Sahabat Tanpa Suara

Nama Lain Bagi Makkah

Monday, July 19, 2010

Selain nama Makkah Al Mukkaramah, kota suci bagi umat islam ini juga dipanggil dengan pelbagai gelaran yang lain. Di dalam al-Quran ada menyebut sekurang-kurangnya 11 kali dengan gelaran-gelaran yang berlainan termasuk nama 'Makkah' itu sendiri. Manakala sesetengah pendapat ada juga mengatakan yang Makkah turut mempunyai 30 nama yang berlainan. Nama-nama yang dipetik dari al-Quran adalah seperti:

1. Bakkah (surah Ali-Imran ayat 96)
Bakkah membawa maksud memecah atau mencarik. Terdapat empat pendapat berkenaan nama Bakkah ini iaitu:
i. Nama kepada seluruh Tanah Haram
ii. Nama kepada tapak Kaabah
iii. Nama kepada Kaabah dan Masjidil Haram
iv. Nama tempat di antara 2 bukit di sekeliling Kaabah

2. Ummul Qura (surah Al-An'am ayat 92 dan surah Asy-Syura ayat 7)
Ummul Qura bermaksud 'Perkampungan Tua'. Dinamakan 'Perkampungan Tua' kerana ianya merupakan kota yang paling lama sejak dari zaman Nabi Adam A.S lagi.

3. Al-Balad (surah Ibrahim ayat 35 dan surah Al-Balad ayat 1-2)
Al-Balad bermaksud negeri.

4. Al-Balad al-Amin (surah Al-Tin ayat)
Ertinya negeri yang aman. Riwayat mengatakan yang Makkah merupakan kota yang aman bahkan pada zaman Jahiliyah lagi pun. Orang-orang Arab akan menyebut 'al-Amin' jika sesuatu itu dapat memberi keamanan.

5. Al-Baldah (surah Al-Naml ayat 91)
Al-Baldah juga membawa maksud negeri manakala dalam ayat di atas Al-Baldah merujuk kepada Makkah.

6. Haraman Aamina (surah Al-Qasas ayat 57)
Ertinya Tanah Haram yang aman. Sejak dahulu lagi Makkah menjadi tempat perlindungan bagi orang-orang yang takut dan berlindung di dalamnya.

7. Waad Ghairu Dzii Zar'in (surah Ibrahim ayat 37)
Bermaksud lembah yang gersang. Ini merujuk kepada keadaan Makkah semasa Nabi Ibrahim A.S meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Ismail.

8. Ma'aad (surah Al-Qasas ayat 85)
Erti Ma'aad adalah kembali. Ia menceritakan kisah kembalinya Rasulullah dari Madidah setelah peristiwa Hijrah.

9. Qaryah (surah Muhammad ayat 13)
Maksudnya negeri atau apung. Didalam ayat tersebut 'negerimu' yang dimaksudkan adalah Makkah.

10. Al-Masjidil Al-Haram
Dimaksudkan dengan merujuk kepada beberapa tempat iaitu Kaabah, Masjidil Haram dan sekitarnya, Seluruh Makkah ataupun seluruh Tanah Suci.

11. Makkah
Erti Makkah yang sebenarnya adalah membinasakan atau mengurangkan. Ini bermaksud Makkah mengurang atau menghapuskan dosa orang-orang yang datang kepadanya. Manakala orang yang melakukan kezaliman akan dibinasakan di sana.

Wallahua'lam bisawab...

0 comments:

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP