Sahabat Tanpa Suara

Redhakah Aku...?

Monday, May 25, 2015


Assalamualaikum...

Petang kelmarin seorang sahabat bertandang, seorang sahabat lama... Persahabatan kami ada kedudukan yang agak istimewa bagi aku... Kami menempuh usia remaja bersama-sama, zaman-zaman baru nak up dulu bak kata orang ni... Sehinggalah aku bernikah dan hubungan kami menjadi agak renggang... Tapi tidak putus terus, ianya on dan off...

Lama kami tidak ketemu, sungguhpun dia antara yang terawal di kalangan rakan-rakan yang mengetahui akan penyakit aku ini; namun kesibukkannya menyebabkan dia tidak dapat melawat aku lebih awal... Maaf dipohonnya berkali-kali, well aku tiada masalah langsung dengan itu... 

Bila lama tidak berjumpa sudah pastilah banyak benda yang dibualkan... Tiada apa yang penting melainkan borak-borak kosong, mengimbau cerita-cerita lama... Cuma di akhir pertemuan dia melontarkan kata-kata ini dan ianya agak terkesan di hati aku:

" Uda (panggilan keluarga dan kawan-kawan kampung) aku ni banyak berjalan... Aku jumpa ramai orang, macam-macam jenis orang... Aku jumpa orang kaya, orang kayap, orang sihat, orang kuat, orang sakit, orang tenat... Orang sakit-sakit ni ramai juga aku jumpa, termasuk kau ni... Aku tak cakap sakit kau ni tak teruk, tapi aku pernah jumpa orang yang lebih teruk dari kau ni... Ada yang terlantar, tak boleh bangun, nak makan pun tak boleh... Aku tengok kau ni masalahnya sekarang cuma tak boleh bercakap jer kan... Aku tengok tubuh kau sihat jer, so Alhamdulillah sangat-sangat kan... "

" Tapi tulah aku tak duduk di kedudukan kau so aku tak boleh juga cakap sakit kau ni ringan ke apa ke... Hakikatnya hanya kau yang menanggungnya dan hanya kau yang tahu kesakitan itu... Tapi ingatlah yang sakit itu datang dari ALLAH dan pastinya ada hikmah ALLAH menghantar sakit itu kepada kau... Aku cuma nak cakap bersabarlah, tabah dan redha, ok... "

" Eh sejak bila pulak mamat ni pandai pulak cakap macam ni nih...? Ermmm what ever... " kata aku dalam hati jelah... Tapi yang sebenarnya, aku hargai kata-katanya itu, dan aku akui kebenaran dalam kata-kata tersebut... Dan ianya mengingatkan aku akan erti sebenarnya REDHA itu sendiri... Adakah selama ini aku benar-benar redha dengan takdir aku ini...?

Mengatakan kita redha dengan apa sahaja dugaan yang menimpa memang mudah, tapi hakikatnya adakah ianya seiring dengan perbuatan atau penerimaan kita...? Aku tak mengatakan sesiapa disini tetapi hanya mengatakan berkenaan diri aku sendiri... Aku nak semak balik adakah aku benar-benar 'redha'...

Menerima segala ketentuan tanpa sebarang keluh kesah...

Syarat utama untuk redha sudah pastilah dapat menerima segala ketentuan tanpa sebarang keluh kesah... Well, aku pernah juga ditimpa dengan pelbagai kesusahan sebelum ini, namun sering juga aku menerimanya tanpa sebarang keluh kesah... Tapi ini adalah by far ujian TERPALING besar yang pernah aku terima; maka untuk menerimanya tanpa sebarang keluh kesah adalah sesuatu yang amat-amat sukar untuk aku lakukan...

Pada peringkat permulaan memang aku hampir-hampir tidak dapat menerima semua ini... Jiwa aku berkecamuk, memberontak... Mengapa aku...? Bagaimana aku nak menghadapi semua nanti...? Apa yang akan jadi pada isteri aku, anak-anak aku...? Aduyai macam-macam persoalan bermain dalam kepala hotak aku, mempertikaikan ketentuan ILAHI... Bila mengenangkan saat-saat itu, segera aku beristighfar, moga-moga aku diampuniNYA...

Agak lama untuk aku dapat menerima hakikat ini... Tapi seperti yang ALLAH janjikan di sebalik setiap kesusahan pasti ada kemudahan (surah Al-insyhirah), dan aku merasai semua itu... Sehingga ke hari ini aku tak kata aku dapat menerima sepenuhnya keadaan aku ini, tapi Alhamdulillah peratus penerima aku itu semakin hari semakin tinggi... Redha aku meningkat secara perlahan-lahan... Well aku bukan wali, may ALLAH always have mercy on me...

Meyakini adanya hikmah disebalik setiap dugaan...

Bagi aku ini merupakan satu cara untuk memujuk hati, dengan meyakini bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya... Sentiasa ingat kita hanya hamba yang kerdil, jahil, tidak tahu apa-apa... Hanya DIA yang Maha Mengetahui, DIA tahu setiap sesuatu yang ada di langit dan di bumi... Kerana semua itu adalah dibawah pentadbiranNYA...

Aku yakin dengan perkara ini, kerana aku memang pernah alami sendiri beberapa perkara yang kadangkala aku rasa seperti agak kurang munasabah untuk ianya berlaku... Sekadar satu contoh ketika aku mengalami satu kemalangan yang hampir-hampir meragut nyawa aku sekitar tahun 2004... Kereta aku remuk teruk namun kecederaan aku tidak parah...

Beberapa bulan selepas kejadian itu aku menerima tawaran untuk memasuki KPLI di maktab perguruan, dan sejak dari itu kehidupan aku berubah sama sekali... Aku meninggalkan tempat tersebut dan memulakan kehidupan baru sebagai seorang guru, di tempat yang baharu... Nyata sekali kehidupan aku jauh lebih baik dari sebelumnya... Aku rasakan yang hikmah dari kemalangan tersebutlah aku dapat menikmati kehidupan yang lebih baik...

Ada beberapa perkara lagi yang boleh aku katakan sebagai live changing event yang pernah berlaku kepada aku... Kejadian buruk yang menimpa aku tetapi kesannya selepas itu memberi impak yang sangat-sangat positif dalam kehidupan aku... Takpe, biar aku simpan dulu peristiwa-peristiwa tersebut... Next entries, perhap...

Kini aku menantikan sesuatu BESAR... Insha Allah... Dengan izinNYA... Moga ianya BESAR dan LAZAT... Yelah dengan dugaan yang besar harap-harapnya hikmah di sebaliknya pun ganjaran yang besarlah ye... Ngeeee....

Dunia hanya sementara, yang kekal hanya di sana...

Friends, at the end kita harus terima hakikat bahawasanya dunia ini hanyalah sementara... Ianya bukan milik kita pun, segala-gala yang ada, isi langit dan bumi ini adalah milikNYA... Dan janjiNYA yang kekal hanyalah apa yang ada di sana... Itupun kalau disediakan tempat yang baik-baik untuk kita, harap-harapnya begitulah...

DIAlah yang menjadikan kita, memberi kita kehidupan, memberi kita udara, memberi kita rezeki... Makanya apalah hak kita untuk mempertikaikan apa sahaja perancanganNYA... Bukankah dalam Az-zariyat ayat 56 DIA telah berfirman dengan jelasnya mengapa dijadikan kita ini...? Then, apa lagi yang kita hendak pertikaikan...?

Lalu apa lagi yang perlu kita buat...? Ya terimalah segala ketentuan yang telah ditentukan untuk kita... Cekalkan hati, jangan mengeluh, yakinlah akan hikmah disebalik segala kejadian dan di akhirnya ingatlah siapalah kita ini; dan milik siapakah kita ini... Ingat jugalah bahawasanya dunia ini hanya sementara, yang kekal hanya di sana...

p/s: pesanan untuk diri sendiri: please, please, please, redha ye...


19 comments:

SalbiahM May 25, 2015 at 9:30 AM  

wow..terkesan sangat dengan entry ni Sham..betul, redha tu macam sabar jugak.cakap senang, tapi nak buat susah. yup, manusia biasa macam kita ni kadang-kadang mempersoalkan jugak, tapi semoga Allah sentiasa bimbing kita agar terus kuatkan iman.great sharing!

semoga ganhjaran besar dan lazat tu akan jadi milik awak

paridah May 25, 2015 at 9:32 AM  

assalam... kehilangan suara menyebabkan apa yg dirasai lebih banyak terpendam hati sungguh menyiksakan kerna tiada daya nk menzahirkan tapi jauh lbh baik msh ada kekuatan fizikal mampu cergas ke sana sini menguruskan keperluan diri berbanding nasib mrk yg hidup hanya di ranjang menatap siling kosong menunggu hari berlalu hari demi hari dgn doa agar msh ada harapan kembali normal tanpa menyusahkan mrk yg rapat sekeliling kita...bagi kak walau redha dgn takdir-Nya namun hati menangis juga.

saniahibrahim May 25, 2015 at 9:51 AM  

betul kata salbiah cakap redha memang senang tapi nak melaksanakn amat perit untuk menerimanya...apapun Allah maha penyanyang dan mengetahui isi hati kita.

iryantyismail May 25, 2015 at 10:11 AM  

redha - usaha - tawakal....

dari dia kita datang..pada dia kita pulang

Nieyla Nadia May 25, 2015 at 10:51 AM  

Singgah pagi...
ini merupakan entry pertama yang saye baca di blog nie..Sedikit sebanyak memberi byk pengajaran pada diri saya.. cuma ujian dan dugaan manusia ini tidak sama..:) Sama² kita Belajar Tawakal dari Ujian. Belajar Redha dari ketentuan :)

eima May 25, 2015 at 10:52 AM  

betui sgt sham ....
aku doakan ko cepat sembuh .... dan kuat untuk menghadapi semuanya ye

dear anies May 25, 2015 at 11:07 AM  

Redha... mudah disebut sukar utk melaksana... insya allah Dia dengar setiap rintihan hamba-Nya

imm May 25, 2015 at 11:19 AM  

redha dan tidak berkeluh kesah memerlukan latihan juga kan..sejujurnya saya belum dapat menguasai kedua2nya.. :(

Kakzakie Purvit May 25, 2015 at 12:16 PM  

Tidak mudah untuk dgn mudahnya menyerap rasa redha dlm hati kalau tak betul-betul mujahadah. Semakin dekat diri padaNya akan makin kuat rasa redha diri atas segala yg Allah berikan. Tak semua org mampu Sham..

aizamia3 May 25, 2015 at 12:50 PM  

Bukan semua orang mampu untuk melakukannya.
Moga Sham terus kekal kuat dalam menjalani rutin harian.

Eye_nee May 26, 2015 at 10:16 AM  

Kita manusia kan geng...redha kita hanya kita yg tahu berapa peratus terucap berapa peratus juga mampu kita serap...tabah yer geng...dunia bukan tmpt tinggal kekal abadi....penuyakit kamu brgkali bukan penyebab kematian...ada yg sihat walafiat pergi mendahului yg sakit...jgn putus asa utk mencari penawar...inn Shaa Allah...yakin dan tetap menyembah Allah yg satu...moga satu hari kamu temui penawar utk sakit yg ALlah uji kamu kini...

Gee Lion May 27, 2015 at 4:01 AM  

susah nak berkata jika tidak merasai sendiri apa yg kamu lalui. redha, ikhlas, pasrah.. didik hati perlahan-lahan utk kenal sifat2 begini. pada saya, seperti apa yg saya lalui, memang payah mulanya utk redha.. saya lebih bersifat pasrah terhadap apa yg telah berlaku. bila tertengok filem Ombak Rindu, baru saya perasan salah satu dialog yg dituturkan itu ada kena mengena dgn situasi saya. seperti Sham, saya juga merefleksi diri. rupanya susah berkata redha dan bersifat redha jika kita tidak cukup ikhlas utk menerima apa yg telah disuratkan utk kita..

sekarang saya masih mendidik hati utk merasa ikhlas pd takdir yang ditetapkan oleh Allah utk saya, inshaAllah dan saya sentiasa berharap; redha itu akan menyusul dlm jiwa saya..

Kayu Manis May 27, 2015 at 5:56 PM  

Ya Allah lma tk menjengah sahabat di sini..
Sayu hati mmbcanya..
Tabahkn hati,kerana ramai yg menyayangi kmu..
Ye hidup sementara..sementara itu semahunya kita nak Allah redha dgn kita..kitalah seharusnya lgi redha sbb kita cuma hamba saje..

Ana Jingga May 27, 2015 at 8:24 PM  

Sham ..kaku sebenarnya jari kak ana untuk meneruskan taipan di keyboard malam ni dengan entri sham kali ini.Hanya kepadaNya kak ana panjatkan doa agar sham terus tabah dalam menempuhi ujianNya.Redha satu perkataan yang cuba menguatkan semangat namun hanya Sham yang mampu menerima takdir redha ini, In Shaa Allah.

makchaq May 31, 2015 at 9:26 PM  

Ujian dan dugaan akan lebih dekatkan kita dengan Allah dan untuk naikkan darjat. Kala tak diuji kita leka, kita rasa semua dah ok.. tak terfikirkan kuasa maha besar yang bagi segala nikmat pada kita

Bunda_nora June 1, 2015 at 11:23 AM  

Redha jer lah akan ketentuan Allah...amboi! mudahkan orang lain bercakap, tapi bagi yang empunya diri Subhanallah...macam2 perasaan bermain di fikiran...

Tetapi ambil itu semua sebagai motivasi dan kekuatan, berat mata memandang berat lagi bahu memikul...Allah tahu dimana kekuatan dan kemampuan seseorang itu sebelum menurunkan ujian berat..mengadulah kepada NYA InsyaAllah ada sinar dihadapan...

Mizz ErMa June 1, 2015 at 4:57 PM  

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. insyaallah, ada hikmah di sebalik semua ujian ini..

eMMe June 2, 2015 at 3:48 PM  

Assalam En Sham, pekabar?harap sihat sentiasa di samping keluarga... minta maaf la lame tak ke blog En Sham, baru start keje pas cuti bersalin kan...
ape pun En Sham, kata-kata Uda amat berkesan pada Me... tapi kalo Me di tempat En Sham, Me tau Me tak sekental En Sham, Me faham situasi En Sham, tapi ingatlah Allah sentiasa bersama kita, jika kite sentiasa mengingatiNya..Take care En Sham...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP