Sahabat Tanpa Suara

Iffahani - Permulaan Sebuah Kehidupan

Monday, October 18, 2010


Tanggal 17/10/2010 tepat jam 12.51 tengahari , seorang lagi ummat Nabi Muhammad S.A.W berjaya di'landing'kan di atas muka bumi ini. Maka dengan penuh kesyukuran dan linangan air mata aku menyambut 'puteri' seberat 2.62 kg yang dikurniakan olehNya kepadaku. Mengimbas kembali peristiwa tersebut:

16/10/10

(8:30pg) - ketika aku bersiap-siap untuk ke sekolah menduduki PTK (yang mungkin terakhir bagi aku) aku terdengar jeritan isteri dari dalam bilik. "bang, dah keluar tanda!"

(10:30pg) - kami berdua dah berada di Hospital Besar Temerloh. Menurut doktor yang berkenaan:"hem tak perlu risau, bukaan masih kecil. Kita masuk wad dulu. Saya estimate mungkin esok baru baby akan keluar..."

(12:30ptg) - mendaftar di wad Kenanga 2 Tingkat 5. Wad dipenuhi dengan wanita-wanita buncit akibat terkena buatan orang...ops sorry, gurau. Catatan isteri, rasa sakit berselang 15 minit sekali.

(5:30ptg) - Shahmin bersama Atuk dan Wan sampai dari Bentong. Waktu lawatan disini sangat ketat. 12:00tgh-2:00ptg dan 5:00ptg-7:00mlm. Straight, tak lebih tak kurang, setiap hari.

(9:30mlm)- tinggal aku sorang terkontang-kanting. Baru nak cari tempat tidur. Aku menuju ke Balai Pelawat di belakang hospital berhampiran kuarters. Mujur- masih banyak katil. Tak mujur- tukang sewa tilam dah balik rumah. Terpaksalah aku tidur atas katil ganai (kata orang pahang). Aku bermesej dengan isteri, catatannya- rasa sakit berselang 10 minit sekali. Dunia aku hari itu berakhir bila aku menutupkan mata jam 11:00mlm.

17/10/10

(8:30pg)- selepas subuh standardlah tidur balik. Aku tersedar bila mendengar mesej isteriku. "sakit dah selang 5 minit ni..!"

(11:30pg) - debaran memuncak. Isteri aku dah di dalam dewan bersalin. Aku dengan penuh debaran menunggu nama dipanggil.

(12:15tgh) - Isteri aku dah terlantar di atas katil. Mulutnya terkumat-kamit:"Laila hailla anta..." (doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan). Dua tiga orang nurse praktikal kejap menjenguk, kejap mengintai #*@^ isteri aku sambil merepot pada chief diorang. Aku tengok chief dia relax je... Aku kira dialah yang bakal membidankan isteri aku ni. Aku sebagai penyokong moral mula menjalankan kerja-kerja aku- menenangkan isteri aku lah...

(12:20tgh) - aksi bermula... Isteri aku dah tercungap-cungap. Sakitnya dah sampai kemuncak. Bidan tadi mula menyuruh isteri aku meneran bila terasa sakit. Aku masih bertindak sebagai pemberi semangat...cewah. Sesekali aku menoleh ke #*@^ isteri aku. Nak tengok ke tak nak tengok ni, aku takut aku pulak yang pengsan kang.... "apa intai-intai je encik, tengok jelah, bukan orang lain pun..." kata bidan tadi.

(12:40tgh) - aku bukan malu nor segan nak tengok #*@^ isteri. Cuma aku rasa seram sejuk. Semasa kelahiran Shahmin aku tak berpeluang sampai ke peringkat ini. Pada masa ini, terjadi sedikit kesulitan. Isteri aku dah hilang tenaga meneran. Baby dah menunjukkan tanda nak keluar tapi akibat kurang teranan baby tersangkut..!

(12:50tgh) selepas melakukan sedikit 'prosedur' (yang tak sanggup aku nak ceritakan disini) barulah aku betul-betul memberanikan diri untuk melihat ke arah 'pintu' tempat bakal keluarnya anak aku nanti. Dengarlah wahai kawan-kawan sekalian, bahawa ini merupakan KEHEBATAN ALLAH S.W.T. Aku melihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana kepala anakku mula 'melincir' keluar, diikuti dengan bahu dia, badan dia, kaki dia dan yang terakhir tali pusat dia bersama-sama dengan 'kembar' dia di dalam perut. Segala-galanya aku rasakan macam bergerak dalam slow motion. Wah ajaib sungguh...

Sebaik keluar bidan menjunjung anakku dan bertanya isteri:"puan tengok anak puan! tengok anak puan! bagitau kami jantina dia!"

"baby girl..." kedengaran suaran isteri lemah tapi penuh dengan kelegaan dan kesyukuran.

Bidan tersebut tersenyum lalu meletakkan anakku di atas dada isteri aku. Sambil pembantunya menyumbat seperti paip getah halus ke dalam mulut anakku mungkin untuk mengeluarkan cecair. Seketika kemudian berkumandanglah: ueeekkkkk!!! Serentak dengan itu tanpa segan silu air mata aku tak dapat ditahan-tahan dah...Aduyai kantoi kemachoan aku...

*Pesanan aku untuk isteriku dan sesiapa yang bergelar ibu: Terima kasih kepada kalian. Pengorbanan kalian semua adalah pengorbanan yang paling mulia. Sesungguhnya benar dan tidak boleh disangkal lagi bahawa- syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

*Pesanan aku untuk aku sendiri dan para suami: sayangilah isteri @ isteri-isteri kita. Bagi yang masih belum berpeluang, saksikanlah bagaimana mereka 'mempertaruhkan nyawa' mereka di dewan tersebut. Mungkin selepas itu kita akan benar-benar menghargai mereka, lalu benar-benar menghayati alam rumah tangga...


10 comments:

sz | m.s.s October 19, 2010 at 11:50 AM  

alhamdulillah..
tahniah cikgu sham & isteri serta keluarga atas kelahiran puteri ni...

nur October 19, 2010 at 1:37 PM  

Alhamdulillah.tahniah atas kelahiran putri ini.. apa namanya.. dan kepada semua bakal bergelar bapa.. diharapkan dapat bersama isteri untuk melihat sendiri kepayahan mereka.. tahniah sekali lagi
ALL IN ONE

Fuziani JSR October 19, 2010 at 2:12 PM  

Tahniah tuan rumah... saat menimang setiap cahaya mata adalah saat gembira yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.. kerana anak adalah anugerah Allah yang tak terhinggah nilainya... Hairan ye.. ada juga manusia yang sanggup mencampakkan mereka ke tong-tong sampah, ke semak belukar, ke sungai dan di tempat-tempat yang tak sepatutnya...

Yati October 19, 2010 at 3:19 PM  

Cikgu Sham,
tahniah di atas kelahiran puteri!
Bagus, dapat tengok sendiri. Suami saya juga berada di samping saya, bukan saja waktu lahir normal, waktu ceasar pun dia masuk sekali. Dia berani tengok darah.
Hargai dan sayangi isteri anda. Apa-apa buat, fikir la anak dan isteri.

Mine October 19, 2010 at 3:48 PM  

hamboi....
igt jugak pengorbanan mak-mak kamu
ye yang melahirkan....
bukan takat kesian kat isteri aje ye!!!....

nway tahniah kerana kehadiran Iffa memeriahkan lagi keluarga RAMSAL.....

Sham October 19, 2010 at 10:59 PM  

tima kacih semua...mine:ibu tetap jatuh nombor 1...!

ChiLaBaey's Spot October 21, 2010 at 1:29 AM  

Tahniah bro... Kunjungan balas dari saya...

Kunjungan kali pertama ni di blog awak...

*Jom join contest saya... Hadiah menarik... :)

Bermula : 15-25 Oktober 2010

http://chilabaeys.blogspot.com/2010/10/perhatian-contest-chilabeays-spot-telah.html

bonda October 22, 2010 at 1:18 PM  

Tahniah Sham atas kelahiran dan kehadiran orang baru.

Iffah Hamed October 23, 2010 at 5:09 PM  

wahh..alhamdulillah. tahniah for the new born baby.. insyallah da besar nanti tak kurang cerdok dan cantik mcm name iffah yg lain2..huhu

Papa Mifz November 27, 2010 at 7:29 PM  

tahniah cikgu sham....mmg pengalaman yg menarik bila berada dlm labour room tu....saya pun dah laluinye jugak...baby saya lahir 19/10/2010,selang 2 hari dari anak cikgu sham...:)

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP