Sahabat Tanpa Suara

Guru Berpolitik?

Sunday, August 1, 2010

Mulai hari ini, geng-geng sekerjaan aku yang bergred 41 ke 48 kembali berpeluang untuk aktif secara 'terang-terang' dalam politik. Satu keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan diumumkan pada dua tiga hari yang lepas. Ada yang teruja ke? Bagi aku pastinya ada. Sedangkan dalam keadaan tidak dibenarkan pun masih ada kalangan guru yang aktif dalam politik. Sebelum ini pun memang biasa mendengar ada cikgu yang guna 'kabel' untuk bertukar dari satu tempat ke satu tempat; ada pulak yang guna kuasa politik untuk 'set' mana-mana cikgu lain yang dia tak suka... Tapi aku bukan nak cerita pasal topik yang 'kontroversial' ini.

Apa yang aku nak kongsikan adalah impaknya pada diri aku sendiri. Aku bukan tak minat politik tapi aku bukan dilahirkan untuk jadi orang yang pandai berpolitik. Politik bagi aku boleh jadi sesuatu yang mulia; boleh pulak menjadi yang menjijikkan; ada masa politik menguntungkan; ada kala pula menghancurkan. Namun politik tidak pernah lepas dari perhatian sesiapa pun. Pak Mat kat kedai kopi, Kak Non kat tepi tingkat malah brader kat Kompleks Pertama pun, kalau cerita pasal politik memang boleh 'kasi gegar' punya. Tapi hakikatnya pada aku cukuplah aku sekadar mengambil tahu perkembangan politik tanah air. Dan tak terlintas lagi di hati aku untuk menceburi bidang politik ini.

Tapi aku nak bagitahu ini: aku tak suka terlibat dengan politik 'kepartian'. Aku tak nak jadi ahli UMNO, aku tak berniat lagi nak berdaftar dengan PAS. PKR pun aku tak terbuka hati lagi. Bagi aku patut ada dua golongan. Golongan pertama biarlah terdiri dari ahli-ahli politik, tak kiralah dia cikgu ke, driver bas ke, pak mail ke sape ke; yang penting dia pandai berpolitik. Ahli politik mesti ada parti. Dan ahli politik mesti memperjuangkan parti politik yang disertainya. Golongan kedua adalah orang-orang yang mengundi parti politik. Tapi golongan ini tidak boleh terlibat dengan mana-mana parti politik. Mereka adalah panel penilai kepada parti-parti politik yang diperjuangkan oleh golongan yang pertama tadi. Tapi golongan yang kedua ini MESTI diberi hak dan kebebasan yang seoptimanya untuk memilih parti politik bagi memerintah negara ini.

Golongan kedua ini tidak boleh terikat dengan mana-mana parti. Konsep kesetiaan kepada satu-satu parti tidak boleh dipegang oleh golongan ini. Mereka patut menjadi 'hakim' kepada mana-mana parti yang berhajat untuk memerintah negara ini supaya berjuang dengan penuh rasa tanggungjawab, berintegriti dan beramanah. Bagi aku ini mungkin boleh mengelakkan berlakunya keadaan di mana adanya parti-parti yang berkuasa memerintah negara yang bergelumang dengan kes-kes korupsi, ketidakadilan, pecah amanah dan sebagainya...Oops... Aku tak berniat untuk menjolok sesuatu di sini. Kalau nak bercerita tentang benda-benda ni kenalah buka post atau kategori baru.

Cuma aku perlu usha betul-betul dulu akan ketelusan kerajaan dalam membenarkan guru-guru kembali menceburi bidang politik. Adakah kebenaran itu hanya untuk yang akan berjuang mewakili pihak parti pemerintah? Atau ianya betul-betul bersifat ketelusan sejati tanpa mengira penglibatan guru-guru di dalam parti pembangkang sekali pun. Walau apa pun hakikatnya, pendirian aku masih tetap seperti yang aku tekankan tadi. Aku tidak berminat menyertai mana-mana parti politik, aku tidak suka politik 'kepartian' dan aku adalah dalam golongan kedua. Aku akan memilih mereka-mereka yang aku rasakan akan memerintah negara ini dengan sebaik-baiknya; memakmurkan kehidupan aku dan rakyat jelata...


Dalam banyak-banyak 'bendera' ni, kita pilihlah yang terbaik sahaja...

0 comments:

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP