Sahabat Tanpa Suara

Pukau!!

Monday, October 4, 2010


Ini kejadian benar yang berlaku berkaitan dengan pukau. Tapi bukan terjadi pada aku (syukur Alhamdulillah) tapi pada adik aku sendiri. Lokasinya di hentian Sg Buloh PLUS (alah yang ada restoran jejambat tu) menghala ke KL. Aku yakin kejadian tersebut memang kes pukau kerana: 1- kejadian berlaku tengah hari buta di parking tempat open dan orang memang tengah ramai, 2- memang berlaku kehilangan duit tapi adik aku sedar hanya selepas mamat 2 ekor tu hilang dari pandangan dan 3- adik aku dengan selamba mengeluarkan duit dia yang ber'kepuk' di hadapan orang yang tak dikenali (biasanya dia tak akan buat macam tu).

Alkisahnya sebegini: Kami satu family baru balik dari kampung (Sungkai Perok) menziarahi Opah n siblings belah Abah aku di sana. 4 biji kereta semuanya. On the way balik kami singgah di Hentian Sg Buloh untuk RnR- refil n reboom. Aku terus menuju ke tandas untuk reboom. Yang lain aku agak terus menuju ke tempat makan untuk refil. Keluar je aku dari tandas aku tengok adik aku dah tercengang-cengang kat tepi kereta dia. Orang cakap macam ayam berak kapur. Mak aku, kakak aku dan abang ipar aku ada bersama-sama. Perkara pertama yang mak aku cakap dekat aku: "adik dah kena pukau! Duit dah lesap 500!"

"Camana pulak jadi gitu?" tanya aku.

"Masa awak masuk tandas tadi, adik nak masuk gak tapi kena tahan dengan 2 orang mamat arab. Mak dalam kereta, nampaklah salah sorang tu tepuk bahu adik. Tetiba je adiknya keluarkan duit. Ntah apa yang mamat tu cakap sampai adiknya berani keluarkan duit bukan main banyak dari dalam poketnya... Nasib baik Abd Din (abang ipar aku) cepat datang. Mamat arab tu terus je blah bila nampak Abg Din datang."

"Camana ni?" aku tanya adik aku.

"Camni, mula-mula mamat arab tu tepuk bahu adik, katanya nak tukar duit 10-10. Adik keluarlah duit adik dalam poket ni. Dalam poket masa tu semua duit 50-50, adalah dalam belas-belas keping. Dia cakap 'no, no, not this' sambil usik-usik duit 50-50. Adik tak perasan pun dia ada tarik duit tu ke tak. Ntah la, rasa macam dia buat silap mata je. Masa Abg Din datang tu diorang memang nak blah dah. Lepas tu baru adik terfikir apa pasal aku boleh keluar duit suka-suka je depan orang pulak? Lepas tu adik check duit memang dah shot. Shotnya kurang-kurang pun dalam 10 keping la..."

Aduyai dalam hati aku kata "memang dah kenala ni. Em nak buat macam mana. Mamat arab tu memang dah lesap ntah ke mana. Duit adik aku pun melayang RM500...

Moral of the story:

1. Jangan keluarkan duit depan orang yang tidak dikenali.
2. Sentiasa berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali lebih-lebih lagi warga asing.
3. Bukan aku nak suruh korang jadi kurang ajar, tapi dalam dunia sekarang ditambah lagi dengan bermacam-macam cerita tipu sana tipu sini- eloklah kita tidak terlalu ramah dengan warga asing terutama yang belah-belah Africa or Timur Tengah tu.

4 comments:

sz | m.s.s October 5, 2010 at 12:16 PM  

ya Allah... risau nya dengar kes2 gini...
ayah mertua pun kena "pukau" gak beberapa bulan lepas ...
orang tu jual "batu", siap bapak mertua balik rumah amik duit dua ribu & datang semula ke tempat kejadian (orang tua tak pki kad ATM, duit simpan bawah katil/tilam gaknya) ...
pas amik duit orang tu pun lesap & bapak mertua mmg mcm sedar tak sedar je...diawang2an...

Sham October 5, 2010 at 10:13 PM  

tulah dalam dunia sekarang ni macam2 cara orang nak menipu...berhati-hati sajalah...dan selalu berdoa semoga kita diselamatkan...

iRfan Johan December 6, 2010 at 9:37 PM  

pukau mmg bahaya....sekarang x yah tepuk2 dah..tenung mata je terus cair (kne pukau). hati2..amal kn surah2 pendinding diri :)

amiey lee June 16, 2011 at 11:14 AM  

smlm kta pun hampir kena benda yg sama

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP