Sahabat Tanpa Suara

Showing posts with label Politiking. Show all posts
Showing posts with label Politiking. Show all posts

Tarak Kualiti Punya Cikgu...!

Wednesday, March 14, 2012


Fuyyooo...! Ini memang betul-betul bikin panas...! Sekali gua SENNGGGAT baru dia tau...! Ini merupakan petikan dari Sinar Harian Online. Nak baca lebih lanjut klik sini>>

Ini berita dari siaran semalam sebenarnya, tapi baru tadi aku terbaca. Melalui FB member isteri aku. Sape yang mengeluarkan kenyataan tersebut? Datin Noor Azimah Abdul Rahim, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE)... Biasa dengar nama ni? Ala geng-geng yang beria-ia mempertahankan PPSMI tu... Well itu pendapat dioranglah kan...

Antara intipati kenyataannya adalah:

1. Pembelajaran di sekolah tidak mencukupi menyebabkan ibu bapa terpaksa menghantar anak-anaknya ke pusat tuisyen.

2. Mereka tidak menyalahkan guru, tetapi mengatakan yang kualiti guru sememangnya telah menurun kerana latihan yang mereka terima ketika di maktab/ universiti tidak mencukupi.

3. Jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas yang ramai dan waktu pembelajaran yang singkat menyebabkan guru sukar untuk menumpukan perhatian kepada setiap pelajar...

4. Ekoran dari permasalahan di atas dan faktor ibu bapa yang terlalu inginkan kecemerlangan anak-anak mereka, maka mereka harus menghantar anak mereka ke pusat-pusat tuisyen...

Balasan dari kenyataan-kenyataan di atas pula (aku petik komen-komen Sinar Harian Online dan FB):

1. tugas saya:
setiausaha peperiksaan PMR
warden
guru tingkatan
ketua panitia pendidikan moral
ketua pentaksir lisan PMR
ketua pentaksir kerja kursus pendidikan moral SPM
guru penasihat ICT
guru penasihat Pengakap
guru penyelaras mentor mentee
guru penyelaras kecemerlangan akademik
guru penyelaras program guru muda

saya belum cerita lagi tentang menguruskan kursus, ceramah, majlis dll.

awak datang sini, ganti tugas saya seminggu, saya nak tengok awak boleh senyum atau tidak.


Aku: Naya cikgu ni kan...

2. penghinaan jenis apa plak ni...hampeh punya reporter.....agaknya dia pandai pun sebab belajar tuisyen dari tadika lg..ank sndiri lepas ni jgn antar sekolah, terus pi pusat tuisyen...!

Aku: Agak emosional komen ni...

3. Komen yang dibaca semuanya menjurus kepada kesibukan dan bebanan guru di sekolah masing-masing, namun harus diingat bahawa yang mengajar di pusat tuisyen pun guru sekolah jugak. Tidak sibukkah golongan guru ini sehinggakan ada masa menguruskan pusat tuisyen sedangkan ramai guru lain sibuk dengan itu dan ini...

Aku: Wah ni macam nak cari gaduh nih...!

4. Ini semua salah kerajaan! PRU 13 kita undi PR! Cikgu-cikgu semua naik gaji RM500 sebulan! Sape mao bagi wok!

Aku: Err tak tau nak komen camana... Ada gak orang komen cenggini...

Read more...

Dekat Sangat Dah...

Friday, February 24, 2012

Sepanjang perjalanan aku dari tempat kerja ke rumah, sekurang-kurang 4 tempat yang aku lalui sedang dalam proses kerja-kerja pembaikan. Dari menampal lubang, membawa ke memasang lampu jalan, sehinggalah membesarkan jambatan... Wah aku rasa macam meriah sangat la plak... Meriah dengan jem...!

Bukanlah aku nak menidakkan jasa pihak yang berkenaan. Memang itu merupakan tanggungjawab mereka... Apa yang mereka lakukan pun adalah untuk kebaikan kita semua... Cuma yang agak menghairankan aku, kerja-kerja ni dilakukan hanya pada 'musim-musim' tertentu sahaja. Padahal salah satu kawasan tu, aku rasa dah hampir bertahun-tahun berlubangnya. Rim kereta aku tu kalau boleh bercakap, komfem-komfem dia menyumpah aku: "apasal la hari-hari tuan aku ni langgar lubang...! Sakit satu badan aku...!" Hua hua hua... Tapi takpelah, at least lepas ni dia tak kan menyumpah aku dah...!

Bila buka tv atau selak surat khabar pula, bermacam-macam bantuan dihulurkan sekarang ini... RM500 la, kedai 1M la, bantuan murid susah la dan macam-macam lagi la... Haa yang ini memang aku tak nak pertikaikan... Yup, kerajaan yang baik adalah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyatnya. Dan aku juga amat berharap agar bantuan-bantuan tersebut dapat diteruskan lagi pada masa-masa hadapan... Dalam masa yang sama aku juga amat-amat berharap yang ianya bukanlah sekadar satu 'umpan'..! Aku harap mereka cukup sedar yang rakyat sekarang ini sudah semakin bijak menilai... Jadi tunjukkan yang anda benar-benar IKHLAS... Aku yakin semua rakyat Malaysia inginkan kerajaan yang BERTANGGUNGJAWAB, BERSIH dan MENJAGA KEBAJIKAN RAKYATnya...

Herm apa-apa pun aku dapat rasakan, sama seperti kebanyakkan rakyat Malaysia yang lain rasakan... Ya, musimnya sudah nak sampai... Dah dekat sangat dah... Bersedialah semua... Bersedialah kita semua untuk, MEMANGKAH...!

Eh gambar ni lagi erk... Har har saje jer... Tak sabar betul nak tengok dua nama besar ini ni berdebat... Please jangan beri alasan buang masa ke, tak berfaedah ke atau bukan budaya kita ke... Kerana aku yakin semua rakyat Malaysia sudah matang... Waima apa sekalipun hasil daripada debat tersebut, ia sepatutnya menambahbaik lagi sistem demokrasi di negara kita ini... Aku kira hasil debat tersebut juga sedikit sebanyak bakal memberi hint kepada rakyat jelata, siapa yang patut mereka undi... Samada untuk terus di bawah kerajaan yang sedia ada hari ini, atau pun...???

Read more...

Lawan...!

Sunday, February 19, 2012

Suatu pagi hari persekolahan...

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bukan !

Murid : Ya

Cikgu : Bukan lah

Murid : Ya lah

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Taknak dengar!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

P/S: CSL vs LGE dah lepas dah, nak tunggu DSNR vs DSAI plak...
P/S2: Ini bukan post politik yer... Kebetulan jer...

Sumber Lawak: Facebook member...
Sumber Gambar: Sini>>

Read more...

4 Dalam 1

Friday, May 27, 2011

Wooiittt aku masih hidup ok... Masih membara semangat untuk berblogging, walaupun errr, dah hampir 2 minggu tak update blog... Ada sedikit masalah teknikal la... Apa-apa pun, i'm back...! Oleh sebab dah lama tak menulis, hari ini aku nak balas dendam, nak ulas 4 sekali isu-isu hangat kebelakangan ini...

1. Moga roh mereka dicucuri rahmat...


Minggu lepas negara kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 anak-anak yatim di Hulu Langat Selangor. Ini merupakan antara kejadian yang paling menyayat hati aku,serius aku sedih... Tapi nak buat macam mana, memang Allah lebih menyayangi mereka. Mungkin ada hikmah disebaliknya yang tidak kita ketahui. Sebagai contoh salah seorang pelajar di situ iaitu adik Muhd Aizad Qusyhairiry Abd Karim, yang telah dapat bertemu kembali dengan ibu kandungnya yang terpisah sejak 11 tahun lalu... Siapa sangka kan...

Namun sesuatu yang harus kita renungkan bersama adalah puncanya kejadian tersebut. Apa lagi puncanya kalau bukan akibat dari tangan-tangan manusia...? Bukankah Allah telah berfirman...? Renung-renungkanlah...

2. Berita gembira sempena Hari Guru...

Sejak isu ini hangat di pasaran, terasa membuak-buak hati aku nak menulis tentang isu ni. Tapi mungkin isu ni dah agak basi sekarang ni kot, jadi taknak lah aku ulas panjang-panjang. Cuma aku kesian mengenangkan nasib guru ni, bayangkan: hakikatnya 'berita gembira' yang diumumkan baru-baru ini hanya membabitkan segelintir kecil guru 'kelas atasan' sahaja... Tapi bila ada guru-guru yang bersuara, mulalah mereka dikatakan tak mengenang budilah, gila pangkat dan ganjaranlah, tamaklah... Sodih botul pakcik dongar...

Ei kamonlah, yang beria-ria sangat maki cikgu tu, korang faham ke kes yang sebenarnya...? Tolong, kalau tak faham pokok pangkal, jangan terus jump to the conclusion ok...! Fahami isu yang sebenar... Bagi aku secara peribadi, takde apa-apa pun yang menggembirakan... Ianya hanyalah ibarat sebuah tong drum yang besar, bunyi berdentum-dentam tetapi isinya...?

3. Syukur ron95 tak naik...

Kalau tak ucap terima kasih pada kerajaan, nanti orang cakap rakyat tak bersyukur pulak. Cuma pendapat aku tak payah nak canang sangatlah pada rakyat akan 'kehebatan' kerajaan kononnya sangat prihatin pada rakyat... Itu kerja anda sebagai pemimpin ok, kalau rasa susah sangat nak menerajui negara, bagi je kat pihak lain. Kita tengok camana... Opsss terlebih sudah...!

Sekali lagi aku jelaskan aku bukanlah fanatik sangat nak 'menumbangkan' kerajaan yang sedia ada hari ini, tetapi pandangan aku: kita sebagai rakyat tak seharusnya menyokong segala tindak-tanduk dan keputusan mereka secara membuta tuli sahaja. Diorang tu bukan maksum, ada juga sesekala tersalah membuat keputusan dan tindakan. Sekurang-kurangnya sekarang ini bila rakyat bersuara, barulah diorang nak memberikan khidmat yang terbaik... Jadi sebenarnya aku sokong juga kita mempunyai pembangkang yang kuat. Biarkan mereka bersaing untuk memenangi hati rakyat... Yang untungnya siapa...? Dok gitu...?

4. Jom bersengkang mata...!


Last but not least, ajakan aku pada semua, jom kita berjaga pagi ahad ni... Kita tengok macamana Man. United nak 'membedal' Barcelona...! Har har mesti ada yang nak tumbuk aku bila baca statement tu kan...? Har har harun salim bachik... Jangan marah ha... tapi ingat game kali ni kat Wembley tau... Stadium keramat tu...

Aku ni nak kata fanatik bola pun tak jugak. Bukan selalu pun aku berjaga malam bersengkang mata semata-mata nak tengok 20 orang berebut bola yang 1...! Tapi kalau game yang besar seperti ini, memang teruja jugaklah aku. Selain UCL ni, biasanya World Cup memang aku layan, Euro pun layan gak... Tapi tak semua game jugak, yang pasti kalau Three Lions lawan memang aku tengok... Apa? England tak bagus...? Aku tau England bukan bagus sangat pun... Tak kisah la apa orang nak cakap pun... Tekak masing-masingkan...

Ok cukup sampai sini dulu... Masa untuk melawat rakan-rakan... Here i come...

Read more...

Politik Malaysia...

Tuesday, April 5, 2011

Dalam tempoh beberapa hari ini aku dapat merasakan kehangatan politik tanah air berada pada graf puncaknya. Disana sini sibuk orang memperkatakan tentang sesuatu yang 'meletop' sehari dua ini. Kemuncaknya adalah tersebarnya video 18SX yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang di negara ini.


Walaupun aku pernah menyatakan yang aku tak nak sentuh tulisan berkaitan politik dalam blog ini, tapi hari ini aku tak boleh tahan. Nak sangat sama-sama tumpang semangkuk. Tapi aku bukan nak menulis tentang politik kepartian. Bukan nak cerita parti ini NGOK atau parti itu HAMPAS, orang ini membunuh model Mongolia atau orang itu kaki liwat dan kaki zina...! Semua itu kalian boleh dapati di blog-blog lain, berlambak-lambak sekarang ini. Ada blog yang menulis dengan berhemah dan berfakta, tak kurang juga yang menulis secara semberono, memaki hamun, sumpah seranah dan penuh dengan kata-kata menghina. Aku...? Cuma menulis dari perspektif aku sendiri, pandangan peribadi. Kalau kalian sudi boleh terus membaca...

Aku mula mengenali politik hanya selepas tahun 1998, apabila TPM (DSAI) ketika itu dipecat dan digugurkan serta merta dari kabinet. Pada ketika itu aku masih menuntut di UPM. Perkara itu merupakan sesuatu yang SANGAT BESAR bagi aku pada ketika itu. Sejak itu bergema laungan keramat 'REFORMASI' di jalan-jalan raya di ibu kota. Aku turut terjebak sebenarnya, nyaris-nyaris juga kena tembakan air kimia...! Darah muda katakan... Padahal apa yang nak direformasikan pun, aku tak tahu... hu hu...

Sebelum daripada itu, pengetahuan politik aku adalah: ZERO...! Malaysia bagi aku, sebuah negara yang super perfect, tiada cacat cela. PM ketika itu (Tun M) adalah Malaysia dan Malaysia ketika itu adalah Tun M. Dialah hero, dialah yang mencorakkan wajah negara ini dan dia jugalah yang menentukan hala tuju negara ini. Bagi aku tiada apa yang perlu dirisaukan berkenaan negara ini apabila seorang yang sehebat dewa mengawal negara ini...!

Selepas peristiwa 1998 itu barulah aku mula mengenal beberapa perkataan seperti kronisme, nepotisme, bailout, ketirisan, carry trade bla bla... Dan semenjak itu aku mula memikirkan tentang subsidi, sumber-sumber negara, salah tadbir, penyelewengan bla bla... Semenjak itu juga aku mula berbicara tentang demokrasi, kebebasan media, peranan pembangkang bla bla... Dan semenjak itu juga aku berharap agar negara ini mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Pemimpin nombor 1 negara mestilah seorang MUSLIM yang BERTAQWA.

2. Kepimpinannya mestilah berlandaskan ISLAM dan menjadikan UNDANG-UNDANG ISLAM sebagai UNDANG-UNDANG TERTINGGI dalam negara.

3. Kebajikan rakyat dijaga tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik.

4. Pemimpin yang terpilih sedar yang mereka dilantik adalah untuk BERKHIDMAT kepada rakyat. Maknanya bukan rakyat yang harus berterima kasih atau bersyukur kepada mereka tetapi sebaliknya.

5. Demokrasi yang telus dan media yang benar-benar bebas, padang yang sama rata untuk semua parti-parti bertanding bagi membuktikan yang mereka layak untuk dilantik oleh kita. Barulah kita mempunyai kebebasan yang benar-benar mutlak untuk memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin kita...!

P/S: Wah agak berjela entry aku kali ini, rasa syok pulak menulis... Maybe, and just maybe, aku akan menulis lagi... Insyallah...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP