Cikgu mau marah, cikgu mau hantam pun takpa. Yang penting dia mesti kasi habis dia punya sekolah. Saya tak tau apa cikgu sudah buat sama dia tapi mesti cikgu sudah buat sesuatu yang betul!"

Aiyak aunty, you make me wanna cry also la.

Aku ketandusan idea. Tak tau nak respon macamana.

"Ah Chong mari sini, minta maaf sama ini cikgu. Janji lain kali tak mau buat lagi. Lepas ini mesti mau terus sekolah, ini cikgu mesti ajar kamu baik2, ajar kamu jadi orang baik."

***********************************

Hari2 berikutnya Chong terus bersekolah seperti biasa. Nakal? Ye, dia masih nakal. Tetapi di hadapan aku kenakalannya terkawal. Itu adalah tahun pertama dan tahun terakhir aku mengajar kelas Chong.

Tapi aku tetap mengikuti perkembangannya sehingga dia mengambil SPM dan menamatkan persekolahan.

Beberapa tahun lepas aku singgah di Pasar Malam Berinchang seorang peniaga strawberi cina menyapa aku. Teka siapa? Haha, mesti korang semua ingat Chong kan? Sori, bukan. Tetapi seorang pelajar cina lain, juga merupakan salah seorang bekas anak murid aku. Dapat jugalah diskaun pembelian aku kali itu.

So Chong dimana? Wallahualam, sejak tamat persekolahan aku tidak pernah bertemu lagi dengannya. Mesti korang bayangkan aku berjumpa dengan Chong lalu dia menangis2 memohon maaf dari aku kan? Huhu, mungkin dalam filem endingnya sebegitu, tapi dalam real life, inilah ending bagi kisah aku. Apa korang ingat cerita aku ini macam filem ka?🤔🤔🤔

Apa2 pun peristiwa Chong dengan aunty Wang pasti melekat dalam memori seumur hidup aku, kenangan membahan budak sehingga kantoi dengan neneknya. Tapi di akhirannya, ia memberikan satu kesan dan impak yang positif kepada aku dan juga Chong.

SELAMAT HARI GURU 2017.
SEKALI GURU SELAMANYA GURU.


Read more...

Seminar Hentikan Jenayah Kanak2

Tuesday, April 25, 2017

Petang semalam, hanya beberapa saat lagi sebelum mesin punch card mengetik ke pukul 5, aku dipanggil oleh pegawai atasan aku:

"Aok ada nak kemana2 besok?"

"Err takde rasanya boss." Aku jujur menjawab.

"Bagus, besok aok boleh ke Kuantan? Ada Seminar Jenayah Seksual Kanak2. Aok ke sana sebagai Pegawai Aduan dan wakil kepada PPD Bentong."

Ok, sebagai seorang penjawat awam yang berdedikasi tinggi aku akur dan patuh. Sementelah lagi puas aku pikir dalam masa yang sesingkat itu, apa alasan yang aku patut beri untuk mengelak; tapi tak dapat nak pikior!

Maka sesudah subuh pagi tadi aku pun bergerak menuju ke Kuantan. Sangkaku aku akan tidur sepanjang seminar tersebut, rupa2nya sangkaan aku meleset. Banyak info dan input yang aku dapat sebenarnya.

Meh aku kongsikan beberapa fakta yang aku rasakan agak menarik dan mengejutkan.

1. Mangsa bagi kes jenayah seksual yang banyak dilaporkan bukan kanak2 perempuan tetapi kanak2 lelaki. Ya, termasuk kes liwat!

2. Pelaku2/ penjenayah2 seksual tersebut sering terdiri dari orang yang rapat dengan mangsa seperti sepupu, bapa saudara dan datuk mangsa!

3. Statistik meningkat setiap tahun!

4. Antara medium yang dikenali paling banyak menyumbang kepada jenayah seksual kanak2 adalah media sosial wechat!

Tanda2 kanak2 yang menjadi mangsa jenayah seksual:

1. Kanak2 murung, mood tidak menentu, sering mengigau di waktu malam.

2. Kanak2 akan menjadi kuat melawan, mempunyai sifat tiada keyakinan diri.

3. Benci pada kaum lelaki.

Tips yang boleh kita boleh amalkan sebagai ibu bapa:

1. Sering berkomunikasi dengan anak2. Ambil tahu perkembangan pembesarannya.

2. Bagi anak2 yang telah pandai melayari media sosial, ibu bapa perlu pastikan mereka tahu apa yang anak2 sering layari.

3. Ini satu tips yang aku rasakan paling penting dan sebagai ibu bapa kita MESTI AMALKAN. Jika selama ini kita tidak pernah amalkan, sekarang adalah masanya. PELUK ANAK KITA!

Ya, peluk mereka dengan penuh kasih sayang. Sentiasa terangkan kepada mereka kenapa kita peluk mereka. Dalam masa yang sama terangkan, siapa yang BOLEH, siapa yang TIDAK BOLEH peluk mereka. Terangkan juga BATAS2 dalam pergaulan.

Oklah, cukuplah aku berkongsi setakat ini sahaja. Perasmi pun dah nak sampai ni, YABhg. Tok Puan Indera Dato' Sri Rosmah binti Mansor tu.

Semoga apa yang dikongsikan dapat dijadikan manfaat buat semua. Terutama kita2 yang mempunyai anak2 yang sedang membesar.



Read more...

Peluang Kedua

Friday, April 14, 2017


Semalam aku berpeluang mengikut beberapa orang pegawai untuk lawatan ke sekolah dalam penjara, Sekolah Intergriti (W) Bentong. Apa, tak percaya? Tak pernah dengar sekolah dalam penjara? Ok tak payah nak terkejut sangat, aku pun baru semalam juga tahunya.😅😅😅

Seperti biasa kehadiran aku hanyalah sekadar anggota picisan dan pelengkap korum semata2. Tak banyak peranan dan sumbangan yang dapat aku berikan. Tetapi secara peribadi aku bersyukur dan amat berterima kasih kepada pegawai yang sudi mengajak aku menemaninya ke program tersebut. Besar pengajaran yang aku dapat di dalam sana.

Sampai ke saat aku menulis status ini, masih terbayang2 dalam ingatan aku ini wajah si gadis berusia 21 tahun itu. Bukan kerana raut wajahnya yang manis, tetapi kisah disebalik wajah itu sendiri. Bagaimana seorang gadis kecil yang wajahnya sebegitu manis dengan tutur suaranya yang sebegitu lembut boleh dijatuhi hukuman bersalah atas satu tuduhan berkomplot untuk membunuh!!?

Aku tak berhajat untuk bercerita panjang berkenaan kes tersebut, takut2 melanggar apa2 akta or kesalahan jenayah, tak pasal2 jadi penghuni sana pula! Cuma aku nak highlightkan kisah gadis itu sendiri.

Tahun ini tahun terakhir dia berpeluang untuk mengambil peperiksaan SPM. Aku dapat lihat bagaimana bersungguhnya pegawai2 pendidikan yang terbabit berusaha memastikan si gadis mendapat full privilage yang dapat pihak pendidikan tawarkan.

Menurut guru yang mengajarnya sejak dia dimasukkan ke dalam penjara itu, si gadis mempunyai peluang yang cerah untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM nanti. Malah jika betul gaya dan usahanya tidak mustahil untuk si gadis ini melanjutkan pelajarannya sehingga ke peringkat universiti. Malah itu jugalah yang sedang diusahakan oleh semua pegawai2 pendidikan yang terbabit ini. Untuk memastikan dia dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang tertinggi.

Ini merupakan satu peluang yang sangat baik buat si gadis untuk memperbetulkan haluan hidupnya yang mungkin telah agak terpesong selama ini. Ini ada PELUANG KEDUA buatnya dalam hidup, setelah dia melakukan kesilapan dalam kehidupannya yang lalu.

Apabila aku menyebut tentang peluang kedua, sudah tentu bukan setakat si gadis tersebut yang mendapatnya, malah semua banduan2 di dalam penjara tersebut. Selain meninjau keadaan dalam Sekolah Integriti ( W), sempat juga aku meninjau aktiviti2 utama banduan2 wanita di dalam penjara tersebut. Mereka memandang aku, dengan 1 pandangan yang sukar aku jelaskan. Yela, pandangan orang bersalah. Aku pula memandang mereka, dengan pandangan yang sehabis upaya aku untuk menunjukkan yang aku tidak 'menghakimi' mereka.

Apa yang telah mereka lakukan sebelum ini, merupakan 1 kesilapan lampau. Kini, mereka ditempatkan di penjara ini, menerima hukuman atas apa jua kesalahan yang telah mereka lakukan. Disinilah tempat mereka mendapatkan peluang kedua, peluang untuk memperbetulkan apa jua kesalahan yang telah mereka lakukan sebelum ini. Semoga selepas keluar nanti mereka dapat memanfaatkan sisa2 umur mereka, dan lebih menghargai hidup dan nyawa yang ALLAH kurniakan ini.

Seketika aku pun berfikir, aku juga tidak jauh beza dengan mereka sebenarnya. Bukanlah dari segi jenayah yang mereka lakukan, tetapi dari sudut peluang kedua yang telah ALLAH berikan kepada aku. Seperti mana mereka, aku juga telah mendapat peluang kedua dalam hidup, setelah ALLAH memberikan aku kesembuhan dari penyakit kanser. Insha Allah, pastinya aku akan lebih menghargai hidup ini, dan cuba memanfaatkan segala sisa2 umur yang aku ada ini.

Yes, penjara bukan sahaja semata2 tempat penjenayah menerima hukuman, tetapi juga merupakan satu 'sekolah' untuk kehidupan.

Read more...

ProjekHasut Masuk Sekolah

Wednesday, April 12, 2017

"Cikgu datang bukan untuk menilai kamu, cikgu datang bukan untuk menghukum kamu. Tetapi cikgu datang untuk membantu kamu, keluar dari kepompong maut; yang kamu sangkakan syurga dunia, adalah neraka sebenarnya."

"Cikgu tahu usaha  ini tidak akan berjaya 100%. Namun bukan angka yang cikgu target. Cikgu disini hanya sebagai pemudah cara, berkongsi pengalaman dan menawarkan khidmat bantuan. Di akhirnya, kamu sendiri yang akan tentukan - bebaskan diri kamu, atau terus terjerumus ke lembah maut."

P/s: Semoga usaha kecil aku ini dapat dijadikan sebagai ilmu yang dimanfaatkan dan bakal menjadi bekalan yang akan aku bawa ke sana kelak. Amin...




Read more...

Mengatasi Ketakutan...

Wednesday, January 13, 2016

Assalamualaikum...

Yaaa... Buat kesekian kalinya, aku kembali lagi... Selepas hampir berapa lama yer...? Herm sejak September lepas kan...? Mesti ramai tertanya-tanya, apalah cerita si tanpa suara sekarang ni kan... Entah ada entah tiada sudah... Biasa, itu memang soalan biasa bagi seseorang pesakit kanser... Kalau lama tak dengar berita tu mesti orang ingat dah gone with the wind dah kan... Hermmm ok, bagi menjawab pertanyaan korang nah abang belanja satu pic abang yang terkini... Hahaha so lepas ni jangan cakap abang tak payung ek... 


Ok dah lepas rindu dah...? Kalau sudah, boleh dah abaikan gambar dahi aku yang semakin melicin itu... Itu semua tanda-tanda penuaan, biasa biasa je tu... Huhuhu... Mari kita bercerita perkembangan terkini aku... 

Minggu ini merupakan minggu kedua aku bekerja... Ya aku telah mula bekerja sejak minggu lepas lagi  dan ye, sebagaimana yang pernah aku ceritakan sebelum ini, aku telah pun ditempatkan di PPD Bentong... Sebagai guru yang diletakkan di dalam perjawatan kumpulan (POOL)... Maknanya aku diberikan tugas-tugas khas berdasarkan kemampuan semasa aku... Yang nyatanya sekarang ini memang aku tidak lagi mampu untuk mengajar di sekolah seperti biasa maka aku telah diberikan tugas-tugas yang berkaitan dengan dengan pentadbiran dan perkeranian sahaja...

Kesihatan aku...? Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat, perjumpaan terakhir aku dengan doktor Mawaddah adalah pada Disember yang lepas dan menurut beliau segala-galanya OK, beautiful, wonderful dan segala ful ful yang baik baik... Malah perjumpaan dengannya juga telahpun dijarakkan daripada setiap 2 bulan sebelum ini kepada setiap 4 bulan sahaja selepas ini... Cuma yang menjadi sedikit masalah bagi aku kini adalah progress pertuturan aku berjalan agak lembab... Herrmmm esophagus speech aku ni slow giler development dia... Tapi takpe akanku teruskan jua perjuanganku ini... Chaiyok chaiyok...

Cumanya kadang-kadang aku merasa agak terdesak untuk bercakap... Apabila sampai kepada beberapa situasi apabila aku cuba berkomunikasi dengan orang-orang disekeliling aku, kadang-kadang apa yang aku cuba sampaikan dalam keadaan aku sekarang ini, maksud sebenarnya tidak kesampaian... Kalau sebelum ini aku tak kisah sangat sebabnya aku hanya berkomunikasi dengan keluarga, sanak saudara dan teman-teman rapat sahaja... Tetapi kini apabila sudah mula bekerja aku merasakan komunikasi aku perlu lebih jelas dan mantap... Aku rasa nampaknya mungkin aku perlu mempertimbangkan option untuk menggunakan TEP... Hermmm kena operate lagilah nampaknya... Tapi takpelah tu, yang pastinya bukanlah dalam masa terdekat ini lagi...

Apabila aku mula bekerja ni memang jumlah interaksi aku dengan manusia-manusia di sekeliling aku bertambah... Yela sebelum ni yang aku hadap balik-balik orang rumah aku, anak-anak aku, mak abah adik kakak... Kadang-kadang dengan kawan-kawan yang datang bertandang, atau yang terserempak di bandar... Dan jarang-jarang juga bertemu dengan mak bapak sedara, sepupu sepapat sedara maranya... Tapi sekarang ini jumlah manusia yang perlu aku hadap sudah tentulah bertambah jumlahnya...

Satu perkara yang dulunya aku agak khuatir dan bimbang adalah ketidakupayaan aku untuk 'menghadap' orang-orang ramai ini... Aku sering risau aku tak dapat handle reaksi-reaksi orang ramai apabila berjumpa dengan aku... Apa yang mereka fikirkan bila tengok keadaan aku, apa dalam fikiran mereka bila mereka tau aku seorang pesakit kanser, apa pula yang mereka fikirkan bila mereka tau aku tidak mampu bertutur seperti manusia normal... Memang nampak agak remeh perkara tersebut tetapi perkara-perkara inilah yang membuatkan aku beberapa kali berfikir panjang untuk tidak masuk kerja sebaliknya meneruskan cuti sakit aku yang sepatutnya masih berbaki dalam 6 ke 7 bulan...

Lama sebenarnya aku berkira-kira untuk kembali bekerja... Memang kalau diikutkan ini merupakan antara ketakutan (fear) yang paling besar pernah aku hadapi sepanjang umur hidup aku... Puas aku fikir-fikirkan pro dan kontra yang bakal aku hadapi nanti... Malah sampai satu tahap aku rasa dah malas nak fikir, rasa macam nak pencen awal jer... Hua hua hua...

Entah bagaimana akhirnya aku membuat keputusan untuk kembali juga bekerja... Aku harus hadapi ketakutan aku ini... Sudah tentulah yang menjadi pendorong aku selama ini seperti biasalah, orang-orang yang aku sayangi dan menyayangi aku yang sentiasa berada di belakang aku... Bab ini aku tak pernah risau, aku tahu aku sentiasa ada sokongan dari belakang... Namun yang kena menghadapinya dari depan adalah aku sendiri... Mahu tak mahu aku kena hadapi juga...

Well apa yang aku buat, redah ajelah, just go with the flow... Tiada sebarang petua tiada sebarang tips... Kuatkan mental, tabahkan hati, rendahkan ego dan the rest serahkan padaNYA... Hingga ke hari ini, Alhamdulillah... I'm still standing... 


Bercakap pula berkenaan reaksi orang ramai dan penerimaan mereka terhadap aku, perkara yang konon-kononnya aku takut-takutkan sangat tu, hermmm ok jelah... Taklah seteruk mana pun... Tapi tula, manusia ni memang telah diciptakan sedemikian kan... Bermacam-macam jenis, berlainan perangai... Bukan niat aku nak menyalahkan mereka... Tidak juga aku pinta untuk sebarang layanan istimewa... Cuma yela, kadangkala ada respon yang ok dan ada jugalah yang tidak menyenangkan aku... Tapi takpelah tu, mungkin aku cerita di entri yang lain sahaja, memandangkan ianya tidaklah seteruk yang aku sangkakan pun... 

Ok nampaknya sedikit sebanyak aku memang telah berjaya overcome aku punya ketakutan... Beres satu hal... Hal yang seterusnya adalah untuk perform... Aku bekerja untuk sebuah organisasi, organisasi yang agak besar sebenarnya, organisasi yang menguruskan segala yang berkaitan dengan soal pendidikan pada peringkat daerah... Dan sudah tentunya aku dinilai, dinilai oleh pihak atasan aku... 

Namun aku mempunyai pilihan... Aku boleh memilih untuk bekerja di bawah 'par' manusia biasa, yelah aku kan handicap... Makanya aku mempunyai alasan untuk kerja ala-ala sahaja, mengikut kemampuan semasa...

Atau aku boleh memilih untuk stand out... Bekerja di atas 'par' atau sekurang-kurangkan 'at par' dengan manusia-manusia biasa disekeliling aku... Jika ini jalan yang aku pilih makanya sudah tentu ianya agak perit, sudah tentu aku perlu usaha yang lebih dari yang sepatutnya... Then, kita tunggu ajelah... Biar masa yang menentukan... Bak kata orang ni, one step at a time... Ngeeee...







Read more...

Eid Fitr 2015

Monday, August 3, 2015

Assalamualaikum...


Fuh sudah agak lama aku tak update kan, hampir-hampir 3 minggu... Mesti ramai yang tertunggu-tunggu, tertanya-tanya- bilalah shamdisini nak kembali bersiaran kan...? Tak kurang pula yang tidur tak lena, mandi tak basah, berak tak basuh- mengenangkan bilalah agaknya dapat mendengar perkhabaran terbaru dari aku... Well, untuk memenuhi impian korang-korang semua, baiklah ini perkhabaran terbaru dari aku... Hee hee hee, lama tak mengarut, maafkan hamba di bulan yang mulia ini ye...

Kita masih lagi di bulan Syawal, so aku yakin ramai lagi yang masih dalam mood raya... Ini memang dah budaya kita di Malaysia, oleh sebab puasa sebulan, so kita akan demand untuk beraya juga selama sebulan... Cuma sekarang ini kemeriahannya mungkin agak berkurangan sebab radio dah 'slow' sikit... Kalau tidak, memang dema pulun main lagu raya je kaw-kaw punya... Betul...? Dan pada masa ini jugalah setiap hujung minggu setidak-tidaknya kita akan menghadiri rumah-rumah terbuka dari sahabat-sahabat kita... Itu tidak termasuk lagi rumah-rumah terbuka dari jabatan-jabatan, bank-bank, kedai-kedai kereta, kedai makan Pakcik Hamzah, gerai lemang To'ki dan tidak ketinggalan kedai motor Ah Meng di simpang Ketari... Namun tak salah juga semua ini kan, malah baik untuk merapatkan hubungan silaturrahim...

Bagi yang kerja makan gaji pula of coz semua sudah habis bercuti kan..? Semua sudah kembali ke 'sarang' memasing... Meneruskan kehidupan seperti biasa, kembali bertugas untuk mencari sesuap rezeki... Haa bab ini aku consider aku masih bertuah, jangan jeles u ols aku masih dalam cuti tau... Paling tidak tarikh akhir aku di dalam mc adalah pada 1/9/2015... Pada masa itu memang genap sudah setahun aku dalam cuti barah, bermakna aku sudah menghabiskan separuh dari cuti yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan bagi pesakit-pesakit kanser yang bertugas sebagai kakitangan awam di negara ini... Tinggallah separuh sahaja lagi...

Secara jujur aku masih belum menetapkan samada untuk meneruskan cuti atau kembali bertugas, serius aku masih belum membuat keputusan... Walaupun pun secara zahirnya aku rasa sudah cukup sihat dari segi mental dan fizikal (tidak sepenuhnya, aku boleh letak 70%-80%), tetapi bila memikirkan betapa 'syoknya' bercuti ni, badan pun rasa lemau je, rasa nak bercutiiii je lagi... Ishhh bahaya camni, aku kena bulatkan tekad, ye aku mesti kembali bertugas... Dah ada yang menanti aku seperti mana yang pernah aku tuliskan disini>>...

Sebenarnya aku nak bercerita pengalaman beraya aku tahun ini... Ye memang tiap-tiap tahun kita beraya, so apa bezanya...?  Dari beberapa segi memang tiada beza dengan raya-raya sebelum ini, balik kampung, bertakbir memuji kebesaranNYA, mohon ampun ibu bapa, bermaaf-maafan sesama kita, kunjung mengunjungi, makan lemang, ketupat rendang jangan dilupa peninggalan nenek zaman berzaman, asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raya lupa nak diberi...

Tetapi dari satu segi lagi ini adalah merupakan kali PERTAMA aku beraya sebagai seorang pesakit kanser, sebagai seorang laryngectomee, sebagai seorang yang 'tanpa suara'... Jadi jika ditanya adakah sama je raya aku tahun ini, aku akan katakan TIDAK sama sekali...

Jujur aku katakan aku ada satu ketakutan sebenarnya, fear... Ketakutan untuk berjumpa dengan orang ramai, ketakutan untuk mendedahkan penyakit aku kepada orang yang bakal aku jumpa, dan paling utama sebenarnya aku takut untuk menghadapi REAKSI dari orang yang dapat tahu penyakit aku ini buat pertama kali... Mungkin bagi yang dah biasa mengikuti blog aku ni mungkin akan rasa wah hebat dia ni, berani hadapi penyakit kanser, boleh mengharungi kehidupan sebagai OKU tanpa suara bla bla... Namun hakikatnya bagi aku berhadapan dengan penyakit adalah satu peperangan, dan menghadapi orang ramai merupakan satu peperangan yang lain dan berbeza sekali situasinya... Dan ye, aku masih ada fear tersebut... Malah sebenarnya itu jugalah antara sebab-sebab aku masih belum memutuskan samada untuk kembali bertugas atau tidak selepas 1/9/2015 ini...

Untuk makluman korang juga memang aku masih belum berjumpa dengan semua saudara mara, sahabat handai... Memang ada antara mereka yang sedia maklum namun masih ada juga yang langsung tidak tahu menahu... Yela takkan aku nak ke hulu ke hilir pulak mencanangkan kepada semua saudara mara sahabat handai: wei aku ada kanser wei... Maklong, Paktan, Ayah cu, saya ni kena kanser peti suara, sekarang ni saya dah tak boleh cakap macam orang biasa... Hermm takkan gitu pulok kan... Biarlah ianya berlaku secara natural kan... So kedatangan Syawal ni memang antara masa yang paling sesuaila untuk aku story mory benda-benda ni semua... Tapi tulah, bila mengenangkan reaksi-reaksi yang bakal aku terima nanti, agak terrify jugalah aku rasa...

Namun nak tak nak aku kena hadapi juga kan...? Aku tak boleh nak sorok jugak penyakit aku ini buat selama-lamanya... Kata orang satu-satunya cara untuk mengatasi sesuatu ketakutan adalah dengan berdepan dengan ketakutan itu sendiri... Well nampaknya itu yang harus aku lakukan; dan telah pun aku lakukan...

Seperti yang aku jangkakan, memang pelbagai reaksi yang aku terima... Ada yang bersedih, ada yang terkejut, ada yang terkejut 'gila', ada yang terkejut 'gila-gila'... Ada pula yang selamba derk je, erm macam-macam... Banyak yang memberi kata-kata semangat, namun dalam pada masa yang sama ada juga yang agak menjengkelkan... Malas pulak aku nak mengenangkannya, dan sebenarnya reaksi yang sebegitulah yang buat aku malas/ takut nak berhadapan dengan orang...

Namun secara keseluruhan ianya tidaklah memberi kesan yang negatif pada aku... Bila dikenang-kenangkan lagi, nampak macam ini satu permulaan yang baik untuk aku terus kehadapan untuk berdepan dengan orang ramai... Ini merupakan satu pengalaman yang berguna sebenarnya... Pengalaman berhadapan dengan orang ramai, pengalaman untuk 'meraikan' reaksi yang baik-baik, pengalaman untuk 'absorb' reaksi-reaksi yang negatif... Herm nampaknya ada juga sesuatu yang berguna aku dapat dalam Syawal kali ini... Berguna sebagai persediaan aku untuk kembali bertugas, berguna untuk persediaan aku berhadapan dengan rakan sekerja, orang ramai dan masyarakat sekeliling...

Eid mubarak untuk semua...


p/s: ada lagikah yang nak tau kisah aku yang selanjutnya pasca pembedahan pembuangan peti suara...? Tunggu kehadiran Flashback Part 9 ye... Coming soon... ;-)







Read more...

Khabar Gembira Di Bulan Ramadan...

Friday, June 26, 2015

Assalamualaikum...


So camana dengan Ramadan korang kali ni..? Masuk hari ini maka dah genap pun seminggu kita berpuasa kan...? Bagi aku sendiri, aku bersyukur sangat-sangat kerana setakat ini aku dapat mengharunginya dengan jaya... Bagi yang tahu 'keadaan' aku ni mesti tau betapa aku risau sebenarnya untuk menghadapi Ramadan kali ini... Tapi nampaknya ALLAH betul-betul mempermudahkan untuk aku... ALHAMDULILLAH...

Aku seorang yang tahan berpuasa, sebenarnya aku sudah mula berpuasa penuh seawal tadika atau darjah satu... Aku kurang ingat sejak bila tapi yang pasti PUASA PENUH ok... He hee bukan nak riak pulak tapi just nak bagitau yang aku memang jenis yang tahan berpuasa... Aku boleh bertahan lapar dan dahaga, tak jadi masalah bagi aku... Sejak dari aku kecil lagi...

Tapi Ramadan kali by far merupakan yang paling mencabar bagi aku... Puasa 'tanpa tekak' memang cabaran tahap 'legend'... Serius woo... Sampai pernah aku terfikir untuk 'membatalkan' sahaja puasa aku, bukan sekali tetapi beberapa kali... Terutama pada hari pertama ke hari yang ketiga... Fuh rasa macam budak-budak nak start belajar puasa balik... Tapi seperti yang aku kata tadi, ALLAH tolong aku, bak kata pepatah orang putih ni 'when going get tough, the tough get going' (eh betul ke...?) dan keadaan aku memang bertambah baik... Sehingga ke entri ini aku masih puasa full lagi tau... Ngeee...

Dalam keperitan aku menjalani ibadah puasa kali ini tiba-tiba ALLAH mendatangkan khabar gembira buat aku... Beberapa hari lepas isteri aku dihubungi oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah menyampaikan 2 perkhabaran... Satunya aku telah ditukarkan ke sekolah yang berhampiran dengan kediaman aku sekarang dan keduanya permohonan aku untuk ke jawatan dalam kumpulan pool telah diluluskan...

Ooo korang tak tau ek...? Ok bagi yang tak tahu tu sebelum ini aku bertugas di sekolah yang jaraknya 76 km dari kediaman, memakan masa 1 hingga 1 jam setengah untuk sampai... Sekarang aku telah pun ditukarkan ke sekolah yang jaraknya tak sampai 5 km pun dari kediaman... Best kan...? Best ssssangat... Dan paling penting yang keduanya itu, dengan lulusnya permohonan aku untuk dimasukkan ke dalam kumpulan jawatan pool bermakna aku layak untuk memohon diringankan beban tugas... Aku boleh nemohon untuk menjalankan kerja-kerja administration... Yelah dah takde suara nak mengajor camana kan...?

Kelmarin aku telah ke PPD mengadap pegawai yang bertanggungjawab... SATU lagi khabar gembira apabila pegawai tersebut memaklumkan yang kemungkinan besar aku akan ditempatkan di PPD memandangkan keadaan aku yang tak memungkinkan aku untuk mengajar di sekolah...

"Yelah no point juga cikgu duduk kat sekolah, bukan cikgu boleh mengajar lagi kan... Nak buat kerja-kerja perkeranian pun sekolah dah banyak kerani pun... So cikgu duduk di pejabat ni la ye... Nanti kita akan lantik cikgu ke suatu jawatan yang sesuai... Buat masa ini cikgu teruskan cuti cikgu dulu... Bila-bila cikgu dah sedia nanti cikgu boleh maklumkan kepada pihak kami..."

Amboi niceee je layanan dari pegawai PPD tu, nikmat jadi orang sakit ni... Ngeee...

Herm kalau betul aku ditempatkan di PPD, ini merupakan BONUS kepada berita-berita gembira yang aku dapat... Tapi perasaan aku agak bercampur baur antara gembira,serba salah dan saspender...

Gembira, ye aku gembira... Memang aku minat bertugas di bidang pentadbiran, aku tak nak menafikan... Dan aku rasa aku berbakat dalam pentadbiran... Bukti...? 4 tahun aku bertugas menjaga 1 department ketika berkerja di bidang private sebelum menyertai bidang pendidikan... Aku tahu aku mampu...

Serba salah, ada juga kerana aku rasa aku ditempatkan di situ bukan atas dasar kebolehan aku... Lebih kepada atas dasar ketidakupayaan aku sebenarnya... Apa pulak pandangan orang lain nanti, mesti ramai jugak yang meragui kemampuan aku...

Saspender, ini perasaan paling besar... Yelah setelah hampir setahun bercuti kan... Entah apalah kerja yang bakal aku galas nanti... Bagaimana pula aku nak compete dengan pekerja-perja yang lain... Herm just wait and see jelah kan...

Tapi aku masih belum mahu memikirkannya sangat... Belum masanya kerana aku masih belum mendapat hitam putihnya lagi... Lagipun kini aku sedang berhadapan dengan satu lagi cabaran sekarang ini... Cabaran yang lebih besar, yang akan menentukan keupayaan aku untuk kembali bersuara... Doktor yang bertanggungjawab mengendalikan terapi pemulihan pertuturan aku meletakkan sasaran untuk aku menguasai teknik esophagus speech sebelum berakhirnya Ogos ini... Itu cabaran sebenar aku ketika ini, itu yang harus aku kuasai dahulu...

So buat masa ini aku harus ketepikan dulu soal kerja, sekolah ke, PPD ke, layak ke tak layak ke, rileks dulu... Aku nak kembali bersuara, walaupun tidak seperti manusia normal tetapi at least boleh mengeluarkan suara... Itu matlamat utama aku ketika ini... Wish me luck...






Read more...

Tak Terjangkau Dek Akalku...

Wednesday, November 12, 2014


Assalamualaikum...

Sehebat manakah ujian yang anda pernah alami dalam hidup ini...? Pernahkah anda kehilangan insan yang anda amat kasihi...? Atau anda pernah diuji dengan kehilangan atau kerosakan harta benda yang sangat bernilai bagi anda...? Pasti juga antara kita pernah diuji dengan musibah, kemalangan mahupun bencana alam...? Tidak kurang pula yang diuji dengan penyakit yang teruk, terlantar berbulan-bulan malah ada yang bertahun lamanya... Well, aku pasti sebagai manusia biasa kita dah rasai 'bahagian' masing-masing...

Seseorang pernah berkata pada aku: "Ujian Allah bukan setakat datang dalam bentuk kepayahan, kemalangan atau kesakitan, ianya juga datang dalam bentuk kesenangan, kejayaan dan kemewahan..." Aku agak sinikal dengan kenyataan tersebut pada waktu itu... "Apahal kesenangan dikatakan sebagai ujian...? Bukankah itu satu bentuk nikmat...?" Aku tinggalkan soalan itu untuk korang fikir-fikirkan...

Berat atau ringan sesuatu ujian itu bagi aku adalah satu perkara yang subjektif... Bagi aku takde seorang pun yang boleh berkata "akulah insan yang paling malang"; atau "ujian aku ni paling teruk berbanding korang" atau "aduh takde siapa lagi yang kena lebih teruk dari aku ni..." Hakikatnya, ingatlah jika anda rasa anda telah diuji dengan sebegitu teruk, ada lagi insan lain yang diuji dengan lebih dasyat dari anda... Bak kata pepatah cina: disebalik gunung yang tinggi ada lagi gunung lain yang lebih tinggi... Wah siap pepatah cina tuh...

Satu perkara yang perlu diingati lebih-lebih lagi sebagai seorang yang bertaraf hamba seperti kita ini, ingatlah yang sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya dengan kadar yang melebihi kemampuan seseorang itu... Selalu kita mendengar ketika kita ditimpa bencana atau kesusahan adalah betapa adanya rahmat dibalik segala kepayahan itu... Sering juga kita diingatkan yang kita hanyalah makhluk yang serba kekurangan dan tidak tahu apa-apa, apa yang kita rasakan baik tidak semestinya baik bagi kita dan begitu jugalah sebaliknya...

Berbalik kepada kepada kisah ujian tadi... Sebagaimana yang aku tulis dalam post sebelum ini, tahun ini memang tahun edan... Beberapa benda yang sememangnya tak pernah terfikir akan berlaku telah berlaku kepada aku... Allah Maha Besar, hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya... Aku pernah terbayang perkara-perkara dasyat yang boleh berlaku kepada aku, tapi perkara ini memang tak pernah aku terfikirkan, sememangnya tak terjangkau dek akalku, yang aku akan diuji sehebat ini... Ya, ujian ini merupakan yang terhebat pernah ku hadapi sepanjang umur hidupku, aku diuji dengan penyakit... Penyakit yang pasti menjadi igauan ngeri kepada pengidapnya... Penyakit itu penyakit kanser...

Read more...

Roller Coaster

Monday, May 26, 2014

Assalamualaikum...

Toing toing toing... Tetiba je aku rasa nak menulis... Yup dah genap setahun setengah aku membiarkan blog ni tersadai berpenunggu.. Dan tetiba jer pulak malam ini datang keinginan nak menulis... Aku harap kali ini aku lebih bersegamat... Ibarat naga yang baru bangun dari tidur... Kebuluran dan bakal mengamuk...

Kemana aku selama ini...? Apa yang aku buat selama menyepi ini...? Kenapa tetiba jer malam ni nak start menulis balik...? Jangan ditanya semua itu... You dont want to know... But still, i want and will share it with you... Keh keh keh...

Tahun ini tahun edan bagi aku... Tahun aku didatangi ujian yang agak mencabar... Setelah melalui beberapa musim yang gemilang dan ibarat 'being at the top of the world' kini aku seperti manusia biasa yang lain melalui pula siri kepayahan...

Selama ini memang aku percaya akan bait-bait kata dalam lagu M. Nasir:

" Hidup dan nasib... Roller coaster, roller coaster... 
Susah dan senang bersilih ganti... Bila-bila boleh naik dan turun... "

Well itu semua mmenag terjadi dalam kitaran hidup aku... Dan bermula awal tahun ini aku merasakan aku berada dibawah ketika ini... Whoopsss jangan ingat aku nak menyalahkan takdir ke apa ke... Tidak sesekali... Malah aku sebenarnya amat BERSYUKUR kerana sebelum kedatangan tahun 2014 aku telah merasai beberapa siri 'kenikmata' hidup yang aku tak pernah rasai lagi...

Perlu ke aku nak bercerita semuanya dalam 1 entri ini...? Of course la tak der... Ileks ler man man cak megong... Banyak lagi yang aku nak cerita nanti... Kita jumpa di entri seterusnya sahaja... Woke chow dulu... 








Read more...

Tumpang Merdeka...!

Thursday, December 6, 2012

Syabas dan tahniah aku nak ucapkan kepada semua calon-calon SPM 2012. Petang tadi selesai perjuangan mereka... Seringkali aku ingatkan kepada budak-budak aku: "Selepas 6 tahun kamu di Sekolah Rendah, tambah lagi 5 tahun di Sekolah Menengah; Inilah masanya... Inilah ujian besarnya... yang bakal menentukan hala tuju kamu selepas ini... Cikgu doakan yang baik-baik saja untuk kamu..."

Secara kebetulan subjek yang aku ajar (bagi yang tak tahu lagi aku, mengajar subjek MPV- Menservis Motosikal) merupakan kertas di hari terakhir... Pagi-pagi lagi aku dah sampai ke sekolah tadi. Nak pastikan budak-budak aku ready to go... Alhamdullilah masing-masing nampak konfiden. Dalamanya, aku tak tahulah... Cuma yang aku kesalkan ada juga yang tak datang ambil periksa. Daripada 22 orang yang aku daftarkan, 18 jer yang muncul... Seorang memang tak dapat hadir akibat kemalangan... Yang 3 lagi kecundang... Aku tak dapat buat apa-apa sebab memang dari kertas pertama 3 orang ni tak muncul-muncul... So aku assume samada diorang bertiga memang dah terlebih bijak ataupun memang mak bapak diorang keturunan kaya-kaya...

Habis kertas aku menunaikan janji untuk belanja budak-budak ni. Agak parah juga poket aku dikerjakan. Tapi nak buat macamana, dah janji... Sebelum berpisah, last words aku pada diorang: "So, inilah hari yang korang tunggu-tunggu selama ni kan...? Tamatlah dah masa kamu semua sebagai seorang pelajar sekolah... Pesan cikgu 1 jer, jadilah MANUSIA... Jangan jadi @#%$^# sudah ok... Cikgu doakan yang baik-baik saja untuk korang..."


Sempatlah pulak aku bergambor kenangan dengan budak-budak ni... So inilah dia budak-budak aku, budak 5C... Kelas yang diisytiharkan sebagai kelas 'paling mengerikan' dalam sekolah aku... Well, what do you expect? Budak bengkel... 30% daripada masa keseluruhan mereka di sekolah adalah dalam bengkel jer... Aku pun kadang-kadang stress dengan budak-budak ni... Tapi aku yakin dan percaya, budak-budak inilah yang satu hari besok bila berjumpa dengan aku akan datang bersalam cium tangan; budak-budak inilah yang besok bila nak kawin kad jemputan dia awal-awal lagi dah sampai kat aku; dan budak-budak inilah yang besok takkan lokek nak belanja aku minum kat kedai kopi... Nak harapkan anak-anak murid yang dah jadi lawyer, akautan atau doktor... Herm entah ler... Mungkin masa tu diorang fikir, alamak cikgu, ape kelasss... Heee tapi of course la bukan semua kan...

Well sebenarnya aku menumpang merdeka budak-budak ini juga, berakhirnya SPM bermakna berakhir jugalah tugas aku sebagai Pengawas Peperiksaan... So lepas ni barulah boleh 'betul-betul' bercuti... Bolehlah tempah tiket ke Disneyland ke, Hatyai ke, Hollywood ke... Perghhh iye sangatlah tu... Dapat ke Langkawi pun dah cukuplah... Aku sedar diriku siapa... Har har... Apa-apa pun:

MERDEKA...! MERDEKA...! METALLICA...!


 


Read more...

Ok Fine...

Thursday, October 11, 2012

Setelah memikirkan sedalam-dalamnya, setelah mempertimbangkan faktor-faktor berikut:

i) didesak secara konsisten oleh linacorner (my sis)...

ii) bermimpi ngeri selama 4 malam berturut-turut...

iii) mendapat RIBUAN email dari peminat-peminat mendesak perkara yang sama...

iv) jeles dengan imanshah, (rajin bebenor dia mengupdate blognya)...

v) sekolah dah nak cuti (yabedabedu)...

vi) bakal menerima kenaikan pangkat secara time based tahun depan...

vii) aircond keta toyota s.e aku meragam lagi buat kali kedua dalam tempoh 2 minggu...

viii) beli jam baru lagi di lelong.com (walaupun dah berjanji akan membeli jam hanya selepas 3 tahun)...

viiii) nuffnang dah nak keluar cek, (mungkin dalam 3 tahun setengah lagi aku akan dapat cek pertama)...

x) mendapat panggilan peribadi dari obama...


Maka dengan ini aku terpaksa mengalah... Ok fine, fine...

AKU AKAN START BERBLOG BALIK....

P/S: Wassup wassup... Blogger poyo in da haus....

Read more...

Tarak Kualiti Punya Cikgu...!

Wednesday, March 14, 2012


Fuyyooo...! Ini memang betul-betul bikin panas...! Sekali gua SENNGGGAT baru dia tau...! Ini merupakan petikan dari Sinar Harian Online. Nak baca lebih lanjut klik sini>>

Ini berita dari siaran semalam sebenarnya, tapi baru tadi aku terbaca. Melalui FB member isteri aku. Sape yang mengeluarkan kenyataan tersebut? Datin Noor Azimah Abdul Rahim, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE)... Biasa dengar nama ni? Ala geng-geng yang beria-ia mempertahankan PPSMI tu... Well itu pendapat dioranglah kan...

Antara intipati kenyataannya adalah:

1. Pembelajaran di sekolah tidak mencukupi menyebabkan ibu bapa terpaksa menghantar anak-anaknya ke pusat tuisyen.

2. Mereka tidak menyalahkan guru, tetapi mengatakan yang kualiti guru sememangnya telah menurun kerana latihan yang mereka terima ketika di maktab/ universiti tidak mencukupi.

3. Jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas yang ramai dan waktu pembelajaran yang singkat menyebabkan guru sukar untuk menumpukan perhatian kepada setiap pelajar...

4. Ekoran dari permasalahan di atas dan faktor ibu bapa yang terlalu inginkan kecemerlangan anak-anak mereka, maka mereka harus menghantar anak mereka ke pusat-pusat tuisyen...

Balasan dari kenyataan-kenyataan di atas pula (aku petik komen-komen Sinar Harian Online dan FB):

1. tugas saya:
setiausaha peperiksaan PMR
warden
guru tingkatan
ketua panitia pendidikan moral
ketua pentaksir lisan PMR
ketua pentaksir kerja kursus pendidikan moral SPM
guru penasihat ICT
guru penasihat Pengakap
guru penyelaras mentor mentee
guru penyelaras kecemerlangan akademik
guru penyelaras program guru muda

saya belum cerita lagi tentang menguruskan kursus, ceramah, majlis dll.

awak datang sini, ganti tugas saya seminggu, saya nak tengok awak boleh senyum atau tidak.


Aku: Naya cikgu ni kan...

2. penghinaan jenis apa plak ni...hampeh punya reporter.....agaknya dia pandai pun sebab belajar tuisyen dari tadika lg..ank sndiri lepas ni jgn antar sekolah, terus pi pusat tuisyen...!

Aku: Agak emosional komen ni...

3. Komen yang dibaca semuanya menjurus kepada kesibukan dan bebanan guru di sekolah masing-masing, namun harus diingat bahawa yang mengajar di pusat tuisyen pun guru sekolah jugak. Tidak sibukkah golongan guru ini sehinggakan ada masa menguruskan pusat tuisyen sedangkan ramai guru lain sibuk dengan itu dan ini...

Aku: Wah ni macam nak cari gaduh nih...!

4. Ini semua salah kerajaan! PRU 13 kita undi PR! Cikgu-cikgu semua naik gaji RM500 sebulan! Sape mao bagi wok!

Aku: Err tak tau nak komen camana... Ada gak orang komen cenggini...

Read more...

Hanya Kerana Wang...

Saturday, March 10, 2012

Firstly aku nak ucap selamat bercuti kepada semua rakan-rakan secawat, ooops sejawat... Enjoy the holiday ok, walaupun aku tahu ramai juga yang takkan menikmati sepenuhnya cuti tersebut. Sebagai contohnya orang rumah aku, minggu depan macam-macam plak program kat sekolahnya... Ucapan untuk orang rumah aku: Selamat bertugaslah yer... Jangan marah, heee...

Yang kedua nak ucap tahniah pada semua 1.4 juta penjawat awam, di atas pelarasan gaji yang kita dapat baru-baru ini... Syukur kepada Allah, terima kasih kepada kerajaan yang bertanggungjawab... Cuma harapnya kenaikan tersebut tak disertai pulak dengan kenaikan harga minyak, bil api, bil air, beras, tepung, gula bla bla... Secara peribadi aku merasa sedikit lega dengan pelarasan tersebut, at least terasa longgar sikit 'jerutan' kat leher ni, at least bolehlah aku 'bernafas' lega sedikit lepas neh...

Hari ini aku bukan nak bercerita pasal yang di atas, cuma aku nak share satu kisah benar... Cerita dari rakan-rakan: Hanya Kerana Wang... Al kisahnya:

Edy merupakan adik bongsu dari 3 beradik. Man merupakan abang kedua manakala abang sulung Syuk. Mereka bertiga mewarisi perniagaan emas dari orang tua mereka. Pusatnya di Kota Bharu Kelantan. Setelah perniagaan di sana bertambah maju dan menjadi semakin stabil, Syuk menghantar Man dan Edy untuk membuka cawangan baru di Pahang. Berhampiran tempat kerja aku. Berpunca dari satu dua urusan, aku dan rakan guru di sekolah aku berkawan dengan Edy...

Perniagaan emas memang merupakan perniagaan yang menguntungkan. Tak lama mereka berniaga, sudah nampak keuntungan yang dikecapi mereka. Alhamdulillah, aku dan rakan-rakan tumpang gembira tengok anak melayu berjaya dalam perniagaan emas, paling gembira bila dapat harga 'rakan-rakan'. Hee...

Tapi baru-baru ini aku dah tak nampak kelibat Edy di kedai tersebut. Yang ada hanya isteri Man. Man juga jarang kelihatan, kalau ada pun tak duduk di kaunter. Hanya di belakang kedai. Bahkan kedai tu sendiri pun dah macam nak tak nak blah jer dah... Banyak tutup dari buka dah...

Apabila aku bertanya kepada rakan guru aku neh (yang merupakan teman Edy yang paling rapat dikalangan kami), rupa-rupanya mereka telah 'pecah gu'... Edy telah membawa haluannya sendiri... Dengar cerita abang sulung mereka siap turun dari Kota Bharu untuk camput tangan, tapi tali yang terputus tidak dapat ditaut kembali... Masing-masing dah tak mau bertemu muka. Katanya kalau bertemu muka pun akan mencetuskan pergaduhan...

Dipendekkan cerita puncanya kerana cemburu akibat pendapatan yang diraih oleh si adik nampak lebih banyak dari si abang... Ditambah pula dengan 'adu domba' dari orang ketiga, menyebabkan benda yang kecil menjadi besar dan akhirnya menimbulkan permusuhan di antara dua beradik ini... Dan yang paling disesalkan adalah perniagaan melayu yang nampak berpotensi untuk maju di tengah-tengah perniagaan yang didominasikan oleh kaum lain (cina), menjadi 'hancur' gara-gara perkara kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan jika masing-masing bersikap lebih berlapang dada dan tiada dengki mendengki... Aduyai donia donia...

P/S: Tak bolehkah kita ambil contoh kejayaan 3 beradik ini, yang bermula dengan modal RM2000 sahaja... Tetapi kini sudah memiliki jenama yang agak gah di Malaysia ini, KRU Production. Siap beranak pinak lagi syarikat mereka tu...

Read more...

Mengaku Bersalah...

Tuesday, March 6, 2012


ALOR SETAR, 6 Mac (Bernama) -- Seorang ustaz mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan pilihan menyebabkan kematian pelajar Tahun Satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, tahun lalu.

Hanif Mohd Ali, 28, mengaku melakukan perbuatan itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis pada 31 Mac 2011 antara 6 petang dan 12 tengah malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.

Berita Lanjut>>

Tak tau aku nak ulas menda ni camana... Aku dengar pelbagai versi cerita ni yang gempar seMalaya kira-kira setahun yang lepas. Ada yang membela Ustaz berkenaan dengan cerita versi mereka, manakala kebanyakkannya mencerca dan terus menjatuhkan death sentence pada Ustaz ni (mengalahkan mahkamah pulak)... Ada pulak versi yang aku dengar ianya adalah tuduhan berat sebelah yang bermotifkan politik (aiya itu macam pun ada ka...?)

Waima apa sekalipun, yang pastinya satu nyawa telah melayang... Di tangan seorang yang sepatutnya memegang amanah untuk mendidiknya... Sadis... Dan sangat-sangat tragis... Tapi aku tak nakla keterlaluan membidas Ustaz ini. Dia pun dah mengaku bersalah... Kisah sebenarnya, hanya dia, arwah dan Allah yang tahu. Di sini dia bakal menerima hukuman dunia... Di 'sana' kelak... Herm jawab ler...

Sementelah pula, aku memikul tanggungjawab yang sama dengan Ustaz ini. Aku akui di awal masa aku menjadi guru, memang cepat je nak baran... Laju je naik tangan dan kaki... Sampai tahap aku terpaksa berdepan dengan seorang nenek, kerana cucunya fobia untuk datang kesekolah, gara-gara kena 'penampar jopun' dari aku... Herm mujur pun menjawab dalam bilik Pengetua jer, kalau dalam mahkamah...! Perghhh perpalih bak kata orang Pahang ni...

Dulu aku pernah beranggapan, lagi besar kesalahan budak, lagi keras aku patut 'bagi'... Dan semakin keras aku 'bagi', lagi cepat budak tu akan insaf... Well, it turns out to be: HAMPES...! Dan apa yang aku semakin sedar hari ini, kekerasan tak dapat pun menyelesaikan masalah... terutamanya masalah disiplin pelajar... Di depan kita mungkin dia takut, tapi itu tak bermakna dia akan meninggalkan salah lakunya apabila berada di belakang kita... Kalau kebetulan pun dia tidak lagi melakukan kesalahan tersebut, ianya bukanlah kerana takutkan kita, tidak langsung... Budak-budak zaman sekarang, mana takut apa... Kalau yang memang jenis 'hero' tu, polis pun diorang tak takut, ini pulak cikgu... Silap-silap cikgu pulak yang kena 'hayun'...

Makanya sekarang ini aku lebih menggunakan pendekatan yang toleransi. Sekadar menasihati... Kalau lebih-lebih sangat, bagi amaran. Langkah akhir, keluar surat saman... Biar Kaunselor atau Guru Disiplin yang take over... Bukan aku nak lepas tangan, tapi aku rasa kumpulan kauselor dan guru disiplin ini lebih berpengalaman dalam menangangi sebarang masalah disiplin pelajar. Dan kebiasaan mereka mengambil tindakan berlandaskan undang-undang yang sepatutnya. Di pihak aku, selain dapat mengelakkan STRESS, aku juga dapat mengelakkan tragedi... Tragedi aku memukul, ataupun aku yang terpukul... Hu hu...

P/S: Jangan main-main dengan budak sekarang neh, di tempat aku dah ada kes cikgu kena belasah dengan budak sekolah... Siap bapak budak tu lagi yang jadi kepalanya... Perghhh PERPALIH WEH...

Read more...

Bijak... Bijak...

Friday, March 2, 2012

Huh esok Sabtu, tapi kena sekolah gak... Sejak naik cuti Tahun Baru Cina yang lepas, ini merupakan Sabtu yang ke-4 aku bersekolah... Amboi lama bebenor dah tak rasa melepak lama-lama dihujung minggu... Tapi nak buat macamana kan...? Amanah yang dipikul untuk mendidik anak bangsa, harus aku galas dengan sebaik mungkin... Fuh poyo jer...

Tadi aku round-round blog sahabat terserempak dengan posting yang satu ni. Membuatkan aku tersengih sepanjang membacanya... Herm kalau aku jumpa budak-budak yang menjawab soalan macam ini, memang terasa nak sekeh jer kepala sorang-sorang (tapi tentulah aku tak buat)... Gilo apo nak sekeh kepala anak orang... Tapi cuba korang bayangkan korang jumpa jawapan-jawapan yang sebegini, apa korang nak buat...?









Kredit:Tak usah Risau>>

Read more...

Lawan...!

Sunday, February 19, 2012

Suatu pagi hari persekolahan...

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bukan !

Murid : Ya

Cikgu : Bukan lah

Murid : Ya lah

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Taknak dengar!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

P/S: CSL vs LGE dah lepas dah, nak tunggu DSNR vs DSAI plak...
P/S2: Ini bukan post politik yer... Kebetulan jer...

Sumber Lawak: Facebook member...
Sumber Gambar: Sini>>

Read more...

Jangan Pandang Sebelah Mata...

Monday, February 13, 2012

Hari ini baru aku sedar yang aku telah melakukan satu lagi kesilapan. Ya bukan silap besar pun, malah tak mendatangkan kesan pun kepada sesiapa... Tetapi sebenarnya kesilapan tersebut merupakan kesilapan yang aku benci apabila ada orang melakukannya terhadap aku, tetapi hari ini aku yang telah melakukannya... Kepada anak murid aku sendiri... Wooppss...!

Alkisahnya:

Tahun lepas lebih kurang sebulan sebelum pelajar tingkatan 3 menghadapi peperiksaan PMR, aku mendapat jadual untuk mengajar kelas tingkatan 3, matapelajaran Pendidikan Seni Visual...! Ei apa daa... Seni Visual...? Setakat ini lukisan aku yang paling cantik aku pernah lukis pun adalah gambar orang lidi...! Toinnnggg...! Aku segera ke bilik GPK 1.

"Bos, Seni Visual tingkatan 3...? Apa saya nak ajar ni...? Saya tak pandai melukis pun bos...!"

Relaks je GPK 1 aku jawab:" Eh bukan mengajar PSV, tu dalam jadual jer... Sebenarnya diorang ni dah masuk minggu ulangkaji dah. Ko bukan mengajar PSV, tapi buat ulangkaji je dengan diorang. Bahan semua dah ada, ko cuma bagi diorang soalan dan bincang jawapan je..."

"Wo macam tu ke...? Beres bos..."

Mengikut jadual yang diberi aku masuk ke kelas. Subjek yang aku perlu bincangkan dengan mereka adalah subjek Matematik. Aku sebenarnya jarang sangat mengajar kelas menengah bawah (tingkatan 1-3) jadinya agak kekok juga pada permulaannya. Kena pulak kelas yang aku masuk ni agak ke belakang, jadi budak-budaknya pun boleh tahan la...

Segera menjadi perhatian aku adalah sekumpulan 5 orang pelajar yang duduk di belakang sekali. Memang menguji kesabaran aku diorang berlima ni. Di kala pelajar-pelajar lain nampak nak sangat belajar, diorang ni ambil sambil lewa. Terutamanya sorang yang aku target 'kepala' geng berlima ni. Setiap kali masuk ke kelas aku terpaksa menumpu lebih perhatian pada mereka berlima. Bila diberi amaran baru mereka senyap, cuma yang sorang ni betul-betul tak 'makan saman' punya budak...!

Dipendekkan cerita satu hari tu aku hilang sabar. Hem diorang ni memang mencabar harimau yang sedang menyorokkan kuku ni...! Apa lagi, merasalah amukan si Bongkok dari Gua Hantu...! Sorilah aku tak boleh cerita detail, nanti jadi bahan bukti naik mahkamah pulak... Har har... Akhir sekali aku sound direct je pelajar sorang ni:"kalau macam nilah perangai kamu, memang lingkuplah PMR kamu...! Lepas ni baik tak payah sambung tingkatan 4. Terus melepak tepi longkang jelah kamu ni...!" Perhh baran betul aku masa tu...

Kebetulan itu merupakan kelas terakhir aku bersama mereka. Minggu berikutnya PMR pun berlangsung dan aku tak jumpa pun dah pelajar tersebut... Sehinggalah pagi tadi...!

Pagi tadi aku terserempak dengan pelajar ni... Dari jauh aku nampak dia tersengih jer...

"Cikgu..." Dia menyapa aku dulu...

"Ha kamu... Hidup lagi (ayat biasa aku bila jumpa budak yang lama aku tak jumpa). Nak pergi mana ni? Kelas mana sekarang?"

"Nak ke makmal Fizik cikgu... Saya kelas 4 Jujur (aliran sains) sekarang..."

Dia minta diri sambil berlalu. Sopan sungguh aku nampak sekarang ni... Aku tak terkata apa-apa. Hanya mengiringi dia dengan pandangan kosong. Macam tak percaya jer aku, tapi itulah kenyataannya... Silap aku kali ini..! Aku percaya dalam hati budak tu mesti dengan bangga berkata:"Ha, tulah cikgu lain kali jangan pandang saya sebelah mata tau...!"

Kuang kuang kuang...

Gambar hiasan. Gambar member lama aku yang kini sudah berjaya di Hollywood. Dulu aku pun pandang sebelah mata gak kat mamat ni. Tak sangka sekarang dah jadi megastar pun kat sana... Hua hua hua...

Read more...

Nak Kemana Lepas ni...?

Tuesday, June 28, 2011

Memang aku ni ketinggalan keretapi betul...! Baru pagi tadi aku dengar pasal berita ni... Padahal berita dah keluar 2 hari lepas... Ini petikannya:

Subjek Vokasional di sekolah dimansuhkan mulai tahun depan

2011/06/26

KULIM: Mata pelajaran vokasional (MPV) akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.
"Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).

"PAV ini dikhususkan untuk pelajar peringkat Tingkatan 1 hingga 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat," katanya.

Baca selanjutnya>>

Persoalannya kemana hala tuju aku dan rakan-rakan selepas ini...? Bertukar opsyen ke...? Ditukarkan mengikut kemana subjek itu dipindahkan ke...? Diberhentikan dengan PENCEN PENUH ke...??? Kalau diberi pilihan, aku dengan berat hati nak pilih pilihan yang ketiga tu jer... Huk huk...

Apa-apa pun aku cuma mampu berdoa yang terbaik jelah untuk kami ini. Kelek ke hulu, ke hululah kami; kelek ke hilir, ke hilirlah kami... Nak buat macamana, SYMP...!

Gambar ihsan dari smkdhtk-panitiampv.blogspot. Antara pengurusan bengkel yang TERBAYEK yang pernah aku tengok. Cikgu dia ni satu kelas dengan aku masa di maktab dulu... Syteady bro, way to go...! Memang layaklah ko jadi Pentaksir Kebangsaan... Bengkel aku...? Jangan tanya, cicir bertiang tiang... Hu hu...

Read more...

Mat Besen

Tuesday, June 21, 2011


Beberapa hari lepas aku ada menulis tentang aku beraktiviti di Pusat Kokurikulum Kuantan. Baca sini>>... Di sana aku mendapat kawan-kawan baru dari kalangan guru-guru yang menjadi guru pengiring seperti aku. Salah seorangnya Cikgu Hacksen Ismail. Jangan tanya nama apa tu, dia orang Melayu dan memang nama dia macam itu. Aku pun malas nak bertanya kepada dia berkenaan namanya... Tapi aku bukan nak bercerita tentang dia, cuma nak mengulas satu kisah yang aku dengar darinya, begini kisahnya:

Semasa bujang dia mempunyai seorang teman karib, berkawan sejak kecil. Jo (bukan nama sebenar) memang terkenal seantero kampung sebagai pemuda yang macho. Di kalangan rakan-rakan dia sering menjadi 'kepala' bila melakukan sebarang aktiviti. Kemana-mana mesti ada Jo, kalau takde Jo aktiviti pasti menjadi hambar...

Apabila sampai seru (masuk musim mengawan) Jo pun menikahi gadis pilihannya. Namun perkahwinan tersebut dilangsungkan secara senyap-senyap sahaja. Kenduri pun kecil-kecilan sahaja. Sebaik selesai kenduri, Jo berpindah... Mungkin ke kampung isterinya, mungkin bekerja di tempat lain. Tiada rakan-rakan yang tahu. Sejak itu dia putus hubungan dengan Jo...

Sehinggalah baru-baru ini, Jo kembali ke kampung halaman. Namun perubahan ketara dirasai rakan-rakan Jo. Jo tidak seperamah dulu, bukan setakat tidak keluar rumah berjumpa kawan-kawan lama malah sering mengelak dari bertemu dengan rakan-rakan. Hai kenapa pulak si Jo ni, macam dah tak nak berkawan dengan budak-budak kampung dah ni...? Cikgu Hacksen membuat keputusan, jika Jo tak nak berjumpa dia, biar dia pergi berjumpa Jo...

Sampai di rumah Jo Cikgu Hacksen terkejut beruk, Jo memang dah tak serupa dulu... Fizikalnya berubah sama sekali... Bak kata dalam lagu P Ramlee: "Suaminya dulu hensem, rambut panjang dah jadi botak... ulala..." Lebih memeranjatkan lagi, kemachoan Jo hilang sama sekali, selain bekerja (penjawat awam) di pejabat, Jo juga melakukan semua kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, menjaga anak bla bla...

Jo tidak melayan Cikgu Hacksen, disuruhnya Cikgu Hacksen balik... Katanya isterinya akan pulang sebentar lagi dan lauk untuk makan malam belum disiapkannya lagi. OMG sampai ke situ dah tahap kroniknya perubahan Jo...! Sampai satu tahap, pernah orang-orang kampung melihat Jo dimarahi oleh isterinya ketika dia sedang menyidai baju di ampaian. Ntah apa yang diamukkan oleh isterinya sehingga Jo dihempuknya dengan besen...! Dan Jo langsung tidak melawan...! Sebab itulah kini Jo lebih dikenali sebagai 'Mat Besen' dikalangan orang kampung...!

Sehingga hari ini kisah rumah tangga Jo menjadi buah mulut orang kampung. Ada yang mengatakan yang Jo sudah terkena nasi k**gk**g... Wallahualam bisawab... Hanya isterinya dan keluarganya yang tahu...

Ulasan aku: Ini bukan cerita rekaan aku, tapi diceritakan sendiri oleh rakan baru aku tu... Kalau dia berbohong pada aku, maka korang semua ni kena bohong jugaklah... Kui kui... Namun apa-apa pun kisah tersebut bukan sesuatu yang mustahil berlaku kan...? Di mana-mana pun kita pasti mendengar cerita sebegitu, betul tak...? Bahkan dari zaman P Ramlee dulu pun dah ada kisah camni... Tak caya...? Layan sedutan cerita DOREMI ni...



P/s: Kisah P Ramlee biasanya menceritakan tentang kehidupan realiti masyarakat... Cuma dalam ketawa ada maksud yang tersirat yang perlu direnungi bersama...

P/s/s: Kepada yang bergelar suami: Jangan jadi suami yang DAYUS...! Kepada yang bergelar isteri: Jauhi NUSYUZ...!

Read more...

Karnival Kokurikulum.../ Naik Juga Akhirnya...

Monday, June 6, 2011


Cuti sekolah dah masuk minggu ke-2 tapi aku baru nak menikmatinya. Sepanjang minggu lalu aku berada di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Mengiringi pelajar untuk menyertai Karnival Kokurikulum Peringkat Negeri 2011. Nah sekarang siapa kata cikgu dapat cuti sepenuhnya sepanjang cuti sekolah...?

Mula-mula menerima surat ke sana, memang aku agak keberatan jugak, yelah dalam cuti tu, 4 hari pulak tu... Puas aku memikirkan buah untuk mengelak tapi tak terfikir aku. Akhirnya nak tak nak, sebagai Penyelaras Kokurikulum terpaksa jugalah aku yang bertanggungjawab membawa budak-budak ke sana. Walaupun hati keberatan, tetapi hasilnya di sana agak memuaskan.

Antara aktiviti out door yang diadakan adalah seperti berkayak, kembara berbasikal, abseiling, wall climbing dan paint ball... Berkayak? erm tak minat... Kembara berbasikal? penatla... Abseiling? dah biasa... Wall climbing? haa ini sesuatu yang belum pernah aku cuba... Paint ball? wow ini aku tak boleh lepaskan! Nak main kat luar? Kena standby beratus RM jawabnya...

Sudah agak lama sebenarnya aku tak melibatkan diri dalam aktiviti lasak-lasak ini. Aku boleh agak lepas ni mesti sakit-sakit dan sengal satu badan ni... Tapi keinginan dalam hati tu masih kuat sebenarnya. Apa lagi, layan ajelah... Merasalah juga aku memanjat tembok wall climbing tu. Bajet bolehlah lepas 3/4 dari tembok tu tapi apakan daya hanya mampu melepasi 1/2 tembok sahaja. Terasa benor dah tuanya...! Hu hu... Tapi yang paling puas hati main paint ball. 3 round direct aku main. Budak-budak dapat main sekali jer, cikgu-cikgu pulak yang lebih-lebih... heh heh... Tapi main memang layan... Habis game, check punya check secara keseluruhannya ada dekat 10 das gak peluru warna tu melekat kat seluruh badan aku ni...! Paling tak tahan boleh kena tang leher tu...! Dah jadi macam kesan 'gigitan cinta' dah...!

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Pahang, YH Dato' Haji Mazlan bin Mohamad, DIMP. Sebenarnya inilah kali pertama aku bertemu dengan beliau. Walaupun kelihatan agak berumur, namun susuk tubuhnya masih tegap dan suaranya masih kedengaran tegas dan lantang. Satu yang mendatangkan rasa hormat aku padanya adalah cara dia melayan pelajar, lebih-lebih lagi pelajar sekolah rendah... Rupanya masih menebal sikap keguruan pada diri beliau...



************************************************************************

Sekembali aku ke rumah, aku dapat satu 'berita gembira' buat semua rakyat Malaysia. Apa lagi, semua dah maklum kan yang tarif elektrik akhirnya naik jugak... Aku tak nak ulas tentang sebab kenaikan ke, beban subsidi yang kerajaan tanggung ke, rasionalisasi ke apa ke j*d*hnya ke...! Cumanya aku nak kongsi apa yang aku lalui berkaitan dengan tarif elektrik ini.

Aku masih tinggal di rumah mentua aku (Insyallah dalam bulan-bulan terakhir dah). Menghuni di rumah tersebut mak bapak mentua aku, aku anak beranak dan 2 orang adik ipar. Sorang belajar di perak dan seorang lagi amat jarang di rumah (orang bujanglah katakan)...

Peralatan elektrik dalam rumah yang biasa-biasa aje, mesin basuh , peti ais, tv, periuk nasi, seterika etc... Baru-baru ini aku ada pasang aircond dalam bilik, tapi bukan pakai 24 jam... Dengan penggunaan yang biasa-biasa sahaja purata penggunaan elektrik di rumah tu dah menjangkau RM120-150 setiap bulan. Jadi kalau ada sesiapa yang cakap rakyat biasa tidak akan terkesan dengan kenaikan tersebut, aku cuma nak katakan:"bulsit...!"

Kalau betul ada yang tak nak terkesan dengan kenaikan tersebut, nampaknya mulai hari ini kenalah kita kembali ke zaman mak bapak kita dulu... Membasuh guna tangan aje; masak nasik pakai dapur kayu; baju tak payah seterika, lipat letak bawah tilam jer; Uninstall air cond tu, jangan nak mengada-ngadalah; TV pun tak yah tengok dah, kita tengok cerita-cerita penting je terutamanya Buletin Utama jer...

Itu tak cerita lagi tentang kesan rantaian akibat kenaikan tarif elektrik ini... Bagaimana akhirnya pengguna yang berada di hieraki paling bawah akan menerima kesan yang paling besar... Janji kerajaan yang kenaikan ini tidak akan membebankan...? Hem kita sama-samalah tengok...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP