Sahabat Tanpa Suara

Binaan Kaabah I

Saturday, October 2, 2010


Kaabah merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia bagi mengerjakan ibadat solat yang telah diwajibkan ke atas mereka. Bangunan Kabaah sebenarnya merupakan sebuah struktur batu yang berbentuk kiub dan ditutupi dengan kain baldu berwarna hitam. Bangunan Kabaah terletak betul-betul di tengah-tengah Masjidil Haram.

Kaabah berbentuk kiub dengan batu yang diperbuat dari marmar setebal 25 cm. Tinggi Kaabah adalah 15 m. Panjang di sebelah utara dari penjuru ke penjuru adalah 9.92 m, di sebelah barat adalah sepanjang 12.15 m, sebelah selatan sepanjang 6.5 m dan di sebelah timurnya sepanjang 11.85 m. Keempat-empat sudut bangunan Kaabah mempunyai nama yang tersendiri. Sudut-sudut ini telah dinamakan dengan rukun-rukun mengikut arah masing-masing:

1. Sudut sebelah utara: Rukun Iraqi (arah Iraq atau Mesopotamia)
2. Susut selatan: Rukun Yamani (arah Yamin)
3. Sudut barat: Rukun Syami (arah Syam atau Suriah)
4. Sudut timur: Rukun Aswad (arah Hajar Aswad atau batu hitam)

Pintu Kaabah terletak di sebelah utara. Ketinggiannya 2 m dari lantai dan lebarnya 1.7 m. Pintu tersebut telah diperbuat pada 1399 H dan menelan belanja 13, 420 Riyal dan menggunakan emas seberat 280 kg.Ianya disaluti dengan emas dan perak. Ada tangga yang boleh dibawa ke pintunya seperti tangga mimbar masjid tetapi tidak akan ditinggalkan dengan tetap. Tangga tersebut dibina daripada kayu yang dilapiskan dengan perak yang telah dihadiahkan oleh seorang raja Islam dari India. Tangga tersebut hanya akan diletakkan di hadapan pitu Kaabah apabila pintunya perlu dibuka sahaja. Pintu Kaabah akan dibuka apabila ada penziarah rasmi dan pertemuan besar yang diadakan tidak lebih dari 15 kali setahun. Bahagian dalam Kaabah akan dibersihkan dengan menggunakan air zam-zam oleh Khadimul Haramain atau pun wakilnya. Manakala dinding Kaabah akan dibersihkan dengan penyapu khas yang diperbuat daripada daun tamar dan direnjis dengan bau-bauan.

Gambar dari HALAQAH

Keterangan gambar:

1. Hajarul Aswad
2. Pintu Kaabah
3. Mizab atau Pancur Emas
4. Syazarwan (konkrit kaki kaabah)
5. Hijir Ismail
6. Multazam
7. Maqam Nabi Ibrahim a.s.
8. Rukun (penjuru) Hajarul Aswad
9. Rukun (penjuru)Yamani
10. Rukun (penjuru) Syami
11. Rukun Iraqi
12. Kiswah Kaabah
13. Garis Mula Tawaf

0 comments:

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP