Sahabat Tanpa Suara

Gengster Sekolah, Perpaduan Kaum

Monday, October 4, 2010

Alang-alang nak jadi gengster biarlah sampai jadi macam Denzel Washinton.


I

Hari ini baru aku mendengar satu cerita hangat di sekolah aku yang berlaku pada minggu lepas. Kejadian berlaku hari Khamis dan kebetulan aku mengambil CRK pada hari itu, hantar isteri aku ke Hospital Temerloh. Ada problem sikit dengan baby dalam kandungan. Tapi itu cerita lain lah. Yang aku nak kisahkan disini adalah kejadian 'serangan' dari bapa student ke atas salah seorang guru kat sekolah aku. Gempar katanya sekolah aku hari itu. Bapa student tu pulak datang ala-ala gengster nak cari cikgu ni, yang didakwa menghukum anaknya tanpa usul periksa. Nak jadi best lagi cerita, si bapa student ni merupakan 'orang kuat' sebuah parti politik (bukan melayu) yang presidentnya dah ala-ala nak berkuasa sampai mati. Baru-baru ini baru ada ura-ura nak letak jawatan. (boleh agakla sape kan?)

Alkisahnya kejadian bermula pada waktu PJ guru berkenaan. Si student tadi tak membawa pakaian yang sepatutnya. Ini bukan kali pertama, dah beberapa kali kena warning dah. So abis hanginla cikgu ni. Bila ditanya kenapa tak bawa baju, menjawab pulak dia dengan nada yang kurang ajar. (sorry to said la, budak ni memang aku pun ada baran sikit dengan dia, memang dah terkenal gakla budak ni kiranya di sekolah aku ni). Balik pada cerita tadi, kena dendala si student tadi. Dendanya: TEMPELENG. Pelempanggg... Ikutkan memang salah gakla tindakan cikgu tu kan.

Tapi yang dipertikaikan adalah cara si bapa tadi datang ke sekolah keesokkan harinya. Dahlah datang dengan cara ala-ala gengster dengan seorang kawannya (pun ala-ala gengster). Mengamuk-ngamuk di ofis bertanya: "cikgu mana pukul anak saya! Tarak kenal saya ka! Saya orang kuat *** (parti politik). Nanti saya mau kasi hantam sama dia." Untuk tidak mengeruhkan keadaan cikgu tadi tak muncul-muncul di ofis. Tindakan GPK Hem aku adalah menasihatkan si bapa membuat laporan polis. Dia siap minta maaf bagi pihak cikgu terbabit.

Setakat yang aku dengar hari ini si bapa dah buat laporan polis dan polis sudah pun mengambil keterangan dari kedua-dua pelajar dan guru terbabit. Yang aku risaukan kes ini akan berpanjangan sebab sekarang aku dengar si guru dah berura-ura nak memanjangkan perkara ini kepada sebuah lagi parti politik (yang memperjuangkan Melayu) kerana rupa-rupanya cikgu ini pun katanya bukan calang-calang orang dalam **** (parti politik Melayu tu la...) kuang kuang kuang...

II

Sekali imbas nampak kes di atas seperti membabitkan pertelingkahan antara kaum. Namun aku amat berharap ianya tidak berlarutan. Bercerita tentang hubungan kaum di negara kita, ini adalah kenyataan dan realitinya. Luaran nampak macam tiada apa-apa masalah tetapi bila kita telitikan, ketidak sefahaman dan perasaan curiga-mencurigai antara kaum sebenarnya memang wujud. Ini adalah cerita yang sensitif namun aku terpanggil untuk memberi sedikit ulasan dan pandangan aku. Lebih-ebih lagi kebelakangan ini kalau kita tinjau perkembangan politik negara kita memang agak hangat isu ini. Kes Pengetua sekolah yang dikatakan rasis, kes Namewee, kes mempertikaikan keistimewaan Melayu dan sebagainya. Aku rasa benda-benda ni macam bom jangka yang akan meletup bila-bila masa sahaja.

Aku belum dilahirkan ketika terjadi peristiwa 13 Mei tapi menurut orang tua aku, semua orang hidup dalam ketakutan pada ketika itu. Suasana memang agak tegang terutamanya di bandar-bandar. Semua orang termasuk aku berharap perkara seumpama itu tidak akan berlaku lagi. Namun apa jaminannya perkara-perkara sebegitu tidak akan berlaku lagi. Ditambah lagi sekarang ni muncul pulak NGO-NGO yang nak tunjuk hero kononnya merekalah pejuang bangsa dan sebagainya. Buat demonstrasi nak tunjuk kuasalah, ketuanan Melayulah apa lah...Opps dah termasuk ke cerita politik pulak ni...Aku peminat cerita politik jugak tapi bukan di sinilah ye...

U-turn balik. Aku tak nak bercerita tentang hubungan kaum dari perspektif politik, tapi dari perspektif dunia pendidikan. Cuba kita imbas sikit iklan Allahyarham Yasmin yang kisah interview budak sekolah rendah. Iklan tersebut memang menarik. Pada usia sebegitu memang tak terlintas pun di fikiran budak-budak itu tentang kaum. Cina ke, India ke, Melayu ke, semua kawan. Tapi bila sudah mula membesar ke peringkat sekolah menengah, mulalah muncul bibit-bibit ketidaksefahaman antara yang berlainan kaum. Di sekolah aku sekarang pun memang ketara sangat-sangat. Itu di dalam sekolah, bagaimana bila mereka ini di luar sekolah? Lepasan sekolah pula bagaimana?

Aku rasa sudah sampai masanya ada pihak yang meneliti perkara ini dengan serius. Maksud aku serius yang seseriusnya! Tiada yang tidak serius melainkan serius belaka. Pihak mana yang patut pikul tanggungjawab ni? Siapa lagi kalau bukan kerajaan. Mungkin inilah masanya mereka serius untuk membincangkan tentang SEKOLAH 1 ALIRAN. Ketepikan segala politiking, unsur-unsur ketidak telusan, korupsi dan sebagainya. Tunaikanlah tanggungjawab anda kepada rakyat...

Sampai ke mana perpaduan Bangsa Malaysia yang dicanang-canangkan ini?

2 comments:

sz | m.s.s October 8, 2010 at 9:41 PM  

sangat mengerikan bila melibatkan kaum2 lain ni...di harap dapat diselesaikan dengan cara baik la ye kes tersebut...

Sham October 12, 2010 at 9:44 PM  

dengar cite masing2 dah setuju taknak panjangkan kes...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP