Sahabat Tanpa Suara

First Cancerversary...

Wednesday, September 9, 2015

Assalamualaikum...
Pada tarikh hari ini, genap setahun yang lepas, satu keputusan ujian makmal di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dikeluarkan... Keputusan bagi ujian biopsi terhadap satu ketumbuhan yang dikesan melalui kaedah scoping di dalam tekak aku... Keputusannya, sebagaimana yang anda semua telah maklum- aku disahkan sebagai pesakit kanser... Kanser pita suara, stage 3 atau lebih tepat kategori T3N0M0...

Memang dunia gelap seketika bagi aku ketika itu... Yelah, KANSER... Suatu penyakit yang amat-amat digeruni... Suatu penyakit yang tiada penawarnya... Suatu penyakit yang membawa MAUT... Siapa tak seram kan...? Aku pernah menceritakan secara detail kisahnya disini>>

Namun itulah takdir aku, itulah yang telah direncana untuk aku, itulah ketentuan dariNYA untuk aku... Adakah ianya sekadar satu dugaan...? Atau ianya satu peringatan...? Atau satu bentuk hukuman atas dosa-dosa yang aku lakukan pada masa-masa lalu...? Hanya yang DIA yang MAHA AGUNG lagi MAHA MENGETAHUI...

Secara jujurnya aku telah mula menerima ketentuan ini... Tiada apa lagi yang nak aku persoalkan, tiada apa lagi yang ingin aku pertikaikan... Siapalah aku untuk mempertikaikan segala ini, sedangkan DIA yang MAHA BIJAKSANA sudah pasti ada perancangan yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya...

Tapi sebagai seorang hamba yang sangat jahil lagi lemah, terkadang itu timbul juga rasa kekesalan atas nasib yang menimpa ini, rasa sedih, rasa hampa, rasa tertekan... Namun Alhamdulillah kesedaran dan kewarasan sering menjelma kembali... Tiada tempat lain yang aku adukan setiap kesedihan, kehampaan mahupun rasa tertekan itu melainkan hanya padaNYA...

Apa-apa pun, hei i'm still alive... Selain suara yang masih tak sempurna, tulang 4 kerat dan anggota-anggota lain tiada yang cacat celanya... Semuanya lagi masih berfungsi seperti biasa, masih mampu melaksanakan tugas-tugas duniawi... Masih mampu untuk menunaikan segala ibadat yang diperintahkan olehNYA, untuk mengumpul segala macam keperluan buat bekalan di hari muka... Hari-hari manusia dibangkitkan semula untuk satu hidup yang KEKAL ABADI... Bukankah itu arah tujuan kita semua...?

" Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku 
hanyalah untuk ALLAH, tuhan seru sekelian alam..."


p/s: Hari ini entri pendek je... Mood kesayuan (tetiba keluar lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon dalam THR Gegar)... Huhuhu...

27 comments:

paridah September 9, 2015 at 9:13 AM  

assalam...bertawakal, berserah diri, bergantung sesungguhnya kpd Allah menguatkan semangat kita dgn takdir-Nya...ketentuan hidup kita berbeza-beza. selagi hayat dikandung badan teruskan menikmati rezeki-Nya dgn syukur. kalau kita masih bernafas bermakna masih ada rezeki-Nya utk kita.

Eye_nee September 9, 2015 at 9:44 AM  

Sesungguhnya Nikmat ALlah mana lgi yg harus kita dustakan...Alhamdulillah sahabat setahun yg lalu kamu teruji...setahun kini usia ujian itu dan kamu masih lg ada nikmat pernafasan....nikmat takwa yg makin menebal...nikmat kehidupan yg tidak akan lg kamu persiakan setelah dugaan melanda kehidupan...Keep strong...keep fighting...InsyaAllah...

HeNRieTTa JoSe September 9, 2015 at 9:47 AM  

moga cepat sembuh dan tabah....rietta xsetabah tuan blog....kagum rietta dengan ketabahan tuan blog....moga segalanya akan kembali pulih seperti dlu...

Nieyla Nadia September 9, 2015 at 9:52 AM  

Salam singgah pagi dr http://seindahcerita.blogspot.com/

Sesungguhnya perjalanan manusia ini berbeza..Namun,perbezaaan itu membuatkan kita rasa bersyukur. Stiap manusia jugak tidak akan lari dr sifat lemah,kesal dan sebagainya. Tapi selagi kita mempercayai qada dan qadar...dan yakin pada Allah..Insya'Allah lama kelamaan sifat keredhaan itu akan timbul.. Tiada manusia dalam dunia ini yang minta sakit tetapi padabila di beri sakit tidak kira berat atau ringan..itu adalah tandanya Allah sayang pada kita.Allah memberi kita peluang untuk mencari seberapa banyak pahala dan melakukan ibadah untuk bekalan kita di akhirat nanti.. Sesungguhnya, sesetengah manusia yang sihat,tidak pernah di uji dengan sakit..Lupa pada Allah dan ibadah.. keep Strong,percaya pada ketentuannya..Insya'Allah janji Allah itu pasti.. semoga tabah melalui hari² mendatang dgn sabar dan ceria :)

Sham September 9, 2015 at 9:54 AM  

Betul kak..rezeki yg paling simple tp plg besar nikmat...rezeki utk bnafas tu yg biasa kita tak sedar...

AMIIZAA@Mieja September 9, 2015 at 10:19 AM  

salams sham,

semoga cepat sihat, kuat semangat dan gembira selalu dan sentiasa dalam lindungannya amin:)

saniahibrahim September 9, 2015 at 11:24 AM  

Bertabahlah sham..selagi hayat dikandung badan kita akan terus diuji.Apapun kakak begitu kagum dengan sham menangani masalah sakit yang dihidapi...mungkin jika trjadi pada kakak tak sekuat sham.

saniahibrahim September 9, 2015 at 11:25 AM  

Bertabahlah sham..selagi hayat dikandung badan kita akan terus diuji.Apapun kakak begitu kagum dengan sham menangani masalah sakit yang dihidapi...mungkin jika trjadi pada kakak tak sekuat sham.

Malinda September 9, 2015 at 12:22 PM  

sesungguhnye Allah menguji umatnye mengikut kemampuan masing2...terus kuat dan tabah dalam mengharungi ujian ini...moga Allah memberi kesembuhan pada sham

Normala Saad September 9, 2015 at 1:30 PM  

Syukur Alhamdulillah, Sham masih terus positif mengharungi hidup. Semoga hari berikutnya akan terus tabah dan bersemangat!

Ana Jingga September 9, 2015 at 5:11 PM  

sham.. semoga terus tabah dan sabar dalam menempuh ujianNya ini.

ewanthology September 9, 2015 at 10:02 PM  

syukur alhamdulillah... semoga tahap kesihatan bro sham semakin baik.

iryantyismail September 10, 2015 at 2:34 AM  

asalamualaikum sham
.be strong ok...take care

Izwa Kamaruddin September 10, 2015 at 12:25 PM  

speecless...sebak plak nak komen..

aizamia3 September 10, 2015 at 4:02 PM  

Moga rutin harian berjalan dengan baik hendakNYA.

Jari Manis September 13, 2015 at 1:07 PM  

semoga tabah sham..JM tau u kuat..be strong...syukur ya Allah

Nora Karim September 15, 2015 at 12:56 AM  

terkedu baca entri ni... saya kali pertama singgah ke sini... apa pun saya doakan tuan blog cepat sembuh... Moga Allah beri kekuatan buat tuan blog... saya percaya Allah berikan ujian kepada orang2 yang mampu menanganinya... Take care sham...

Kakzakie Purvit September 15, 2015 at 3:29 PM  

Semakin cekal dan redha membuat Sham mampu untuk memberi keceriaan buat keluarga. Biar hakikat hati Sham Allah jua yg tahu. Sungguh benar kata Sham Allah yg agung maha mengetahui mengapa Sham diberikan ujian begitu.

Serahkan segalanya pada DIA..

Ujie Othman September 20, 2015 at 11:02 PM  

saya doakan semoga Sham diberi kekuatan oleh Allah untuk menempoh hari2 mendatang. Tiap2 kesukaran/kesakitan/derita pasti berbalas kemanisan..di dunia atau di akhirat nanti. Janji Allah pasti!

insan marhaen October 7, 2015 at 3:47 AM  

saya dulu pun begitu.

pertama bila dapat tahu anak ke 3 saya mengalami sindrom disleksia... terasa satu batu besar terhempap atas bahu saya.

kedua bila secara tiba-tiba isteri saya menghidap bipolar disorder. 3 tahun saya merana menjaga dan membiasakan diri dengan dunia baru yang asing.

saya juga bertanya kepada Tuhan... kenapa saya ditimpa ujian sebegini berat?

namun rupanya... jika kita sabar tempuhi kepahitan, akhirnya ia menjadi sesuatu yang manis!

arzmoha October 13, 2015 at 6:59 PM  

Kisah sham banyak beri kesedaran. Ya adakala kita abai nikmat sihat yang diberikan
Sham macam mana sekarang?

Pha Is October 21, 2015 at 11:47 PM  

alhamdulillah...
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Ash-Syar-h 94:5)

aizamia3 November 22, 2015 at 8:09 AM  

Lama tak dengar berita dari abg Sham.
Macama mana keadaan terkini abg Sham ye..?
Moga semuanya baik2 belaka..

Bunda_nora December 2, 2015 at 5:59 AM  

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...
Bertabahlah...mungkin ada sinar disebalik semua dugaan...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP