Sahabat Tanpa Suara

Mati - Satu Kepastian

Thursday, October 14, 2010

Semalam ketika sedang minum dengan beberapa rakan guru, kami didatangi dengan satu berita kematian. Pakcik kedai minum yang kami selalu gak lepak untuk sarapan dulu dah menyahut panggilan Illahi. Segera aku terbayangkan wajah Pakcik tersebut. Sedih pulak aku rasa. Arwah meninggal di Hospital Temerloh akibat penyakit kencing manis yang berlarutan. Khabarnya dah lama pun arwah menderita penyakit kencing manis tu. Patutlah kebelakangan ni kedai dia pun kejap tutup kejap buka. Kalau buka pun anak dia je yang jaga. Muka dia pun dah lama aku tak nampak.

Oleh kerana anak dia merupakan bekas pelajar sekolah kami juga, maka kami pun berpakat untuk pergi menziarahi jenazah. Sesampai di surau taman perumahan tempat tinggal arwah, orang kampung dah ramai berkumpul di situ. Rupa-rupanya jenazah baru sampai dan belum dimandikan pun lagi. Kami terus menuju ke arah keluarga arwah. Bersalaman dengan anak-anak arwah sambil mengucapkan takziah. Aku tak kenal pun anak-anak arwah kecuali yang biasa menjaga kedai makan sahaja. Aku kira yang duduk di sebelah jenazah tu pastilah anak sulung lelakinya kot. Dia mempelawa kami menjengah arwah lalu dia membuka tudung keranda dan menyelak kain batik arwah. Tetiba je aku rasa sayu semacam sangat-sangat. Tak jadi aku naik ke surau. Tunggu kat bawah jela aku duduk dengan orang-orang kampung yang lain.

Dah lama sebenarnya aku tak menziarahi jenazah. Kali terakhir aku rasa dalam setahun dua yang lepas. Kira pangkat tok sedara aku jugalah. Patutlah Nabi S.A.W memesan kita agar selalu pergi menziarahi orang meninggal. Memang terasa ada suasana yang menginsafkan selain rasa sayu dan sedih. Perasaan takut mati itu pun datang menusuk-nusuk ke dalam jiwa. Peringatan itu datang secara tiba-tiba: "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan ingatlah: "MATI - ianya adalah satu kepastian".

Nabi memesan kita agar selalu menziarahi kematian agar kita dapat selalu mengingati akan hari mati kita sendiri. Gambar hiasan.

5 comments:

kobEj0rdan~ October 14, 2010 at 2:57 PM  

mengingati mati dapat mencegah diri membuat kemungkaran:D

ASSOYFINGER67 October 15, 2010 at 4:49 AM  

Berita kematian adalah satu peringatan bagi yang hidup...kerana di sebalik leka mengejar dunia ...ramai yang leka bahawa ada titik yang jaraknya semakin dekat...moga kita mendapat hidayahNYA selalu...

Sham October 15, 2010 at 9:15 PM  

Ya Allah hidupkanlah aku di dalam iman dan matikanlah aku di dalam iman. Berikanlah aku sebaik-baik kematian...amin...

silenceaneesa ♥ October 15, 2010 at 11:44 PM  

al-Fatihah. Moga Allahyarham berada di kalangan orang orang yang beriman. amin.

Sham October 19, 2010 at 1:35 PM  

takut bila ingat mati...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP