Sahabat Tanpa Suara

Pendudukan Yahudi Di Palestin

Wednesday, October 20, 2010

Agama Islam menetapkan yang Baitulmuqadis merupakan kota suci Islam yang ke-3 selepas Kota Suci Mekah dan Kota Suci Madinah. Bagi Kristianiti, mereka mempercayai tempat kelahiran Nabi Isa atau pun Jesus Christ di Nazareth adalah suci. Dan pastinya kaum Yahudi juga mendakwa Baitulmuqadis merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka. Tempat untuk mereka membangunkan kembali Haikal Sulaiman yang mereka anggap sebagai tapak suci agama mereka. Sejak zaman-berzaman bumi Palestin sering menjadi rebutan dan kawasan pertelagahan. Padahal Yang nyata sejarah telah membuktikan yang Palestin hanya akan aman dan selamat jika berada dan perlu terus berada dalam pemerintahan ummat Islam. Berikut adalah catatan ringkas sejarah pendudukan di bumi Palestin.

SEJARAH AWAL PALESTIN

# 2500 sm - Kabilah Arab (Kan’an, Amuriyah, Yabusiyah dan Finukiyah).
# 1900 sm - Nabi Ibrahim dan Luth AS berhijrah ke Palestin.
# 1550-1200 sm - Bangsa Mesir menguasai Palestin.
# 1300 sm - Nabi Musa AS bersama kaumnya berhijrah ke Palestin.
# 1000-923 sm - Kerajaan Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS.
# 730 sm - 36 m - Secara bergilir-gilir Babylon, Persia, Yunani dan Rom menjajah Palestin.

SEJARAH YAHUDI DI BUMI PALESTIN

# 66-135 m: Kerajaan Rom memperhambakan kaum Yahudi di Palestin dan sering membuli mereka.
# 234 m: Pemerintah Konstantinopel menakluk Baitulmuqadis, melarang Yahudi masuk dan menghalau mereka.
# 395 m: Kerajaan Bizantium (Hercules) menguasai Baitulmuqadis sehingga penaklukan Islam.

BAITULMUQADIS DI BAWAH PEMERINTAHAN ISLAM

# Tahun 10 kenabian/ 620 m: peristiwa Isra` mi’raj
# Tahun 2 H: perang bani qainuqa’; 4 H: perang bani nadhir; 5 H: perang bani Quraizah.
# 1 Muharram 7 H/628 m: Rasulullah SAW mengirim surat kepada Hercules.
# Akhir Muharram 7: perang bani khaibar, fadak dan wadil qura.
# Umar bin Khattab: menghalau Yahudi yang mengkhianat dari khaibar
# Shafar 11 H/ 632m: Rasulullah SAW Menyiapkan pasukan memerangi Kerajaan Rom. 23 tahun sebelumnya Baginda telah pun mempersiapkan pasukan untuk mendapatkan kembali Baitulmuqadis.
# 12 H/ 634 m: perang Yarmuk; 200.000 melawan 36.000.
# 16 H/ 637m: Umar RA memasuki Baitumuqadis.
# 18-129H/ 639-747m: Di bawah pemerintahan Bani Umawiyah
# 132-271H/ 750-883m: Di bawah pemerintahan Bani Abbasiyah
# 432-497H/ 1040-1104: Negara saljukiyah (Turki)
# 583H/ 1187: perang Hittin (Sholahuddin Ayyubi)
# 658H/ 1260: Ain Jalut (Quthuz)
# 1516-1924: Turki Uthmani

ERA SELEPAS KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANI TURKI

# 1917: Deklarasi Balfour yang menyokong penubuhan sebuah negara 'Israel' di tanah Palestin.
# 1922: PBB mengeluarkan "Mandat Untuk Palestin" dan memberikankan tanggungjawab tersebut kepada kerajaan British.
# Bermula 1930: Sejak peristiwa Holocaust oleh Nazi, kemasukan beramai-ramai Yahudi ke tanah Palestin mula berlaku dengan 'bantuan' kuasa besar dunia pada ketika itu.
# 1948: Yahudi mengisytiharkan sebuah negara 'haram' yang mereka namakan ISRAEL.
# Sejak itu bermulalah kesengsaraan demi kesengsaraan yang dialami oleh ummat Islam Palestin sehingga ke hari ini. Sesungguhnya bangsa Yahudi terkenal dengan sifatnya yang suka mendominasi dan melaksanakan dasar monopoli dalam semua perkara. Hasilnya amat jelas jika diperhatikan kepada gambarajah peta di bawah.
# Meskipun bersandarkan segala hakikat di atas, ironinya kuasa besar dunia pada hari ini masih merelakan semua itu berlaku. Yang hanya membuktikan satu perkara sahaja- dunia sesungguhnya di bawah telunjuk Yahudi.

0 comments:

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP