Sahabat Tanpa Suara

Untuk Isteriku, Doa Mudah Bersalin

Saturday, October 9, 2010


Esok genap minggu ke-39 kandungan isteri aku. Seminggu lagi genaplah 40 minggu kandungannya. Menurut doktor pakar di Hospital Besar Temerloh, pada hari tersebut baby aku akan dilahirkan- by hook or by crook. Wah bahaya je bunyinya kan. Sebenarnya isteri aku dah direfer ke doktor pakar sejak 2 minggu yang lepas. Ini berikutan keadaan kandungannya yang ada sedikit masalah. Menurut scanning berat kandungan tidak tele dengan minggu kandungan. So katanya baby dalam kandungan termasuk dalam golongan baby kecil. Untuk tidak menanggung risiko isteri aku terus dirujuk ke doktor pakar di Hospital Besar Temerloh. Berderau juga darah aku bila mendengar begitu, tetapi setelah mendapat keterangan dari doktor pakar barulah lega sikit. Menurutnya baby normal cuma dia memang kecil, so tidak boleh over due. Cukup time mesti kena 'keluar'.

Aku tengok isteri aku makin hari makin penat rupa dia. Setiap hari dia kata sakit perut, bukan sakit nak bersalin tapi sakit kena tendang. Hem dalam kecik-kecik tu kuat gak menendang anak aku ni. Kaki isteri aku pun dah mula bengkak-bengkak. Aku jugalah jadi tukang picitnya hampir setiap malam. Kerja-kerja rumah pun banyak dah yang aku take over. Takpelah, dia pun dah berkorban dengan melaksanakan tanggungjawabnya mengandungkan anak aku. At least aku buat jela mana yang termampu. Bukan aku nak masuk bakul angkat sendiri, tapi bagi aku itu merupakan tanggungjawab bersama. Anak sama-sama 'buat', so sama-sama kena tanggung, sama-sama kena bela, sama-sama kena besarkan.

Harapan aku kini hanyalah untuk diselamatkan segala-galanya bagi isteri aku dan juga kandungannya. Aku berserah segala-galanya kepada yang Esa. Moga dipermudahkan isteri aku sepanjang proses melahirkan nanti. Moga aku dikurniakan anak yang sempurna mental dan fizikalnya. Cukup sifatnya dan cantik rupa parasnya. Di sini aku nak share sikit doa yang aku dapat dari beberapa site yang aku rasa elok sangat maknanya untuk diamalkan. Untuk isteri-isteri yang senasib dengan isteriku dan sang suami yang senasib dengan aku: selamat menyambut kelahiran cahaya mata. Rezeki dari Allah S.W.T yang tiada tolok bandingnya.

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ

.لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

.اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ

.اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا

.اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً

اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ

.مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ

.وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ


Yang membawa maksud:

Ya Allah ,

peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,

Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal .

Ya Allah ,

panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

3 comments:

nur October 9, 2010 at 10:24 PM  

semoga isteri selamat bersalin.. banyakkan zikir dan doa

sz | m.s.s October 11, 2010 at 3:45 AM  

semoga isteri cikgu sham selamat melahirkan baby ke-2... tumpang berdebar juga ni... :)

Sham October 12, 2010 at 9:42 PM  

nur:amin...sz:tima kasihla tumpang bdebar...heheh...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP